Rabu, 31 Disember 2008
DAP sedih Maal Hijrah dicemari pembunuhan kejam Israil
"Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mengdiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu."Demikian kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedih apabila sambutan Maal Hijrah 1430 yang disambut keseluruhan umat Islam sedunia di kotori peristiwa pembunuhan kejam rakyat Palestin di Gaza oleh tentera Israel."Walaupun di Malaysia sambutan berkenaan diraikan dengan suasana aman damai dengan masyarakat yang berbilang bangsa." Tetapi rakyat di Gaza meraikan dengan tangisan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami dan sebaliknya.
Bagi KM Pulau Pinang, yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), serangan ganas itu tidak prikemanusiaan dan mendesak Kerajaan Malaysia mengutuk terhadap Israel agar menghentikan segera pengeboman sebaliknya mencari kedamaian dengan cara perbincangan."Dengan rasa rendah diri saya mengucapkan salam Maal Hijrah kepada Umat Islam di mana berada semoga azam untuk sama-sama hidup mesra dengan raykat Malaysia yang berbilang bangsa diteruskan dengan jujur dan ikhlas, " ujarnya dalam kenyataan yang kepada Harakahdaily semalam.Sehubungan dengan tindakan Israel itu beliau menyarankan Kerajaan Malaysia memanggil Duta Amerika Syarikat untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia terhadap sokongan membuta tuli Amerika kepada Israel walaupun tahu pembunuhan itu melibatkan kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa.
Beliau juga meminta Kerajaan Malaysia mendesak Amerika Syarikat campur tangan untuk mendapatkan penyelesaian adil dan saksama untuk semua pihak yang berbalah di bumi Palestin."Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mengdiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.Justeru itu, beliau berharap Maal Hijrah kali ini disambut dengan penuh azam yang tinggi untuk memelihara kedamaian dan dijauhkan sengketa yang akan merugikan negara tercinta.- azm_
Ahad, 28 Disember 2008
Peristiwa Penting Bulan Muharram
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Beberapa peristiwa penting bulan Muharram:
- *1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah
- *10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
*Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
~Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
~Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
~Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan
selama enam bulan.
~Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
~Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
~Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
~Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
~Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
~Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40
hari 40 malam.
~Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari
tentera Firaun.
~Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
~Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
~Hari pertama Allah menciptakan alam.
~Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
~Hari pertama Allah menurunkan hujan.
~Allah menjadikan 'Arasy.
~Allah menjadikan Luh Mahfuz.
~Allah menjadikan alam.
~Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Jumaat, 26 Disember 2008
Medan Kempen UMNO
Itulah pandangan umum pada parti dan pendokong parti yang bergerak atas landasan hawa nafsu, tidak berpandukan pada kitab ALLAH SWT. Calon hanya sekadar jadi batu loncatan diri masing-masing untuk mendapat kedudukan diri masing-masing. Pada Pakatan Rakyat janganlah mudah terpengaruh dengan usikan mereka kerana kita telah matang dalam dunia politik BN yang penuh dengan penipuan. Mereka sengaja menjadikan isu Hudud untuk menghangatkan golongan bukan Melayu. Hakikatnya golongan bukan Melayu telah lama memahami isu Hudud berbanding UMNO yang masih tidak mahu menerima pengertian Hudud. Sepertimana isu liwat yang dimainkan di PRK Permatang Pauh beberapa bulan yang lalu, rakyat jelata lebih memahaminya berbanding dengan pemimpin BN khususnya UMNO yang mula kembali ke zaman jahiliyyah. Walau apapun rakyat Kuala Terengganu lebih bijak dan telahpun bersedia untuk menentukan masa depan Kuala Terengganu...
Retreat PAS Pusat
PAS Pusat telah mengadakan Retreat di Langkawi pada bulan November 2008. Pelbagai isu dapat dibincangkan dan diselesaikan tidak sepertimana yang digembar gemburkan oleh pihak media tidak bertanggungjawab sebelum ini. DMPNK sempat menyambut kedatangan pimpinan DMP Pusat dengan berbesar hati dan rasa bertuah kerana Kedah menjadi lokasi pilihan pihak pimpinan pusat. Inilah pulau yang diberi gelaran Langkawi Permata Kedah oleh YAB MB Dato' Seri Ustaz Azizan Hj Abd Razak.
Khamis, 18 Disember 2008
Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (PRK 036)
Suasana hari ini sana sini kedengaran ramai yang berminat, rasa terpanggil untuk menerajui KT mulai Januari 2009. Walaupun belum tiba hari yang ditunggu-tunggu, dari pengamatan kami dari Kedah, sebenarnya penduduk Kuala Terengganu telah bersedia untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui mereka.. Walau apa pun mereka, dari mana mereka, siapa mereka, dari parti mana mereka, hendaklah kita ingat bahawa tugas seorang pemimpin bukanlah mudah sepertimana mudah lidah dan mulut berkata-kata. Tapi hakikatnya, amanah dan tanggungjawab tersebut bakal disoal sehingga puas malaikat menjalankan tugasnya dan begitu juga puas pancaindera pemimpin tersebut untuk menjawab dan menerima balasnya. Betul niat, perbuatan dan tingkahlakunya syurgalah balasannya tetapi jika nafsu mengepalainya maka seksalah akibatnya.
Bagi DMPNK siapa calon yang diletakkan untuk mewakili PR, seharusnya ahli terimalah dengan hati terbuka walaupun masing-masing mempunyai pendirian tersendiri. Berilah kepercayaan sepenuhnya kepada pimpinan untuk memilih setelah mengambilkira pandangan semua pihak kerana bukan mudah untuk menentukan yang terbaik di antara yang baik-baik. Semua rakyat Malaysia sedang melihat dan menunggu bagaimana pendirian orang KT, bagaimana pemimpin yang mereka inginkan... Walaubagaimanapun rakyat Malaysia amat berharap bulan Januari ini Kuala Terengganu akan menerima seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berjiwa rakyat, yang boleh meneruskan perjuangan Rasulullah SAW dan para ulamak, InsyaAllah.
Khamis, 11 Disember 2008
Kian ramai menganggur tahun depan
Kebimbangan rakyat kini semakin tidak dapat bertahan lagi, masing-masing menanti apakah perancangan pihak kerajaan untuk menangani permasalahan laporan yang diterima dari MEIR. "Kadar pengangguran tahun depan mungkin meningkat kepada 4.5 peratus berbanding kira-kira 3.5 peratus tahun ini akibat kelembapan ekonomi dunia sekarang, demikian analisis Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). Pengarah eksekutifnya Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, dalam suku ketiga tahun ini, rakyat Malaysia yang menganggur berjumlah 12,000 orang. "Bilangan penganggur semakin meningkat. Kita perlu mengawasinya dengan teliti," katanya dalam ucaptamanya pada majlis dialog dengan Profesor Robert Engle, yang memenangi Hadiah Nobel bagi ekonomi pada 2003. Menurut Bernama, Mohamed Ariff berkata kadar 4.5 peratus dianggap tinggi bagi Malaysia. "Tinggi sebab kita biasa dengan kadar 2.2 dan 2.5 peratus tetapi jika dibandingkan dengan Eropah, Jepun dan Amerika Utara, 4.5 peratus amat rendah," katanya. Mohamed Ariff berkata industri pembuatan dijangka paling teruk terjejas oleh kelembapan ekonomi ini. "Kita rasa sektor elektrik dan elektronik khususnya, amat mudah terjejas. "Barangkali sokongan utama bagi ekonomi adalah daripada sektor perkhidmatan. Ia bakal menjadi jentera pertumbuhan, dan membantu kita mengelakkan kemelesetan sebenar tahun depan," beliau dipetik berkata. Menurut Mohamed Ariff lagi, Malaysia berdepan kemungkinan 40 peratus terjerumus dalam kancah kemelesetan teknikal tahun depan dan 30 peratus kemungkinan dilanda kemelesetan sebenar. "Tetapi ini di bawah 50 peratus. Ia sekarang bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan," katanya, sambil menambah bahawa lebih banyak langkah harus diambil untuk mengharungi krisis kewangan sekarang. Pada majlis dialog itu, Engle berkata Malaysia mungkin menghadapi tempoh yang sukar seperti juga ekonomi-ekonomi lain di Asia, lapor agensi berita itu lagi. "Kita harap China akan dapat bertahan. Jika China juga bergelut (dengan krisis ekonomi semasa), ekonomi-ekonomi lain di Asia turut akan berdepan dengan tempoh yang sukar," tegasnya." |
Rabu, 10 Disember 2008
Innalillahhi wainnailaihiroji'un
Pagi tadi suami kepada seorang ajk DMPNK, Pn Sarina Ismail telah kembali ke rahmatullah dalam satu kemalangan jalanraya yang melibatkan motosikal dan kereta. Cedera parah di kepala menyebabkan suami Pn Sarina meninggal dunia di tempat kejadian. Setelah dibedah siasat segala urusan jenazah telah diushakan oleh pihak Hospital Sultanah Bahyah dan selesai pada pukul 2.20 petang dan dibawa ke SRIDU menggunakan ambulans PAS Pendang.
Selasa, 9 Disember 2008
KORBAN
Sehingga Hari Raya pertama seramai 4 orang mangsa terkorban. Operasi mencari dan menyelamat yang disambung semula dari pukul 9.30 malam raya masih berlarutan walaupun hujan turun sepanjang hari, dengan tumpuan diberikan kepada usaha mengesan seorang mangsa warga Sri Lanka yang dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan banglo yang tertimbus dalam kejadian itu.
Di saat ini betapa ramainya anggota pasukan keselamatan dari pasukan polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di kawasan kejadian berkorban masa, jiwa raga tidak bersama keluarga tetapi sama-sama membantu usaha-usaha mencari, menyelamat serta membersihkan runtuhan. Mudah-mudahan dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia ini juga perlu dihayati oleh umat Islam tentang pengorbanan untuk meninggikan syariat Islam, InsyaAllah.
Peristiwa kejadian korban demi korban yang terjadi sejak kebelakangan ini sebenarnya besar hikmahnya. Walaupun kita tidak menafikan tentang kesan bencana alam tetapi hakikatnya setiap peristiwa mesti ada kaitan dan peringatan dari Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud " Segala kerosakan di atas muka bumi ini adalah dari usaha tangan-tangan manusia sendiri….. “ Ini menunjukkan segala kerosakan di muka bumi Allah ini adalah kesan kerja buat manusia yang masih kurangnya pengorbanan, lupa panduan Allah kerana sesungguhnya bukit bukau, gunung ganang adalah menjadi pasak bumi ini, jika diganggu maka akan musnahlah alam ini. Oleh itu marilah sama-sama kita mentadbir bumi Allah ini mengikut panduanNya bukan ikut suka hati sahaja. Berkorban agar tidak ikut rasa sedap hati itu pun korban juga namanya...
Ahad, 30 November 2008
PROGRAM KON P-MAL
DMP Negeri Kedah adalah di antara peserta yang terawal hadir program KON P-MAL di Kuala Lumpur pada 29hb Nov. 2008. Alhamdulilllah sepanjang program, muslimat dapat input yang amat bermakna sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi Allah SWT ini.
Muslimat mesti peka dan sensitif dengan isu semasa disamping mempunyai ilmu yang mantap dan bijak berkomunikasi bagi memudahkan kerja-kerja dakwah disampaikan kepada seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan fahaman politik.
Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi, kerja-kerja dakwah itu terlalu syumul dan jika muslimat menganggap berdakwah itu sebagai satu profesion maka ia merupakan satu kerja yang terlalu baik.
Beliau mengingatkan seluruh muslimat supaya tidak mudah berasa kecewa atau hina untuk bekerja mengajak manusia kembali kepada Allah sehingga ada sebilangan kecil muslimat berasa rendah diri untuk kerja berdakwah.
"Kita kena rasa seronok dan bangga dengan kerja mengajak manusia untuk kembali kepada Allah kerana Allah mengikhtifar manusia tersebut, tidak ada sebab muslimat berasa kecil hati atau hina sebaliknya perlu bersemangat walaupun tidak ada pengikhtifaran," katanya.
Beliau tidak menafikan memang tidak ada sesiapa yang akan memberi pengikhtirafan sebaliknya hanya menerima tohmahan atau fitnah.
Justeru, katanya muslimat bukan melakukan kerja biasa tetapi tugas yang dipikul oleh Nabi Muhamad s.a.w. di mana Allah SWT telah memerintah Nabi supaya mengajak manusia untuk kembali kepada Allah.
Muslimat juga diingatkan menggunakan kebijaksanaan berdakwah walaupun mendapat halangan daripada pihak musuh yang menggunakan anggota polis untuk melemahkan muslimat meneruskan dakwah.
"Muslimat perlu menjadi air mata yang turun dari bukit, di halang kiri keluar kanan, dihalang atas keluar bawah dan akhirnya boleh meruntuhkan semua dinding yang menghalang," katanya.
Beliau berkata jika berdakwah itu terpaksa berhenti disebabkan ada halangan sudah pasti Nabi Muhammad s.a.w. tidak meneruskan berdakwah setelah mendapat halangan daripada Abu Jahal.
Tugas berdakwah wajib digalas oleh semua pihak dengan tahap dan pemikiran masing-masing tetapi mesti berpanjangan tanpa mengira musim seperti masa kempen pilihan raya.
Beliau menegaskan PAS tidak mahu ada pejuang Islam yang menjadi `kain buruk' iaitu lama menjadi ahli PAS tetapi tidak hadir usrah, mesyuarat, tamrin dan segala program PAS.
Sebagai pendakwah katanya muslimat perlu berani keluar daripada kurungan berdakwah dikalangan ahli-ahli PAS kerana ramai golongan bukan Islam seperti India dan Cina masih tidak tahu kebenaran ajaran Islam.
Menurut beliau kehebatan pendakwah tidak hanya terletak kepada pendidikan dan keanehan idea tetapi terletak pada sejauh mana muslimat boleh menegakkan Islam dalam diri dan keluarganya serta mampu mempengaruhi sasaran.
Beliau turut mengingatkan muslimat supaya berdakwah tidak hanya mengupas isu semata-mata tetapi mampu membentuk ilmu pengetahuan dan berjaya memberi kesedaran serta keinsafan kepada ummah.
Katanya, realiti dakwah sekarang telah melepasi zon demokrasi yang tidak demokratik lantaran itu sistem dakwah mesti peka dan sensititf supaya berjaya melepasi halangan.Khamis, 27 November 2008
Program Masa Cuti DMP Kawasan
1. Nisa' Pendang dengan kerjasama Pemuda Cawangan Batu Hampar akan mengadakan Program Klinik Solat pada:
Hari : Ahad (30 November 2008)
Masa: 8 pagi - 5 petang
Tempat: Di Masjid Batu Hampar Pendang
Peserta: Terbuka kepada semua anak-anak lelaki dan perempuan berumur 7-12 tahun
Perasmi Penutup akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pendang(YB Dr Mohd Hayati Othman)

2. Nisa' Jerlun dengan kerjasama Lajnah Tarbiyyah DMP Jerlun akan mengadakan Program Kem Remaja Cemerlang pada:
Hari : 23-24 Disember 2008 (Selasa-Rabu)
Tempat: Markaz Tarbiyyah PAS Lubuk Pinang dan beberapa tempat terpilih di Negeri Kedah
Peserta: Terbuka kepada semua anak-anak perempuan berumur 12-18 tahun
Di antara aktiviti adalah amali solat, lawatan ke Muzium Padi, sukaneka di Taman Jubli Perak Alor Star dan lain-lain lagi pengisian yang dapat membentuk jati diri dan sahsiah anak-anak.
Rabu, 26 November 2008
Menutup Aurat Mengikut Syara'

Tuntutan menutup aurat adalah perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ini bermakna Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah mewajibkan lelaki maupun wanita untuk menutup aurat mengikut cara-caranya. Jika menutup aurat merupakan suatu ketaatan kepada perintahNya maka jika memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula merupakan suatu kederhakaan kepada perintahNya.
Secara ringkasnya aurat wanita di hadapan lelaki yang bukan mahramnya adalah sepertimana dalam sembahyang iaitu yang boleh kelihatan hanyalah muka dan kedua tapak tangan, manakala seluruh badan merupakan aurat yang wajib ditutup. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud
"Wahai Nabi-nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian adalah lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani."
Ini jelas menunjukkan bahawa pakaian wanita yang dipakai ketika keluar hendaklah labuh dan menutup seluruh tubuh badannya.
Manakala Hadith yang diriwayatkan oleh 'Aisyah Radiayallahhu anha yang bermaksud;
"Bahawa Asma' Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Sallallahhu 'Alaihi Wassalam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Sallallahhu 'Alaihi Wassalam berpaling daripadanya. Baginda bersabda; 'wahai Asma', sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haid (baligh) tidak boleh dilihat padanya kecuali ini...dan ini...(sambil) Rasulullah Sallallahhu 'Alaihi Wassalam menunjukkan muka dan kedua tapak tangan Baginda.'"
(Hadith Riwayat Abu Daud).
Berdasarkan 2 dalil di atas panduan menutup aurat wanita mengikut syara' ialah:
1. Pakaian yang longgar - bukan pakaian yang sempit menampakkan susuk tubuh badan.
2. Pakaian yang labuh menutup seluruh aurat - bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung.
3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat - bukan nipi atau jarang yang

Hakikatnya, menutup aurat ini banyak hikmahnya khususnya bagi wanita, antaranya;
1. Wanita itu dikenal sebagai perempuan yang baik-baik.
2. Dengan berpakaian yang demikian mereka tidak diganggu.
3. Secara tidak langsung pakaian menutup aurat dan sopan menghindari fitnah, pandangan jahat, perkara buruk seperti kes rogol.
Oleh itu menutup aurat adalah merupakan suatu nikmat yang wajib disyukuri iaitu dengan cara melaksanakan kewajipan ini dengan betul mengikut syara' dan bukan kerana fesyen.

Ahad, 23 November 2008
TAHNIAH MB PERAK
Tahniah kepada Kerajaan Perak kerana baru 8 bulan memerintah telah dapat mengadakan Program Cambah Fikiran Kerajaan Perak bersama Rakyat dan Blogger pada hari Sabtu 22 Nov 2008. Ini menunjukkan bagaimana prihatinnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah dengan penuh keadilan dan keinsafan. Begitu juga rakyat turut merasai dan dengan rela hati untuk membantu kerajaan memajukan negeri supaya setiap pahit manis, susah senang dapat dirasai oleh semua rakyat. Semoga usaha ini dapat kerjasama yang baik, istiqamah dan bertambah mantap agar dapat dicontohi oleh negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, InsyaAllah.
Sabtu, 22 November 2008
Penjelasan Ustaz Hassan Razak dalam Malaysiakini
Azizan sumbang gaji RM10,000 sebulan Jimadie Shah Othman | Nov 21, 08 11:29am Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar, kata seorang pemimpin PAS negeri. ![]() Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hassan mendedahkan amalan Azizan itu bagi menyangkal dakwaan pesuruhjaya PAS itu bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah. Hassan menambah, potongan itu diumumkan pertama kali dalam program taklimat dasar-dasar kerajaan kerajaan negeri di ibu negeri apabila dibangkitkan PAS kawasan Alor Star, 14 November lalu. Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak didedahkan sebelum ini kerana "(hendak) membuat kebaikan tidak perlu dihebah-hebahkan". Ahli-ahli akar umbi PAS negeri baru-baru ini dilaporkan tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan PAS Kedah. Malaysiakini difahamkan, dalam pertemuan minggu lepas, menteri besar dan kerajaan Kedah mendapat kritikan pedas wakil-wakil PAS kawasan sehingga beliau diminta menyerahkan portfolio agama yang dipegangnya kepada exco lain. Azizan juga turut dituduh gagal memperkasakan pelaksanaan Islam yang diperjuangkan PAS seperti membiarkan pusat hiburan beroperasi sehingga lewat pagi dan arak dijual bebas di Langkawi. Pegawai kerajaan pula didakwa mendapat layanan istimewa daripada menteri besar berbanding pegawai lantikan politik. Selain itu, Azizan dan barisan exco dikatakan selalu memberikan alasan sibuk sehingga susah ditemui rakyat tetapi didakwa rajin bermain golf. Dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan berkata, selain soal kepemimpinan Azizan, kebajikan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) antara perkara utama yang dibangkitkan. Selain itu, tambahnya, PAS Kedah didakwa "bongkak dengan PKR". Bagaimanapun, kata Hassan, perkara itu dijelaskan oleh menteri besar di hujung program di Kompleks Alor Star. ![]() Sehubungan itu, Hassan berkata, kritikan kepada kerajaan negeri merupakan salah faham dan dibuat berdasarkan "cakap-cakap di kaki lima". Menurutnya, dalam pentadbiran kerajaan, ada perkara yang telah dibuat tetapi belum diumumkan dan ada yang belum dibuat tetapi telah dirancang dan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat. Komen-komen itu, termasuk yang pedas dan negatif, diusulkan secara bertulis oleh wakil-wakil PAS kawasan tanpa menyatakan nama pengemuka soalan-soalan tersebut. Komen-komen di pertemuan tertutup ini bagaimanapun terbocor kepada umum, termasuk Umno dan pihak media. Hassan kesal kerana dokumen yang dianggap sulit itu telah “dicuri pihak tertentu”. Majlis sumbang saran kali ketiga itu dihadiri wakil-wakil PAS kawasan, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli-ahli parlimen PAS Kedah. Majlis itu merupakan susulan selepas pertemuan Ogos lalu, sementara perjumpaan pertamanya diadakan sejurus selepas kemenangan parti itu dalam pilihanraya umum, Mac lalu. PAS negeri merancang menjalankan sesi taklimat dasar-dasar kerajaan negeri kepada jentera parti empat kali setahun. |
Selasa, 18 November 2008
Sepetang Nisa' Bersama Anak-anak Yatim
Alhamdulilllah dengan sokongan Nisa' Negeri dan Kawasan, Program Sepetang Nisa' Bersama Anak-anak Yatim dapat dijalankan seperti yang dirancang. Lebih 100 anak-anak yatim diraikan oleh Nisa' Kedah yang diketuai oleh Yg Bhg Hjh Norlia Abdul bersama Exco Wanita dan Kebajikan, YB Ustazah Aishah Hj Ghazali. Disamping makanan, anak-anak juga diberi saguhati sebagai kenangan dan sedikit wang saku hasil dari kutipan sumbangan orang ramai. Jazakumullah hukhairan kathira kepada semua penderma.
Sabtu, 1 November 2008
PROGRAM KEMASYARAKATAN
Isnin, 27 Oktober 2008
Rumah Terbuka Dr Hamsiah (Arwah Dr Azizan)

Sabtu, 25 Oktober 2008
Banjir lagi...


Penduduk tepi sungai di negeri Kedah sekali lagi dilanda air sungai yang melimpah. Bermula dari utara di Kubang Pasu, air sungai tidak dapat menampung air yang berlebihan sehinggalah banjir terus melanda ke kawasan lain..Kuala Kedah, Pendang... Setiap hari semua YB dan ahli turun membantu mangsa banjir samada membekalkan makanan, barang keperluan dapur, wang saku, mencuci dan sebagainya. Mangsa banjir rasa terharu dan berterimakasih kerana masih ada pimpinan yang sanggup meredah air melihat keadaan mereka. Sehingga ada yang berkata "tak tolong cuci atau beri duit pun tak pa, janji tengok kami pun jadilah... sejuk hati"
Jumaat, 17 Oktober 2008
JAMUAN RAYA SPEAKER DUN KEDAH
Selasa, 14 Oktober 2008
Lawatan Muslimat Kubang Pasu
Pada 12-14 Jun 2008 Muslimat Kubang Pasu telah