Isnin, 27 Oktober 2008

Rumah Terbuka Dr Hamsiah (Arwah Dr Azizan)


Dr Rohani bersama beberapa AJK DMPKP berkesempatan berkunjung ke Rumah Terbuka sempena Raya 'Aidilfitri Dr Hamsiah(Arwah Dr Azizan) sekeluarga. Rombongan dibawa melawat di dalam rumah tersebut, ada tempat spa untuk 2 orang, spa berkumpulan, kolam renang, tempat berkumpul untuk keluarga dan beberapa tempat kemudahan disediakan. Menurut Dr Hamsiah, kos yang digunakan untuk membina dan menyediakan kemudahan tersebut menelan belanja jutaan ringgit. Menurutnya lagi program rumah terbuka tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi adalah sebagai perangsang kepada ushawan muslim agar terus maju ke hadapan dan sekiranya ada pihak muslimat yang perlukan kemudahan tersebut bolehlah berhubung dan berunding dengan pihak mereka. Jazakumullah hukhairan kathira dan tahniah kami ucapkan kepada usaha peninggalan Dr Azizan sekeluarga yang telah banyak menginfa'kan hartanya untuk PAS Kedah dan khususnya di Kubang Pasu. Semoga segala usaha diberkati dan dirahmati Allah, InsyaAllah.

Sabtu, 25 Oktober 2008

Banjir lagi...





Penduduk tepi sungai di negeri Kedah sekali lagi dilanda air sungai yang melimpah. Bermula dari utara di Kubang Pasu, air sungai tidak dapat menampung air yang berlebihan sehinggalah banjir terus melanda ke kawasan lain..Kuala Kedah, Pendang... Setiap hari semua YB dan ahli turun membantu mangsa banjir samada membekalkan makanan, barang keperluan dapur, wang saku, mencuci dan sebagainya. Mangsa banjir rasa terharu dan berterimakasih kerana masih ada pimpinan yang sanggup meredah air melihat keadaan mereka. Sehingga ada yang berkata "tak tolong cuci atau beri duit pun tak pa, janji tengok kami pun jadilah... sejuk hati"

Jumaat, 17 Oktober 2008

JAMUAN RAYA SPEAKER DUN KEDAH


















Alhamdulillah, hari ini Speaker DUN Kedah dengan kerjasama PAS Kubang Pasu telah berjaya mengadakan Jamuan Raya 'Aidilfitri. Majlis bermula jam 2.15 petang dan berakhir jam 4.45 petang. Kedatangan yang tidak diduga dari pelbagai golongan masyarakat telah menyebabkan bekalan makanan telah kehabisan sebelum penghujung waktu. Timb. Speaker DUN Kedah dan beberapa tetamu jemputan turut hadir meraikan majlis tersebut. Pihak penganjur telah berusaha bersungguh-sungguh menyediakan makanan dengan sebaik mungkin secara gotong-royong dari ahli PAS Kubang Pasu. Tuan Speaker, YB Dr Hj Isa Ismail dan isteri berkesempatan menyampaikan hadiah duit raya kepada anak-anak yang hadir. Terima kasih dan jazakumullah hukhairan kathira kepada semua petugas dan tetamu yang hadir menjayakan majlis yang julung-julung kalinya diadakan oleh Speaker DUN Kedah dengan kerjasama PAS Kubang Pasu.

Selasa, 14 Oktober 2008

Lawatan Muslimat Kubang Pasu









Pada 12-14 Jun 2008 Muslimat Kubang Pasu telah membuat lawatan ke Terengganu dan Kelantan. Rombongan mula bertolak dari Markaz Tok Kesop Jitra jam 10 malam dan tiba di Masjid Pulau Melaka jam 5.30 subuh. Sepanjang lawatan selama 3 hari dipenuhi dengan aturcara yang berfaedah dan semua ahli rombongan rasa amat bertuah dan berpuas hati dengan semua pengisian sepanjang 3 hari tersebut. Bermula dari sebelum bertolak lagi ahli rombongan telah diberi taklimat tujuan rombongan dengan iringan doa dari Ustaz Ku Hamid. Kuliah subuh oleh TGNAANM, Kuliah Speaker DUN Kelantan, Kuliah Jumaat oleh TGNAANM, sambutan Ulangtahun ke-45 Maahad Darul Anwar, jalinan mesra bersama muslimat Kuala Terengganu, ke Masjid Terapung, meninjau dengan lebih dekat persekitaran masjid kristal, mengiringi Ketua DMPNK, YB ustzh Aishah ke Perasmian Muktamar DMP Kelantan. Di antara ruang yang ada dengan izin Allah jua dapat juga kami membeli-belah di Pasar Payang Terengganu, Pasar Siti Khadijah dan Bukit Bunga di Kelantan. Jauh perjalanan luas pandangan banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi, tidak sia-sia wang ringgit, masa dan tenaga yang diinfa'kan. Masing-masing rasa bersemangat untuk terus memajukan muslimat dan perjuangan...InsyaAllah, alhamdulillah... Sempat juga berposing sana sini...

Isnin, 13 Oktober 2008

HARI RAYA TERBUKA PAS KEDAH




Hari Raya Terbuka PAS Kedah telah diadakan pada hari Sabtu, 11 Oktober di Sg Petani. Juga seperti di Mentaloon, kehadiran amat tidak diduga, begitu ramai rakyat Kedah dari pelbagai golongan masyarakat berkunjung meraikan majlis tersebut. Wakil-wakil rakyat juga turut hadir meraikan rakyat negeri Kedah, tp MB tak dapat hadir sebab kurang sihat... rawatan di KMC...

Ahad, 12 Oktober 2008

JAMUAN HARI RAYA 'AIDILFITRI 1429H KUBANG PASU



Semua warga Kubang Pasu dijemput hadir

Tarikh: 17 Oktober 2004(17 Syawal 1429H)
Hari : JUMAAT
Masa: 2.30-5.30 petang
Tempat: Dewan Jitra, Kedah Darul Aman
Anjuran : YB Speaker DUN Kedah dengan kerjasama PAS Kubang Pasu
Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP