Isnin, 9 Februari 2009

SAH, YB BUKIT SELAMBAU LETAK JAWATAN

9.15 pm
Sah, ADUN Bukit Selambau, YB V Arumugam meletak jawatan sebagai exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebenar tadi di Kediaman Rasmi MB Mentaloon, Kedah.

Ini bermakna dalam tempoh 60 hari kita akan menghadapi 2 PRK iaitu Parlimen Bukit Gantang, Perak di atas kematian YB Roslan Shaharum (PAS) dan DUN Bukit Selambau, Kedah dengan perletakan jawatan YB V Arumugam (PKR).

Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang (P59), Perak ialah DUN Changkat Jering(N14) yang diwakili Mohd Osman Mohd Jailu yang keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) Perak yang mendapat majoriti sebanyak 1,102 undi. Dua lagi ADUN ialah N13 Kuala Sepetang iaitu Tai Sing Ng (PKR) yang memperolehi majoriti 564 dan N15 Trong iaitu Datuk Rosli Husin (BN) majoriti 916 undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi. Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi. Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti(64%) Melayu, dengan 27% pengundi Cina dan 9% pengundi India dan lain-lain.

Manakala DUN Bukit Selambau(N25), Parlimen Merbok, Kedah pada PR12, Arumugam yang bertanding sebagai calon bebas, telah mengalahkan S Krishnan (BN) dengan majoriti 2,362 undi. Arumugam mendapat 13,225 undi dan Krishnan mendapat 10,863 undi. N25 Bukit Selambau terdiri daripada 50.20% pengundi Melayu, 19.25% pengundi Cina, 29.53% pengundi India dan 1.02% lain-lain. Arumugam kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai ahli exco kerajaan negeri.



2 ulasan:

Unknown berkata...

Baru petang tadi KakChik di Unit IT PAS Kelantan bermesyuarat. Insya-Allah kami akan turun membantu gerakerja IT untuk PRK kali ni.

Semoga Allah akan membantu kita membuktikan kebenaran.

Allahu Akbar.

MzSp berkata...

Ayuh!Bersama semua penyokong PAS dan penyokong UMNO yang dah insaf kita membuka langkah,mengembleng tenaga dan tegakkan kebenaran demi membuktikan BN sudah tidak relevan malah menjadi perosak keamanan negara. Betulkan niat dan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir sebagaimana pegangan prinsip MB Perak Ir. Nizar. Syabas MB Nizar. Ayoh kita ke dua-dua Bukit - Gantang dan Selambau. Allahu Akbar.

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP