Ahad, 30 November 2008

PROGRAM KON P-MAL




DMP Negeri Kedah adalah di antara peserta yang terawal hadir program KON P-MAL di Kuala Lumpur pada 29hb Nov. 2008. Alhamdulilllah sepanjang program, muslimat dapat input yang amat bermakna sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi Allah SWT ini.

Muslimat mesti peka dan sensitif dengan isu semasa disamping mempunyai ilmu yang mantap dan bijak berkomunikasi bagi memudahkan kerja-kerja dakwah disampaikan kepada seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan fahaman politik.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi, kerja-kerja dakwah itu terlalu syumul dan jika muslimat menganggap berdakwah itu sebagai satu profesion maka ia merupakan satu kerja yang terlalu baik.

Beliau mengingatkan seluruh muslimat supaya tidak mudah berasa kecewa atau hina untuk bekerja mengajak manusia kembali kepada Allah sehingga ada sebilangan kecil muslimat berasa rendah diri untuk kerja berdakwah.

"Kita kena rasa seronok dan bangga dengan kerja mengajak manusia untuk kembali kepada Allah kerana Allah mengikhtifar manusia tersebut, tidak ada sebab muslimat berasa kecil hati atau hina sebaliknya perlu bersemangat walaupun tidak ada pengikhtifaran," katanya. Image

Beliau tidak menafikan memang tidak ada sesiapa yang akan memberi pengikhtirafan sebaliknya hanya menerima tohmahan atau fitnah.

Justeru, katanya muslimat bukan melakukan kerja biasa tetapi tugas yang dipikul oleh Nabi Muhamad s.a.w. di mana Allah SWT telah memerintah Nabi supaya mengajak manusia untuk kembali kepada Allah.

Muslimat juga diingatkan menggunakan kebijaksanaan berdakwah walaupun mendapat halangan daripada pihak musuh yang menggunakan anggota polis untuk melemahkan muslimat meneruskan dakwah.

"Muslimat perlu menjadi air mata yang turun dari bukit, di halang kiri keluar Imagekanan, dihalang atas keluar bawah dan akhirnya boleh meruntuhkan semua dinding yang menghalang," katanya.

Beliau berkata jika berdakwah itu terpaksa berhenti disebabkan ada halangan sudah pasti Nabi Muhammad s.a.w. tidak meneruskan berdakwah setelah mendapat halangan daripada Abu Jahal.

Tugas berdakwah wajib digalas oleh semua pihak dengan tahap dan pemikiran masing-masing tetapi mesti berpanjangan tanpa mengira musim seperti masa kempen pilihan raya.

Beliau menegaskan PAS tidak mahu ada pejuang Islam yang menjadi `kain buruk' iaitu lama menjadi ahli PAS tetapi tidak hadir usrah, mesyuarat, Imagetamrin dan segala program PAS.

Sebagai pendakwah katanya muslimat perlu berani keluar daripada kurungan berdakwah dikalangan ahli-ahli PAS kerana ramai golongan bukan Islam seperti India dan Cina masih tidak tahu kebenaran ajaran Islam.

Menurut beliau kehebatan pendakwah tidak hanya terletak kepada pendidikan dan keanehan idea tetapi terletak pada sejauh mana muslimat boleh menegakkan Islam dalam diri dan keluarganya serta mampu mempengaruhi sasaran.

Beliau turut mengingatkan muslimat supaya berdakwah tidak hanya mengupas isu semata-mata tetapi mampu membentuk ilmu pengetahuan dan berjaya memberi kesedaran serta keinsafan kepada ummah.

Katanya, realiti dakwah sekarang telah melepasi zon demokrasi yang tidak demokratik lantaran itu sistem dakwah mesti peka dan sensititf supaya berjaya melepasi halangan.

Tiada ulasan:

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP