Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Isnin, 20 Julai 2009

PENGAJARAN ISRA' MI'RAJ

Hari ini 27 Rejab 1430H, secara keseluruhannya di antara pengajaran isra' mi'raj ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah SWT. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Apatah lagi ketika kita berada dalam kegembiraan, seharusnya semakin hampir lagi kita denganNya. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Oleh itu marilah kita sama-sama menghayati segala peristiwa dan pengajaran isra' mi'raj yang dilalui oleh Rasulullah SAW jika kita benar-benar cinta dan sayangkan Rasulullah SAW.

PEMIMPIN MUSLIMAT PAS

Menjadi pemimpin bukan suatu kemegahan pada muslimat PAS tetapi pemimpin itu mempunyai tanggungjawab dan amanah yang berat perlu dilaksanakan. YB Ustazah Aishah Hj Ghazali telah menghuraikan beberapa ciri yang perlu ada pada seorang pimpinan muslimat yang diberkati selain dari ciri-ciri pemimpin Islam iaitu ;

Yang pertama ialah Quwwah(kekuatan )
Kedua, amanah
Ketiga, kemampuan mental
Keempat, minda & kebolehan yang luas
Kelima, berkemahiran berkomunikasi
dan keenam, kekuatan motivasi
Selain dari itu pelbagai pesanan, pengisian yang diberikan oleh pimpinan ulamak dan negeri kepada barisan kepimpinan muslimat PAS seluruh Kedah dalam suatu majlis yang diadakan di Baling baru-baru ini. Muslimat PAS bertekad akan membantu kepimpinan PAS Malaysia dan Kedah khususnya untuk berusaha gigih mempertahankan Kedah agar terus kekal di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Razak, insyaAllah.
Rakyat Kedah bimbang dengan usaha UBN untuk merampas Kedah kerana semua rakyat telah jelik dan muak dengan sikap mereka yang manis dimulut sahaja, bermuka-muka, penipu dan macam-macam lagi yang bukan bertindak bukan seperti umat islam yang sayangkan Rasulullah SAW, di mulut kata cinta Rasulullah SAW tapi perlakuan jauh sekali. Bersempena dengan isra' mi'raj seharusnya umat Islam menghayati akan segala peristiwa dan hikmah peristiwa ini.

Ahad, 28 Disember 2008

Peristiwa Penting Bulan Muharram

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Beberapa peristiwa penting bulan Muharram:

  1. *1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah
  2. *10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

*Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
~Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

~Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

~Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan
selama enam bulan.

~Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

~Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

~Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

~Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

~Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

~Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40
hari 40 malam.

~Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari
tentera Firaun.

~Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

~Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

~Hari pertama Allah menciptakan alam.

~Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

~Hari pertama Allah menurunkan hujan.

~Allah menjadikan 'Arasy.

~Allah menjadikan Luh Mahfuz.

~Allah menjadikan alam.

~Allah menjadikan Malaikat Jibril.

~Nabi Isa diangkat ke langit.
Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP