PAS Pusat telah mengadakan Retreat di Langkawi pada bulan November 2008. Pelbagai isu dapat dibincangkan dan diselesaikan tidak sepertimana yang digembar gemburkan oleh pihak media tidak bertanggungjawab sebelum ini. DMPNK sempat menyambut kedatangan pimpinan DMP Pusat dengan berbesar hati dan rasa bertuah kerana Kedah menjadi lokasi pilihan pihak pimpinan pusat. Inilah pulau yang diberi gelaran Langkawi Permata Kedah oleh YAB MB Dato' Seri Ustaz Azizan Hj Abd Razak.
Jumaat, 26 Disember 2008
Retreat PAS Pusat
PAS Pusat telah mengadakan Retreat di Langkawi pada bulan November 2008. Pelbagai isu dapat dibincangkan dan diselesaikan tidak sepertimana yang digembar gemburkan oleh pihak media tidak bertanggungjawab sebelum ini. DMPNK sempat menyambut kedatangan pimpinan DMP Pusat dengan berbesar hati dan rasa bertuah kerana Kedah menjadi lokasi pilihan pihak pimpinan pusat. Inilah pulau yang diberi gelaran Langkawi Permata Kedah oleh YAB MB Dato' Seri Ustaz Azizan Hj Abd Razak.
Khamis, 18 Disember 2008
Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (PRK 036)
Suasana hari ini sana sini kedengaran ramai yang berminat, rasa terpanggil untuk menerajui KT mulai Januari 2009. Walaupun belum tiba hari yang ditunggu-tunggu, dari pengamatan kami dari Kedah, sebenarnya penduduk Kuala Terengganu telah bersedia untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui mereka.. Walau apa pun mereka, dari mana mereka, siapa mereka, dari parti mana mereka, hendaklah kita ingat bahawa tugas seorang pemimpin bukanlah mudah sepertimana mudah lidah dan mulut berkata-kata. Tapi hakikatnya, amanah dan tanggungjawab tersebut bakal disoal sehingga puas malaikat menjalankan tugasnya dan begitu juga puas pancaindera pemimpin tersebut untuk menjawab dan menerima balasnya. Betul niat, perbuatan dan tingkahlakunya syurgalah balasannya tetapi jika nafsu mengepalainya maka seksalah akibatnya.
Bagi DMPNK siapa calon yang diletakkan untuk mewakili PR, seharusnya ahli terimalah dengan hati terbuka walaupun masing-masing mempunyai pendirian tersendiri. Berilah kepercayaan sepenuhnya kepada pimpinan untuk memilih setelah mengambilkira pandangan semua pihak kerana bukan mudah untuk menentukan yang terbaik di antara yang baik-baik. Semua rakyat Malaysia sedang melihat dan menunggu bagaimana pendirian orang KT, bagaimana pemimpin yang mereka inginkan... Walaubagaimanapun rakyat Malaysia amat berharap bulan Januari ini Kuala Terengganu akan menerima seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berjiwa rakyat, yang boleh meneruskan perjuangan Rasulullah SAW dan para ulamak, InsyaAllah.
Khamis, 11 Disember 2008
Kian ramai menganggur tahun depan
| Kebimbangan rakyat kini semakin tidak dapat bertahan lagi, masing-masing menanti apakah perancangan pihak kerajaan untuk menangani permasalahan laporan yang diterima dari MEIR. "Kadar pengangguran tahun depan mungkin meningkat kepada 4.5 peratus berbanding kira-kira 3.5 peratus tahun ini akibat kelembapan ekonomi dunia sekarang, demikian analisis Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). Pengarah eksekutifnya Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, dalam suku ketiga tahun ini, rakyat Malaysia yang menganggur berjumlah 12,000 orang. "Bilangan penganggur semakin meningkat. Kita perlu mengawasinya dengan teliti," katanya dalam ucaptamanya pada majlis dialog dengan Profesor Robert Engle, yang memenangi Hadiah Nobel bagi ekonomi pada 2003. Menurut Bernama, Mohamed Ariff berkata kadar 4.5 peratus dianggap tinggi bagi Malaysia. "Tinggi sebab kita biasa dengan kadar 2.2 dan 2.5 peratus tetapi jika dibandingkan dengan Eropah, Jepun dan Amerika Utara, 4.5 peratus amat rendah," katanya. Mohamed Ariff berkata industri pembuatan dijangka paling teruk terjejas oleh kelembapan ekonomi ini. "Kita rasa sektor elektrik dan elektronik khususnya, amat mudah terjejas. "Barangkali sokongan utama bagi ekonomi adalah daripada sektor perkhidmatan. Ia bakal menjadi jentera pertumbuhan, dan membantu kita mengelakkan kemelesetan sebenar tahun depan," beliau dipetik berkata. Menurut Mohamed Ariff lagi, Malaysia berdepan kemungkinan 40 peratus terjerumus dalam kancah kemelesetan teknikal tahun depan dan 30 peratus kemungkinan dilanda kemelesetan sebenar. "Tetapi ini di bawah 50 peratus. Ia sekarang bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan," katanya, sambil menambah bahawa lebih banyak langkah harus diambil untuk mengharungi krisis kewangan sekarang. Pada majlis dialog itu, Engle berkata Malaysia mungkin menghadapi tempoh yang sukar seperti juga ekonomi-ekonomi lain di Asia, lapor agensi berita itu lagi. "Kita harap China akan dapat bertahan. Jika China juga bergelut (dengan krisis ekonomi semasa), ekonomi-ekonomi lain di Asia turut akan berdepan dengan tempoh yang sukar," tegasnya." |
Rabu, 10 Disember 2008
Innalillahhi wainnailaihiroji'un
Pagi tadi suami kepada seorang ajk DMPNK, Pn Sarina Ismail telah kembali ke rahmatullah dalam satu kemalangan jalanraya yang melibatkan motosikal dan kereta. Cedera parah di kepala menyebabkan suami Pn Sarina meninggal dunia di tempat kejadian. Setelah dibedah siasat segala urusan jenazah telah diushakan oleh pihak Hospital Sultanah Bahyah dan selesai pada pukul 2.20 petang dan dibawa ke SRIDU menggunakan ambulans PAS Pendang.
Selasa, 9 Disember 2008
KORBAN
Sehingga Hari Raya pertama seramai 4 orang mangsa terkorban. Operasi mencari dan menyelamat yang disambung semula dari pukul 9.30 malam raya masih berlarutan walaupun hujan turun sepanjang hari, dengan tumpuan diberikan kepada usaha mengesan seorang mangsa warga Sri Lanka yang dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan banglo yang tertimbus dalam kejadian itu.

Di saat ini betapa ramainya anggota pasukan keselamatan dari pasukan polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di kawasan kejadian berkorban masa, jiwa raga tidak bersama keluarga tetapi sama-sama membantu usaha-usaha mencari, menyelamat serta membersihkan runtuhan. Mudah-mudahan dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia ini juga perlu dihayati oleh umat Islam tentang pengorbanan untuk meninggikan syariat Islam, InsyaAllah.
Peristiwa kejadian korban demi korban yang terjadi sejak kebelakangan ini sebenarnya besar hikmahnya. Walaupun kita tidak menafikan tentang kesan bencana alam tetapi hakikatnya setiap peristiwa mesti ada kaitan dan peringatan dari Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud " Segala kerosakan di atas muka bumi ini adalah dari usaha tangan-tangan manusia sendiri….. “ Ini menunjukkan segala kerosakan di muka bumi Allah ini adalah kesan kerja buat manusia yang masih kurangnya pengorbanan, lupa panduan Allah kerana sesungguhnya bukit bukau, gunung ganang adalah menjadi pasak bumi ini, jika diganggu maka akan musnahlah alam ini. Oleh itu marilah sama-sama kita mentadbir bumi Allah ini mengikut panduanNya bukan ikut suka hati sahaja. Berkorban agar tidak ikut rasa sedap hati itu pun korban juga namanya...
