Rabu, 13 Mei 2009

UMNO dan NAJIB yang BAGHAL

Baghal namanya bila tak reti segala-galanya dan memperkudakan rakyat jelata tak kira institusi apa sekalipun termasuk raja dan sistem kehakiman. Apa tidaknya bacala seterusnya ni...

Runding krisis Perak: Syarat Najib tak waras

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh)

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana meletakkan syarat yang tidak waras sebelum berunding dengan Pakatan Rakyat (PR) bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

"Najib kata, kita (PR) seharusnya tidak meletakkan sebarang terma dan syarat bagi apa-apa jua perundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.
"Suruh kita jangan letak syarat sebenarnya adalah satu syarat, iaitu syarat yang tidak waras," kata beliau.

Mohamad berkata, orang gila pun tidak berani melakukan apa yang dikehendaki Najib itu.
"Orang berunding kerana dia ada sesuatu yang dikehendaki atau ingin dipertahankan. Apa yang dikehendaki atau ingin dipertahankan itulah yang menjadi syaratnya.
"Kalau terkam meja perundingan tanpa syarat, itu bukan berunding. Itu serah tengkuk untuk disembelih namanya. Orang gila pun tak berani serah tengkuk untuk disembelih," tegas beliau.

Ditanya mengenai penyelesaian krisis di Perak, Naib Presiden PAS itu berkata, satu-satunya jalan penyelesaian ialah dengan mengadakan semula pilihan raya di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan yang mereka mahu.
Mohamad seterusnya mengecam kenyataan Najib yang membayangkan ketidaksediaannya mengadakan pilihan raya baru di negeri itu.
"Najib lebih suka budak-budaknya yang gila kuasa merempit dengan kuasa yang melanggar undang-undang di Perak.

"(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata pengambilalihan kuasa oleh BN di Perak bertentangan dengan undang-undang. Maknanya apa sahaja yang lahir dari pengambilalihan kuasa yang bertentangan dengan undang-undang itu adalah bertentangan dengan undang-undang juga.
"Tengku Razaleigh (Hamzah) pula kata kerajaan yang diketuai (Datuk Seri Dr) Zambry (Abdul Kadir) adalah haram sejak dari awal lagi dan kesemua keputusan dan kontrak yang dibuat oleh kerajaan itu tidak sah di sisi undang-undang," katanya.

Mengambilkira pandangan-pandangan itu, Mohamad menyeru rakyat "memberikan isyarat yang lebih jelas menurut lunas undang-undang negara ini untuk menghentikan kedegilan mat-mat rempit gila kuasa itu dari terus merempit dengan kuasa haram mereka".
"Selagi mat-mat rempit gila kuasa itu terus merempit dengan kuasa haram mereka, rakyat Perak khususnya patut mempertimbangkan tindakan menurut lunas undang-undang negara ini contohnya terus memakai baju hitam sebagai tanda bantahan terhadap apa yang disebut oleh Tengku Razaleigh sebagai kerajaan haram Perak itu," katanya._

4 ulasan:

MzSp berkata...

Nak komen sikit je..baghal pun pandai dan tau tugas dia sendiri sebagai binatang(fikiran tak dak) yang menjadi alat transport bagi manusia..kesian si baghal...tak pasai-pasai kena..sebenarnya istilah yang sesuai ialah 'bengong dan bangang'pasai Allah dah kurniakan manusia(BN)akal fikiran dan ditambah lagi dengan Al Quran sebagai panduan dan pedoman untuk mentadbir bumi.BN tak pakai!Orang berunding atas konsep 'menang sama menang'tapi kalau awal-awal dah macam tu,bukan berunding namanya tapi lebih bersifat arahan dan amaran.
Pandangan peribadi..tak payah nak runding-runding sebab BN memang hampir tamat talian hayatnya,buat apa nak disambung-sambung lagi! Orang gila tak dak tengkuk pun tak serah. Pas telah melalui banyak pengalaman pahit apabila sanggup menyambut tangan perundingan dengan BN.Malah BN sanggup melakukan kezaliman yang kadang-kadang tak terjangkau oleh fikiran kita seperti memperalatkan unit polis,FRU dan lain agensi dan badan kerajaan, kehakiman dsb.PR perlu belajar dari sejarah iaitu konsep BN adalah 'matlamat menghalalkan cara '.
Tutup jalan kecil mat rempit di Perak dengan cara pilihanraya kecil dan tutup jalan besar ialah PRU13 di Malaysia ..kasi najib dan BN tunggang-terbalik.
EH..eh..Kami bukan orang Perak pun nak tempah baju hitam banyak-banyak juga boleh dak...?

Ibnu Ali berkata...

Geli aku tengok geng2 Muslimat sebut maki hamun tu.. Tak silap dulu geng2 muslimat ni tegur pimpinan yang suka maki hamun. Tapi sekarang dah serupa.

MzSp berkata...

Macam tu bukan maki hamun tapi 'perbandingan' keadaan dan perkara.Banyak perkara lain lagi sepatutnya kita kena fikir bukan geli tak kena masa. Lagi pula pemerintah yang zalim diharuskan kita menyebutnya dengan tujuan menjadi pengajaran dan teladan. Semoga Allah beri Ibnu Ali ilmu yang boleh dimanfaatkan masa depan!

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP