Jumaat, 6 Februari 2009

Kerajaan halal vs kerajaan haram

Hari ini 2 tokoh memberi pendapat1. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh membentuk kerajaan di negeri Perak biarpun hanya minoriti.

"Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan," tegas Mahathir.

Bekas ahli Umno itu dalam blognya berkata sandiwara di Perak masih menggelikan hati.

"Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?" soal beliau.

Mahathir seterusnya berkata, jika tidak dapat paksa kerajaan minoriti mengadakan persidangan, mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak.

Situasi ini kata beliau memungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal.

2. Manakala Mursyidul Am PAS pula menyifatkan kerajaan baru Perak yang bakal diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir (BN - Pangkor) sebagai sebuah kerajaan haram.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dimaksudkan haram kerana Umno 'menculik' wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.

"Kemudian apabila keluar dari persembunyian tiba-tiba mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tentunya mereka diberi sesuatu sehingga sanggup meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Kemungkinan ada unsur rasuah bagi menarik Adun terbabit tidak dapat ditolak. Apabila kerajaan baru cuba dibentuk dengan cara seperti itu tidakkah ia wajar dinamakan sebagai sebuah kerajaan yang haram," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


2 ulasan:

TAIPINGMALI berkata...

TGNA,
Saya nak tanya Nabi Muhammad SAW pun selalu berseorangan di dalam gua hiraq. dan di sana juga baginda menerima wahyu..

2 pakatan yang menghilangkan sebenar mencari ketenangan dan mencari petunjuk. Akhirnya mereka dapat kebenaran. lalu tinggallah Pkr yang sudah pun berniat untuk menyingkirkan mereka.

DEWAN MUSLIMAT PAS KEDAH berkata...

Uzlah para rasul dapat wahyu sedangkan orang kebanyakan nak beruzlah kena syarat bukan somborono uzlah kerana syaitan akan memberi petunjukan pada orang yang tidak cukup syarat. Apa syaratnya kena belajar pada guru yang 'ikhlas' mengajar, baru dapat ilmu yang betul.

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP