Sabtu, 9 Mei 2009

MUKTAMAR DMPNK 2009


Sekarang sedang berlangsung Muktamar DMPNK Kali ke-40 di Kompleks PAS Bt 9, Alor Star. Perasmian disempurnakan oleh MB Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Razak yang sedang berucap sekarang ini. Antara beberapa isi penting ialah tentang bagaimana untuk menjadi kapten yang baik untuk memimpin anak buah terutama dalam kita sedang memegang tampuk pemerintahan Kedah kini dan beberapa perkara penting yang lain.

Di antara tetamu yang hadir ialah Dato' Speaker DUN, EXCO Kerajaan Negeri, isteri-isteri YB PAS Kedah, Kepimpinan PKR Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Kedah. Agenda Muktamar akan bermula selepas berhenti rehat sebentar lagi.

1 ulasan:

MzSp berkata...

Tahniah kepada DMPNK kerana berjaya mengadakan Muktamar kali ke-40. Kepimpinan adalah suatu yang sangat subjektif.Setiap pemimpin sudah tentunya mempunyai misi dan visi yang tersendiri.Cuma dalam jamaah PAS,kita sudah tentu mencontohi gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Bagi sesebuah kapal, kapten yang cekap bukan hanya menunjukkan arah yang betul supaya tidak sesat tetapi menjaga seluruh kebajikan dan keperluan iman,ilmu,jiwa dan perasaan anak buah supaya sama-sama merasa nikmatnya. Pepatah "ular menyusur akar tak akan hilang bisanya" adalah salah satu ciri sikap 'bonus'yang harus ada pada seseorang pemimpin. Tidak keterlaluan sekiranya pemimpin sewajarnya adil dalam menilai dan menentukan keputusan setelah siasatan khususnya yang melibatkan muslimat.Hindarkan sifat 'masuk bakul angkat sendiri'sedang anak buah sudah bijak menilai antara kewajipan dan keutamaan.Pendek dan panjang kata, pemimpin mesti berjiwa besar dalam menghadapi setiap cabaran dan keadaan, bertindak bijak tanpa memilih bulu dan wajib mengutamakan kepentingan anak buah daripada diri sendiri.Sekali-sekali tunduklah bawah dan selami hati anak buah kerana sikap yang begitu tak perlu keluarkan modal sesen pun malah akan dinilai lebih mulia dan mesra.Itu, barulah namanya pemimpin yang hebat.Kalangan pimpinan muslimat mestilah berusaha ke tahap itu. Ini adalah harapan yang dicurahkan sempena Muktamar.

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP