Ahad, 13 Disember 2009

Bantuan Orang Miskin








Pada 10 Disember , Syarikat Era Edar Marketing Sd. Bhd. dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Pendang berkesempatan memberi bantuan kepada 30 orang warga miskin di Kg Baloh , Bukit Jenun . Turut hadir pada majlis tersebut adalah MKK Kg Baloh Saudara Mat Isa Arifin ." Saya amat bersyukur kerana dengan adanya syarikat begini dapatlah meringankan sedikit beban penduduk di sini dan terbukti bahawa kerajaan yang ada hari ini tidak pernah meminggirkan rakyat.'' Katanya ketika ditemui pada majlis tersebut. Turut berucap pada majlis tersebut adalah jurucakap dari Syarikat Era Edar Marketing Sdn. Bhd. Puan Dr Asiah memberi sedikit penerangan mengenai halal haram makanan umat Islam pada hari ini sebelum menyampaikan sumbangan.

Isnin, 7 Disember 2009

UMNO makin lemas...

UMNO semakin membusuk hingga melarat ke parti kanan dan kiri. MCA bermasalah, MIC juga goyah, Parti-parti lain juga Parti Makkal Sakti Malaysia yang ditiru oleh Perdana Menteri seperti Kelab Penyokong PAS pun berpecah. Mereka cuba menjangkiti Pakatan Rakyat tetapi tidak berhasil kerana PR cukup 'vaksin'nya. Mereka cuba masuk ke Perak, berjaya dalam kegelapan, tetapi rakyat tetap menolaknya, mereka masuk ke Selangor dengan pelbagai sudut tetapi nasib mereka seperti meludah ke langit timpa hidung sendiri. Mereka cuba masuk ke Kedah juga tidak berjaya, dikilas oleh DS MB Kedah dengan tangan kiri sahaja. Mereka cuba ke P Pinang pula, rakyat tidak mudah ditipu lagi.



Usaha ke Kelantan menambah bala ke diri mereka, bukan Kelantan yang mereka perolehi, bahkan 1Malaysia mungkin akan tergadai. Semakin hari semakin ramai yang menyokong perjuangan kepimpinan ulama', ini terbukti dari pelbagai laporan antaranya laporan mStar Online



Ahad Disember 6, 2009


Kelab Penyokong Pas India Ditubuhkan
KUALA LUMPUR: Kelab Penyokong PAS Malaysia kaum India bagi kawasan Batu di sini dilancarkan malam ini. Presiden kelab itu, N.Balasubramaniam berkata pembukaan kelab itu menandakan sokongan kaum India terhadap kepimpinan Mursyidiul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Setakat ini kita menerima seramai 22,096 keahlian seluruh negara dan kita jangka penambahan ahli seramai 15,000 lagi menjelang awal Januari depan," katanya selepas berucap pada majlis sambutan Jubli Perak 25 tahun PAS kawasan Batu di sini.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, turut hadir memberi ceramah pada majlis tersebut. BERNAMA




Pelbagai lagi usha cuba menarik PR lemas bersama mereka tetapi tidak berjaya. Banyak usaha yang mereka cuba lakukan seperti perlakuan pelajar lepasan SPM sahaja lagaknya... tindak tanduk, keputusan, ulasan demi ulasan serta dasar-dasar pimpinan-pimpinan mereka diperhati dan ditertawakan oleh rakyat 1Malaysia.



Penipuan mereka semakin menjadi-jadi, ekonomi Malaysia yang semakin bermasalah dinafikan, sedangkan masalah ini tidak boleh mereka lindungi kerana manusia hidup perlukan wang menyara keluarga, masakan rakyat tidak mengetahui dan merasainya. Harga barang semakin naik sedangkan ramai anak-anak yang tiada pekerjaan dan macam-macam lagi yang boleh diulas oleh semua rakyat jelata. Kini bukan sekadar cerdik pandai sahaja mengetahuinya bahkan ibu-ibu yang buta huruf pun boleh membuat ulasan yang panjang lebar.

Khamis, 3 Disember 2009

Ulat UMNO merebak: Makkal Sakthi Najib berpecah

Parti Makkal Sakti Malaysia, yang dilancarkan dua bulan lalu oleh Perdana Menteri, menuju perpecahan dengan kumpulan bertelagah mendesak Presidennya R S Thanenthiran melepaskan jawatannya dengan segera.

Kumpulan yang dipimpin oleh Timbalan Presiden A Vathemurthy yang mendakwa menerima sokongan lebih 15 daripada 27 anggota Jawankuasa Pusat (CC) tidak mahu Thanenthiran memimpin parti ini lagi.“Kami mahu Thanenthiran melepaskan jawatan presiden dan tidak lagi memimpin parti.

Usul untuk menyingkirkan sepatutnya dibincangkan hari ini tetapi mesyuarat CC dibatalkan minit terakhir, kami tidak tahu siapa di belakangnya,” kata Vathemurthy pada sidang di sini sebentar tadi.Mesyuarat CC yang dijadual membincangkan usul menggugurkan Thanenthiran sepatutnya bersidang malam ini.Tetapi Setiausaha Agung R Kannan telah membatalkan notis mesyuarat tengah malam tadi.

Parti Makkal Sakti yang didaftarkan Mei tahun ini telah dilancarkan oleh Najib pada 10 Oktober lalu dan pernah dilihat sebagai sebuah parti politik alternatif untuk masyarakat India negara ini.Bagaimanapun MIC telah memperlihatkan bantahan dengan mengatakan bahawa penubuhannya akan memecahbelahkan lagi masyarakat India yang pernah menyaksikan perpecahan teruk ketika pilihan raya umum Mac 2008.

Mengulas lanjut, Vathemurthy berkata majoriti anggota CC dan ahli akar umbi jelas sudah tiada keyakinan ke atas kepimpinan Thanenthiran.“... dan merasakan bahawa kepimpinannya yang berterusan sebagai presiden adalah satu ancaman teruk kepada kestabilan, kemajuan dan masa depan bagi Parti Makkal Sakti Malaysia yang baru ditubuhkan dan bagi masyarakat India Malaysia secara keseluruhan,” kata beliau pada sidang media di sini.

Seramai 12 daripada anggota CC yang beliau dakwa menyokongnya hadir pada sidang media hari ini. Beliau menambah pihaknya amat kecewa kerana tanpa sebarang notis awal dan kelulusan, setiausaha agung secara unilateral telah membatalkan mesyuarat yang dijadual untuk diadakan mulai pukul 7.30 petang ini.Mesyuarat itu dipanggil oleh kumpulan beliau dan awalnya telah mendapat kelulusan setiausaha agung.

Katanya, berdasarkan perlembagaan parti mesyuarat khas boleh diadakan jika empat anggota CC membuat permohonan dan perlu diadakan dalam tempoh tujuh hari.“Kami telah mendapatkan nasihat perundangan dan percaya bahawa tindakan setiausaha agung (membatalkan mesyuarat CC pada minit-minit terakhir) adalah tidak sah dan tidak adil buat kami,” katanya lagi.

Beliau mendakwa amalan tidak prihatin Thanenthiran dan gagal memperlihatkan kepimpinan yang efektif telah menyebabkan parti ini berpecah kepada dua.“Beliau menguruskan parti ini macam hanya milik seorang individu dengan sokongan anggota keluarga dan saudara mara beliau sebagai anggota CC,” katanya.

Salah seorang adik Thanenthiran juga merupakan Naib Presiden parti.Vathemurthy juga mendakwa Thanenthiran tidak telus dan tidak bertanggungjawab dalam soal kewangan.“Sebagai contoh, apabila kami tanya beliau tentang jumlah wang yang telah dikumpulkan sejak parti ditubuhkan dan sumbernya, beliau tidak melayan pertanyaan kami dan mengatakan bahawa kami tidak wajar menanya perkara-perkara ini.“Jadi di mana prinsip demokrasi dalam parti yang kita perjuangkan ini?” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta agar Perdana Menteri dan semua pihak yang terbabit agar memutuskan segala urusan dengan Thanenthiran mulai sekarang.“Oleh kerana isu ini memerlukan perhatian serius, kami akan menggunakan apa jua saluran untuk menyelamatkan parti ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai tindakan susulannya, Vathemurthy berkata beliau akan memohon agar diadakan satu lagi mesyuarat khas CC dalam waktu terdekat.“Kami akan memberikan mereka satu lagi peluang untuk membincangkan agenda ini (melucutkan kedudukan Thanenthiran).“Kemudian kami akan bergerak dari sana,” kata beliau sambil menambah akan memilih presiden baru daripada kalangan anggota CC semasa ataupun seorang dari luar parti.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut tetapi menegaskan, calon itu bukan bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S Subramaniam. -MI

-GB-

Selasa, 1 Disember 2009

PAKATAN RAKYAT: Teruskan usaha, jangan leka

Dr Mahathir Mohamad: UMNO
30 Nov 2009

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. M
asa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Sabtu, 14 November 2009

Kedah arah Ketua Kampung lawan kempen BN


Ali Hashim


Harakahdaily, PADANG SERAI, 12 Nov


Majlis Ketua Kampung (MKK) perlu ebih aktif dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung dengan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh mereka.Langkah ini perlu untuk melawan kempen Barisan Nasional (BN) Kedah sekarang yang menggunakan slogan BN Menang, Kedah Senang.Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Siti Aishah Ghazali.


Menurut beliau lagi MKK perlu memainkan peranan penting bagi memastikan perkara berbangkit yang timbul daripada penduduk dan rakyat yang diwakili mendapat perhatian dan keprihatinan mereka."Kita sedia maklum Umno dan Barisan Nasional sedang melancarkan kempen BN Menang, Kedah Senang bagi memastikan rakyat memberikan kepercayaan dan sokongan semula kepada mereka."
Oleh kerana itu kita tidak harus biarkan mereka ini terus melaksanakan misi mereka. Maka itu MKK harus bekerja keras dengan turun padang dan membantu masyarakat serta mengambil tindakan segera bagi setiap aduan dan laporan yang diterima daripada masyarakat yang mempunyai masalah."Saya juga mahu semua MKK memainkan peranan mereka untuk memastikan tidak ada mana-mana rakyat yang terlepas pandang," katanya.
Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah berkata demikian selepas merasmikan majlis sumbangan mesin rumput kepada lebih 20 penerima di Dewan Permatang Tok Dik, Padang Serai, Kedah.

Rabu, 11 November 2009

TAKZIAH

DMPNK mengucapkan takziah kepada YB Dato' Kamaruddin Jaafar (MP TUMPAT), keluarga serta sanak saudara yang telah kehilangan isteri YB Dato' (Datin Kamariah Kamaruddin) pagi ini. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh Almarhumah Datin dan ditempatkan bersama para Anbiya', syuhada dan para solehin di dalam syurga Al Firdaus Al A'la. Al-Fatihah...

Ahad, 1 November 2009

PELANCARAN L-WEB DMP LANGKAWI

Tahniah DMP Langkawi mendahului DMP kawasan-kawasan lain menyahut cabaran dunia ICT tanpa sempadan ini. DMP Langkawi mengorak langkah maju ke hadapan mendepani masyarakat dengan pelbagai cara demi menyampaikan mesej ISLAM. Di antara 10 misi yang telah digariskan ialah l-web muslimat PAS langkawi adalah bakal menjadi sumber penyebaran maklumat, isu, tempat berhubung, menyediakan khidmat-khidmat tertentu dan banyak lagi yang lainnya.

Hjh Dr Rohani merasmikan Majlis Pelancaran L-Web DMP Langkawi
Pelancaran Lawan Web Dewan Muslimat PAS Langkawi telah disempurnakan oleh Hjh Dr Rohani Abdul Mutalib selaku Ketua Penerangan merangkap Ketua Lajnah Penerangan & ICT DMP Kedah. Terdahulu dari itu, ucapan aluan telah disampaikan oleh Ustazah Fatimah selaku Ketua Muslimat PAS Langkawi dan ucapan wakil PAS Langkawi, Ketua ICT Langkawi.

Ucapan aluan Ustazah Fatimah, Ketua DMP Langkawi
Ucapan wakil PAS Langkawi iaitu Ketua ICT PAS Langkawi
Ucapan Perasmian Hjh Dr Rohani, Ketua Penerangan DMP Kedah

Rabu, 21 Oktober 2009

INFO CINA ISLAM: WASPADA

Email : Zamri Kecik
Awas semua muslimin dan muslimah!GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.
Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......Cuba lihat kat pic ini.Cuba lihat dekat-dekat........

Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 4:29 PM

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Terimakasih kerana berkongsi infor
10/20/2009 2:15 AM

IBAN MUSLIM berkata...
Salam...Mohon ulang siar untuk tujuan hebahan umum...Wassalam...
10/20/2009 2:44 AM

miss BazLa' berkata...
salam, hmm, macam mana minuman ini boleh masuk Malaysia pulak? huhu.. ada tanda halal daripada JAKIM tak ni?
10/20/2009 2:48 AM

Din Pahang berkata...
Tuan izinkan saya untuk mengambil artikel tuan untuk disebarkan kepada umat muslim. Terima kasih
10/20/2009 4:34 AM

Amirul berkata...
Salam,
Emulsifier E471 ada dua jenis. Satu dari lemak babi dan lagi satu dari extracted vegetable oil. Di UK khususnya, boleh dikatakan kesemua jenis roti mengandungi E471 ini. Ulama di sini ada mengatakan jika E471 dari vegetable oil ataupun produk itu "suitable for vegetarian" adalah halal dimakan. Wallahualam.
10/20/2009 4:44 AM

me berkata...
thanks 4 ur information...
10/20/2009 6:16 AM

al amin ahmad berkata...
Status Halal: code bar: 8888001787883Status : TIADA DALAM SENARAIINFO : SMS HALAL JAKIM
10/20/2009 7:18 AM

Tanpa Nama berkata...
jakim x cek ka.1 malaysia minumnya......
10/20/2009 7:22 AM

Tanpa Nama berkata...
Syukur anda prihatin teruskan perjuangan dok harap mereka...rosak...
10/20/2009 7:32 AM

Tanpa Nama berkata...
tq...teruskan
10/20/2009 7:33 AM

Tanpa Nama berkata...
terima kasih atas yb sebab siar info ini.
10/20/2009 7:50 AM

Tanpa Nama berkata...
E471 tak semestinya Haram. mungkin di extract dari tumbuhan. Sila baca ni: Name: E471 Category: Emulsifier Status: Depends Description: Manufactured from glycerin (see E422) and fatty acids, these are normally obtained from hydrogenated soya bean oil and as such may be genetically modified but the source maybe of animal origin aswell hence one must read the packaging to confirm suitable for vegetarians. Used where the foaming power of egg protein needs to be retained in the presence of fat and in baked goods as an 'anti-staling' agent where it prevents the loss of water from starches. Allegedly the most commonly used emulsifier in the food processing industry, it can be found in, amongst other foods, Black Forest gateau mix, cakes, hot-chocolate mix, aerosol creams, shaped crisps, quick custard mix, packet dessert topping, dehydrated potato, sponge puddings, sterilised, pasteurised and UHT cream, low-calorie cream and pasteurised low-fat cream, margarine and low fat spreads, and ice cream.Actually E400 - E499 are Thickeners, Stabilisers and Emulsifiers(some are also gelling agents too).Emulsifiers are added to foods to help mix together ingredients that would otherwise normally separate. One example is oil and water, which wouldn't usually mix together sufficiently and examples of products with emulsifiers in include ice cream and mayonnaise. There are also a couple of gelling agents included in the E400 to E499 category, mainly where they also have another role, such as being a stabiliser or emulsifier. Gelling agents play a similar role as thickeners, as they basically help foods gel together better.So some ingredients are from one source some are from more then one, some are natural some are man made. Sp make sure whats the original source of the product.Here you can't say E471 is only Vegetarian or from animal. It depends on the company that makes it andputs in the product. You have to ask that each company od who's product you find in the market. For example if you pick up a bread and you see E471 then you have to ask that bread company to find out where they buy this E471 from and find out the source for you.
10/20/2009 9:53 AM

-ROCKprincess- berkata...
salam...Permission to share ur link to all my friends....also to copy n email ur post too...hope u don't mind...thks...thks so much for da info...
10/20/2009 10:11 AM

Suara minda berkata...
produk ni tak masuk malaysia lagi la... dijual hanya disingapura sahaja...
10/20/2009 10:40 AM

Medayn-XfX system berkata...
ustaz,izinkn sya amek artikel ni utk pblish in my blog..tq..
10/20/2009 11:20 AM

Tanpa Nama berkata...
maaf, penulis artikel ni pun la.. soya tu main beli je ke? tak tengok tanda halal. lepas tu boleh bising ada segala macam. eh..E471 ada yang halal, ada yang haram. harap maklum.
10/20/2009 12:57 PM

Tanpa Nama berkata...
pemimpin 1 malaysia xpernah ambil tahu hal halal haram bg penduduk malaysia...nti hang tngu la di akhirat krn x brtgjwb memimpin org islam
10/20/2009 3:33 PM

Tanpa Nama berkata...
Buat pengetahuan semua, dah lama sijil halal di Malaysia tidak di kendalikan oleh Jakim. Ianya dikendalikan oleh badan swasta iaitu Halal Development Corporation. Jakim rasa bertanggungjawab untuk urusan cop halal brg2 ini tetapi pihak atasan nak beri pada syarikat HDC ini. Saya kecewa sangat mengapa tak kasi pada Jakim - sekurang2nya Jakim is operated by 100% muslim, whereas HDC is, well, dengarnya ramai auditor sijil halalnya bukan orang Islam. Kecewa sungguh kecewa.
10/20/2009 4:28 PM

norhalim mh berkata...
Selagi pemimpin yg diamanahkan mentadbir Msia terdiri dari mereka yg engkar menolak hukum Allah, bermcm2 musibah dan perkara yg tidak baik boleh berlaku, bukan sahaja product non halal yg sememangnya haram banyak terdapat di dalam Negara, tetapi banyak lg benda lain yg haram, ada wang haram, anak haram, politik haram, kerajaan haram yg termasuk di dalamnya mb haram n speaker DUN haram, haram sudah jd perkara yg boleh menjadi halal jika segerombolan mereka2 yg terlibat ini masih percaya majoriti rakyat menyokong mereka.Peringatan kepada, pendukung, pembantu, penyokong dan mereka2 yg bersekongkol dgn gerombolan2 ini akn menerima balasan yg amat pedih diakhirat kelak, sedarlah wahai saudara2ku, bukalah minda, berfikirlah dgn ilmu berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, bezakan yg yg mana Hak yg mana Bathil.Semasa di dunia yg masih diberi kesempatan waktu ini sama2lah kita bermuhasabah diri, mengakui kesilapan dan ketelanjuran yg kita lakukan selama ini, bertaubatlah, supaya kita tidak terus berada dalam kesesatan....artikel yg amat berguna utk pengguna2 Islam, mohon copy artikel ke_ http://purnamadariselatan.blogspot.com
10/20/2009 5:37 PM

Tanpa Nama berkata...
Wahai tanpa nama,Mampukah kita nak bertanya to EVERY company that have E471 "from where they take the E471?"So, lebih baik tinggal dari makan makanan syubhah.
10/20/2009 5:38 PM

Ahad, 18 Oktober 2009

Sumbangan kepada masyarakat India

Pada hari Jumaat, 16 Okt 2009, Dewan Muslimat PAS Kubang Pasu dengan kerjasama PAS Kawasan telah mengadakan beberapa pertemuan dengan masyarakat India di beberapa tempat sekitar Kubang Pasu.

Di samping mendengar permasalahan mereka, sumbangan turut dihulurkan tanda sentiasa kebersamaan samada dalam kesenangan maupun kesusahan. Sumbangan disampaikan oleh YB Datuk Dr Hj Isa Ismail dan wakil AJK PAS Kawasan.

Wakil MKK Kemunting memberi ucapan - Muniamurthi

Wakil MKK Kg Muhibbah memberi ucapan - Viramalai


Penerima sumbangan Kg Muhibbah


YB Datuk Dr Hj Isa Ismail menyampaikan sumbangan
Wakil AJK PAS Kawasan menyampaikan sumbangan

Selasa, 6 Oktober 2009

PMR

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR
KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3

~SEMOGA BERJAYA~

Jumaat, 2 Oktober 2009

KURSUS INTENSIF ICT

Khusyuk, seronok semuanya berkursus. Tak sedar masa berlalu sehinggakan ada yang lupa nak isi perut... Nampak gayanya kursus kena sambung lain hari pula...Siri berikutnya di Langkawi tau... lagi macam-macam ada...sanggup ke? Kalau sanggup sila daftar segera, tempat terhad. Terimakasih MAS... dan semua peserta yang memberi kerjasama dalam kursus siri 1 ini... Alhamdulillah, perasmi penutup disempurnakan oleh YB Dato' Hj Amiruddin Hj Hamdzah pada pukul 4 petang.

Selasa, 29 September 2009

MP JERAI:Menolak 10 hujah Ibrahim Ali


Isnin, 2009 September 28

Hari ini Utusan Malaysia menyiarkan 10 hujah dangkal Ibrahim Ali mendesak YAB TG Nik Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan dan Adun Chempaka. Hujah bodoh itu hanya layak dijawab dengan hujah bodoh jugak. Tak perlu memerah kepala otak untuk mencari jawapan yang ideal untuk soalan bodoh ini.

1. Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.

"Lupakah Ibrahim Ali, Najib pun dah lama jadi wakil rakyat dan dah lama jugak berada dalam kabinet, kenapa Ibrahim tak suruh Najib letak jawatan? Ibrahim Ali pun dah lama kahwin dengan isterinya (barang lama), tentu nalurinya nak rasa yang baru, kenapa tak ganti barang lama dengan barang baru?"

2. Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.

"Umno kata Tun Mahathir dah nyanyuk, Ibrahim Ali pun akuinya. Tapi dia nak cadang dalam sidang parlimen akan datang untuk melantik orang tua nyanyuk itu sebagai penasihat kerajaan Malaysia dan jugak penasihat parti Umno. Maknanya masih boleh pakai walaupun dah nyanyuk. Dunia politik Ibrahim dah berakhir dulu tapi PAS menghidupkan semula, jadi siapa yang berjasa kepada siapa?"

3.Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.

"Syarat ini hanya untuk ahli politik Umno dan Barisan Nasional yang takut nak hadapi pilihanraya kecil sekiranya terjadi kekosongan kerusi disebabkan kematian wakil rakyatnya. Apakah Ibrahim Ali masih tak sedar, sejak PRU 12 yang lalu sudah ada 6 PRK yang berpunca dari kematian wakil rakyat yang hampir sebaya dengannya dan ada yang lebih muda darinya".

4. Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.

"Dalam tempoh hampir 20 tahun TGNA mentadbir Kelantan, berapa hari sangat TGNA keluar dari Kelantan kalau nak dibandingkan Ibrahim Ali yang jadi Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan dari 8 Mac tahun lalu tapi menetap di KL?"

5. Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.

"Bandingkan Kelantan sebelum dan selepas 1990, sanggupkah Ibrahim berkata benar akan perihal hutang negeri kepada kerajaan pusat sebelum dan selepas tahun itu? Apakah orang yang berhutang itu lebih cekap mengurus atau orang yang menyelesaikan hutang itu tidak cekap mentadbir?"

6. Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.

"Umno zaman Ibrahim Ali masih jadi ahli membunuh Sekolah Agama Rakyat tapi DAP di Pulau Pinang bagi bantuan tahunan RM87k untuk setiap Sekolah Agama Rakyat di negeri itu. Umno atau DAP yang tentang Islam?"

7. Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.

"Islam bukan untuk bangsa melayu saja, Islam untuk semua. Islam tak berpecah tapi yang berpecah adalah Umno. Tahun 1986 melayu Umno terbahagi dua, satu ikut Dr. M dan satu lagi ikut Ku Li. Tahun 1998 sekali lagi melayu Umno terbelah dua, satu ikut Dr. M dan satu ikut DSAI. Lepas beberapa tahun Ibrahim Ali kena pecat tapi kali ini melayu Umno tak berpecah. Tahun lepas Ibrahim bertanding guna lambang Islam untuk menang di Pasir Mas dan menghidupkan kembali karier politiknya. Ibrahim Ali lah yang sebenarnya mempergunakan Islam untuk kepentingan politiknya."

8. Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara.

"Satu dunia tahu, budaya tidak berani menegur kesalahan pemimpin hanya ada dalam parti melayu yang didokong oleh Ibrahim Ali sahaja. PAS tidak pernah menyekat kebebasan ahli-ahlinya bersuara. Ibrahim tentu ingat reaksi ahli PAS ketika TGNA membenarkannya bertanding di Pasir Mas sebagai calon PAS."

9. Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.

"Ibrahim dipilih sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS, orang PAS yang bekerja keras memenangkannya. Ibrahim dapat 28,673 undi, kebanyakannya adalah undi dari ahli dan penyokong PAS. Pengundi ini tidak akan memangkah kalau Ibrahim guna selain dari lambang bulan. Tahun 2004, Ibrahim dapat 6,198 undi sahaja, kalau PRU 12 yang lalu Ibrahim bertanding atas tiket bebas paling banyak pun Ibrahim akan dapat undi di sekitar 6,198 sahaja dan sudah tentu calon PAS akan dapat 22,475 undi, masih lagi melebihi undi yang calon BN dapat iaitu 19,682 undi. Sekarang ini, Ibrahim telah mengkhianati amanah yang diberikan oleh 22,475 orang pengundi yang memangkah simbol bulan. Khianat amanah dalam Islam hukumnya berdosa, jadi elaun yang Ibrahim dapat dari amanah yang dikhianati adalah haram. Jadi betullah apa yang TGNA kata."

10. Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.

"Lupakah Ibrahim Ali bagaimana Kelantan yang diperintah oleh TGNA dan ditekan dan dianaktirikan oleh kerajaan pusat sejak dari 1990 lagi? Kerajaan Kelantan terpaksa merintis sendirian untuk terus mentadbir negeri dari penggal ke penggal hinggalah ke hari ini. Tapi realitinya taraf hidup rakyat Kelantan makin meningkat dari tahun ke tahun sejak dari mula hinggalah ke hari ini hasil perkongsian bersama kekayaan bumi negeri Kelantan. Kalaulah kerajaan pusat tidak menafikan hak royalti minyak di perairan negeri yang dinafikan oleh pemerintah negara sudah tentulah pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan akan mencanak naik melebihi negeri Melaka yang ditadbir oleh kawan baik Ibrahim Ali."

Ibrahim Ali lebih baik ikut nasihat TGNA kalau tidak mahu terus berdosa dengan 22,475 orang pengundi di Pasir Mas yang memilih beliau sebagai Ahli Parlimen bagi mewakili suara mereka di Parlimen Malaysia.

Dicatat oleh MOHD FIRDAUS JAAFAR, Blog MP Jerai

Khamis, 24 September 2009

RUMAH TERBUKA 'AIDILFITRI 1430H YAB MB KEDAH


SALAM 'AIDILFITRI


Selamat Hari Raya 'Aidilfitri 1430H kepada semua muslimin dan muslimat
Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)


Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.
Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.
Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.
Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.
Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.
Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.
Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.
Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.
Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.
Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.
Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.
Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.
Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.
Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.
Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.
Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._

Isnin, 14 September 2009

TAZKIRAH DAN TADARUS RAMADHAN




Pada 7 Sept. 2009 bersamaan 17 Ramadhan 1430 h , Lajnah Tarbiyyah Dewan Muslimat PAS kawasan Pendang telah mengadakan Program Tazkirah dan Tadarus sempena bulan Ramadhan dan Nuzul Quran.

Antara pengisian program adalah ucapan dari Ketua DMP Kawasan Pendang Dr Hjh Rahimah Sahit dan dipengerusikan oleh Ustazah Hjh Siti Asa binti Wahab selaku Pengerusi Lajnah Tarbiyyah DMPK Pendang seterusnya tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Siti Mekiah Samsudin selaku Pengerusi lajnah Tarbiyyah DMPNK dan Tadarus Al-quran oleh muslimat-muslimat dari seluruh cawangan dalam Kawasan Pendang. Kehadiran seramai 120 orang memenuhi Musolla Pejabat PAS Pendang.

SUMBANGAN PENGHUJUNG RAMADHAN

Ahad, 13 September 2009 (23 Ramadhan 1430H), DMP Kubang Pasu berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal sekitar taman-taman di Pekan Jitra. Alhamdulillah dengan bantuan Ketua-ketua Komuniti iaitu Cikgu Zainuddin dan Cikgu Ahmad Long, ibu-ibu ini dapat dikumpulkan untuk disampaikan sumbangan jam 8.30 pagi yang disempurnakan oleh Ketua Dewan Muslimat Kubang Pasu, Dr Hjh Rohani Abd Mutalib. Mereka amat ternanti-nanti akan kehadiran muslimat untuk membantu.

Selepas itu rombongan muslimat berkesempatan juga menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang uzur, tidak dapat berjalan yang telah kematian suami dan anak tunggalnya. Makcik Som yang tidak dapat berjalan seminggu ini tumpang berteduh di rumah anak angkatnya yang baru sahaja membuat sebuah rumah di bulan Ramadhan ini yang belum lagi sempurna kerana kesempitan wang di hadapan rumahnya.

"Seronoknya makcik, ada orang yang mau mai tengok makcik, makcik tak boleh jalan.. dah 4 tahun makcik tak pi ngaji..."


"Baru seminggu makcik dok rumah anak makcik ni, pondok tulah tempat berteduh makcik selama ini... bumbung dah bocor"
"Alhamdulillah ada anak makcik, depa dok buat mertabak sikit-sikit cari rezeki..."
"Ya, ingat, cikgu Din ni la yang selalu tolong makcik, dari dulu lagi..."

Sabtu, 12 September 2009

Munajat, khatam, tazkirah & sumbangan

Pada 12 September, DMP Kubang Pasu berkesempatan mengadakan program munajat, khatam dan tazkirah. Pada akhir program sedikit sumbangan telah disampaikan kepada saudara-saudara baru sekitar Kubang Pasu yang disempurnakan oleh Ketua Lajnah Perpaduan & Nasional PAS Kubang Pasu dan AJK Lajnah Tarbiyyah DMP Kedah, Ustazah Fatahiyah. InsyaAllah pagi 13 September pula akan disampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal sekitar Jitra.


INI YANG UMNO SEMAKIN RISAU...

Di sana sini orang bukan Islam telah berani bersama dengan PAS. Alhamdulillah setelah 2 tahun berlalu slogan "PAS untuk semua" telah khadam dalam sanubari semua rakyat Malaysia. Ini yang menjadi ketakutan kepada UMNO, semakin ramai dan mereka telah tidak merasa kekok untuk bersama dalam program PAS terutama samada melalui program Kelab Penyokong PAS atau mana-mana program/majlis. Lihatlah Ramadhan tahun ini, merata-rata tempat mereka boleh bersama dengan PAS menghadiri program Iftar Jama'ie.

Kelmarin beberapa orang Cina sudi singgah iftar bersama Dato' Speaker DUN Kedah, AJK DMP dan AJK Kawasan Kubang Pasu menjamu selera. Kelmarin juga ramai di antara mereka bersama iftar jama'ie dengan penduduk Kg Belukar Changlun (tiada dalam gambar).

Rabu, 9 September 2009

Tidak serik lagikah mereka ini... menurut perintah tanpa usul periksa

Sebelum ni Dato' Mahfuz dapat free... "Mahkamah tinggi arah Berita Harian bayar RM150 ribu kepada Mahfuz"

2 hari sudah Dato' Mustafa Ali pula.. "Kerajaan setuju bayar RM50,000 gantirugi kepada Mustafa Ali"
Sebenarnya banyak lagi... cuma 'mereka' je tak berani nak buat keputusan macam ni sebab;
yang pertama takut rakyat tak mau undi depa
kedua takut tak boleh tongkat langit
ketiga takut bangkrap...
keempat...
kelima...
keenam...sambung sendirilah...

Ahad, 6 September 2009

TADARUS, IFTAR DAN SUMBANGAN DMPNK



Alhamdulillah pada 15 Ramadhan 1430 H, 5 Sept 2009, DMPNK telah selesai menyempurnakan program Tadarus, Iftar dan Sumbangan di Pejabat PAS Kawasan Pendang, Gajah Mati. Program ini bermula jam 3 hingga 8 malam.

Turut hadir di dalam program tersebut ialah Ustazah Siti Mariam, wakil DMPP yang memberi tazkirah Ramadhan. Sumbangan disampaikan oleh Exco Wanita & Pembangunan, Ustazah Aishah Hj Ghazali.

Rabu, 2 September 2009

Semangat kemerdekaan menyanggah perhambaan dan membina keyakinan baru

Dato' Seri Anwar Ibrahim Tue Sep 01, 09 2:42:27 pm

Harakahdaily: Apabila mendekati tarikh 31hb Ogos, ingatan kita akan mengimbas kembali rentetan peristiwa dan perjuangan rakyat yang berkemuncak dengan Kemerdekaan. Tarikh tersebut terungkap sebagai tarikh keramat, menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat.

Persoalan yang menerjah kita semua ialah; bagaimana kita menghayati makna tarikh tersebut hari ini. Pergulatan ini menjadi penentu kepada persoalan makna diri kita sebagai rakyat Malaysia.Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka; bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.

Lebih dua ribu tahun yang lalu, Brutus bertanya warga Kota Rom "siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ?" Ceasar mahu memiliki kuasa yang tidak terbatas. Nafsunya sebegitu besar dan mahu memastikan Rom dalam genggamannya.

Pertentangan antara Brutus dengan Ceaser adalah pertentangan antara kebebasan menentang nafsu kekuasan tidak terbatas. Sejak negara kita merdeka kita masih bergelut dengan pertentangan ini. Kebebasan ; kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan institusi kehakiman sentiasa mahu disekat oleh penguasa. Oleh itu kita menginsafi hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan menghargai nilai kebebasan.

Syarahan Perdana Professor Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu juga menghuraikan dengan panjang lebar peranan paksi tauhid sebagai aqidah menambat keyakinan baru yang menolak faham tahyul dan perhambaan, seterusnya menjadi pelantar kepada pemikiran yang berakar dengan tradisi aqliyah dan mencernakan budaya segar dengan bahasa Melayu sebagai pertuturan kepustakaan(lingua franca) rantau ini. Ratusan tahun berlalu yang sewajarnya tambah memperkukuh dan memantapkan semangat dan keyakinan baru tersebut.

Cantik sungguh puteri Palembang,
Sayang bersunting bunga pudak;
Betapa keras dilambung gelombang,
Kucacak tiang, kulayar jua.

Manakala melangkaui separuh abad kemerdekaan, kita rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai kesedaran betapa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pasar, bahasa komunikasi basahan untuk berjual beli. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa untuk mengungkapkan pengalaman kemanusian yang paling mendalam dan luhur. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa intelektual dan kerohanian untuk umat Islam, makanya Bahasa Melayu juga seharusnya menjadi bahasa intelektual dan kerohanian umat Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain keyakinan.

Bahasa Melayu yang saya sebutkan di sini bukanlah bahasa milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Bahasa Melayu adalah milik semua rakyat Malaysia.

Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya ; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.

Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda.

Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato' Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.

Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir.

Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.

Jumaat, 28 Ogos 2009

'Majlis Tilawah dan Hafazan'

Posted by DMP Kubang Pasu

Sabtu, 24 Syaaban 1430 H (15 Ogos 2009)

Alhamdulillah, DMP KP berkesempatan mengadakan Majlis Tilawah dan Hafazan di Markaz Tarbiyyah PAS Kubang Pasu Jitra Kedah. Program ini adalah julong kalinya diadakan di kalangan muslimat di Kubang Pasu bersempena dengan Pelancaran Sambutan bulan Ramadhan yang bakal tiba. Program diadakan bertujuan untuk menanamkan semangat cintakan Al-Quran serta ajaran-ajarannya. Hadiah pemenang disampaikan oleh isteri Dato' Speaker DUN Kedah, Datin Hjh Rakibah.
Di antara pengisian sepanjang bulan Ramadhan yang telah diatur oleh pihak DMPKP adalah tadarus di setiap zon, khatam perdana, iftar jama'ie, singgah iftar, sumbangan fakir miskin & muallaf, jualan 'amal serta tazkirah Ramadhan.

TAHNIAH


Masih tidak terlewat pihak DMPNK mengucapkan tahniah kepada semua petugas Pakatan Rakyat PRK N11 Permatang Pasir terutama petugas muslimat yang sejak dari sebelum penamaan calon telah mula bertugas di sana, meninggalkan suami dan anak-anak di rumah demi memperjuangkan amanah Allah SWT.


Tahniah juga diucapkan kepada calon PR, Ustaz Salleh Man yang telah memenangi PRK kali ini yang menggantikan YB Dato' Hj Hamdan Abdul Rahman. Selamat menjalankan tugas kepada YB Ustaz Salleh Man.
Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP