Selasa, 10 Februari 2009

BELIAU SEORANG WAKIL RAKYAT YANG BAIK-AZIZAN


DMPNK menyifatkan Arumugam seorang pemimpin yang bermaruah dan berprinsip bukan seperti 3 ADUN Perak yang sanggup menggadai prinsip dek kerana ugutan dan kepentingan peribadi. Walaupun beliau menghadapi pelbagai tekanan dari pelbagai pihak, beliau tetap dengan pendiriannya dan bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku.

Apabila ditanya sebab perletakan jawatan Aru, Azizan berkata antara kandungan surat beliau mendakwa tidak lagi tahan dengan ugutan oleh pelbagai pihak, termasuklah kononnya terdapat individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

"Saya hormati pendiriannya dan menolak habuan RM5 juta itu dan menurut surat itu, beliau (Arumugam) telah menerima pelbagai ugutan sejak Mac 2008 lagi dan disebabkan tidak lagi tahan dengan ugutan dan demi keselamatan keluarganya, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan," kata beliau.

Azizan berkata beliau sedih dengan apa yang berlaku kerana menyifatkan Arumugam sebagai seorang wakil rakyat yang baik. Hakikatnya sejak dari awal lagi semasa mula bertanding, beliau mempunyai pendirian tersendiri dengan berani bertanding atas tiket bebas melihatkan kemelut MIC yang tidak boleh dipercayai lagi. Beliau menjadi penyelamat Pakatan Rakyat Kedah dengan muncul sebagai calon bebas di saat-saat akhir hari penamaan calon setelah borang pencalonan wakil PKR Saiful Izham Ramli ditolak oleh SPR atas masalah teknikal.

Setelah melihatkan perjuangan PR yang suci ini maka beliau telah memberikan sokongan padu kepada PR dengan sukarela menyertai PKR dan telah dilantik sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri dengan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India dan menjalankan tugasnya dengan baik.

Akhirnya beliau lebih rela meletakkan jawatannya daripada dikutuk oleh para pengundinya dengan melompat parti dan menerima habuan. Pengorbanan inilah yang seharusnya ada pada setiap pemimpin yang berjiwa rakyat dan memahami erti perjuangan. Kami mengharapkan pendiriannya tetap teguh, berkekalan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

2 ulasan:

MzSp berkata...

Waah..Tabik! pada bekas exco Kedah V Arumugam. Seharusnya lebih ramai ADUN yang bersikap seperti beliau. Selepas ini encik V. Aru.. jangan lupa lawat blog DMPNK yang sentiasa menyokong prinsip yang murni dan sentiasa `Menyeru yang makruf dan mencegah mungkar`.Diharap encik V Aru tidak mudah putus asa dan sentiasa turut memberi sumbangan tenaga dan idea-idea bernas untuk Pakatan Rakyat. We will miss you. Tabik!

DMP KEDAH berkata...

Penghargaan seharusnya diberikan pada beliau kerana sanggup berkorban dan terkorban dalam perjuangan lebih dari seorang pemimpin Islam.

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP