Rabu, 15 April 2009

KERETA LAMA vs KERETA BARU

Dah lama kita semua nyatakan kenapa perlunya Islam yang had untuk hari tertentu tu. Buat apa perlu dikaji lagi sebab ulamak dah kupas tentang perbezaan Islam Hadhari dengan Hadarah Islamiyyah dengan jelas. Puak Melayu ni yang tak mau dengar dan tak mau faham-faham lagi, mula-mula je bising Islam Hadhari ni, taklimat sana taklimat sini, habis berjuta RM untuk hebahan, last-last senyap tak tau kemana.

Tukar drebar baru, tak tau nak boh nama Islam apa pula ni... Sebab tu kita dah kata bawa Islam tu jangan pandai-pandai ikut kepala sendiri. Seronok bunyi lagu ni bagi nama lagu ni, seronok bunyi lagu tu bagi nama lagu tu...last-last Melayu sendiri yang keliru, tak tau macamana ajaran Islam yang sebenarnya. La ni, semua drebar untuk kereta lama ni kembalilah ke pangkal jalan, guna kelasi yang betul jangan guna kelasi yang "kepala akai" yang tak ketahuan tu... ikut sedap rasa.
Ingat, kita guna Islam sebagai panduan hidup bukan Islam kita guna bila perlu sebab Islam bukan macam ubat tahan sakit... "makan bila perlu". Islam kita guna setiap saat, dari nak pejam mata sampai celik dan pejam semula. DAP yang ketegar pun dah mula faham, takkan yang dari lahir lagi telah diazan dan diiqomahkan tak mau faham-faham lagi. Kalau tak tau sapa yang boleh bagi faham, cari tok guru yang boleh bagi ngajar & perjelas sampai faham, jangan berguru dengan guru yang tidak ikhlas dalam pengajarannya. Bukan apa, bimbang dia sesat kita lagi sesat jika mengaji dengan guru yang tidak ikhlas dalam pengajarannya sebab mengajar tak habis... kerja mengaji dan mengajar kena ikhlas...

Yang nak kaji tu pun tak ketahuan lagi, bimbang semakin parah ekor keretapi tu, bukan ape jenoh tok-tok guru nak perbetulkan semula. Sepatutnya tok-tok guru ni berdakwah pada orang yang ramai yang masih belum kenal Allah ni tapi buang masa kena perbetulkan fahaman pelik bin ajaib drebar baru kereta lama ni... Cukup-cukup la kerja nak mengelirukan orang je ni... tak de kerja lain ke... bila lagi nak berhenti... Oleh kerana itu, marilah semua kawan-kawan kita naik kereta baru, biarla kereta lama dengan kereta lamanya...

2 ulasan:

MzSp berkata...

Mintak maoh na!..bukan 'puak Melayu'yang tak mau dengaq dan faham tu cek ooi..sebenaqnya orang UMNO BN AlttuMonggolia saja yang buta agama. Depa buat Islam tu kena ikut depa..sepatutnya depa yang kena ikut Islam. Tak tau la apa nak jadi dengan UMNO ni. Tut-tut pula Jamil Khir yang faham sikit tu pula dok pi jadi tukang cuci karat biru dalam UMNO. Betoi la bak kata pepatah rekaan sendiri 'kalau cikgu sesat nak terkencing berdiri anak murid jadi tak ketahuan terus kencing sambil berlari' akibatnya anak murid(rakyat) yang ramai jadi mangsa..

DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI KEDAH berkata...

Ya kak abang makcik pakcik adik sekelian, bukan apa...timbul Islam baru nanti habih duit kita kena guna untuk ronda keliling nak ketuk gendang habaq kat gerabak lain bahawa kepala lain pula yang teraju... kalau kepala tu betui tak pe, ni nak bagi tumbang gerabak kita... baik duit tu kita guna untuk kerja lain, banyak lagi faedahnya...

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP