Jumaat, 31 Julai 2009

TAKZIAH


DMPNK mengucapkan takziah kepada keluarga serta sanak saudara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, YB Dato' Hj Hamdan Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh Almarhum dan ditempatkan bersama para Anbiya', syuhada dan para solehin di dalam syurga Al Firdaus Al A'la. Al-Fatihah...

Rabu, 29 Julai 2009

SOKONGAN PADU DMPNK

DMPNK menyokong penuh atas desakan segera menukar Canselor UNISEL demi memartabatkan UNISEL dalam dunia pendidikan khususnya di Malaysia ini atas alasan-alasan yang kukuh.

Lagi desak tukar segera Rosmah Mansor

Harakahdaily:

Pemuda Pakatan Rakyat Selangor mengulangi desakan kuat kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menukar segera Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL), Datin Seri Rosmah Mansor kerana beliau tidak layak dan kompeten untuk menduduki kerusi berprestij tersebut.

Pemuda Pakatan Rakyat yakin kedudukan beliau yang sesuai dan terbaik ialah hanya di gedung-gedung pakaian dan membeli-belah dan bukannya berada di kerusi tertinggi untuk sebuah institusi gedung ilmu negara.

Kenyataan tegas Pemuda Pakatan Rakyat ini juga menyokong desakan yang kuat daripada mahasiswa,mahasiswi dan pensyarah UNISEL sendiri apabila satu program yang dihadiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim menunjukkan sokongan agar Canselor UNISEL ini ditukar segera mendapat sokongan total dan tidak berbelah bagi.

Malahan kita yakin masyarakat di negeri Selangor juga mahu kepada seorang Canselor UNISEL yang boleh mencerminkan prestij dan imej keilmuan dan taman budi sebuah gedung ilmu negara.

Menyedari hakikat ini,Kerajaan Negeri sepatutnya sudah menyedari dan bertindak proaktif untuk menukar Canselor UNISEL kepada individu yang lebih berkelayakan dan mempunyai nilai ilmu,akal budi dan akhlak murni yang tinggi.

Ia adalah salah satu usaha progressif bagi mencerminkan gerak kerja bersungguh-sungguh kerajaan negeri memartabatkan insititusi pengajian tinggi ke peringkat global.
Kita mahu UNISEL dipandang tinggi dan dihormati di peringkat antarabangsa sebagai sebuah gedung ilmu yang mampu mencapai standart universiti tersohor dan terbilang dunia.

Justeru, Pemuda Pakatan Rakyat mengulangi desakan agar pertukaran Canselor ini disegerakan kerana jelas penolakan mahasiswa dan pensyarah sendiri yang menyatakan pendirian ini secara terbuka.

Kerajaan Negeri perlu memilih individu yang paling sesuai dan terbaik untuk Canselor baru UNISEL akan datang.
Semakin lama kerusi ini disandang oleh Rosmah Mansor ianya hanya akan menjadi satu liabiliti dan tanggungan kepada pihak kerajaan Negeri dan juga UNISEL.

Malahan, kredibiliti dan ketinggian institusi ini akan semakin dipersoalkan oleh masyarakat dan dunia antarabangsa.
Pemuda Pakatan Rakyat yakin apabila kerusi Canselor UNISEL ini disandang oleh individu yang layak dan mempunyai ilmu dan akhlak yang tinggi. Maka usaha ke arah meninggikan dan martabat kedudukan UNISEL akan semakin bersemarak.

Pemuda Pakatan rakyat bertambah yakin UNISEL kelak akan menjadi salah satu universiti terbaik dunia yang pada kelasnya yang tersendiri.
Justeru, Kerajaan Negeri hanya mempunyai satu sahaja pilihan iaitu meletakkan individu terbaik dan paling layak untuk kerusi Canselor UNISEL ini.

Akhirnya, Pemuda Pakatan Rakyat mengulangi desakan agar pertukaran Canselor UNISEL disegerakan.
Kita yakin seluruh mahasiswa dan mahasiswi serta warga penggerak UNISEL akan bertambah bersemangat untuk memartabatkan universiti tersebut sebagai pusat kecemerlangan ilmu dunia dengan pertukaran Canselor UNISEL yang akan melonjakkan UNISEL antara universiti terbilang dunia.
---
Kenyataan ini dikeluarkan oleh

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
Angkatan Muda Keadilan Selangor

Hasbullah Mohd Ridzwan
Dewan Pemuda PAS Selangor

YB Lau Weng San
DAPSY Selangor

Isnin, 27 Julai 2009

PROGRAM PAGI INI, 27 Julai 2009

PROGRAM BICARA WANITA

Masa: 9 pagi - 12 tgh
Tempat:Dewan Karnival Laguna Merbok
Sempena Festival Kedah Sejahtera

Semua dijemput hadir

Ahad, 26 Julai 2009

Himpunan Mansuh ISA 1 Ogos, jangan timbulkan provokasi!

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Semua pihak diminta tidak menimbulkan provokasi dan melakukan pertembungan pada himpunan Mansuh ISA pada 1 Ogos kelak.

Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, pihaknya mengalu-alukan tindakan Pewaris dan beberapa NGO lain yang berhasrat mengadakan himpunan menyokong ISA, 1 Ogos akan datang dengan prinsip hak kebebasan mana-mana pihak untuk berhimpun.

Katanya, hasrat kumpulan pro-ISA itu untuk berhimpun merupakan hak mereka, yang tidak boleh ditahan oleh sesiapa pun.
Bagaimanapun, pihaknya berharap tidak berlaku 'pertembungan' atau apa-apa perkara yang boleh menimbulkan provokasi kepada kumpulannya (GMI) dan penyokong anti-ISA yang turut berhimpun pada hari yang sama.

"Kita tidak halang niat mereka, kerana berpegang dengan prinsip kebebasan bersuara dan berhimpun. Mereka juga ada hak seperti kita, cuma yang jelasnya program kita ini telah diuar-uarkan lebih awal lagi dengan pelbagai kempen dan penerangan mengenainya," kata beliau dalam sidang akhbar Sekretariat MANSUH, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Syed Ibrahim turut menyeru para peserta anti-ISA supaya datang lebih awal di ketiga-tiga lokasi yang ditetapkan supaya himpunan dapat bermula seperti dirancang dan lancar.

Tiga lokasi itu - Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara dikekalkan mengikut perancangan asal, sebelum kumpulan dari ketiga-tiga lokasi tersebut akan ke Istana Negara bagi menyerahkan 'Deklarasi Rakyat'.


Beliau turut mengingatkan para peserta supaya mengenakan pakaian bertemakan merah hitam, dan bukannya berwarna putih seperti penyokong ISA.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dilantik sebagai Komander himpunan tersebut mengharapkan Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Razak bersedia memansuhkan ISA bagi membuktikan komitmen beliau terhadap konsep 'Satu Malaysia-Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' yang diperkenalkan beliau.

Beliau turut mengharapkan Najib mengambil peluang ketika menjadi PM untuk memansuhkan akta ini, dan bukannya hanya berani bersuara selepas meletakkan jawatan seperti Tun Abdullah Badawi.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata himpunan 1 Ogos ini bukan melibatkan kepentingan politik, tetapi kepentingan semua yang tidak mahu melihat akta ini terus berkuasa dan berharap akan dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong kelak.

Ditanya tentang hasrat Pewaris untuk berhimpun pada hari yang sama, Salahuddin berkata pihaknya mengalu-alukan badan bukan kerajaan itu untuk 'belajar' cara berhimpun serta memahami Akta Polis.

"Bagi mengelakkan sebarang pertembungan, kita akan memberi taklimat kepada para peserta supaya tidak termakan dengan sebarang provokasi dan berharap himpunan ini berjalan dengan baik," kata beliau.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Tian Chua, Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan; Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan; Timbalannya, Azman Shafawi; exco Pemuda PAS, wakil Hindraf, mahasiswa dan wakil Suaram.

Khamis, 23 Julai 2009

SPRM - kuda tunggangan UBN?

Apa status kes 54 Adun BN Selangor habiskan RM 27 juta?

Zuharman MN :Harakahdaily

Jaraknya tidak sampai setahun selepas peristiwa kematian A.Kugan semasa di dalam tahanan polis, rakyat sekali lagi dikejutkan dengan tragedi ngeri kematian misteri Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.
Beng Hock dilaporkan ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu penyalahgunaan wang peruntukan melibatkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Tragedi tersebut menggamit pelbagai persepsi tidak menyenangkan terhadap pihak berkuasa tempatan. Di mana piagam kerajaan dalam menjamin keselamatan suspek semasa menjalani proses siasatan?

Apatah lagi siasatan ke atas Beng Hock dilihat agak luar biasa apabila memakan masa terlalu lama (kira-kira 10 jam). Modus operandi itu secara tidak langsung menimbulkan unsur penderaan mental sekaligus bersalahan dengan etika hak asasi manusia.

Justeru, tidak ada cacatnya desakan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan kerana tragedi tersebut memberi kesan besar kepada iltizam rakyat yang ingin melihat sesuatu perkara itu dari sudut keadilan.

Tindakan mengunci suara mana-mana individu yang cuba melontarkan pandangan atau pendapatnya terhadap perkara yang berlaku menggambarkan bayangan seram pemimpin kerajaan cuba menyembunyikan kemungkaran di sebalik telunjuk sendiri.
Tidak mampu! Bahkan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara.

Perspektif kerajaan adil tidak menepati kretirearnya selagi hak kebebasan rakyat bersuara masih diganggu-gugat dengan sekatan atau ugutan. Konsep 1Malaysia rakyat didahulukan, hanya sia-sia jika gagal mencipta satu dimensi baru secara keseluruhan buat rakyat.

Kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, sendiri boleh berspekulatif, kematian mangsa berpunca dari terjun bangunan, kenapa tidak dibolehkan rakyat turut berspekulatif ia adalah dari kejahatan SPRM berdasarkan kaitan 'environment'.

Sebelum ini, beberapa orang penyokong Dato' Norza Zakaria, calon Majlis Tertinggi Umno telah membuat laporan polis bahawa mereka telah didera dan diseksa oleh SPRM semasa soal siasat dilakukan ke atas mereka berkaitan rasuah melibatkan Norza.

Justeru cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bukan menjurus kepada satu aspek tragedi kematian Beng Hock, tetapi apa yang lebih jauh dari itu ialah tahap keintegritiannya terhadap sesuatu kes.

SPRM mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009. Sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (Akta 694).

Ia ditubuh bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi suruhanjaya.

Sebaliknya hari ini SPRM dilihat gagal membuktikan peranannya menyebabkan ramai orang mempertikaikan kredibilitinya seolah-olah mengamalkan polisi 'double standard'.
Jika Beng Hock bersama Adun-Adun Pakatan yang lain SPRM boleh seagresif itu dalam menjalankan siasatannya, tetapi kenapa tidak terhadap beberapa pemimpin BN yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah bernilai jutaan ringgit?

Sebagaimana kes berlaku di Selangor sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008 melibatkan wang peruntukan Adun BN yang berjumlah RM500,000 dihabiskan dalam tempoh 50 hari merangkumi jumlah keseluruhan (54 Adun) sebanyak RM27 juta?

Dan kemana hilangnya aduan terhadap individu terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.5 bilion, serta istana bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo, mencecah RM24 juta melebihi pendapatan asalnya di samping lawatannya ke Disneyland yang menelan belanja hampir RM1.8 juta.

Ringkasnya, ke mana pergi laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa pemimpin BN tidak dipedulikan SPRM? Rakyat menuntut jawapan tegas tanpa sebarang unsur politik.

Kegagalan SPRM berbuat demikian bermakna SPRM telah mencalar polisi kebebasannya sendiri yang boleh dianggap penubuhannya adalah semata-mata untuk menjadi kuda tunggangan Umno-BN bagi melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Isnin, 20 Julai 2009

PENGAJARAN ISRA' MI'RAJ

Hari ini 27 Rejab 1430H, secara keseluruhannya di antara pengajaran isra' mi'raj ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah SWT. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Apatah lagi ketika kita berada dalam kegembiraan, seharusnya semakin hampir lagi kita denganNya. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Oleh itu marilah kita sama-sama menghayati segala peristiwa dan pengajaran isra' mi'raj yang dilalui oleh Rasulullah SAW jika kita benar-benar cinta dan sayangkan Rasulullah SAW.

PEMIMPIN MUSLIMAT PAS

Menjadi pemimpin bukan suatu kemegahan pada muslimat PAS tetapi pemimpin itu mempunyai tanggungjawab dan amanah yang berat perlu dilaksanakan. YB Ustazah Aishah Hj Ghazali telah menghuraikan beberapa ciri yang perlu ada pada seorang pimpinan muslimat yang diberkati selain dari ciri-ciri pemimpin Islam iaitu ;

Yang pertama ialah Quwwah(kekuatan )
Kedua, amanah
Ketiga, kemampuan mental
Keempat, minda & kebolehan yang luas
Kelima, berkemahiran berkomunikasi
dan keenam, kekuatan motivasi
Selain dari itu pelbagai pesanan, pengisian yang diberikan oleh pimpinan ulamak dan negeri kepada barisan kepimpinan muslimat PAS seluruh Kedah dalam suatu majlis yang diadakan di Baling baru-baru ini. Muslimat PAS bertekad akan membantu kepimpinan PAS Malaysia dan Kedah khususnya untuk berusaha gigih mempertahankan Kedah agar terus kekal di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Razak, insyaAllah.
Rakyat Kedah bimbang dengan usaha UBN untuk merampas Kedah kerana semua rakyat telah jelik dan muak dengan sikap mereka yang manis dimulut sahaja, bermuka-muka, penipu dan macam-macam lagi yang bukan bertindak bukan seperti umat islam yang sayangkan Rasulullah SAW, di mulut kata cinta Rasulullah SAW tapi perlakuan jauh sekali. Bersempena dengan isra' mi'raj seharusnya umat Islam menghayati akan segala peristiwa dan hikmah peristiwa ini.

Selasa, 14 Julai 2009

Dalam debaran, UBN sepatutnya menang tipis

Dari keputusan PRK N41 tidak sepatutnya PAS menang tipis tetapi sepatutnya UBNlah yang menang tipis kerana UBN telah menggunakan segala-galanya untuk meraih kepercayaan pengundi. Media dan jentera kerajaan digunakan sepenuhnya untuk mendapat kepercayaan rakyat. Berguni-guni RM telah ditabur berserta janji-janji projek mega. Walau apapun yang telah dilakukan, terbukti bahawa rakyat bijak menilai yang mana kaca dan yang mana permata.

Sepanjang 50 tahun mereka tidak kesah pun rakyat makan apa, tidur di mana sedangkan mereka hidup mewah tidak tahu ribut rumah rakyat jadi apa dan sebagainya. Setahun kini, baru nak kenal siapa nelayan, pesawah, penoreh, tukang sapu, tukang cuci dan semuanya...1Malaysia kononnya tapi semuanya tak ubah seperti menyolek seorang wanita yang telah lanjut usia, semakin disolek semakin huduh nampaknya. Makan sahajalah nasi telah menjadi bubur itu. Apa yang penting sekarang perlawanan 6-0. Kira semula macam-macam boleh jadi untuk menegakkan benang yang basah.

UNDI PAS (5348)
UNDI BN (5283)
MAJORITI (65)
JUMLAH UNDI ROSAK (92)
JUMLAH KELUAR MENGUNDI -10 723 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG -14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG -4 DARIPADA 9

Isnin, 13 Julai 2009

Analisa ANTARA 2 DARJAT

Sehingga hari ini

Blog Che Det

DO YOU SUPPORT THE GOVERNMENT'S DECISION TO TEACH MATHS & SCIENCE IN BAHASA MALAYSIA?

YES 14% (10974 votes)

NO 86% (67235 votes)

Total Votes: 78209
Return To PollPollDaddy.com


Blog Kedahlanie

Adakah anda menyokong langkah kerajaan mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia?

Ya
415 (79%)

Tidak
104 (20%)

Vote on this poll
Votes so far: 519 Days left to vote: 13

HATI-HATI, perhatikan ADUN masing-masing

Masakan pokok bergoyang tanpa ada angin. Kami tidak berkata jika tiada orang mengata. Mungkin satu kejutan akan dibuat oleh pimpinan UBN kerana bimbang dan nak menjaga maruah mereka di Manek Urai. Dalam kesibukan kita di Manek Urai, ada perancangan lain di tempat-tempat tertentu.

Menjadi persoalan, kenapa PM tidak kelihatan di Manek Urai dan hanya membiarkan TPM sahaja di sana. TPM sekarang dalam ujian, manakala PM sedang membuat road-show dan cuba menyerang negeri tumpuan mereka. Hari ini beliau berada di Kedah, mungkin akan berada di Perak dan ada desas-desus mengatakan bahawa suatu perancangan sedang diatur seperti peristiwa atau seumpama semasa PRK Kuala Terengganu. Atau bubar DUN Perak?

Oleh itu, walau apapun yang akan berlaku, ingatlah wahai ADUN PR, anda sedang diperhatikan. Jangan buat kerja sesuka hati. Kepada rakyat semua, perhatikan ADUN anda, di mana mereka?

Ahad, 12 Julai 2009

PELANCARAN NISA' ZON CHANGLUN, KBG PASU

Program Motivasi & Pelancaran Nisa' Zon Changlun, Kubang Pasu telah disempurnakan dengan beberapa acara, aktiviti, persembahan dan hadiah yang disediakan.

Pendaftaran peserta
Ucapan Aluan Pengerusi Nisa' Kubang Pasu
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Ustazah Aishah Hj Ghazali. Antara petikan YB ialah tentang 4 ciri utama yang perlu dititik-beratkan oleh remaja kini untuk mencari teman ataupun rakan supaya diri kita tidak mudah hanyut.
Perasmian YB Ustazah Aishah
Peserta khusyuk mengikuti program
SAJAK & PIDATO B.INGGERIS NISA' (Generasi baru)
NASYID (Generasi Pertama)
SLOT NISA' NEGERI KEDAH

Khamis, 9 Julai 2009

PPSMI vs PENYAKIT

Bila kecoh sangat tentang PPSMI, maka seorang anak tahun 4 bertanya, "PPSMI tu apa?"
Sedih melihat anak ini yang melihat raut wajahnya seolah-olah ingin benar ia mengetahui apa yang berlaku. Diri ini terkedu, lidah kelu hendak berkata, tapi hati menjawab, "anaklah mangsanya"

Orang-orang tua selalu kata, "Penyakit datang macam kilat, pergi macam semut". Sebenarnya dah lama, sejak dari awal lagi pakar ilmuan menyatakan pendapat dengan hujah yang jitu tapi tak mahu guna. Nak tahu perkembangan terperinci tentang isu PPSMI, kenapa kami bantah PPSMI, bacalah SINI dan SANA. Siapalah kita boleh membantah, rupa tiada, suara entah di mana...

Itula orang kata suara yang berbisa, bercakap dalam 'kamar kecil' pun orang ikut, sebut terus jadi. Amat berbeza sekali suara golongan marhaen ini, bercakap di khalayak ramai guna mikrofon pun orang buat tak dengar, buat tak tau je seperti 'anjing menyalak gunung'.

Masa nak buat, cakap terus jadi tapi masa nak mansuh bertangguh-tangguh. Jika ditangguh maka berapa generasi lagi yang akan menjadi mangsa. Kesihan anak-anak dan cucu-cucu kita menjadi mangsa puak mereka yang ada 'team' ini. Nanti ada pula 'team' yang akan membantah pemansuhan PPSMI. Lama-lama jadi 'pi mai pi mai tang tu juga'.

KEDAH OH KEDAH

"Kami tak besar, dan kami tak kuat,
bila bekerjasama, semua jadi mudah"
"Apa yang penting...kerjasama,
apa yang penting...kerjasama"

Ahad, 5 Julai 2009

KESEJAHTERAAN KEDAH cuba digugat

Dari satu isu ke satu isu cuba dimainkan oleh puak yang tidak senang hati melihat rakyat Kedah sejahtera. Selepas isu perobohan tempat penyembelihan babi, ditimbulkan pula isu perobohan kuil dan tokong. Selepas ini cerita roboh apa lagi yang nak dibuat oleh puak yang dengki ni...

Hakikatnya tidak ada permasalahan yang berlaku di Kedah kerana rakyat Kedah beruntung mendapat MB yang cukup prihatin terhadap permasalahan rakyat. Hanya orang Kedah yang memahami situasi dan keadan rakyat Kedah.

Pelbagai program dan kemudahan telah dibuat dan diatur oleh pihak Kerajaan Kedah untuk semua kaum yang ditakuti oleh pihak yang tidak senang hati ini.

Menurut sumber, DAP pusat akan segera bertemu YAB Dato' Seri Menteri Besar untuk memperjelaskan kedudukan dan pendirian DAP, selain mendapatkan penjelasan.

Selain itu, DAP juga menghormati keputusan dan tindakan Kerajaan Negeri meroboh rumah sembelih babi kerana ia adalah hak kerajaan negeri selaras dengan undang-undang.

Dinyatakan juga bahawa Adun Kota Darul Aman kekal sebagai Adun DAP dan tidak timbul isu menjadi Adun bebas seperti yang di dakwa. Itu adalah satu kesilapan pemberitaan dan satu andaian yang melampau.

Sebarang keputusan berkaitan penarikan diri dari Pakatan Rakyat adalah dalam bidang kuasa DAP Pusat.

Oleh itu, rakyat Kedah mendoakan agar YAB Dato' Seri Menteri Besar akan terus bersabar dengan kerenah pihak media dan pihak yang cuba menggagalkan sebarang usaha kerajaan.

Sabtu, 4 Julai 2009

KEDAH HANGAT

KEDAH TEGUH- PAKATAN RAKYAT TIDAK GOYAH


Malam ini, lebih kurang jam 11.45, ada yang menghantar sms kepada saya, dari nombor 012 4466387 berbunyi "Kedah akan jadi macam Perak kerana hampa. Tq". Barangkali maksudnya ialah berpunca dari tindakan dan sikap pemimpin dan pegawai kerajaan (macam saya - tetapi tidak termasuk KCS) di Kedah sekarang, maka nasib Kedah akan jadi macam Perak. Jatuh tersungkur di tengah jalan, walaupun hakikat kejatuhan itu unlawfull dan belum muktamad. Mungkinkah begitu?

Ada kebimbangan dalam mesejnya itu, tetapi menghadapkan sebab musabab kepada "orang macam hampa(saya)" itu memang liar. Apa pula 'orang macam dia' buat untuk menghalang Kedah jadi macam Perak?Cukupkah dengan menghalakan puncanya kepada orang lain? Saya rasa, mesej yang dihantar itu adalah salah satu sebab musabab Perak jatuh!

Saya tidak nampak hal ini akan berlaku di Kedah kerana:

1. Tidak ada ADUN lain di Kedah yang akan manarik diri (melompat) seperti yang berlaku di Perak.

2. Keluarnya DAP dari PR dan menjadi ADUN bebas tidak sama seperti Perak kerana beliau tidak menyatakan sokongan kepada BN. Jika beliau masuk Gerakan sekalipun, BN cuma ada 15 kerusi sedangkan PR masih ada 21 kerusi.

3. Dalam isu babi, pimpinan PKR (Negeri dan Pusat) dan Pimpinan PAS Negeri telah bersemuka dan penjelasan yang diberi telah diterima dan difahami. Pimpinan Parti, Adun-Adun dan seluruh rakyat telah memahami bahawa isu babi bukan isu perkauman, penindasan atau isu hak asasi, tetapi adalah persoalan undang-undang. Kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik dalam isu ini, telah membantu, memberi peluang dan tiada diskriminasi.

4. Tidak ada Exco dan kawan-kawannya yang menerima rasuah wang atau sex seperti di Perak. Semua Adun masih dapat dihubungi dan menyatakan komitmen teguh (tidak diculik).

5. Tidak ada isu-isu pentadbiran yang menimbulkan konterversi dan melampaui kebiasaan di buat di Kedah. Semua tindakan dilaksanakan secara berhikmah, bijaksana, telus, adil, saksama, sama rata, terbuka dan konsisten.

6. Semua pihak diberikan peluang dan hak yang sama.

7. Banyak lagi la (tak tersenarai) yang baik-baik selaras dengan slogan "Kedah Sejahtera - Nikmat Untuk Semua" sedang dibuat di Kedah. Kenapa nak jadi macam Perak???

8. Semua kerja intelligent, "psywar", fitnah, adu domba, tawaran, lagaan, tekanan, sekatan, dan tuduhan telah dapat diatasi, di hadapi, dipatahkan dan diuruskan dengan baik.

Pada waktu ini,setelah diselami semua "lubuk-lubuk politik", saya simpulkan Pakatan Rakyat di Kedah Teguh, tidak bergoyang dan tidak tercabar. Tak mungkin BN/UMNO yang hampir karam di Kedah dan seluruh dunia menjadi pilihan rakyat dan wakil rakyat kita.

Iman kita ialah - Di hujung ikhtiar dan kerja buat sekelian hamba dan makhluk, ada Qada dan Qadar Allah s.w.t. Itulah yang telah berlaku di Perak. Qada' dan Qadar Kedah belum tahu lagi... Dia Maha berkuasa untuk memberikan kuasa kepada sesiapa yang dikehendaki....Dia Maha Berkuasa menghilangkan kuasa dari sesiapa yang Dia kehendaki....

Wallahu a'lam.

Khamis, 2 Julai 2009

ISU babi vs DAP


Respon awal YAB Dato' Seri MB terhadap isu ini,

"Saya tak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan apatahlagi itu keperluan mereka, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan beri kerjasama. Saya telah meminta mereka mencari tempat baru dulu tapi mereka bohong,selepas sebulan tiada apa-apa dan sekarang (bila dirobohkan PBT) mereka hendak keluar (dari PR Kedah)...keluarlah kalau DAP Kedah lebih berkuasa dari DAP pusat.

"Saya serahkan kepada PAS pusat dan pimpinan Pakatan Rakyat peringkat Pusat untuk menilai dan menentukan isu ini. Apa yang saya kesal mereka ini main politik apa.....seolah-olah mahu kembalikan kerajaan Kedah kepada depa (BN).....

"Dulu semasa berbincang mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno mereka kacau, sekarang pun kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun depa(mereka) kacau" katanya...

Apa yang nak dipolitikkan isu ini kerana MB melayan rakyat Kedah cukup manja tidak kira siapa berbanding dengan ahli PAS sendiri sehinggakan sampai ada ahli PAS yang merajuk... Tak kecoh tak seronok...sebab tu kena bagi kecoh baru meriah...macam-macam

Rabu, 1 Julai 2009

PAS vs. UMNO

Nik Aziz tegaskan perjuangan PAS dan Umno jauh berbeza

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.


"Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.



"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.



Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar. Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.



Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.

"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.



"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.

"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya.



Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, manusia tidak boleh menutup perbezaan terutama perbezaan mengenai hukum hakam sebagaimana ditegaskan dalam Surah Al-Hujrat.



"Dan jika kamu terdiri dari golongan beriman, sekiranya berdepan dengan perselisihan faham dan berlaku peperangan di antara kamu, maka langkah pertama ialah mengambil sikap berbaik antara keduanya.

"Tetapi sekiranya masih bertelagah juga maka tempat rujukan untuk mencari penyelesaian dan perdamaian antara keduanya ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya," katanya.



Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, peruntukan Persekutuan untuk kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak disalurkan mengikut sepatutnya.

Menurutnya menjadi persoalan apabila wang yang telah diberikan disalur ke Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

"Begitu juga setiap projek yang disalurkan ke Kelantan, keputusan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan Persekutuan," ujarnya.

Mengenai cadangan pembangkang supaya dilantik wakil rakyat Barisan Nasional dalam PBT, kata beliau ia boleh dipertimbangkan.



Bagaimanapun katanya, Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri.

"Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja.

"Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik," katanya.



Mengenai dakwaan pembangkang pembalakan di negeri ini dilakukan secara tidak terkawal, beliau berkata dakwaan itu sebagai satu penghinaan kepada Jabatan Perhutanan kerana ia tidak berlaku.

"Ini kerana Majlis Perhutanan Negara yang menentukan catuan dan had tebangan dan kayu balak tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya," katanya. - mj _

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP