Khamis, 30 April 2009
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Sabtu, 18 April 2009
Hanipa : Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak
Rabu 2 April 2025 | 3 Shawwal 1446 HijrahSabtu 18 April 2009 | 22 Rabiul Akhir 1430 Hijrah
Mohamed Hanipa Maidin
Fri | Apr 17, 09 | 10:14:14 pm MYT
Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.
Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.
Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.
Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:
Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.
Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah
Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.
Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.
Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.
Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:
1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.
3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.
5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.
6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.
7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.
8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.
Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.
Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.
Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.
Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.
Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.
Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.
Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.
Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.
Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_
Khamis, 16 April 2009
Jangan terlalu berbangga dengan kemajuan dan teknologi
Menurutnya lagi, golongan belia di Palestin berlumba-lumba untuk mati syahid, namun di negara kita, anak-anak muda kita mati kerana dadah. Malah pengertian mati syahid itu sendiri tidak difahami dan tidak diendahkan oleh belia masa kini.
“Kita lihat contoh di bumi Palestin, golongan Yahudi sudah tidak berperikemanusiaan sebab tiada akhlak. Mereka angkuh dan bertindak ganas, inilah natijah kesan daripada akhlak yang tercemar,” katanya. Oleh itu menyemai akhlak mulia harus ditanam dalam jiwa anak-anak muda agar berada di landasan hidup yang diredai.
Rombongan Dr Jamnul adalah rombongan yang bertuah kerana dapat memasuki Palestin yang penuh dengan halangan dari Israel sendiri.
Rabu, 15 April 2009
HEBAHAN! HEBAHAN! HEBAHAN!!!
Wednesday, April 15, 2009
RM 45786 wang rakyat untuk puja Rosmah

Sempena itu iklan satu muka Utusan Malaysia telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk 'memuja' Rosmah yang sudi turun 'mencemar duli' ke Rembau.
Menurut sumber dari Utusan Malaysia harga iklan untuk memuja Rosmah itu sahaja sudah berharga RM 45786.00
che'GuBard mengecam Kerajaan Negeri Sembilan kerana membazirkan sebegitu besar jumlah wang rakyat hanya untuk memuja dan mengambil hati isteri seorang PM. Itu baru iklan di Utusan sahaja bagaimana dengan iklan di akhbar lain ?
Itu tidak termasuk berapa perbelanjaan banner sambutan, bendera (termasuk kos pemasangan) dan lain persiapan yang dibazirkan.
Kerajaan Negeri Sembilan di bawah menteri besar yang sama pernah dilaporkan dalam laporan audit negara bahawa pernah melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang untuk rakyat miskin dan peruntukan lain untuk mengubah suai dapur rumahnya dan membuat banner ucapan dan sambutan.
by cheguBard
KERETA LAMA vs KERETA BARU


Sabtu, 11 April 2009
S MANIKUMAR BAKAL MENJADI EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH

Beliau diperkenan Sultan untuk mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah pada 13 April 2009 di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit.
Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exconya beberapa hari lepas.
Katanya, majlis angkat sumpah sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri itu diadakan serentak dengan Istiadat Pengurniaan Bintang-bintang Pingat-Pingat Kebesaran sempena sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan yang ke-81.
Manakala majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri akan diadakan pada 19 April serentak dengan Mesyuarat Kali Ke Lima Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-12.
Sehubungan itu lagi ujarnya, KDYMM Tuanku Sultan sudah dimaklumkan dan berkenan dengan pelantikan S Manikumar sebagai Ahli Exco yang baru.
“Saya sudah menghadap KDYMM Tuanku Sultan dan memaklumkan kemenangan S Manikumar dalam pilihanraya kecil kecil Bukit Selambau dan Tuanku Sultan berkenan untuk melantik S Manikumar sebagai Ahli Exco yang baru,” katanya.
S. Manikumar(35 tahun) akan menggantikan tempat V Arumugam yang telah meletak jawatan pada 8 Februari lalu berikutan ugutan dan ancaman oleh pihak-pihak tertentu supaya beliau meninggalkan Pakaran Rakyat demi keselamatan keluarganya.
Sebelum ini portfolio yang dipegang oleh V Arumugam telah dipangku oleh YB Mohamad Radzhi Salleh iaitu ADUN Lunas yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri.
Dalam rombakan portfolio baru-baru ini, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak sengaja mengosongkan portfolio itu menanti untuk diisi oleh calon dari Parti Keadilan Rakyat juga.
Jumaat, 10 April 2009
Penjelasan ISU QURAN dari TOK GURU
UMNO Tolak ISLAM, Tak Salah?
Baca seterusnya dalam http://www.blogtokguru.com/pages/posting/10/umno-tolak-islam-tak-salah
Baca pula Surat TOK GURU kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis, Perak dalam http://www.blogtokguru.com/pages/posting/11/surat-kepada-yb-nga-kor-ming-adun-pantai-remis-perak
Khamis, 9 April 2009
Selamat Pulang "Wira Bukit Selambau"

Cukup terharu bila menyambut kepulangan "Wira Bukit Selambau". Demi menjaga maruah diri, keluarga dan parti, beliau bertapa mengundur diri memberi laluan kepada anak muda untuk meneruskan cita-citanya melalui PRK N25 pada 7 April 2009.
Bekas ADUN Bukit Selambau, V Arumugam, muncul di lapangan terbang Sultan Abdul Halim di Alor Star sehari selepas PKR berjaya mengekalkan kerusi tersebut.
Ketibaan "Wira Bukit Selambau" disambut oleh Speaker DUN Kedah(YB Dato' Dr Hj Abd Isa Ismail), Pengerusi PKR Kedah (Sdr. Ahmad Kassim), ADUN Bukit Selambau(YB S Manikumar), isteri, anak, peguam serta anggota keluarganya.
Bercakap kepada pemberita, Arumugam berkata beliau telah pergi di Chennai, India, seorang diri untuk menenangkan fikiran demi menjaga keselamatan isteri serta anggota keluarga
dan pulang kerana pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sudah selesai.
Mengulas mengenai ugutan yang diterima sebelum berlepas ke Chennai, Arumugam berkata:
"Sudah banyak kali buat laporan polis, tindakan tak diambil, sampai bila saya nak tunggu.
"Pada hal, ada orang nak culik saya. Saya dah bagi tahu pihak polis, dan kawat cam sudah dibuat"
"Ada orang nak mai pecah cermin kereta saya, sampai sekarang, tak ada apa apa hasil, tak kan suspek tak ada kot?"
"Sampai orang ikat surat dengan batu-bata, tak ada apa-apa (tindakan) pun."
"Berapa lama saya nak tunggu. Tunggu orang nak bunuh saya baru nak ambil tindakan?" soalnya.
Ditanya apakah tindakannya jika masih menerima ugutan, Arumugam berkata: "Saya baru sampai, setakat ini tak tahu lah. Kalau ada kita buat laporan polislah..."
Rasa sayu apabila beliau menyatakan "Saya balik kawan-kawan boleh tolong. Saya nampak keselamatan lebih (terjamin)"
Ini perasaan rakyat Malaysia kini... Dimanakah peranan keselamatan negara untuk menyelamatkan rakyat? Adakah rakyat sudah tidak selamat lagi berada di bumi Malaysia ini?
Oleh itu, Arumugam juga menyifatkan kemenangan Manikumar ini adalah petanda satu perubahan besar mungkin akan berlaku dalam pilihanraya umum akan datang.
Selasa, 7 April 2009
KEGEMBIRAAN TERGAMBAR SETELAH KEPENATAN
TAHNIAH
KEPUTUSAN TERKINI BUKIT SELAMBAU & BUKIT GANTANG
9.57 PM
Bukit Selambau /Bukit Gantang
12,632 / PAS - 21860
.bmp)
10,257 / 19071
BEBAS -1,097 / 62
MAJORITI - 2,375/ 2789
JUMLAH PENGUNDI -35,140 /55,562
SELAMAT MENGUNDI


Isnin, 6 April 2009
Ahad, 5 April 2009
TSUNAMI melanda Bukit Selambau

Program pemantauan muslimat ke UPU, rata-rata rasa berpuas hati terhadap respon para pengundi. Apa yang membimbangkan petugas muslimat adalah kehadiran pengundi yang tidak diundang. Beberapa penempatan yang dicurigai telah ditemui oleh petugas muslimat di UPU masing-masing. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak yang akan meneruskan penyelidikan. Kesemua petugas berkata, "Kita hanya boleh berusha dan segala keputusan kita serah pada Allah SWT kerana UMNO/BN yang telah lama samseng akan buat apa saja demi kepentingan peribadi mereka"
PROGRAM HALWA mendapat SAMBUTAN LUAR JANGKA
Sabtu, 4 April 2009
TAHAJJUD penyelamat Markaz Besar PAS N25 Bukit Selambau
Inilah hikmah yang telah Allah nyatakan. Jam 5.20 am, petugas muslimat sedang bertahajjud dikejutkan dengan bau terbakar dan kepulan asap. Apabila menjenguk keluar melalui tingkap di tingkat 3, kelihatan punca asap bermula dari satu kios burger yang diletakkan di sebelah markaz selepas berniaga lebih kurang jam 2.30 am.
Menyedari asap semakin tebal, muslimat segera mengejutkan petugas Unit Amal yang baru sahaja menunaikan tangunggjawab menjaga keselamatan agar bertindak menyelamatkan keadaan. Semua petugas diminta turun menyelamatkan diri dan beberapa Unit Amal cuba memadamkan api dengan menyiram menggunakan baldi sementara menunggu kedatangan bomba. Jam 5.50 am, Unit Keselamatan Bomba tiba untuk memadamkan api dan cuba menyiasat punca kejadian. Lebih kurang jam 6.10 am, keadaan panik reda kembali dan pasukan bomba pulang. Kenapa dan bagaimana peristiwa ini boleh terjadi??? Punca kejadian masih tidak dapat dikesan????
Rabu, 1 April 2009
AWAL LAGI UMNO DAH MENGAKU KALAH
BENAR BAGAI DI KATA; CALON BEBAS RUPANYA AHLI UMNO
