Sabtu, 31 Januari 2009

DMPNK turut serta menghantar wakil bersama rombongan ke Palestine

Alhamdulillah, Dr Rahimah Hj Sahit iaitu isteri kepada MP Pendang(Dr Hayati Othman) selaku Bendahari DMPNK merangkap Ahli Majlis Pendang telah diizinkan turut serta bersama rombongan pimpinan PAS Pusat ke Palestine untuk meninjau sendiri keadaan saudara kita di sana.

Untuk makluman, sumbangan yang diserahkan sendiri oleh pihak pimpinan itu juga termasuk kutipan Dana Palestine yang telah dikumpulkan oleh pihak DMPNK yang melebihi RM10 ribu. Dengan kesempatan ini juga, pihak DMPNK ingin mengucapkan jazakumullah hukhairan kathira atas pemberian para dermawan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menderma lagi, bolehlah menyerahkannya kepada mana-mana AJK DMPNK atau mana-mana AJK DMP kawasan masing-masing atau memasukkan terus ke dalam akaun Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah BIMB 0-201101000690-5 dan sms ke 0194426857 (bendahari) kerana DANA PALESTINE masih terus berjalan untuk membangunkan kehidupan mereka di sana, InsyaAllah.

Sabtu, 24 Januari 2009

26 JANUARI 2009

1. GERHANA MATAHARI
~4.30 - 7.00 PETANG
~Jangan lupa solat sunat Khusyuful Shamsi (Gerhana Matahari)
~Cara Solat;
*Niat - berimam "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala"
- seorang diri "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
*
Takbir
*Baca Surah A-Fatihah dan surah
*Ruku'
*I'tidal
*Baca Al-Fatihah dan surah

*Ruku'

*I'tidal
*Sujud
*Duduk antara dua sujud(macam solat biasa)

Rakaat kedua
*Baca Al-Fatihah dan surah
*Ruku'
*I'tidal
*Baca Al-Fatihah dan surah
*Ruku'
*I'tidal
*Sujud
*Tahiyyat Akhir

*(kalau boleh baca surah panjang@mana-mana Al-Baqarah)
**Jika berimam sunat membaca khutbah selepas solat
***Jika tidak berkesempatan solat sunat seperti solat sunat biasa

2. SOLAT HAJAT DAN CERAMAH PERDANA ISU PALESTIN/ISRAEL


~7.00 petang hingga 12.00 malam
~Stadium Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah

~ANJURAN : KERAJAAN NEGERI KEDAH DENGAN KERJASAMA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

~PENCERAMAH
1. YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang - Presiden PAS
2. YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan Abd Razak - Pesuruhjaya PAS Kedah/Menteri Besar Kedah
3. YBhg. Tuan Haji Mohamad Sabu - Naib Presiden PAS
4. Wakil Hamas

Aturcara:

7.00 malam Solat maghrib dan solat hajat
8.30 malam Solat isyak
9.00 malam Tayangan video kesengsaraan di GAza Palestin
9.30 malam Ceramah Perdana

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

Trajedi KUHAN..!!



Kewibawaan Pihak Polis Tercalar

Kuala Lumpur, 22hb Januari 2009.

Insiden kematian seorang pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika masih ditahan sangat mengejutkan. Kematian Kugan Ananthan 22 tahun mengingatkan kita kepada insiden M. Ulaganathan, juga mati ketika masih ditahan polis. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian M. Ulaganathan adalah disebabkan kecuaian dan pengabaian melampau pihak polis. Berulangnya insiden seperti ini pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak polis sebagai sebuah institusi keselamatan.

Bagi memastikan keyakinan rakyat dipulihkan, saya menuntut agar sebuah badan siasatan yang bebas dan telus diwujudkan serta merta bagi menyiasat insiden kematian Kugan Ananthan. Foto serta bukti yang menunjukkan adanya kecederaan pada si mati sudah tentu membangkitkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan institusi polis memulihkan kembali kewibawaannya.

Saya selaku ahli parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, komited untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat kelak. Beserta dokongan rakan-rakan ahli-ahli parlimen lainnya kami akan mencari jalan untuk meningkatkan tahap profesionalisme pihak polis serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi keselamatan tersebut.

ANWAR IBRAHIM

http://anwaribrahimblog.com

Tahanan mati dalam lokap: Manikavasagam desak KP Selangor letak jawatan

AHLI Parlimen Kapar, S Manikavasagam meminta agar Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar untuk meletakan jawatan beliau kerana telah menipu ketika membuat kenyataan.

Menurut Manikavasagam Khalid Abu Bakar telah membuat kenyataan bahawa seorang tahanan, Kugan Ananthan telah mati ketika ditahan akibat sakit paru-paru.

Walaubagaimanapun menurut Manikavasagam, sangat mustahil sekiranya mangsa mati kerana penyakit sedangkan badan beliau dipenuhi luka-luka dipercayai dipukul.

“Saya minta agar Khalid Abu Bakar melepaskan jawatan beliau serta merta kerana menipu. Mangsa yang ditahan tidak akan mati sekiranya bukan acaman dari polis,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Tambahnya, beliau mempunyai dua saksi yang mengesahkan kejadian berkenaan, menurut beliau saksi berkenaan berkata Kugan ketika ditahan dalam keadaan yang sihat.

“Kami mempunyai dua saksi yang mempunyai bukti dalam kes ini. Kami akan dedahkan nanti,” katanya lagi.

Mangsa yang ditahan di Balai Polis USJ 8 pada 14 Januari lalu kerana disyaki bagi membantu siasatan kes curi kereta mewah mati secara tiba-tiba ketika sedang disoal siasat.

Menurut Khalid dalam laporan media, berdasarkan laporan siasatan yang diterimanya malam tadi, pihaknya mendapati suspek mati kerana paru-paru berair.

Manikavasagam yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan (MPT) kesal dengan pihak polis yang menurutnya tidak memberitahu keluarga mangsa ketika menahan mangsa.

“Kenapa hanya mati sahaja polis datang kerumah untuk maklumkan? kenapa tidak maklumkan ketika Kugan ditahan,” katanya lagi.

Semalam keluarga Kugan telah membuat laporan polis yang mendakwa mangsa meninggal dunia akibat dipukul dan didera polis.

Kugan turut mengalami kesan lecur di belakang, lebam akibat dipukul pada kaki dan tangan selain kesan luka akibat digari terlalu ketat.

http://www.suarakeadilan.com

copy dari kedahlanie

Jumaat, 23 Januari 2009

DIALOG 2 RAKAN BARU

Satu peristiwa yang tak boleh disimpan, kena kongsi bersama.
Ikuti perbualan seorang penganalisa politik yang suka memberi pendapat. Beliau sedang bersarapan sambil membaca akhbar memberi pendapat kepada rakan semeja yang baru duduk tanpa menolehnya.

Penganalisa politik mula bicara,
Sebelum PRK036
Tun Dr Mahathir kata; Wan Ahmad Farid hanyalah proksi kepada seseorang
Rakan baru jawab selamba;
PAS tak masalah, PAS pilih Mohd Abd Wahid Endut je

Najib kata; Wan Farid akan terus jadi Timbalan Menteri jika menang
Rakan baru jawab selamba; PAS tak masalah, Mohd Abd Wahid Endut akan tetap jadi YB walau kalah

Penganalisa politik terus berbicara tanpa menolehnya,
Selepas PRK036
Najib kata; Pemimpin Umno kurang mesra dengan pengundi
Rakan baru jawab selamba;Pemimpin PAS tak masalah

Muhyiddin Yassin kata: UMNO telah hilang daya penarik terutamanya di kalangan orang muda
Rakan baru jawab selamba;PAS tak masalah

Khir Toyo kata: Imej BN ketinggalan zaman
Rakan baru jawab selamba; Imej PAS tak masalah

Idris Haron kata: Umno hilang daya tarikan di kalangan rakyat kerana masih terikat dengan cara lama.
Rakan baru jawab selamba; PAS tak masalah

Wan Ramlah kata: Pengundi wanita di kawasan Parlimen Kuala Terengganu akan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.
Rakan baru jawab selamba;PAS tak masalah

Zahidi kata: Orang Melayu kini muak dengan UMNO
Rakan baru jawab selamba;PAS tak masalah

Pemimpin Wanita Umno bahagian di Terengganu kata; Umno bahagian Kuala Terengganu tidak mempunyai kekuatan yang cukup ketika menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu
Rakan baru jawab selamba;PAS tak masalah

Toh Puan Zaitun kata; Umno Kuala Terengganu boleh diibaratkan seperti kuat di atas tetapi lompang di bawah.
Rakan baru jawab selamba;PAS tak masalah

Pengundi kata; Mereka tidak kenal Wan Ahmad Farid
Rakan baru jawab selamba;PAS tak masalah

Ada yang kata; mereka mula mencantas Wan Ahmad Farid
Rakan baru jawab selamba;PAS tak masalah

Penganalisa politik diam tiba-tiba dan memandang ke muka rakan semeja...
Dalam hati beliau berkata-kata "La...aku bercakap dengan orang gila.."

#orang gila pun tahu perjuangan PAS, cuma UMNO je tak faham-faham lagi...???

Selasa, 20 Januari 2009

Pendapat dari Kaherah

Dicatat oleh yusuf13 pada Isnin, 2009 Januari 19 dalam http://yusuf2013.blogspot.com/

Titik persamaan PAS di Malaysia dan HAMAS di Palestin dalam banyak peristiwa

Allahu Akbar!!! Ku menyahut seruan ilahi diatas berita kemenangan Islam di Malaysia dan diikuti kesokkannya kemenangan HAMAS di Palestin.

Kemenangan kedua-dua kumpulan ini seolah-olah ada kaitan diantara satu sama lain kerana kalau dilihat pada bentuk kemenangan itu memang ianya bukan semata mata kemenangan, bahkan ia adalah satu pertolongan Allah s.w.t ke atas hamba-hambanya yang ikhlas berjuang.
Sama-sama kita lihat perjuangan HAMAS di Palestin, bagaimana asuhan dan pentarbiahan mereka hingga mereka sanggup berdepan dengan musuh walaupun tidak mempunyai kelengkapan perang yang canggih sebagaimana yang dimiliki oleh pihak musuh.

Walau dilihat pada material memang tiada tandingan antara HAMAS dan ISRAEL, bermakna awal-awal lagi HAMAS akan kalah bahkan akan terkubur, tetapi apa jadinya? Yang berlakunya adalah disebalik itu, iaitu kemenangan dan juga pertolongan daripada Allah swt. Kalau tanpa pertolongan Allah swt nescaya mustahil HAMAS akan menang, itulah pentingnya pertolongan Allah swt dalam apa jua keadaan.


Dilihat pula kepada kemenangan parti islam di Malaysia dalam pilihanraya kecil kuala Terengganu, juga mustahil PAS akan menang dalam pilihanraya ini kalau dilihat pada asas material,pihak musuh mempunyai banyak harta benda dibawa untuk berkempen hingga saya yakin mencecah berpuluh juta ringgit semata-mata untuk memenangkan calon mereka, sebagai bukti apa yang dikatakan oleh bos mereka “kita mesti menang walaupun dengan berapa banyak kos sekalipun”. Ini bukti bahawa kalaulah mereka menang sekalipun, mereka menang dengan duit atau harta bukan menang dengan roh yang sebenarnya.

Akan tetapi atas ikhlas dan semangat pengorbanan daripada pejuang islam ini sepertimana golongan HAMAS, maka Allah tidak member kemengan kepada mereka walaupun mereka ada kekuatan material, bahkan Allah memberi kemenangan dan pertolongan kepada parti Islam. Ini persamaan yang didapati pada PAS dan juga HAMAS.
Seterusnya, persamaan pada tarikh kemenangan, PAS diumumkan telah memenangi pilihanraya pada tanggal 17 januari 2009 malam, begitulah juga diikuti dengan HAMAS tidak semena-mena pihak musuh mengumumkan genjatan sentaja dari sebelah pihak tanpa persepakatan pihak yang kedua(HAMAS), ini bermakna Israel telah menangkat bendera putih mengaku kalah kerana mereka menanggung kerugian yang terlalu banyak dan tidak sanggup menghadapi serangan HAMAS kerana memang mereka terkenal dengan pengecut sebagaimana yang disebut didalam Al-Quran walaupun target musuh untuk mengambil Gaza dan menghapuskan HAMAS akan tetapi yang terjadi mereka menangkat bendera putih dan HAMAS semakin kuat dan bertambah sokongan bukan setakat sokongan rakyatnya bahkan sokongan dunia, inilah point penting yang boleh kita ambil dari peperangan ini. Ini samalah juga denga parti Islam PAS, tatkala berlakunya pilihanraya, bukan setakat sokongan ahlinya sahaja, bahkan sokongan penuh dari sekutunya(pakatan rakyat) hinggakan mereka turun berkempen seperti mereka berkempen untuk partinya sendiri. Dan juga PAS mendapat sokongan dari seluruh Negara yang menyaksikan berpuluh ribu penyokongnya turun untuk berkempen. Dan juga yang paling pentingnya PAS mendapat pengiktirafan boleh dikatakan daripada semua pihak saamada pakatan dan BN bahawa PAS kuat dan mampu untuk mengambil alih kerajaan.

Dalam masa yang sama, marilah juga kita melihat persamaan PAS dalam kekalahanya pada 21 mac 2004 dan diikuti syahidnya pemimpin spiritual HAMAS As-Syahid Ahmed Yasien pada keesokan harinya 22 mac 2004. Ini menunjukkan PAS dan HAMAS ada persamaan yang telah ditentukan oleh Allah swt dalam banyak perkara. Ini adalah titik aturan dan persamaan yang telah diaturkan oleh Allah swt.
Maka yang akhirnya kita memohon dan selalu bemunajat semoga Allah swt menyamakan juga PAS dan HAMAS ini dalam spritualnya dan diakhirkan hayat pejuang-pejuang PAS seperti pejuang-pejuang HAMAS iaitu Syahid dimedan pejuangan. AAmiin yaa Rabb…

Hayyu asyier
2am19jan09

Ahad, 18 Januari 2009

KEDAH BERCUTI PADA HARI INI MENYAMBUT KEMENANGAN KT 036


Kontinjen Kedah mula berangkat meninggalkan Terengganu seawal jam 7.30 pagi Ahad, 18hb Januari 2009 dengan membawa hadiah kemenangan sempena Keputeraan DYMM Sultan Kedah pada hari ini. Bukan senang tau Sultan nak bagi cuti kepada Kedah sempena kemenangan PRK036. Sebenarnya rakyat Kedah bercuti sempena Keputeraan DYMM Sultan Kedah, jadi sambil menyelam minum air, bolehla kontinjen Kedah bercuti sementara memulihkan tenaga untuk kembali berkhidmat di Kedah.

So, selamat tinggal KT yang penuh dengan pengalaman, peristiwa pahit manis dan macam-macam lagi... Terima kasih kepada semua penduduk Terengganu dan semua... Kenangan PRK036 takkan dapat dilupakan, pelbagai pengalaman yang banyak membawa ilmu kepada petugas Kedah. Mudah-mudahan kerjasama yang erat di antara petugas PR berterusan di mana sahaja. Yang mana ada sikit-sikit pertentangan pendapat anggaplah ianya sebagai suatu usaha untuk kita mencapai titik pertemuan kerana PR baru lahir dan sedang belajar bertaktih berbanding dengan BN yang sudah tua masih lagi berkelahi, tidak boleh bersatu sesama sendiri. Itula bila berjuang kerana hawa nafsu, bukan berjuang kerana Allah.


Bye bye, Assalamu'alaikum... Jumpa lagi. InsyaAllah kami do'akan agar KT dapat meneruskan perjuangan yang penuh dengan ranjau dan duri ini...

Sabtu, 17 Januari 2009

TAHNIAH YB Mohd Abd Wahid Endut DAN semua pengundi PRK036

TAHNIAH YB Mohd Abd Wahid Endut DAN semua pengundi PRK036. Rakyat mahukan perubahan, ini bermakna bertambah lagi kerusi PR di parlimen, TAKBIR! Juga bermakna bertambah lagi amanah yang dipikul oleh YB... Kami do'akan agar YB sihat sejahtera dan dapat menjalankan tugas serta amanah dengan baik dalam keadaan ekonomi negara yang agak membimbangkan.

Zaman telah berubah,
rakyat kini bijak dan bermaruah,
kerajaan negeri dan persekutuan lambat laun akan berubah wajah,
InsyaAllah.

Keputusan Rasmi PRK036

Pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan telah mengumumkan secara rasmi keputusan PRK036 di Stadium Negeri jam 9.29 malam. Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi.Calon bebas pula mendapat 193 undi.

Keputusan PRK036

Cukup mendebarkan menunggu keputusan, setakat jam 8 malam PAS masih mendahului BN sebanyak 1,554 walaupun majoriti turun naik beberapa kali. PAS memperolehi 22 030 undi, BN 20 476 undi, Bebas 134 undi dan undi rosak 420.

DI MEDAN JUANG

Isteri calon tidak kering peluh berjuang bersama muslimat, telah sebati dengan kehidupannya sebagai isteri YB.

Usaha terakhir PRK036 oleh Setiausaha DMPNK sebelum keluar ke pusat pengundian. Maaf ya yang mana gambar dok dang nok sior. Lain kali kita sior, semua busy lo ni. Balik nanti kita sior banyok-banyok gambor muslimat redoh kampung dan segale, ok.
Dido'akan agar semua muslimat pusat, negeri, kawasang dan cawangang khususnya kontijen DMPNK selamat pulang dari berjuang, InsyaAllah.



Jumaat, 16 Januari 2009

PENGUNDI PRK036

"JADILAH PENGUNDI YANG BERMARUAH DAN BIJAK kerana DUNIA sedang memerhatikan anda semua" SELAMAT MENGUNDI



Jumaat, 9 Januari 2009

KEMPEN BOIKOT BARANGAN KELUARAN YAHUDI

***Siapa singgah sila print dan edarkan***

Dr Yusoff Al-Qardhawi telah mengeluarkan fatwa "Satu riyal (Rm1.00) kita keluarkan membeli barangan (membantu) Yahudi bersamaan dengan
sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis (bermakna sebutir peluru kita keluarkan) untuk membunuh jasad penduduk Palestine"

SENARAI SYARIKAT YAHUDI DAN BARANGAN KELUARANNYA

1) Delta Galil Industries Ltd

  • Marks & Spencers
  • Carrefour
  • DIM
  • Donna Karan / DKNY
  • Ralph Lauren
  • Calvin Klein (cK)
  • Hugo Boss

2) Coca-Cola

  • Coca-Cola
  • Dr Pepper
  • Fanta
  • Sprite
  • Sunkist
  • Schweppes

3) Estee Lauder

  • Aramis
  • Clinique
  • DKNY

4) L'OREAL

  • Giorgio Armani Perfumes
  • Lancome Paris
  • Maybelline
  • Ralph Lauren Perfumes

5) Kimberly Clark

  • Tisu facial KLEENEX
  • Barangan KOTEX
  • Barangan HUGGIES

6) Nestle

  • Nescafe
  • Pure Life
  • Milkmaid
  • Nesquik
  • Maggi
  • Milkybar
  • KitKat
  • Smarties
  • Polo
  • Shreddies cereal
  • Frutips,
  • Felix - cat food
  • L'Oreal (important interest)

7) Johnson & Johnson

  • Barangan Baby

8) SARA LEE

  • Champion - athletic apparel untuk lelaki dan perempuan serta underwear lelaki
  • Sara Lee Bakery
  • Penyaman udara Ambi Pur
  • Intimat apparel Bali
  • Kiwi - shoecare
  • Brylcreem - bodycare

9) AOL Time Warner

  • Internet AOL
  • Majalah Time
  • Majalah Life
  • Buku-buku Time-Life dan lain-lain keluarannya
  • CNN
  • Program Internet Chat (ICQ)

10) NOKIA

  • Barangan elektrohik Nokia - telefon tangan, tv dsb

11) News Corporation

  • Filem 20th Century Fox, Fox Kids, dll
  • National Geographical

12) Intel

  • Processors - Celeron, Pentium, Itanium, etc
  • Motherboards, Chipsets, Adapters, Controllers, Network Products,
  • Komponen-komponen Wireless,
  • Embeded Products, Software Development Tools.

13) COMPANY : McDonald's

  • Restoran McDonald's Bulleted List

14) Starbucks

  • Starbucks Coffee Stores (4,709 locations world-wide)
  • Kopi, coklat, biskut, ais krim Starbuck
15) Timberland
  • Footwear: Hiking, Multi-Sport, Sandals, Casual, Office, Boots, PRO
  • Outwear: Leather Jackets, Waterproof Parka, Lightweight jackets
  • Clothing: Shirts, Polos, Sweaters, Sweat Shirts, T-Shirts, Pants, Shorts
  • Gear: Belts, Hats, Backpacks, Luggage, Socks, Sunglasses, Wallets, Watches

16) IBM


***Philip Morris pengeluar tembakau utama dunia adalah Yahudi !!!
***SAY NO TO ROKOK
!!!


Tindakan tuan/puan seterusnya ialah;

***Teruskan solat hajat dan doa qunut nazilah setiap hari agar Allah S.W.T menurunkan pertolongan kepada penduduk Palestin atau Baca Surah Al-Fiil dan berdoalah setiap lepas solat fardhu***


***Berusahalah kita semampu yang boleh walau sebesar zarah sekalipun kerana sekiranya semua orang dapat melakukannya InsyaAllah akan habislah peluru-peluru mereka itu...Jadilah kita seperti burung kecil yang cuba untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim dengan mengambil dan mencurahkan air hanya menggunakan paruhnya yang kecil sahaja supaya kita dapat menjawab apa usaha kita apabila ditanya Allah di Akhirat kelak, InsyaAllah***

Isnin, 5 Januari 2009

Cara yang sama berlaku di Kedah kini berlaku di Perak dan Selangor

Seronoknya bila tiba pilihanraya, mula la macam-macam UMNO reka cerita. Isu HUDUD tak boleh makan dek orang Kuala Terengganu, 2-3 hari kebelakangan ini kes TADIKA KEMAS pula dibuat cerita. Sebenarnya kami malas dah nak sembang bab ni sebab cara yang sama dibuat di Kedah sebaik sahaja keputusan PRU12 diumumkan selepas 8 Mac 2008 lalu yang menyebabkan YAB DS MB Kedah terpaksa buat sidang media seperti di bawah;

Sidang Media MB Kedah PDF Print E-mail
Oleh : TVPAS.com
Saturday, 22 March 2008

1-Perancangan Terbaru Kerajaan Negeri Kedah
2-MB Kedah mahu Tadika KEMAS, JKKK dan organisasi pentadbiran lama diteruskan operasi seperti biasa
3-Potongan cukai tanah di Kedah akan dikuatkuasakan


seperti YAB DS MB Perak terpaksa membuat kenyataan dalam (http://kamparinn.blogspot.com/).

Ada yang sanggup kunci pagar tadika kerana nak dapat $$$$$, tak tau la dapat berapa orang tu... sedih betul orang yang jadi "orang suruhan" tu. Kita ni hamba ALLAH ya bukan hamba kepada "hamba", sanggup buat apa saja demi $$$$$.

Yang bestnya lagi, ada la yang nak publisiti murah beri pendapat dalam berita, malula sikit masuk TV dengan pandangan minda kelas ke-3. Bukan rakyat biasa bagi pendapat tapi pimpinan pulak tu, malu kami rakyat Malaysia mempunyai pemimpin macam tu. Nanti orang kata "kalau dah menteri pun minda kelas ke-3, rakyat tak taula kelas berapa.." Ingat lagi tak macamana pendapat menteri kita semasa kes perhimpunan BERSIH dulu tu, malu kita selaku rakyat Malaysia mempunyai pemimpin macam tu sebab seluruh dunia mendengarnya. Ni macamana ni??? bukan main lagi PM nak rakyatnya berminda kelas pertama tapi pengikutnya sendiri dididik dengan minda kelas ke.... entahla... macam tak de isu lain dah nak dibuat. Rakyat dah muak la dengan isu yang mengada-ngada tu... orang kampung pun dah berminda "high class", jangan nak buat macam "lembu dicucuk hidung"la.

Oleh itu kami amat berharap agar penduduk Kuala Terengganu, jadilah pengundi yang bijak dan janganlah mudah terpedaya dengan isu yang tidak bertanggungjawab yang disiar dan disebarkan oleh pihak yang menjadi hamba kepada "hamba". Lepas ni isu apa pula yang akan dicipta pun kita tak tau, semua jalan cerita yang tak boleh diterima akal, wallahhu'alam. Jadilah kita sebagai hamba yang bertangungjawab kepada " Tuhan"nya, InsyaAllah.

Sabtu, 3 Januari 2009

HIMPUNAN UMMAH MENENTANG REJIM ZIONIS ISRAEL

Hari Jumaat, warga Jitra, Kubang Pasu mengadakan perhimpunan aman di perkarangan Masjid Al-Muttaqin, Tmn Mahsuri bagi membantah keganasan dan kezaliman regim zionis Israel yang menyerang dan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Selesai solat Jumaat, perhimpunan dimulakan dengan Bacaan Do'a Wehdah oleh Ketua Pemuda PAS Kubang Pasu, Ust. Yusuff Ahmad.

Kebanyakan jemaah tidak pulang ke rumah dan berkumpul kerana merasa penuh semangat setelah mendengar khutbah tentang kezaliman zionis Israel daripada mimbar masjid oleh Ust. Ridzuan yang telah benar-benar membakar semangat untuk mengutuk dan menyelar tindakan zionis laknatullah itu.

Kelihatan turut hadir beberapa pimpinan NGO dan PAS Kubang Pasu di dalam majlis tersebut. Ucaptama dan do'a qunut nazilah disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB Ir Hj Amiruddin Hamzah. Amat menyentuh hati dan perasaan lagi apabila ucapan penuh rasa syukur dan berterima kasih dari keluarga syuhada palestin sendiri kerana rakyat Malaysia turut merasai bersama-sama mereka.

Seterusnya dijalankan upacara membakar bendera Israel sebagai tanda simbolik bantahan terhadap kekejaman rejim Israel. Setiap ucapan tidak henti-henti diiringi dengan laungan takbir oleh para jemaah.


Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh rakyat palestin sendiri serta pungutan derma untuk membantu rakyat Palestin. Oleh itu bersempena dengan hijrah ini juga marilah sama-sama kita berpuasa dan menginfa'kan seberapa banyak yang kita boleh untuk membantu mereka disamping teruskan solat hajat, membaca qunut nazilah, memboikot sebarang usaha membangunkan rejim Israel dan mengajak semua rakyat memahami perjuangan penduduk Palestin.

Jumaat, 2 Januari 2009

ADUN Wakaf Mempelam calon Pakatan Rakyat PRK 036 Kuala Terengganu

ADUN Wakaf Mempelam iaitu Mohd Abdul Wahid Endot menjadi calon Pakatan Rakyat dalam PRK 036 Kuala Terengganu yang diumumkan di Kuala Terengganu pukul 10.55 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu. Beliau merupakan bekas graduan jurusan sains perikanan dan marin dari Universiti Putra Malaysia.

Beliau dijangka menghadapi saingan calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang diumumkan dua minggu lalu oleh BN dan persaingan kali ini dijangka empat penjuru termasuk dua calon Bebas.
Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP