Ahad, 8 Mac 2009

Bloggers boikot "Rejim Zionis Malaysia"

Pengunjung blog jangan kehairanan mengapa para blogger tidak mengemaskini blog masing-masing selepas Perhimpunan 100,000 Bantah PPSMI sehingga tengahari ini. Para blogger memboikot tindakan kerajaan BN ke atas Ketua Polis Negara yang bertindak kasar dengan menembak dan menyembur bertalu-talu menggunakan gas pemedih mata terhadap rakyat di semua tempat sehingga perkarangan masjid. Ini adalah satu tindakan yang melampau dari pihak kerajaan terhadap rakyatnya dan bukan main-main atau seronok-seronok seperti anak-anak yang bermain pistol air.
semua golongan masyarakat terlibat


Kelmarin, Sabtu 7 Mac 2009, pelbagai golongan, umur, bangsa dari seluruh negeri berkumpul di Kuala Lumpur untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pelaksanaan PPSMI. Perhimpunan aman ini bermula dari 3 tempat dengan memakai pakaian putih sebagai simbol pemansuhan. Walaubagaimanapun perhimpunan ini menjadi kelam kabut apabila gas pemedih mata dilepaskan bertalu-talu dan cuba mengepung demostran yang cuba berarak menghala ke istana negara. Label apakah yang ingin diberikan oleh rakyat pula kali ini apabila pihak polis semakin bertindak ganas dengan menembak serta menyembur gas dan air pemedih mata menghala ke arah perkarangan masjid. Ada yang mengatakan "Rejim Zionis Malaysia".

mencuci muka akibat gas pemedih mata


tembakan ke arah masjid

Tiada ulasan:

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP