Ahad, 31 Mei 2009

PENGUNDI PRK PENANTI

Tunaikan tangungjawab anda sebagai pengundi DUN Penanti. Yakinlah undi anda penentu masa depan Penanti dan Malaysia amnya. Dunia memerhatikan anda...

Selasa, 26 Mei 2009

SELURUH RAKYAT MALAYSIA TURUT BERPUASA

Bukan rakyat Perak sahaja yang berpuasa bahkan seluruh rakyat Malaysia dan Dunia amnya turut berpuasa. Bersempena dengan puasa sunat awal bulan, juga kita turut merasai perasaan rakyat Perak maka seluruh ummat Islam diseru mendoakan tertegaknya keadilan dan hancurnya kezaliman, InsyaAllah.

PAKATAN RAKYAT DI HATI RAKYAT

Ketakutan menghantui UBN, pelbagai strategi disusun untuk meraih simpati rakyat sehingga pimpinan UBN kini turun padang tidak kira waktu dan tidak perlu ber'karpet merah' lagi. PM pun mahu digelar PM RAKYAT... Nak jadi wakil rakyat pun MOHON RESTU RAKYAT...

Bukti dan sebabnya?

1. UBN takut dengan kebangkitan sokongan rakyat terhadap PR dengan semakin ramai menyertai Kelab Penyokong PAS. Di mana sahaja rakyat tidak takut dengan PR, tambahan lagi mereka bekerja dengan sukarela tidak mengharap habuan seperti di dalam UBN. Semua rakyat tahu bekerja dengan PR jangan mengharap habuan atau balasan, semuanya bekerja untuk rakyat, Lillahhi Ta'ala, satu sen pun tak dapat, keluar yang dalam poket lagi ada. Bukan dalam UBN, nak bagi program penuh dengan orang kena 'hulur' dulu baru orang penuh.

2. Fitnah ditabur kepada PR sedangkan isu-isu tersebut tidak diterima dalam PR. Mereka cuba menyucuk jarum ke dalam PR dengan isu politik wang, salah guna kuasa, isu perbalahan golongan ulamak profesional dan aktivis. Walau bagaimana cara sekalipun mereka cucuk, ahli PR tidak mudah termakan cucukan kerana telah tahu akan strategi yang mereka gunakan. Tiada isu yang boleh diketengahkan melainkan mereka terpaksa menjadi batu api agar ahli PR tidak boleh duduk diam.

3. Suara pimpinan UBN tidak berbisa lagi, ramai yang tidak berpuas hati dengan layanan pimpinan UBN terhadap ahlinya. Rata-rata ahli di setiap cawangan, bahagian telah muak dengan tipu helah pimpinan UBN dan mereka berani mempertikai segala arahan pimpinan mereka. Akhirnya mereka sendiri yang menubuhkan cawangan-cawangan PAS di tempat masing-masing. Kalau PR ni jahat dah lama PR ambil peluang menjatuhkan mereka di negeri-negeri UBN yang berebut jawatan tu seperti Perompak di Perak. Mereka mencipta undang-undang, mereka juga yang melanggar undang-undang.
4. Sambung kemudian...atau sesiapa nak sambung pun boleh...

Isnin, 18 Mei 2009

BN dah insaf?


Perdana Menteri 1 Malaysia telah menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi Penanti, salah satunya ialah mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara. Kenyataan ini bukanlah menjadi satu kejutan untuk rakyat Malaysia kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'.


Bila masa pula BN sekarang ni tau pembaziran wang rakyat? Menurut laporan , setahu kita semua puak mereka ni tukang perabih harta rakyat, samun sana samun sini, antaranya seperti yang telah dimaklumi iaitu;


1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM240 bilion

2. Pembangunan Koridor Utara RM160 bilion

3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM170 bilion

4. Pembangunan Koridor Sabah RM115 bilion

5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM24 bilion

6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM3 bilion

Jumlah keseluruhannya RM712 bilion
sepanjang 22 tahun mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan.

empat tahun Abdullah Ahmad Badawi berbelanja lebih RM700 bilion.

Tambah lagi;

1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM1,550.000.00

2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) - RM8,390,000.00

3. Kos memperbaiki MRR 2 - RM70,000,000.00

4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM120,000,000.00

5. Pembelian jet Abdullah - RM200,000,000.00

6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM257,000,000.00

7. Pembelian 3 buah submarine - RM4,100,000,000.00

8.Skandal PKFZ - RM4,600,000,000.00

9. Skandal OPV (NDSB) bot laju Kementerian Pertahanan - RM6,750,000,000.00.

10.Perkampungan "Islam Hadhari"???


Entah macam-macam lagi, kalau nak senarai segala pembaziran yang mereka telah buat yang menguntungkan puak mereka ni tak cukup blog, 1 Malaysia habis kena sapu. Masakan daun bergoyang jika tiada angin yang meniupnya...


UBN sekarang ini hidup umpama "ludah ke langit kena batang hidung sendiri"...Siapa yang 'melepas' buanglah najisnya sendiri....semakin banyak menipu semakin ramai yang membenci.

PM 1 Malaysia???


Satu lagi tanda pengecutnya PM 1Malaysia ni. Dah rasa tak boleh menang mula la nak bincang sana nak bincang sini, terjulur kepala ke sana ke mari. Sebelum ni bongkak sungguh, UMNO terhebat, apa pembangkang kata semua tak betul. Dah kena latu habis-habisan setiap pilihanraya baru nak menadah ke sana ke mari, tak malu ke? Nanti kena kejar dek Altantuya baru tau, asyik nak menipu orang je. Kalau dah rasa orang tak mau terima UMNO tu, jangan dok kata apa-apa cadanganla. Semua orang dah tau betapa pengecutnya mu ni dan juga semua orang dah tau strategi puak mu ni, manis mulut berbicara tapi pahit maung sampai ke lubuk kalbu...


Terpulangla pada pimpinan PR yang bijaksana, kami memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pimpinan untuk menentukannya. Tapi, kalau ikut Tok Guru, mu and semua sejenis dengan mu ni adalah jenis kepala batu, tak sedar diri, tak makan nasihat, jenis kena cari dunia lain, jenis tak reti bersyukur pada Penciptamu. So, buat pe nak bincang-bincang tanpa syarat... Bak kata Abang Mat Sabu, saja macam nak hulur kepala untuk dipancung... wallahhua'lam. Malu rasanya nak mengaku PM jenis orang lagu ni.....

Sabtu, 16 Mei 2009

* SELAMAT HARI GURU *


MAJLIS PEGUAM: Tuntut Musa dan Hisham Letak Jawatan



Malaysiakini, May 15, 09 8:22pm

Majlis Peguam menuntut peletakan jawatan ketua polis negara dan menteri dalam negeri, ekoran penahanan lima rakan peguam mereka pada 7 Mei lalu. Kelima mereka ditahan kerana didakwa menyertai perhimpunan haram sewaktu mahu memberi khidmat guaman kepada sekumpulan individu yang ditahan kerana menyertai acara nyalaan lilin bagi menyokong aktivis Bersih, Woang Chin Huat, yang ditahan di bawah Akta Hasutan.

Kesemua mereka dibebaskan selepas ditahan semalaman dalam lokap polis - satu tindakan yang telah mencetus kemarahan masyarakat peguam. Kira-kira 200 peguam mengadakan bantahan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari berikutnya terhadap "penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis".

Dan untuk menyatakan kemarahan mereka, para peguam mengadakan mesyuarat agung luar biasa (AGM) hari ini berhubung perkara tersebut.Ia dihadiri lebih 1,400 peguam. Selain mendesak Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletak jawatan, para peguam tersebut juga bersetuju untuk memfailkan saman berhubung penahanan lima peguam berkenaan.Saman tersebut akan difailkan terhadap Musa di balai polis Brickfields, pegawai penyiasat dan pihak kerajaan.

Mereka juga akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis. Lima peguam yang ditahan itu ialah Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman, Ravinder Singh dan Murnie Hidayah Anuar. Mereka bagaimanapun dibebaskan pada 8 Mei bersama dengan Wong dan yang lainnya di balai polis Brickfields.

Baca berita penuh

Jumaat, 15 Mei 2009

TUN MAHATHIR: Membazir Pilihanraya Perak, PR akan menang

Malaysiakini

Andrew Ong May 14, 09 1:15pm

Tidak perlu pilihanraya negeri Perak untuk menyelesaikan perebutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat yang berlarutan sejak Februari lalu, kata mantan perdana menteri.

Jika ia diadakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Pakatan Rakyat akan memenanginya dan sebab itu tidak perlu BN memanggil satu pilihanraya negeri.Pilihanraya negeri itu, tambahnya, hanya membazirkan wang rakyat. "Inilah tanggapan saya. Saya tidak membuat sebarang tinjauan. "Hanya tanggapan selepas keputusan di (pilihanraya kecil) Bukit Gantang dan macam-macam lagi, dan juga dengan bercakap dengan orang lain," katanya di Cyberjaya hari ini.

Dr Mahathir merujuk kemenangan besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan di Perak, di kerusi parlimen tersebut pada 7 April lalu.Nizar sekarang terus bertarung untuk mendapatkan jawatannya itu daripada menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir selepas tiga ADUN Pakatan berpaling tadah, awal Februari lalu.

Baca berita penuh

Khamis, 14 Mei 2009

AMANAT TOK GURU 13 MEI


MATAN SIDANG AKHBAR DEKLARASI PERPADUAN NASIONAL DAN KEAMANAN SEJAGAT 13 MEI 2009
Tarikh:13 Mei 2009
Tempat:Bilik Gerakan Negeri,Kota Darul Naim
Masa: Jam 11.30 pagi

BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIIM

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan, supaya kamu saling berkenalan (dan beramah mesra diantara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: Ayat 13).

Dengan perkembangan-perkembangan laporan semasa di pelbagai segmen kehidupan baik luar negara mahupun dalam negeri, yang sejak akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kerisauan, berbanding dengan berita, khabar dan harapan yang lega untuk kita semua, saya seolah-olah dapat merasakan betapa rakyat kita sudah semakin berada dalam rasa resah, ketidak tentuan dan serba salah. Mereka bukan tidak ada sebuah kerajaan atau tidak ada pemimpin tetapi apalah daya mereka apabila mereka tidak lagi terasa yang kehidupan mereka dilindungi. Apa yang ada di carta semak “harapan sebuah kebahagiaan” yang dijanjikan untuk diri, keluarga, agama dan negara mereka; hampir semuanya kabur dan sedang berada dalam suasana yang cukup berkecamuk.

Walaupun di sana terdapat banyak masjid yang indah-indah, teks khutbah, janji, piagam, lagu patriotik dan ikrar yang dilaung dan digantung di mana-mana tetapi ia sekadar deklarasi-deklarasi kosong yang tiada roh. Ini kerana ia kehilangan kejujuran. Ia ketiadaan berkat kerana ia tidak diseru atas hasrat ikhlas untuk benar-benar memelihara adab dan agama, demokrasi dan keamanan serta perpaduan dan kesejahteraan. Dalam banyak kes dan contoh, apa yang rakyat lihat cumalah drama dan silap mata untuk songlap kepentingan awam menjadi milik kroni bagi pihak proksi dan rakan kongsi untuk tujuan-tujuan persendirian.

Diatas nama mahukan politik yang stabil demi memperkukuhkan ekonomi negara, pengukuhan kerajaan telah dilakukan melalui projek-projek pembangunan. Dari situlah bermulanya ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mereka yang memegang amanah, telah mengkhianati amanah. Contoh tipikal ialah apa yang telah dan sedang berlaku di Perak sekarang. Maka, jadilah banyak slogan yang baik-baik itu menjadi motto kosong yang tidak memberi apa-apa kesan dan harapan pemulihan. Selaras dengan ini, jika tarikh 13 Mei sebelum ini sering dirujuk kepada tragedi buruk yang menghitamkan sejarah perpaduan kaum di negara kita maka saya kira tanggal 13 Mei untuk masa-masa ke hadapan boleh kita jadikan sebagai tanggal yang boleh mencetus momentum baru.

Hari ini, 13 Mei 2009 Masehi bersamaan 18 Jamadil Awal 1430 Hijrah, izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dahulu. Untuk mencintai diri demi untuk selamat di Yaumul Qiamah seperti yang sering orang Islam ulangi di setiap kali solat kita pertama-tamanya perlu sihat dan selamat terlebih dahulu. Dari itu, kita perlu pula sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa tenang, tenteram dan gembira. Untuk bahagia, tenang dan gembira, tentu kita wajib hidup dalam sebuah disiplin hidup beragama. Kembalilah kepada ajaran agama dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T; itu premis kebahagiaan yang pertama.
Kedua, kita perlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat. Oleh kerana kita telah memilih sistem demokrasi berparlimen sebagai aliran pemerintahan dan premis hidup bernegara, maka kita perlu diberikan hak-hak sivil, kebebasan bersuara, berhimpun secara aman, menghormati prinsip pengasingan kuasa dan “rule of law and natural justice” serta segala amalan hak asasi manusia seperti yang dijamin oleh Perlembagaan. Ini bertindak sebagai asas dan pra syarat utama bagi seluruh rakyat Malaysia. Rakyat perlu diberi atau dikembalikan semula hak-hak tersebut jika ia telah dirampas dari tangan mereka selama ini. Ketiga, setiap rakyat dari pelbagai bangsa, agama, etnik dan keturunan perlu mendapat perlindungan keselamatan dari segala gangguan jenayah ragut, rogol, rampas, bunuh, bom dan bakar yang semakin menjadi-jadi. Selagi rakyat tidak merasa selamat dan terasa dilindungi ketika menjalani dan melaksanakan kehidupan beragama dan aktiviti mencari rezeki seharian; terasa dipelihara keselamatan mereka dari segi nyawa, maruah, air muka, tubuh badan dan harta benda dari difitnah dan dimusnah; maka selama itulah kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh terasa selamat.

Ini soal hak yang sangat asas. Ia menjadi hak asasi milik setiap rakyat yang wajib dipelihara, sentiasa diberi dan selamanya dihormati. Mari kita jadikan tanggal 13 Mei 2009 sebagai titik tolak perubahan ke arah memperkukuhkan suasana hidup beragama, mempereratkan persaudaraan dan muhibah serta menolak mana-mana pihak yang merosakkan perpaduan kaum dengan mencetuskan isu-isu perkauman yang bukan-bukan untuk mengaut mileage politik bagi melanjutkan hayat perjuangan mereka berasaskan semangat kebangsaan. Kepada semua orang Islam tanpa mengira bangsa, izinkan saya berseru supaya hayatilah mesej dan roh lafaz salam “assala mu’alaikum warahmatullah” dengan sepenuhnya. Di sana ada makna persaudaraan yang sangat dalam. Bagi seluruh rakyat Malaysia pada amnya, mari kita kukuhkan ukhuwwah dalam semangat Pakatan Rakyat berbilang kaum untuk memulihkan demokrasi di Malaysia dengan menolak segala bentuk amalan kezaliman, rasuah dan ketidak adilan.
Terima kasih dan Wassalam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
MerangkapMursyidul Am PAS

Bertarikh: 18 Jamaidil Awal 1430, 13 Mei 2009.

Rabu, 13 Mei 2009

Anugerah DAM untuk HAKIM

Apa nak jadi, ingatkan hanya Najib dan kuncunya suka bermain DAM, rupa-rupanya para Hakim juga turut serta bermain. Permainan masih belum tamat tapi kita kira Hakim juga bijak sana dan sini bermain menyebabkan penonton sentiasa berada dalam kecemasan... Bolehla kita berikan kepada para Hakim Anugerah DAM... Dam apa? DAM ULAR...

SIARAN LANGSUNG AMANAT TOK GURU

Tarikh: 13 Mei 2009
Hari: Rabu
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Pejabat Menteri Besar Kelantan
Isu: Peringatan 13 Mei 1969

Dijemput wartawan untuk membuat liputan

Kelantan secara langsung: http://www.kelantan.tv/

UMNO dan NAJIB yang BAGHAL

Baghal namanya bila tak reti segala-galanya dan memperkudakan rakyat jelata tak kira institusi apa sekalipun termasuk raja dan sistem kehakiman. Apa tidaknya bacala seterusnya ni...


Runding krisis Perak: Syarat Najib tak waras

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh)

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana meletakkan syarat yang tidak waras sebelum berunding dengan Pakatan Rakyat (PR) bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

"Najib kata, kita (PR) seharusnya tidak meletakkan sebarang terma dan syarat bagi apa-apa jua perundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.
"Suruh kita jangan letak syarat sebenarnya adalah satu syarat, iaitu syarat yang tidak waras," kata beliau.

Mohamad berkata, orang gila pun tidak berani melakukan apa yang dikehendaki Najib itu.
"Orang berunding kerana dia ada sesuatu yang dikehendaki atau ingin dipertahankan. Apa yang dikehendaki atau ingin dipertahankan itulah yang menjadi syaratnya.
"Kalau terkam meja perundingan tanpa syarat, itu bukan berunding. Itu serah tengkuk untuk disembelih namanya. Orang gila pun tak berani serah tengkuk untuk disembelih," tegas beliau.

Ditanya mengenai penyelesaian krisis di Perak, Naib Presiden PAS itu berkata, satu-satunya jalan penyelesaian ialah dengan mengadakan semula pilihan raya di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan yang mereka mahu.
Mohamad seterusnya mengecam kenyataan Najib yang membayangkan ketidaksediaannya mengadakan pilihan raya baru di negeri itu.
"Najib lebih suka budak-budaknya yang gila kuasa merempit dengan kuasa yang melanggar undang-undang di Perak.

"(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata pengambilalihan kuasa oleh BN di Perak bertentangan dengan undang-undang. Maknanya apa sahaja yang lahir dari pengambilalihan kuasa yang bertentangan dengan undang-undang itu adalah bertentangan dengan undang-undang juga.
"Tengku Razaleigh (Hamzah) pula kata kerajaan yang diketuai (Datuk Seri Dr) Zambry (Abdul Kadir) adalah haram sejak dari awal lagi dan kesemua keputusan dan kontrak yang dibuat oleh kerajaan itu tidak sah di sisi undang-undang," katanya.

Mengambilkira pandangan-pandangan itu, Mohamad menyeru rakyat "memberikan isyarat yang lebih jelas menurut lunas undang-undang negara ini untuk menghentikan kedegilan mat-mat rempit gila kuasa itu dari terus merempit dengan kuasa haram mereka".
"Selagi mat-mat rempit gila kuasa itu terus merempit dengan kuasa haram mereka, rakyat Perak khususnya patut mempertimbangkan tindakan menurut lunas undang-undang negara ini contohnya terus memakai baju hitam sebagai tanda bantahan terhadap apa yang disebut oleh Tengku Razaleigh sebagai kerajaan haram Perak itu," katanya._

Selasa, 12 Mei 2009

RAKYAT DIMINTA BERMUNAJAT

"Hanya padaMu kami berserah dan hanya padaMu kami mohon pertolongan..."
Tumpuan utama rakyat kini adalah terhadap institusi kehakiman...

MB PERAK: WAHAI RAKYAT SEKELIAN

12-May-2009

SYUKUR ALHAMDULILAH

Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rakyat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon kempunan dari Allah SWT.

Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa , negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zinah , mabuk , tak sembahyang, jahil dan lain-lain.

Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.

Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya ajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Cgkt Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.

Kapada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisi ekonomi global kini.

Kepada semua media ,marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.

Kepada semua pegawai dan penjawat awam , jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serious beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan dianiayai. Belalah Islam!.

Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.

Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan tuan kerana saudara dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh kebawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyurkan usaha memilih ketua JKKK. RM cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.
Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.
HIDUP RAKYAT.
ALLAHU AKBAR.

ANUGERAH

Tahniah kepada Yang Arif Hakim Abdul Aziz Abd Rahim kerana telah membuat keputusan yang berani. Tindakan ini telah memberi kepercayaan semula rakyat kepada sistem kehakiman di negara kita. Dengan keberanian ini seharusnya Yang Arif dianugerahkan pingat kerana telah memartabatkan kembali sistem kehakiman yang semakin hari semakin tercalar dengan kes-kes meragukan.
MB PERAK YANG SAH
MB SIAPAKAH INI?
Ramai yang kata
"kalaulah saya gambar di atas tak tau bumi mana nak diduduki..."

