Jumaat, 13 Mac 2009

SIAPA PALING BERJASA?

Siapa yang paling berjasa membantu manusia? Mungkin ada yang akan memberi jawapan "Bapa Kemerdekaan", "Bapa Pembangunan" dan sebagainya...

Pagi tadi penduduk Taman Desa Aman, Sg Lalang amat bertuah kerana dihidangkan oleh YB Ustaz Izzat Shauki dengan hidangan begitu enak sekali. YB membentangkan 7 sebab mengapa manusia kena sayang dan taat kepada Nabi secara terperinci, padat dan jelas untuk difahami. Sebab utamanya ialah Rasulullah SAW lah yang paling berjasa kepada manusia khususnya kepada sesiapa yang taat akan perintah dan suruhan Allah SWT dan mengikut sunnahnya. Rasulullah SAW lah yang menyelamatkan manusia keluar dari zaman jahiliyyah. Terdapat 6 sebab lagi dan di antaranya ialah tiada siapa yang mendoakan manusia melainkan hanya Rasulullah SAW sahaja yang sentiasa mendo'akan ummatnya semasa laluan titian sirat. Selain itu Rasulullah SAW sahaja yang akan beri syafa'at kepada ummatnya yang taat mengamalkan sunnahnya dan sentiasa bersolawat di Padang Mahsyar kelak.
YB Ustaz Izzat Shauki

Hakikatnya, sunnah ini terbahagi kepada 2 jenis yang jarang diketahui oleh orang awam kerana telah dipesongkan tentang pemahaman sunnah. Sunnah yang pertama ialah jenis alwajibah- (sunnnah yang wajib dilaksanakan), yakni tentang berhukum dengan keadilan iaitu hukum Allah SWT. Untuk berhukum dengan hukum Allah SWT perlunya kekuasaan dan kekuasaan ini perlunya kaedah mendapatkan kekuasaan. Dalam hukum fekah, untuk melaksanakan yang wajib, kaedah untuk melaksanakan yang wajib itu turut menjadi wajib. Sunnah alwajibah ini banyak kerana berkaitan dengan kehidupan manusia.

Sunnah kedua ialah perkara sunat. Ramai umat Islam hari ini hanya menerima sunnah sunat semata. Buat dapat pahala, tak buat tak dapat dosa, rata-rata tidak memahami bahawa sunnah yang dituntut ialah sunnah alwajibah tadi kerana tak buat dapat dosa. Hampir 2 jam YB menghidangkan makanan rohani yang enak tersebut dan mengakhiri kata-katanya dengan satu hadith Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Sesiapa yang berpegang teguh dengan sunnahku di saat ummatku rosak, dia mendapat 100 pahala orang yang mati syahid"

YB Ustazah Aishah Hj Ghazali

Di akhir program, Exco Wanita dan Pembanunan Keluarga, YB Ustazah Aishah Hj Ghazali turut memberi ucapan dan mengajak semua hadirin agar sentiasa peka dengan masalah anak-anak dan sama-sama berusaha mendalami ilmu keibubapaan. Seterusnya diadakan khidmat kesihatan percuma untuk hadirin.

Rawatan Kesihatan Percuma oleh Dr Hjh Rohani Abd Mutalib

Tiada ulasan:

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP