Selasa, 24 Mac 2009

HEBAHAN!!!

Tanggungjawab pembaca internet edarkan maklumat

oleh Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Demi menyelamatkan negara daripada diperintah oleh pemimpin tidak amanah, rasuah dan tidak berakhlak maka menjadi tanggungjawab besar kepada pembaca dan pelayar internet yang prihatin kepada perjuangan Pakatan Rakyat selama ini untuk mengedarkan maklumat dan laporan di internet kepada umum.

Ini berikutan tindakan terburu-buru Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah menggantung permit akhbar Harakah dan Suara KeADILan selama tiga bulan yang secara tidak langsung membataskan maklumat tentang penyelewengan dan pendedahan kepincangan Umno-BN kepada rakyat.Demikian seruan Ketua Penerangan PAS Dato' Mahfuz Omar kepada pembaca setia Harakah, Harakahdaily dan pelayar-pelayar laman-laman web alternatif dan blogger berikutan 'serangan mengejut' KDN terhadap kebebasan media.

"Demi untuk memastikan negara berada dalam keadaan aman dan diperintah oleh pemimpin yang berwibawa maka menjadi satu tanggungjawab kepada pembaca dan pelayar Harakahdaily khususnya dan laman web serta blogger untuk sama-sama membantu berkempen dan meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat.

"Mereka musnahkan 'senjata kita' (Harakah) tetapi kita mempunyai bala tentera yang setia (pembaca-pembaca) menunaikan tanggungjawab menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Katanya, gelombang reformasi 1999 yang menyaksikan kebanjiran edaran maklumat internet perlu dicetuskan semula untuk memastikan berita dan laporan benar sampai ke tangan rakyat sekaligus untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di pilihan raya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Saya menyeru kepada semua yang prihatin kepada perjuangan rakyat supaya secara sukarela mengedarkan maklumat benar dan tepat yang ada di internet khususnya Harakahdaily.

"Walaupun PAS akan tetap menyampaikan maklumat melalui risalah, ceramah, buletin-buletin namun pembaca juga mesti menjadi 'pengedar' Harakahdaily kepada rakyat. Keberkesanan maklumat internet sudah menunjukkan hasil cemerlang pada pilihan raya 2008 dan 1999. Dan kita yakin akan mengulanginya lagi!," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. - azm

Tiada ulasan:

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP