Rabu, 10 Disember 2008

Innalillahhi wainnailaihiroji'un



Pagi tadi suami kepada seorang ajk DMPNK, Pn Sarina Ismail telah kembali ke rahmatullah dalam satu kemalangan jalanraya yang melibatkan motosikal dan kereta. Cedera parah di kepala menyebabkan suami Pn Sarina meninggal dunia di tempat kejadian. Setelah dibedah siasat segala urusan jenazah telah diushakan oleh pihak Hospital Sultanah Bahyah dan selesai pada pukul 2.20 petang dan dibawa ke SRIDU menggunakan ambulans PAS Pendang.

Solat jenazah dilaksanakan di Sek Ren Islam Darul Ulum dan di bawa pulang ke Bt 18, Guar Chempedak untuk dikebumikan. Arwah Mohd Noor meninggalkan 3 orang anak dan seorang balu (Pn Sarina Ismail). Mudah-mudahan Allah memberikan kesabaran kepada Pn Sarina sekeluarga... Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita dikembalikan... Al-Fatihah...

1 ulasan:

rahsidah berkata...

Salam,

Dengar khabar arwah dalam perjalanan ke majlis korban dan yang berkesempatan melihat wajahnya amat tenang sekali...alhamdulillah, kami doakan rohnya berada dalam kalangan roh-roh orang yang beriman, insyaAllah itulah harapan orang-orang yang sentiasa hidupnya dalam perjuangan...
Mudah-mudahan Pn Sarina dan anak-anak sentiasa dalam kesabaran dalam menempuh ujian yang besar buat seorang isteri. Isteri mana yang tidak sayangkan suami tapi... Allah lebih menyayanginya...

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP