
Sabtu, 31 Januari 2009
DMPNK turut serta menghantar wakil bersama rombongan ke Palestine

Sabtu, 24 Januari 2009
26 JANUARI 2009
~Jangan lupa solat sunat Khusyuful Shamsi (Gerhana Matahari)
~Cara Solat;
*Niat - berimam "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala"
- seorang diri "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
*Takbir
*Baca Surah A-Fatihah dan surah
*Ruku'
*I'tidal
*Baca Al-Fatihah dan surah
*Ruku'
*I'tidal
*Sujud
*Duduk antara dua sujud(macam solat biasa)
Rakaat kedua
*Baca Al-Fatihah dan surah
*Ruku'
*I'tidal
*Baca Al-Fatihah dan surah
*Ruku'
*I'tidal
*Sujud
*Tahiyyat Akhir
*(kalau boleh baca surah panjang@mana-mana Al-Baqarah)
**Jika berimam sunat membaca khutbah selepas solat
***Jika tidak berkesempatan solat sunat seperti solat sunat biasa
2. SOLAT HAJAT DAN CERAMAH PERDANA ISU PALESTIN/ISRAEL
~7.00 petang hingga 12.00 malam
~Stadium Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah
~ANJURAN : KERAJAAN NEGERI KEDAH DENGAN KERJASAMA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
~PENCERAMAH
1. YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang - Presiden PAS
2. YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan Abd Razak - Pesuruhjaya PAS Kedah/Menteri Besar Kedah
3. YBhg. Tuan Haji Mohamad Sabu - Naib Presiden PAS
4. Wakil Hamas
Aturcara:
7.00 malam Solat maghrib dan solat hajat
8.30 malam Solat isyak
9.00 malam Tayangan video kesengsaraan di GAza Palestin
9.30 malam Ceramah Perdana
—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
Trajedi KUHAN..!!
Kewibawaan Pihak Polis Tercalar
Kuala Lumpur, 22hb Januari 2009.
Insiden kematian seorang pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika masih ditahan sangat mengejutkan. Kematian Kugan Ananthan 22 tahun mengingatkan kita kepada insiden M. Ulaganathan, juga mati ketika masih ditahan polis. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian M. Ulaganathan adalah disebabkan kecuaian dan pengabaian melampau pihak polis. Berulangnya insiden seperti ini pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak polis sebagai sebuah institusi keselamatan.
Bagi memastikan keyakinan rakyat dipulihkan, saya menuntut agar sebuah badan siasatan yang bebas dan telus diwujudkan serta merta bagi menyiasat insiden kematian Kugan Ananthan. Foto serta bukti yang menunjukkan adanya kecederaan pada si mati sudah tentu membangkitkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan institusi polis memulihkan kembali kewibawaannya.
Saya selaku ahli parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, komited untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat kelak. Beserta dokongan rakan-rakan ahli-ahli parlimen lainnya kami akan mencari jalan untuk meningkatkan tahap profesionalisme pihak polis serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi keselamatan tersebut.
ANWAR IBRAHIM
AHLI Parlimen Kapar, S Manikavasagam meminta agar Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar untuk meletakan jawatan beliau kerana telah menipu ketika membuat kenyataan.
Menurut Manikavasagam Khalid Abu Bakar telah membuat kenyataan bahawa seorang tahanan, Kugan Ananthan telah mati ketika ditahan akibat sakit paru-paru.
Walaubagaimanapun menurut Manikavasagam, sangat mustahil sekiranya mangsa mati kerana penyakit sedangkan badan beliau dipenuhi luka-luka dipercayai dipukul.
“Saya minta agar Khalid Abu Bakar melepaskan jawatan beliau serta merta kerana menipu. Mangsa yang ditahan tidak akan mati sekiranya bukan acaman dari polis,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Tambahnya, beliau mempunyai dua saksi yang mengesahkan kejadian berkenaan, menurut beliau saksi berkenaan berkata Kugan ketika ditahan dalam keadaan yang sihat.
“Kami mempunyai dua saksi yang mempunyai bukti dalam kes ini. Kami akan dedahkan nanti,” katanya lagi.
Mangsa yang ditahan di Balai Polis USJ 8 pada 14 Januari lalu kerana disyaki bagi membantu siasatan kes curi kereta mewah mati secara tiba-tiba ketika sedang disoal siasat.
Menurut Khalid dalam laporan media, berdasarkan laporan siasatan yang diterimanya malam tadi, pihaknya mendapati suspek mati kerana paru-paru berair.
Manikavasagam yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan (MPT) kesal dengan pihak polis yang menurutnya tidak memberitahu keluarga mangsa ketika menahan mangsa.
“Kenapa hanya mati sahaja polis datang kerumah untuk maklumkan? kenapa tidak maklumkan ketika Kugan ditahan,” katanya lagi.
Semalam keluarga Kugan telah membuat laporan polis yang mendakwa mangsa meninggal dunia akibat dipukul dan didera polis.
Kugan turut mengalami kesan lecur di belakang, lebam akibat dipukul pada kaki dan tangan selain kesan luka akibat digari terlalu ketat.
copy dari kedahlanie
Jumaat, 23 Januari 2009
DIALOG 2 RAKAN BARU
Ikuti perbualan seorang penganalisa politik yang suka memberi pendapat. Beliau sedang bersarapan sambil membaca akhbar memberi pendapat kepada rakan semeja yang baru duduk tanpa menolehnya.
Penganalisa politik mula bicara,
Sebelum PRK036Tun Dr Mahathir kata; Wan Ahmad Farid hanyalah proksi kepada seseorang
Rakan baru jawab selamba; PAS tak masalah, PAS pilih Mohd Abd Wahid Endut je
Najib kata; Wan Farid akan terus jadi Timbalan Menteri jika menang
Rakan baru jawab selamba; PAS tak masalah, Mohd Abd Wahid Endut akan tetap jadi YB walau kalah
Penganalisa politik terus berbicara tanpa menolehnya,
Selepas PRK036 Najib kata; Pemimpin Umno kurang mesra dengan pengundi
Rakan baru jawab selamba;Pemimpin PAS tak masalah
Muhyiddin Yassin kata: UMNO telah hilang daya penarik terutamanya di kalangan orang muda
Rakan baru jawab selamba;PAS tak masalah
Khir Toyo kata: Imej BN ketinggalan zaman
Rakan baru jawab selamba; Imej PAS tak masalah
Idris Haron kata: Umno hilang daya tarikan di kalangan rakyat kerana masih terikat dengan cara lama.
Rakan baru jawab selamba; PAS tak masalah
Wan Ramlah kata: Pengundi wanita di kawasan Parlimen Kuala Terengganu akan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.
Rakan baru jawab selamba;PAS tak masalah
Zahidi kata: Orang Melayu kini muak dengan UMNO
Rakan baru jawab selamba;PAS tak masalah
Pemimpin Wanita Umno bahagian di Terengganu kata; Umno bahagian Kuala Terengganu tidak mempunyai kekuatan yang cukup ketika menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu
Rakan baru jawab selamba;PAS tak masalah
Toh Puan Zaitun kata; Umno Kuala Terengganu boleh diibaratkan seperti kuat di atas tetapi lompang di bawah.
Rakan baru jawab selamba;PAS tak masalah
Pengundi kata; Mereka tidak kenal Wan Ahmad Farid
Rakan baru jawab selamba;PAS tak masalah
Ada yang kata; mereka mula mencantas Wan Ahmad Farid
Rakan baru jawab selamba;PAS tak masalah
Penganalisa politik diam tiba-tiba dan memandang ke muka rakan semeja...
Dalam hati beliau berkata-kata "La...aku bercakap dengan orang gila.."
#orang gila pun tahu perjuangan PAS, cuma UMNO je tak faham-faham lagi...???
Selasa, 20 Januari 2009
Pendapat dari Kaherah
Dicatat oleh yusuf13 pada Isnin, 2009 Januari 19 dalam http://yusuf2013.blogspot.com/
Titik persamaan PAS di Malaysia dan HAMAS di Palestin dalam banyak peristiwaKemenangan kedua-dua kumpulan ini seolah-olah ada kaitan diantara satu sama lain kerana kalau dilihat pada bentuk kemenangan itu memang ianya bukan semata mata kemenangan, bahkan ia adalah satu pertolongan Allah s.w.t ke atas hamba-hambanya yang ikhlas berjuang.
Sama-sama kita lihat perjuangan HAMAS di Palestin, bagaimana asuhan dan pentarbiahan mereka hingga mereka sanggup berdepan dengan musuh walaupun tidak mempunyai kelengkapan perang yang canggih sebagaimana yang dimiliki oleh pihak musuh.
Walau dilihat pada material memang tiada tandingan antara HAMAS dan ISRAEL, bermakna awal-awal lagi HAMAS akan kalah bahkan akan terkubur, tetapi apa jadinya? Yang berlakunya adalah disebalik itu, iaitu kemenangan dan juga pertolongan daripada Allah swt. Kalau tanpa pertolongan Allah swt nescaya mustahil HAMAS akan menang, itulah pentingnya pertolongan Allah swt dalam apa jua keadaan.
Dilihat pula kepada kemenangan parti islam di Malaysia dalam pilihanraya kecil kuala Terengganu, juga mustahil PAS akan menang dalam pilihanraya ini kalau dilihat pada asas material,pihak musuh mempunyai banyak harta benda dibawa untuk berkempen hingga saya yakin mencecah berpuluh juta ringgit semata-mata untuk memenangkan calon mereka, sebagai bukti apa yang dikatakan oleh bos mereka “kita mesti menang walaupun dengan berapa banyak kos sekalipun”. Ini bukti bahawa kalaulah mereka menang sekalipun, mereka menang dengan duit atau harta bukan menang dengan roh yang sebenarnya.
Akan tetapi atas ikhlas dan semangat pengorbanan daripada pejuang islam ini sepertimana golongan HAMAS, maka Allah tidak member kemengan kepada mereka walaupun mereka ada kekuatan material, bahkan Allah memberi kemenangan dan pertolongan kepada parti Islam. Ini persamaan yang didapati pada PAS dan juga HAMAS.
Seterusnya, persamaan pada tarikh kemenangan, PAS diumumkan telah memenangi pilihanraya pada tanggal 17 januari 2009 malam, begitulah juga diikuti dengan HAMAS tidak semena-mena pihak musuh mengumumkan genjatan sentaja dari sebelah pihak tanpa persepakatan pihak yang kedua(HAMAS), ini bermakna Israel telah menangkat bendera putih mengaku kalah kerana mereka menanggung kerugian yang terlalu banyak dan tidak sanggup menghadapi serangan HAMAS kerana memang mereka terkenal dengan pengecut sebagaimana yang disebut didalam Al-Quran walaupun target musuh untuk mengambil Gaza dan menghapuskan HAMAS akan tetapi yang terjadi mereka menangkat bendera putih dan HAMAS semakin kuat dan bertambah sokongan bukan setakat sokongan rakyatnya bahkan sokongan dunia, inilah point penting yang boleh kita ambil dari peperangan ini. Ini samalah juga denga parti Islam PAS, tatkala berlakunya pilihanraya, bukan setakat sokongan ahlinya sahaja, bahkan sokongan penuh dari sekutunya(pakatan rakyat) hinggakan mereka turun berkempen seperti mereka berkempen untuk partinya sendiri. Dan juga PAS mendapat sokongan dari seluruh Negara yang menyaksikan berpuluh ribu penyokongnya turun untuk berkempen. Dan juga yang paling pentingnya PAS mendapat pengiktirafan boleh dikatakan daripada semua pihak saamada pakatan dan BN bahawa PAS kuat dan mampu untuk mengambil alih kerajaan.
Dalam masa yang sama, marilah juga kita melihat persamaan PAS dalam kekalahanya pada 21 mac 2004 dan diikuti syahidnya pemimpin spiritual HAMAS As-Syahid Ahmed Yasien pada keesokan harinya 22 mac 2004. Ini menunjukkan PAS dan HAMAS ada persamaan yang telah ditentukan oleh Allah swt dalam banyak perkara. Ini adalah titik aturan dan persamaan yang telah diaturkan oleh Allah swt.
Maka yang akhirnya kita memohon dan selalu bemunajat semoga Allah swt menyamakan juga PAS dan HAMAS ini dalam spritualnya dan diakhirkan hayat pejuang-pejuang PAS seperti pejuang-pejuang HAMAS iaitu Syahid dimedan pejuangan. AAmiin yaa Rabb…
Hayyu asyier
2am19jan09
Ahad, 18 Januari 2009
KEDAH BERCUTI PADA HARI INI MENYAMBUT KEMENANGAN KT 036


Sabtu, 17 Januari 2009
TAHNIAH YB Mohd Abd Wahid Endut DAN semua pengundi PRK036

Keputusan Rasmi PRK036
Keputusan PRK036
DI MEDAN JUANG


Dido'akan agar semua muslimat pusat, negeri, kawasang dan cawangang khususnya kontijen DMPNK selamat pulang dari berjuang, InsyaAllah.
Jumaat, 16 Januari 2009
PENGUNDI PRK036

Jumaat, 9 Januari 2009
KEMPEN BOIKOT BARANGAN KELUARAN YAHUDI
Dr Yusoff Al-Qardhawi telah mengeluarkan fatwa "Satu riyal (Rm1.00) kita keluarkan membeli barangan (membantu) Yahudi bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis (bermakna sebutir peluru kita keluarkan) untuk membunuh jasad penduduk Palestine"
SENARAI SYARIKAT YAHUDI DAN BARANGAN KELUARANNYA
1) Delta Galil Industries Ltd
- Marks & Spencers
- Carrefour
- DIM
- Donna Karan / DKNY
- Ralph Lauren
- Calvin Klein (cK)
- Hugo Boss
2) Coca-Cola
- Coca-Cola
- Dr Pepper
- Fanta
- Sprite
- Sunkist
- Schweppes
3) Estee Lauder
- Aramis
- Clinique
- DKNY
4) L'OREAL
- Giorgio Armani Perfumes
- Lancome Paris
- Maybelline
- Ralph Lauren Perfumes
5) Kimberly Clark
- Tisu facial KLEENEX
- Barangan KOTEX
- Barangan HUGGIES
6) Nestle
- Nescafe
- Pure Life
- Milkmaid
- Nesquik
- Maggi
- Milkybar
- KitKat
- Smarties
- Polo
- Shreddies cereal
- Frutips,
- Felix - cat food
- L'Oreal (important interest)
7) Johnson & Johnson
- Barangan Baby
8) SARA LEE
- Champion - athletic apparel untuk lelaki dan perempuan serta underwear lelaki
- Sara Lee Bakery
- Penyaman udara Ambi Pur
- Intimat apparel Bali
- Kiwi - shoecare
- Brylcreem - bodycare
9) AOL Time Warner
- Internet AOL
- Majalah Time
- Majalah Life
- Buku-buku Time-Life dan lain-lain keluarannya
- CNN
- Program Internet Chat (ICQ)
10) NOKIA
- Barangan elektrohik Nokia - telefon tangan, tv dsb
11) News Corporation
- Filem 20th Century Fox, Fox Kids, dll
- National Geographical
12) Intel
- Processors - Celeron, Pentium, Itanium, etc
- Motherboards, Chipsets, Adapters, Controllers, Network Products,
- Komponen-komponen Wireless,
- Embeded Products, Software Development Tools.
13) COMPANY : McDonald's
- Restoran McDonald's
14) Starbucks
- Starbucks Coffee Stores (4,709 locations world-wide)
- Kopi, coklat, biskut, ais krim Starbuck
- Footwear: Hiking, Multi-Sport, Sandals, Casual, Office, Boots, PRO
- Outwear: Leather Jackets, Waterproof Parka, Lightweight jackets
- Clothing: Shirts, Polos, Sweaters, Sweat Shirts, T-Shirts, Pants, Shorts
- Gear: Belts, Hats, Backpacks, Luggage, Socks, Sunglasses, Wallets, Watches
16) IBM
***Philip Morris pengeluar tembakau utama dunia adalah Yahudi !!!
***SAY NO TO ROKOK!!!
Tindakan tuan/puan seterusnya ialah;
***Teruskan solat hajat dan doa qunut nazilah setiap hari agar Allah S.W.T menurunkan pertolongan kepada penduduk Palestin atau Baca Surah Al-Fiil dan berdoalah setiap lepas solat fardhu***
***Berusahalah kita semampu yang boleh walau sebesar zarah sekalipun kerana sekiranya semua orang dapat melakukannya InsyaAllah akan habislah peluru-peluru mereka itu...Jadilah kita seperti burung kecil yang cuba untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim dengan mengambil dan mencurahk
Isnin, 5 Januari 2009
Cara yang sama berlaku di Kedah kini berlaku di Perak dan Selangor
Sidang Media MB Kedah | ![]() | ![]() | ![]() |
Oleh : TVPAS.com | |
Saturday, 22 March 2008 | |
|
seperti YAB DS MB Perak terpaksa membuat kenyataan dalam (http://kamparinn.blogspot.com/).
Ada yang sanggup kunci pagar tadika kerana nak dapat $$$$$, tak tau la dapat berapa orang tu... sedih betul orang yang jadi "orang suruhan" tu. Kita ni hamba ALLAH ya bukan hamba kepada "hamba", sanggup buat apa saja demi $$$$$.
Yang bestnya lagi, ada la yang nak publisiti murah beri pendapat dalam berita, malula sikit masuk TV dengan pandangan minda kelas ke-3. Bukan rakyat biasa bagi pendapat tapi pimpinan pulak tu, malu kami rakyat Malaysia mempunyai pemimpin macam tu. Nanti orang kata "kalau dah menteri pun minda kelas ke-3, rakyat tak taula kelas berapa.." Ingat lagi tak macamana pendapat menteri kita semasa kes perhimpunan BERSIH dulu tu, malu kita selaku rakyat Malaysia mempunyai pemimpin macam tu sebab seluruh dunia mendengarnya. Ni macamana ni??? bukan main lagi PM nak rakyatnya berminda kelas pertama tapi pengikutnya sendiri dididik dengan minda kelas ke.... entahla... macam tak de isu lain dah nak dibuat. Rakyat dah muak la dengan isu yang mengada-ngada tu... orang kampung pun dah berminda "high class", jangan nak buat macam "lembu dicucuk hidung"la.
Oleh itu kami amat berharap agar penduduk Kuala Terengganu, jadilah pengundi yang bijak dan janganlah mudah terpedaya dengan isu yang tidak bertanggungjawab yang disiar dan disebarkan oleh pihak yang menjadi hamba kepada "hamba". Lepas ni isu apa pula yang akan dicipta pun kita tak tau, semua jalan cerita yang tak boleh diterima akal, wallahhu'alam. Jadilah kita sebagai hamba yang bertangungjawab kepada " Tuhan"nya, InsyaAllah.
Sabtu, 3 Januari 2009
HIMPUNAN UMMAH MENENTANG REJIM ZIONIS ISRAEL
Selesai solat Jumaat, perhimpunan dimulakan dengan Bacaan Do'a Wehdah oleh Ketua Pemuda PAS Kubang Pasu, Ust. Yusuff Ahmad.
Kebanyakan jemaah tidak pulang ke rumah dan berkumpul kerana merasa penuh semangat setelah mendengar khutbah tentang kezaliman zionis Israel daripada mimbar masjid oleh Ust. Ridzuan yang telah benar-benar membakar semangat untuk mengutuk dan menyelar tindakan zionis laknatullah itu.
Seterusnya dijalankan upacara membakar bendera Israel sebagai tanda simbolik bantahan terhadap kekejaman rejim Israel. Setiap ucapan tidak henti-henti diiringi dengan laungan takbir oleh para jemaah.
Jumaat, 2 Januari 2009
ADUN Wakaf Mempelam calon Pakatan Rakyat PRK 036 Kuala Terengganu
Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu. Beliau merupakan bekas graduan jurusan sains perikanan dan marin dari Universiti Putra Malaysia.
Beliau dijangka menghadapi saingan calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang diumumkan dua minggu lalu oleh BN dan persaingan kali ini dijangka empat penjuru termasuk dua calon Bebas.