Seluruh penduduk iaitu 2.4 juta rakyat Perak menarik nafas lega dengan pengumuman dan penjelasan dari pihak hakim yang sekian lama menanti dengan penuh debaran. Bersedialah rakyat Perak untuk menghadapi pilihanraya dan berhati-hatilah dengan strategi baru yang akan dirancang oleh BN yang suka menjadi perompak. Pemimpin sebeginikah yang kita mahu untuk mendidik anak cucu kita yang mendidik menjadi lanun besar negara....

Isnin, 11 Mei 2009

ISU YANG PERLU RAKYAT SEBARKAN

Siapa PENDERHAKA SULTAN? Berita ni 8 Mei tapi masih ada tak mahu terang lagi.... So, DMPNK promote semula, siapa baca tolong peri penerangan pada yang tak terang lagi tu...

Sumber : http://politikbanjar.blogspot.com/

(Eksklusif) Nizar vs Zambry - Datuk SUK jerkah MB Nizar didepan Raja Nazrin ?

Dibawah adalah kandungan ucapan DS Nizar yang wajar setiap warga rakyat yang cinta demokrasi perlu tahu. Ucapan sulung di khalayak awam untuk tatapan rakyat marhaen..alBanjari bawakan catatan ini eksklusif di blog ini.
HARI INI TANGGAL 8 MEI 2009, BERTEMPAT DI BATU 8 BUKIT GANTANG, MB NIZAR MB PERAK YANG SAH TELAH DATANG BERCERAMAH DI SINI BAGI MENCERITAKAN DEMOKRASI PERAK YANG TELAH DILACURKAN OLEH BN. YB NIZAR MEMILIH BUKIT GANTANG KERANA DISINILAH BERMULANYA PEMBELOTAN SI OSMAN JAILU DAN DI SINILAH YB NIZAR DIJULANG MENJADI AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG YANG BARU MENGGANTIKAN ALLAHYARHAM ROSLAN SHAHRUM. DIJULANG KEMENANGAN MELALUI PILIHANRAYA YANG ADIL DAN SAH BUKANNYA PILIHANRAYA DI BAWAH SYILING.

MB NIZAR TELAH MENCERITAKAN DARI AWAL SEJARAH 7 MEI HINGGALAH DEMOKRASI TELAH DILACURKAN OLEH BN YANG MENUNNJUKKAN KEPADA DUNIA BETAPA TERUKNYA DEMOKRASI DI SINI. TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH FILIPINA,INDONESIA,THAILAND,MYANMAR DAN SEJARAH DUNIA SPEAKER DIMALUKAN DAN DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA IBARAT BINATANG YANG TIDAK BERTUAN.

TATKALA SEJARAH TERSEBUT BERLANGSUNG MEDIA2 SEPERTI DARI PERANCIS JUGA MEMBUAT LIPUTAN TERSEBUT DAN SEHABISNYA SIDANG, MEREKA TERUS MENDAPATKAN MB NIZAR BAGI MENGETAHUI BISIKAN RAJA NAZRIN KEPADA MB NIZAR. PADA MALAM TERSEBUT JUGA MB NIZAR TELAH BERJANJI AKAN MENDEDAHKAN KRONOLOGI PERISTIWA TERSEBUT DARI MULA HINGGALAH KE AKHIRNYA DI DALAM BLOG BELIAU. JUSTERU, DI BUKIT GANTANG INI MB NIZAR HANYA MENCERITAKAN 80 PERATUS DARI SEJARAH TERSEBUT.

PARA HADIRIN YANG HADIR BEGITU TERKEJUT BILA MB NIZAR MENCERITAKAN PERISTIWA DI HADAPAN LIF KETIKA MENGIRINGI RAJA NAZRIN TURUN KE BAWAH. MB NIZAR TELAH DIJERKAH OLEH SUK JANGAN TURUN BERSAMA BAGINDA. NAMUN KATA2 SUK MATI DI SITU APABILA RAJA NAZRIN MENYURUH MB NIZAR MASUK BERSAMA BAGINDA KE DALAM LIF. LIHATLAH MALAYSIA SIAPA DERHAKA? DIMANAKAH ADABNYA SUK MENJERKAH MB NIZAR DIHADAPAN BAGINDA SULTAN? AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN...

Terima kasih buat ANAK KOMANDO REJIMEN 1 yang menghantar email segera berkaitan isu yang sedang panas membara dan menjadi kemarahan yang meruap 7 Mei lalu. Terima kasih kepada saudara dari wak. Takbir !!

Ahad, 10 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU

Kepada IBU

Hayatilah luahan seorang anak

Sumber : dah lupa dari mana

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..
Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.

Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.

Sabtu, 9 Mei 2009

MUKTAMAR DMPNK 2009


Sekarang sedang berlangsung Muktamar DMPNK Kali ke-40 di Kompleks PAS Bt 9, Alor Star. Perasmian disempurnakan oleh MB Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Razak yang sedang berucap sekarang ini. Antara beberapa isi penting ialah tentang bagaimana untuk menjadi kapten yang baik untuk memimpin anak buah terutama dalam kita sedang memegang tampuk pemerintahan Kedah kini dan beberapa perkara penting yang lain.

Di antara tetamu yang hadir ialah Dato' Speaker DUN, EXCO Kerajaan Negeri, isteri-isteri YB PAS Kedah, Kepimpinan PKR Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Kedah. Agenda Muktamar akan bermula selepas berhenti rehat sebentar lagi.

Jumaat, 8 Mei 2009

KES RAGUT menular ke dalam DEWAN PERSIDANGAN DUN

Rakyat sedang bimbang dengan kes ragut. Bukan sekadar ibu mengandung yang lemah mati diragut bahkan bapa berkuasa yang gagah perkasa pun diragut. HARI YANG PENUH DENGAN SEJARAH HITAM... Itulah fakta Sejarah Malaysia yang penuh dengan liputan penipuan oleh tali barut sekiranya rakyat tidak bijak mencari dan mendengar berita dari sumber yang sah.

Peristiwa ini juga akan menjadi satu siri catatan sejarah yang akan diputarbelit oleh penulis Sejarah Malaysia yang bakal dipelajari oleh anak cucu kita sepertimana mata pelajaran SEJARAH yang menjadi mata pelajaran wajib pelajar kini...

Rabu, 6 Mei 2009

Himpunan 'One Black Malaysia', munajat pagi di Perak

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Satu himpunan yang diberi nama 'One Black Malaysia' serentak dengan satu program solat hajat, doa munajat dan solat subuh akan diadakan di Ipoh, Perak pada 7 Mei, sebelum berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri. Orang ramai khususnya penduduk di Perak dan juga para penyokong diseru untuk turut serta di dalam program anjuran PAS Pusat sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin sekaligus menyatakan bantahan terhadap kerakusan Barisan Nasional (BN) yang merampas kuasa tempoh hari.

Program yang telah mendapat persetujuan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan diadakan bermula jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak. "Kita minta orang ramai untuk datang solat dan berdoa supaya negeri ini berada dalam keadaan aman dan 'menyingkirkan' Barisan Nasional yang telah mengucar-kacir keadaan di Perak ini. Selain itu orang ramai diminta memakai pakaian ataupun baju berwarna hitam sebagai tanda sokongan terhadap himpunan 'One Black Malaysia' ini. "Himpunan yang dianjurkan PAS hanya akan tertumpu di masjid tersebut dan selepas solat subuh terpulanglah kepada orang ramai sama ada ingin turut serta mengikuti Sidang Dun ataupun sebaliknya memandangkan hari tersebut adalah hari bekerja," demikian ucapan ringkas Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS Pusat mendesak supaya Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan segera untuk mengembalikan hak rakyat menentukan kerajaan yang mereka kehendaki "Pembubaran itu perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat membuat pilihan mereka sendiri dan bersesuaian dengan amalan demokrasi," katanya. - azm/mks. _

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP