Rabu, 31 Disember 2008

DAP sedih Maal Hijrah dicemari pembunuhan kejam Israil

Mohd Sabri Said Wed Dec 31, 08 9:16:01 am MYTPULAU PINANG, 31 Dis (Hrkh)

"Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mengdiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu."Demikian kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedih apabila sambutan Maal Hijrah 1430 yang disambut keseluruhan umat Islam sedunia di kotori peristiwa pembunuhan kejam rakyat Palestin di Gaza oleh tentera Israel."Walaupun di Malaysia sambutan berkenaan diraikan dengan suasana aman damai dengan masyarakat yang berbilang bangsa." Tetapi rakyat di Gaza meraikan dengan tangisan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami dan sebaliknya.

Bagi KM Pulau Pinang, yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), serangan ganas itu tidak prikemanusiaan dan mendesak Kerajaan Malaysia mengutuk terhadap Israel agar menghentikan segera pengeboman sebaliknya mencari kedamaian dengan cara perbincangan."Dengan rasa rendah diri saya mengucapkan salam Maal Hijrah kepada Umat Islam di mana berada semoga azam untuk sama-sama hidup mesra dengan raykat Malaysia yang berbilang bangsa diteruskan dengan jujur dan ikhlas, " ujarnya dalam kenyataan yang kepada Harakahdaily semalam.Sehubungan dengan tindakan Israel itu beliau menyarankan Kerajaan Malaysia memanggil Duta Amerika Syarikat untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia terhadap sokongan membuta tuli Amerika kepada Israel walaupun tahu pembunuhan itu melibatkan kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa.

Beliau juga meminta Kerajaan Malaysia mendesak Amerika Syarikat campur tangan untuk mendapatkan penyelesaian adil dan saksama untuk semua pihak yang berbalah di bumi Palestin."Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mengdiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.Justeru itu, beliau berharap Maal Hijrah kali ini disambut dengan penuh azam yang tinggi untuk memelihara kedamaian dan dijauhkan sengketa yang akan merugikan negara tercinta.- azm_

Ahad, 28 Disember 2008

Peristiwa Penting Bulan Muharram

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Beberapa peristiwa penting bulan Muharram:

  1. *1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah
  2. *10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

*Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
~Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

~Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

~Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan
selama enam bulan.

~Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

~Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

~Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

~Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

~Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

~Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40
hari 40 malam.

~Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari
tentera Firaun.

~Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

~Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

~Hari pertama Allah menciptakan alam.

~Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

~Hari pertama Allah menurunkan hujan.

~Allah menjadikan 'Arasy.

~Allah menjadikan Luh Mahfuz.

~Allah menjadikan alam.

~Allah menjadikan Malaikat Jibril.

~Nabi Isa diangkat ke langit.

Jumaat, 26 Disember 2008

Medan Kempen UMNO

Lihatlah tidak berapa hari lagi Kuala Terengganu akan menjadi medan kempen UMNO untuk Persidangan UMNO pada bulan Mac depan. Biasala tu masing-masing akan menunjukkan kehebatan diri masing-masing terutama jawatan tertinggi selain Presiden. Ini bukan DMPNK sahaja yang kata tapi rata-rata semua tempat, semua orang telah berkata-kata dan bersedia untuk melihat gelagat mereka. Lihatlah bagaimana wang akan bertaburan di sana sini mencari mangsanya. Tak betul orang tak kata, tak benar takkan jadi berita, tak berlaku takkan ada teguran dari tok ketua.

Itulah pandangan umum pada parti dan pendokong parti yang bergerak atas landasan hawa nafsu, tidak berpandukan pada kitab ALLAH SWT. Calon hanya sekadar jadi batu loncatan diri masing-masing untuk mendapat kedudukan diri masing-masing. Pada Pakatan Rakyat janganlah mudah terpengaruh dengan usikan mereka kerana kita telah matang dalam dunia politik BN yang penuh dengan penipuan. Mereka sengaja menjadikan isu Hudud untuk menghangatkan golongan bukan Melayu. Hakikatnya golongan bukan Melayu telah lama memahami isu Hudud berbanding UMNO yang masih tidak mahu menerima pengertian Hudud. Sepertimana isu liwat yang dimainkan di PRK Permatang Pauh beberapa bulan yang lalu, rakyat jelata lebih memahaminya berbanding dengan pemimpin BN khususnya UMNO yang mula kembali ke zaman jahiliyyah. Walau apapun rakyat Kuala Terengganu lebih bijak dan telahpun bersedia untuk menentukan masa depan Kuala Terengganu...

Retreat PAS Pusat


PAS Pusat telah mengadakan Retreat di Langkawi pada bulan November 2008. Pelbagai isu dapat dibincangkan dan diselesaikan tidak sepertimana yang digembar gemburkan oleh pihak media tidak bertanggungjawab sebelum ini. DMPNK sempat menyambut kedatangan pimpinan DMP Pusat dengan berbesar hati dan rasa bertuah kerana Kedah menjadi lokasi pilihan pihak pimpinan pusat. Inilah pulau yang diberi gelaran Langkawi Permata Kedah oleh YAB MB Dato' Seri Ustaz Azizan Hj Abd Razak.

Khamis, 18 Disember 2008

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (PRK 036)

DMPNK telah merisik dengan lebih dekat ke kawasan PRK di pantai timur yang bakal berlangsung pada bulan Januari ini. Alhamdulillah dari segi cuaca agak semakin baik, musim tengkujuh mula berakhir, banjir semakin reda walaupun hujan masih turun sekali sekala di sana sini, suasana pantai masih lagi belum bersedia menerima tetamu dengan air laut yang masih belum kepenatan mengalunkan ombaknya.

Suasana hari ini sana sini kedengaran ramai yang berminat, rasa terpanggil untuk menerajui KT mulai Januari 2009. Walaupun belum tiba hari yang ditunggu-tunggu, dari pengamatan kami dari Kedah, sebenarnya penduduk Kuala Terengganu telah bersedia untuk memilih pemimpin yang bakal menerajui mereka.. Walau apa pun mereka, dari mana mereka, siapa mereka, dari parti mana mereka, hendaklah kita ingat bahawa tugas seorang pemimpin bukanlah mudah sepertimana mudah lidah dan mulut berkata-kata. Tapi hakikatnya, amanah dan tanggungjawab tersebut bakal disoal sehingga puas malaikat menjalankan tugasnya dan begitu juga puas pancaindera pemimpin tersebut untuk menjawab dan menerima balasnya. Betul niat, perbuatan dan tingkahlakunya syurgalah balasannya tetapi jika nafsu mengepalainya maka seksalah akibatnya.

Bagi DMPNK siapa calon yang diletakkan untuk mewakili PR, seharusnya ahli terimalah dengan hati terbuka walaupun masing-masing mempunyai pendirian tersendiri. Berilah kepercayaan sepenuhnya kepada pimpinan untuk memilih setelah mengambilkira pandangan semua pihak kerana bukan mudah untuk menentukan yang terbaik di antara yang baik-baik. Semua rakyat Malaysia sedang melihat dan menunggu bagaimana pendirian orang KT, bagaimana pemimpin yang mereka inginkan... Walaubagaimanapun rakyat Malaysia amat berharap bulan Januari ini Kuala Terengganu akan menerima seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berjiwa rakyat, yang boleh meneruskan perjuangan Rasulullah SAW dan para ulamak, InsyaAllah.

Khamis, 11 Disember 2008

Kian ramai menganggur tahun depan

Kebimbangan rakyat kini semakin tidak dapat bertahan lagi, masing-masing menanti apakah perancangan pihak kerajaan untuk menangani permasalahan laporan yang diterima dari MEIR.

"Kadar pengangguran tahun depan mungkin meningkat kepada 4.5 peratus berbanding kira-kira 3.5 peratus tahun ini akibat kelembapan ekonomi dunia sekarang, demikian analisis Institut Penyelidikan
Ekonomi Malaysia (MIER).

Pengarah eksekutifnya Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, dalam suku ketiga tahun ini, rakyat Malaysia yang menganggur berjumlah 12,000 orang.

"Bilangan penganggur semakin meningkat. Kita perlu mengawasinya dengan teliti," katanya dalam ucaptamanya pada majlis dialog dengan Profesor Robert Engle, yang memenangi Hadiah Nobel bagi ekonomi pada 2003.

Menurut Bernama, Mohamed Ariff berkata kadar 4.5 peratus dianggap tinggi bagi Malaysia.

"Tinggi sebab kita biasa dengan kadar 2.2 dan 2.5 peratus tetapi jika
dibandingkan dengan Eropah, Jepun dan Amerika Utara, 4.5 peratus amat rendah," katanya.

Mohamed Ariff berkata industri pembuatan dijangka paling teruk terjejas oleh kelembapan ekonomi ini.

"Kita rasa sektor elektrik dan elektronik khususnya, amat mudah
terjejas.

"Barangkali sokongan utama bagi ekonomi adalah daripada sektor
perkhidmatan. Ia bakal menjadi jentera pertumbuhan, dan membantu kita mengelakkan kemelesetan sebenar tahun depan," beliau dipetik berkata.

Menurut Mohamed Ariff lagi, Malaysia berdepan kemungkinan 40 peratus terjerumus dalam kancah kemelesetan teknikal tahun depan dan 30 peratus kemungkinan dilanda kemelesetan sebenar.

"Tetapi ini di bawah 50 peratus. Ia sekarang bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan," katanya, sambil menambah bahawa lebih banyak langkah harus diambil untuk mengharungi krisis kewangan sekarang.

Pada majlis dialog itu, Engle berkata Malaysia mungkin menghadapi tempoh yang sukar seperti juga ekonomi-ekonomi lain di Asia, lapor agensi berita itu lagi.

"Kita harap China akan dapat bertahan. Jika China juga bergelut (dengan krisis ekonomi semasa), ekonomi-ekonomi lain di Asia turut akan berdepan dengan tempoh yang sukar," tegasnya."

Rabu, 10 Disember 2008

Innalillahhi wainnailaihiroji'un



Pagi tadi suami kepada seorang ajk DMPNK, Pn Sarina Ismail telah kembali ke rahmatullah dalam satu kemalangan jalanraya yang melibatkan motosikal dan kereta. Cedera parah di kepala menyebabkan suami Pn Sarina meninggal dunia di tempat kejadian. Setelah dibedah siasat segala urusan jenazah telah diushakan oleh pihak Hospital Sultanah Bahyah dan selesai pada pukul 2.20 petang dan dibawa ke SRIDU menggunakan ambulans PAS Pendang.

Solat jenazah dilaksanakan di Sek Ren Islam Darul Ulum dan di bawa pulang ke Bt 18, Guar Chempedak untuk dikebumikan. Arwah Mohd Noor meninggalkan 3 orang anak dan seorang balu (Pn Sarina Ismail). Mudah-mudahan Allah memberikan kesabaran kepada Pn Sarina sekeluarga... Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita dikembalikan... Al-Fatihah...

Selasa, 9 Disember 2008

KORBAN

Selama 4 hari umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha dengan menyediakan binatang korban sebagai ganti korban. Ibadah korban ini adalah sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang diperintah mengorban anaknya Nabi Ismail a.s. dengan menukar anaknya dengan korban kibas. Selama itulah juga aktiviti di kawasan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa masih kelihatan berjalan dengan rancak.

Sehingga Hari Raya pertama seramai 4 orang mangsa terkorban. Operasi mencari dan menyelamat yang disambung semula dari pukul 9.30 malam raya masih berlarutan walaupun hujan turun sepanjang hari, dengan tumpuan diberikan kepada usaha mengesan seorang mangsa warga Sri Lanka yang dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan banglo yang tertimbus dalam kejadian itu.


Di saat ini betapa ramainya anggota pasukan keselamatan dari pasukan polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di kawasan kejadian berkorban masa, jiwa raga tidak bersama keluarga tetapi sama-sama membantu usaha-usaha mencari, menyelamat serta membersihkan runtuhan. Mudah-mudahan dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia ini juga perlu dihayati oleh umat Islam tentang pengorbanan untuk meninggikan syariat Islam, InsyaAllah.


Peristiwa kejadian korban demi korban yang terjadi sejak kebelakangan ini sebenarnya besar hikmahnya. Walaupun kita tidak menafikan tentang kesan bencana alam tetapi hakikatnya setiap peristiwa mesti ada kaitan dan peringatan dari Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud " Segala kerosakan di atas muka bumi ini adalah dari usaha tangan-tangan manusia sendiri….. “ Ini menunjukkan segala kerosakan di muka bumi Allah ini adalah kesan kerja buat manusia yang masih kurangnya pengorbanan, lupa panduan Allah kerana sesungguhnya bukit bukau, gunung ganang adalah menjadi pasak bumi ini, jika diganggu maka akan musnahlah alam ini. Oleh itu marilah sama-sama kita mentadbir bumi Allah ini mengikut panduanNya bukan ikut suka hati sahaja. Berkorban agar tidak ikut rasa sedap hati itu pun korban juga namanya...

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP