Memaparkan catatan dengan label harakahdaily. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harakahdaily. Papar semua catatan

Sabtu, 14 November 2009

Kedah arah Ketua Kampung lawan kempen BN


Ali Hashim


Harakahdaily, PADANG SERAI, 12 Nov


Majlis Ketua Kampung (MKK) perlu ebih aktif dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung dengan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh mereka.Langkah ini perlu untuk melawan kempen Barisan Nasional (BN) Kedah sekarang yang menggunakan slogan BN Menang, Kedah Senang.Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Siti Aishah Ghazali.


Menurut beliau lagi MKK perlu memainkan peranan penting bagi memastikan perkara berbangkit yang timbul daripada penduduk dan rakyat yang diwakili mendapat perhatian dan keprihatinan mereka."Kita sedia maklum Umno dan Barisan Nasional sedang melancarkan kempen BN Menang, Kedah Senang bagi memastikan rakyat memberikan kepercayaan dan sokongan semula kepada mereka."
Oleh kerana itu kita tidak harus biarkan mereka ini terus melaksanakan misi mereka. Maka itu MKK harus bekerja keras dengan turun padang dan membantu masyarakat serta mengambil tindakan segera bagi setiap aduan dan laporan yang diterima daripada masyarakat yang mempunyai masalah."Saya juga mahu semua MKK memainkan peranan mereka untuk memastikan tidak ada mana-mana rakyat yang terlepas pandang," katanya.
Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah berkata demikian selepas merasmikan majlis sumbangan mesin rumput kepada lebih 20 penerima di Dewan Permatang Tok Dik, Padang Serai, Kedah.

Rabu, 2 September 2009

Semangat kemerdekaan menyanggah perhambaan dan membina keyakinan baru

Dato' Seri Anwar Ibrahim Tue Sep 01, 09 2:42:27 pm

Harakahdaily: Apabila mendekati tarikh 31hb Ogos, ingatan kita akan mengimbas kembali rentetan peristiwa dan perjuangan rakyat yang berkemuncak dengan Kemerdekaan. Tarikh tersebut terungkap sebagai tarikh keramat, menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat.

Persoalan yang menerjah kita semua ialah; bagaimana kita menghayati makna tarikh tersebut hari ini. Pergulatan ini menjadi penentu kepada persoalan makna diri kita sebagai rakyat Malaysia.Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka; bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.

Lebih dua ribu tahun yang lalu, Brutus bertanya warga Kota Rom "siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ?" Ceasar mahu memiliki kuasa yang tidak terbatas. Nafsunya sebegitu besar dan mahu memastikan Rom dalam genggamannya.

Pertentangan antara Brutus dengan Ceaser adalah pertentangan antara kebebasan menentang nafsu kekuasan tidak terbatas. Sejak negara kita merdeka kita masih bergelut dengan pertentangan ini. Kebebasan ; kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan institusi kehakiman sentiasa mahu disekat oleh penguasa. Oleh itu kita menginsafi hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan menghargai nilai kebebasan.

Syarahan Perdana Professor Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu juga menghuraikan dengan panjang lebar peranan paksi tauhid sebagai aqidah menambat keyakinan baru yang menolak faham tahyul dan perhambaan, seterusnya menjadi pelantar kepada pemikiran yang berakar dengan tradisi aqliyah dan mencernakan budaya segar dengan bahasa Melayu sebagai pertuturan kepustakaan(lingua franca) rantau ini. Ratusan tahun berlalu yang sewajarnya tambah memperkukuh dan memantapkan semangat dan keyakinan baru tersebut.

Cantik sungguh puteri Palembang,
Sayang bersunting bunga pudak;
Betapa keras dilambung gelombang,
Kucacak tiang, kulayar jua.

Manakala melangkaui separuh abad kemerdekaan, kita rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai kesedaran betapa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pasar, bahasa komunikasi basahan untuk berjual beli. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa untuk mengungkapkan pengalaman kemanusian yang paling mendalam dan luhur. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa intelektual dan kerohanian untuk umat Islam, makanya Bahasa Melayu juga seharusnya menjadi bahasa intelektual dan kerohanian umat Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain keyakinan.

Bahasa Melayu yang saya sebutkan di sini bukanlah bahasa milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Bahasa Melayu adalah milik semua rakyat Malaysia.

Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya ; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.

Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda.

Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato' Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.

Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir.

Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.

Ahad, 26 Julai 2009

Himpunan Mansuh ISA 1 Ogos, jangan timbulkan provokasi!

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Semua pihak diminta tidak menimbulkan provokasi dan melakukan pertembungan pada himpunan Mansuh ISA pada 1 Ogos kelak.

Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, pihaknya mengalu-alukan tindakan Pewaris dan beberapa NGO lain yang berhasrat mengadakan himpunan menyokong ISA, 1 Ogos akan datang dengan prinsip hak kebebasan mana-mana pihak untuk berhimpun.

Katanya, hasrat kumpulan pro-ISA itu untuk berhimpun merupakan hak mereka, yang tidak boleh ditahan oleh sesiapa pun.
Bagaimanapun, pihaknya berharap tidak berlaku 'pertembungan' atau apa-apa perkara yang boleh menimbulkan provokasi kepada kumpulannya (GMI) dan penyokong anti-ISA yang turut berhimpun pada hari yang sama.

"Kita tidak halang niat mereka, kerana berpegang dengan prinsip kebebasan bersuara dan berhimpun. Mereka juga ada hak seperti kita, cuma yang jelasnya program kita ini telah diuar-uarkan lebih awal lagi dengan pelbagai kempen dan penerangan mengenainya," kata beliau dalam sidang akhbar Sekretariat MANSUH, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Syed Ibrahim turut menyeru para peserta anti-ISA supaya datang lebih awal di ketiga-tiga lokasi yang ditetapkan supaya himpunan dapat bermula seperti dirancang dan lancar.

Tiga lokasi itu - Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara dikekalkan mengikut perancangan asal, sebelum kumpulan dari ketiga-tiga lokasi tersebut akan ke Istana Negara bagi menyerahkan 'Deklarasi Rakyat'.


Beliau turut mengingatkan para peserta supaya mengenakan pakaian bertemakan merah hitam, dan bukannya berwarna putih seperti penyokong ISA.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dilantik sebagai Komander himpunan tersebut mengharapkan Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Razak bersedia memansuhkan ISA bagi membuktikan komitmen beliau terhadap konsep 'Satu Malaysia-Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' yang diperkenalkan beliau.

Beliau turut mengharapkan Najib mengambil peluang ketika menjadi PM untuk memansuhkan akta ini, dan bukannya hanya berani bersuara selepas meletakkan jawatan seperti Tun Abdullah Badawi.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata himpunan 1 Ogos ini bukan melibatkan kepentingan politik, tetapi kepentingan semua yang tidak mahu melihat akta ini terus berkuasa dan berharap akan dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong kelak.

Ditanya tentang hasrat Pewaris untuk berhimpun pada hari yang sama, Salahuddin berkata pihaknya mengalu-alukan badan bukan kerajaan itu untuk 'belajar' cara berhimpun serta memahami Akta Polis.

"Bagi mengelakkan sebarang pertembungan, kita akan memberi taklimat kepada para peserta supaya tidak termakan dengan sebarang provokasi dan berharap himpunan ini berjalan dengan baik," kata beliau.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Tian Chua, Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan; Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan; Timbalannya, Azman Shafawi; exco Pemuda PAS, wakil Hindraf, mahasiswa dan wakil Suaram.

Khamis, 23 Julai 2009

SPRM - kuda tunggangan UBN?

Apa status kes 54 Adun BN Selangor habiskan RM 27 juta?

Zuharman MN :Harakahdaily

Jaraknya tidak sampai setahun selepas peristiwa kematian A.Kugan semasa di dalam tahanan polis, rakyat sekali lagi dikejutkan dengan tragedi ngeri kematian misteri Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.
Beng Hock dilaporkan ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu penyalahgunaan wang peruntukan melibatkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Tragedi tersebut menggamit pelbagai persepsi tidak menyenangkan terhadap pihak berkuasa tempatan. Di mana piagam kerajaan dalam menjamin keselamatan suspek semasa menjalani proses siasatan?

Apatah lagi siasatan ke atas Beng Hock dilihat agak luar biasa apabila memakan masa terlalu lama (kira-kira 10 jam). Modus operandi itu secara tidak langsung menimbulkan unsur penderaan mental sekaligus bersalahan dengan etika hak asasi manusia.

Justeru, tidak ada cacatnya desakan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan kerana tragedi tersebut memberi kesan besar kepada iltizam rakyat yang ingin melihat sesuatu perkara itu dari sudut keadilan.

Tindakan mengunci suara mana-mana individu yang cuba melontarkan pandangan atau pendapatnya terhadap perkara yang berlaku menggambarkan bayangan seram pemimpin kerajaan cuba menyembunyikan kemungkaran di sebalik telunjuk sendiri.
Tidak mampu! Bahkan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara.

Perspektif kerajaan adil tidak menepati kretirearnya selagi hak kebebasan rakyat bersuara masih diganggu-gugat dengan sekatan atau ugutan. Konsep 1Malaysia rakyat didahulukan, hanya sia-sia jika gagal mencipta satu dimensi baru secara keseluruhan buat rakyat.

Kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, sendiri boleh berspekulatif, kematian mangsa berpunca dari terjun bangunan, kenapa tidak dibolehkan rakyat turut berspekulatif ia adalah dari kejahatan SPRM berdasarkan kaitan 'environment'.

Sebelum ini, beberapa orang penyokong Dato' Norza Zakaria, calon Majlis Tertinggi Umno telah membuat laporan polis bahawa mereka telah didera dan diseksa oleh SPRM semasa soal siasat dilakukan ke atas mereka berkaitan rasuah melibatkan Norza.

Justeru cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bukan menjurus kepada satu aspek tragedi kematian Beng Hock, tetapi apa yang lebih jauh dari itu ialah tahap keintegritiannya terhadap sesuatu kes.

SPRM mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009. Sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (Akta 694).

Ia ditubuh bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi suruhanjaya.

Sebaliknya hari ini SPRM dilihat gagal membuktikan peranannya menyebabkan ramai orang mempertikaikan kredibilitinya seolah-olah mengamalkan polisi 'double standard'.
Jika Beng Hock bersama Adun-Adun Pakatan yang lain SPRM boleh seagresif itu dalam menjalankan siasatannya, tetapi kenapa tidak terhadap beberapa pemimpin BN yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah bernilai jutaan ringgit?

Sebagaimana kes berlaku di Selangor sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008 melibatkan wang peruntukan Adun BN yang berjumlah RM500,000 dihabiskan dalam tempoh 50 hari merangkumi jumlah keseluruhan (54 Adun) sebanyak RM27 juta?

Dan kemana hilangnya aduan terhadap individu terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.5 bilion, serta istana bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo, mencecah RM24 juta melebihi pendapatan asalnya di samping lawatannya ke Disneyland yang menelan belanja hampir RM1.8 juta.

Ringkasnya, ke mana pergi laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa pemimpin BN tidak dipedulikan SPRM? Rakyat menuntut jawapan tegas tanpa sebarang unsur politik.

Kegagalan SPRM berbuat demikian bermakna SPRM telah mencalar polisi kebebasannya sendiri yang boleh dianggap penubuhannya adalah semata-mata untuk menjadi kuda tunggangan Umno-BN bagi melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Rabu, 1 Julai 2009

PAS vs. UMNO

Nik Aziz tegaskan perjuangan PAS dan Umno jauh berbeza

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.


"Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.



"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.



Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar. Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.



Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.

"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.



"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.

"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya.



Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, manusia tidak boleh menutup perbezaan terutama perbezaan mengenai hukum hakam sebagaimana ditegaskan dalam Surah Al-Hujrat.



"Dan jika kamu terdiri dari golongan beriman, sekiranya berdepan dengan perselisihan faham dan berlaku peperangan di antara kamu, maka langkah pertama ialah mengambil sikap berbaik antara keduanya.

"Tetapi sekiranya masih bertelagah juga maka tempat rujukan untuk mencari penyelesaian dan perdamaian antara keduanya ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya," katanya.



Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, peruntukan Persekutuan untuk kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak disalurkan mengikut sepatutnya.

Menurutnya menjadi persoalan apabila wang yang telah diberikan disalur ke Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

"Begitu juga setiap projek yang disalurkan ke Kelantan, keputusan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan Persekutuan," ujarnya.

Mengenai cadangan pembangkang supaya dilantik wakil rakyat Barisan Nasional dalam PBT, kata beliau ia boleh dipertimbangkan.



Bagaimanapun katanya, Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri.

"Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja.

"Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik," katanya.



Mengenai dakwaan pembangkang pembalakan di negeri ini dilakukan secara tidak terkawal, beliau berkata dakwaan itu sebagai satu penghinaan kepada Jabatan Perhutanan kerana ia tidak berlaku.

"Ini kerana Majlis Perhutanan Negara yang menentukan catuan dan had tebangan dan kayu balak tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya," katanya. - mj _

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP