Ahad, 15 Februari 2009

INSAFLAH, JANGAN MENYOROK DI BELAKANG SULTAN

Wahai pemimpin, penyokong, pendokong UMNO, sedarlah telah lama anda semua salah faham dan sengaja tidak mahu faham akan perjuangan PAS. Bukalah hati, bukalah minda, jangan tutup mata dan hati untuk mendengar dan meneliti segala yang tersurat dan tersirat perjuangan PAS. Sekarang ni anda semua cuba untuk berselindung di sebalik Institusi Raja-raja untuk menyelamatkan diri. Kami tahu kalian semua bersalah atas segala yang berlaku kini tapi keluarlah dari belakang pintu istana, jangan jadi pengecut, kalian tidak akan diapa-apakan, dengarlah risalah apa yang nak dibawa oleh PR terutama PAS.

Suatu yang tidak logik apabila kalian meminta kami menyokong UMNO untuk perjuangkan Melayu kerana "PAS untuk semua" bukan untuk satu bangsa kerana Islam adalah penyatu semua ummat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum. PAS menerima semua bangsa kerana kita semua bermula dari dua makhluk yang sama iaitu Nabi Adam dan Hawa yang berkembang sehingga ke hari ini yang terdiri pelbagai bangsa, warna kulit, saiz dan bahasa. Semua kita pelajari tamadun manusia, zaman berzaman dunia berkembang, ada golongan yang beriman dengan Allah dan ada golongan yang engkar, yang dijanjikan Allah syurga untuk yang taat dan neraka untuk yang engkar. Sedarlah, bahawa nabi-nabi kita semua bukan dari bangsa Melayu, mereka adalah utusan Allah yang menjadi penyatu kepada semua ummat. Ini semua benar, bukan hanya ada cerita dalam Al-Quran bahkan diakui, diulas serta diungkapkan dengan pelbagai kata-kata hikmah dan sebagainya oleh pengkaji-pengkaji Al-Quran yang bukan beragama Islam.

Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah, yakinlah bahawa PAS bukan membawa ilmu yang baru dicipta tetapi PAS meneruskan perjuangan para Rasul kerana PAS hanya merujuk kepada Quran, Sunnah dan para ulamak. PAS tidak mahu mengkhianati sesiapa tetapi PAS mengajak kepada amar maaruf nahi mungkar sehingga difahami oleh mereka yang belum beragama Islam. Sedarlah, sebab itulah PAS diterima oleh semua bangsa dan kaum. Janganlah kita menjadi golongan yang suka melekehkan ajaran Allah yang dibawa oleh para Rasul seperti mengatakan PAS ditunggangi oleh sesiapa kerana bimbang kita termasuk dalam golongan yang engkar dengan ajaran Allah. Biarlah nenek moyang kita yang telah lama itu sahaja membohongi kita. Moga Allah mengampunkan mereka kerana mungkin mereka tidak mengetahuinya dan kini bila kita telah mengetahui dan sedar, jangan kita menjadi golongan yang engkar pula dan lebih parah dari itu ialah mengajar anak cucu kita mengengkariNya.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mempelajari dan mendalami lagi ilmu Allah yang maha luas itu dengan guru yang mengajar ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala semata-mata kerana dunia sekarang ramai yang mengaku cerdik. Sebenarnya cerdik adalah "cerdik yang dibimbing oleh Allah" sahaja yang harus kita cari bukan cerdik yang dihasut oleh syaitan yang tidak henti-henti menggoda manusia hingga ke akhir zaman. Ingatlah, bahawa mati itu BENAR, janji Allah itu BENAR, syurga neraka itu BENAR. Dunia ini bukan kita punya, kita hanya menumpang hidup, kita bukan hidup selama-lamanya, tiada apa di dalam dunia yang boleh kita bawa untuk berhadapan Allah samada rumah, pangkat ataupun harta yang kita sayangi semasa di dunia ini. Bekalan dan rahmat Allah jua yang menentukan samada kita berjaya memasuki syurga Allah ataupun tidak. Sama-samalah kita berdoa agar Allah memberi pertolongan, hidayah dan petunjuk kepada kita agar kita sentiasa berada di jalan yang lurus. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Amin ya Robbal'alamin....

Tiada ulasan:

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP