Sabtu, 17 Januari 2009

TAHNIAH YB Mohd Abd Wahid Endut DAN semua pengundi PRK036

TAHNIAH YB Mohd Abd Wahid Endut DAN semua pengundi PRK036. Rakyat mahukan perubahan, ini bermakna bertambah lagi kerusi PR di parlimen, TAKBIR! Juga bermakna bertambah lagi amanah yang dipikul oleh YB... Kami do'akan agar YB sihat sejahtera dan dapat menjalankan tugas serta amanah dengan baik dalam keadaan ekonomi negara yang agak membimbangkan.

Zaman telah berubah,
rakyat kini bijak dan bermaruah,
kerajaan negeri dan persekutuan lambat laun akan berubah wajah,
InsyaAllah.

1 ulasan:

Mohd Fairuz Mat Zin berkata...

PAS Menang Bergaya PRK K.Terengganu P.36 (Majotiti 2631)

Alhamdulillah ! Akhirnya calon PAS menang dengan majoriti bergaya 2,631 undi. PAS memperolehi 32,883 undi manakala BN 30,252 undi dan Bebas 193 undi serta hilang wang pertaruhan.

79.73 % keluar mengundi (63,967 daripada 80,229). Dalam pilihanraya umum ke-12 sebelum ini Razali (BN) memperoleh 32,562 undi, manakala Mohamad Sabu 31,934 undi dan Maimun 685 undi.

Pengundi Kuala Terengganu nampaknya sudah berani berubah dan setelah 2 kali kecundang BN pastinya tidak senang duduk. Pengundi Cina dan India juga sudah faham dan tidak lagi diprovok akan kesalahfahaman tentang hukum hudud. Keputusan yang bergaya ini juga menunjukkan sokongan rakyat semakin jitu kepada PR dan menunjukkan kekuatan PR yang jelas walaupun jentera BN didatangkan dari segenap pelusuk negara.

Harapan saya untuk PRK akan datang, kita perlu beri "all out" atau sehabis daya agar PR menang bergaya secara hatrik dan seterusnya memberikan landskap baru politik Malaysia . Dengan kemenangan ini, impian PR untuk membentuk kerajaan bukan lagi omong-omongan dan mimpi di siang hari.

Insya-Allah, lebih banyak tawaran-tawaran istimewa akan diberi oleh BN ! Tunggu dan lihat ! Tidak percaya ? Percayalah !

P/s : Kesian juga kerana BN dah banyak berhabis untuk PRK P36 ini. najib juga diberitakan sudah pulang awal dan tidakberada pada majlis pengumuman keputusan.

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP