Sabtu, 31 Januari 2009

DMPNK turut serta menghantar wakil bersama rombongan ke Palestine

Alhamdulillah, Dr Rahimah Hj Sahit iaitu isteri kepada MP Pendang(Dr Hayati Othman) selaku Bendahari DMPNK merangkap Ahli Majlis Pendang telah diizinkan turut serta bersama rombongan pimpinan PAS Pusat ke Palestine untuk meninjau sendiri keadaan saudara kita di sana.

Untuk makluman, sumbangan yang diserahkan sendiri oleh pihak pimpinan itu juga termasuk kutipan Dana Palestine yang telah dikumpulkan oleh pihak DMPNK yang melebihi RM10 ribu. Dengan kesempatan ini juga, pihak DMPNK ingin mengucapkan jazakumullah hukhairan kathira atas pemberian para dermawan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menderma lagi, bolehlah menyerahkannya kepada mana-mana AJK DMPNK atau mana-mana AJK DMP kawasan masing-masing atau memasukkan terus ke dalam akaun Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah BIMB 0-201101000690-5 dan sms ke 0194426857 (bendahari) kerana DANA PALESTINE masih terus berjalan untuk membangunkan kehidupan mereka di sana, InsyaAllah.

1 ulasan:

maz09 berkata...

Syabas Dr Rahimah kerana berpeluang melihat penderitaan umat Islam di Palestine angkara kekejaman Israel laknatullah tu..namun tugas sedang menunggu di dua DUN di Perak..kemaskan jentera muslimat Kedah..demi Islam..supaya gelombang PR terus hebat!

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP