Ahad, 30 November 2008

PROGRAM KON P-MAL




DMP Negeri Kedah adalah di antara peserta yang terawal hadir program KON P-MAL di Kuala Lumpur pada 29hb Nov. 2008. Alhamdulilllah sepanjang program, muslimat dapat input yang amat bermakna sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi Allah SWT ini.

Muslimat mesti peka dan sensitif dengan isu semasa disamping mempunyai ilmu yang mantap dan bijak berkomunikasi bagi memudahkan kerja-kerja dakwah disampaikan kepada seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan fahaman politik.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi, kerja-kerja dakwah itu terlalu syumul dan jika muslimat menganggap berdakwah itu sebagai satu profesion maka ia merupakan satu kerja yang terlalu baik.

Beliau mengingatkan seluruh muslimat supaya tidak mudah berasa kecewa atau hina untuk bekerja mengajak manusia kembali kepada Allah sehingga ada sebilangan kecil muslimat berasa rendah diri untuk kerja berdakwah.

"Kita kena rasa seronok dan bangga dengan kerja mengajak manusia untuk kembali kepada Allah kerana Allah mengikhtifar manusia tersebut, tidak ada sebab muslimat berasa kecil hati atau hina sebaliknya perlu bersemangat walaupun tidak ada pengikhtifaran," katanya. Image

Beliau tidak menafikan memang tidak ada sesiapa yang akan memberi pengikhtirafan sebaliknya hanya menerima tohmahan atau fitnah.

Justeru, katanya muslimat bukan melakukan kerja biasa tetapi tugas yang dipikul oleh Nabi Muhamad s.a.w. di mana Allah SWT telah memerintah Nabi supaya mengajak manusia untuk kembali kepada Allah.

Muslimat juga diingatkan menggunakan kebijaksanaan berdakwah walaupun mendapat halangan daripada pihak musuh yang menggunakan anggota polis untuk melemahkan muslimat meneruskan dakwah.

"Muslimat perlu menjadi air mata yang turun dari bukit, di halang kiri keluar Imagekanan, dihalang atas keluar bawah dan akhirnya boleh meruntuhkan semua dinding yang menghalang," katanya.

Beliau berkata jika berdakwah itu terpaksa berhenti disebabkan ada halangan sudah pasti Nabi Muhammad s.a.w. tidak meneruskan berdakwah setelah mendapat halangan daripada Abu Jahal.

Tugas berdakwah wajib digalas oleh semua pihak dengan tahap dan pemikiran masing-masing tetapi mesti berpanjangan tanpa mengira musim seperti masa kempen pilihan raya.

Beliau menegaskan PAS tidak mahu ada pejuang Islam yang menjadi `kain buruk' iaitu lama menjadi ahli PAS tetapi tidak hadir usrah, mesyuarat, Imagetamrin dan segala program PAS.

Sebagai pendakwah katanya muslimat perlu berani keluar daripada kurungan berdakwah dikalangan ahli-ahli PAS kerana ramai golongan bukan Islam seperti India dan Cina masih tidak tahu kebenaran ajaran Islam.

Menurut beliau kehebatan pendakwah tidak hanya terletak kepada pendidikan dan keanehan idea tetapi terletak pada sejauh mana muslimat boleh menegakkan Islam dalam diri dan keluarganya serta mampu mempengaruhi sasaran.

Beliau turut mengingatkan muslimat supaya berdakwah tidak hanya mengupas isu semata-mata tetapi mampu membentuk ilmu pengetahuan dan berjaya memberi kesedaran serta keinsafan kepada ummah.

Katanya, realiti dakwah sekarang telah melepasi zon demokrasi yang tidak demokratik lantaran itu sistem dakwah mesti peka dan sensititf supaya berjaya melepasi halangan.

Khamis, 27 November 2008

Program Masa Cuti DMP Kawasan

InsyaAllah,
1. Nisa' Pendang dengan kerjasama Pemuda Cawangan Batu Hampar akan mengadakan Program Klinik Solat pada:

Hari : Ahad (30 November 2008)
Masa: 8 pagi - 5 petang
Tempat: Di Masjid Batu Hampar Pendang
Peserta: Terbuka kepada semua anak-anak lelaki dan perempuan berumur 7-12 tahun
Perasmi Penutup akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pendang(YB Dr Mohd Hayati Othman)












2. Nisa' Jerlun dengan kerjasama Lajnah Tarbiyyah DMP Jerlun akan mengadakan Program Kem Remaja Cemerlang pada:

Hari : 23-24 Disember 2008 (Selasa-Rabu)
Tempat: Markaz Tarbiyyah PAS Lubuk Pinang dan beberapa tempat terpilih di Negeri Kedah
Peserta: Terbuka kepada semua anak-anak perempuan berumur 12-18 tahun
Di antara aktiviti adalah amali solat, lawatan ke Muzium Padi, sukaneka di Taman Jubli Perak Alor Star dan lain-lain lagi pengisian yang dapat membentuk jati diri dan sahsiah anak-anak.



Rabu, 26 November 2008

Arak

Kelantan semua orang dah tau, Selangor dah mula hangat, Kedah dan Perak macamana pulak cerita???

Menutup Aurat Mengikut Syara'


Tuntutan menutup aurat adalah perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ini bermakna Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah mewajibkan lelaki maupun wanita untuk menutup aurat mengikut cara-caranya. Jika menutup aurat merupakan suatu ketaatan kepada perintahNya maka jika memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula merupakan suatu kederhakaan kepada perintahNya.
Secara ringkasnya aurat wanita di hadapan lelaki yang bukan mahramnya adalah sepertimana dalam sembahyang iaitu yang boleh kelihatan hanyalah muka dan kedua tapak tangan, manakala seluruh badan merupakan aurat yang wajib ditutup. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud
"Wahai Nabi-nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian adalah lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani."

Ini jelas menunjukkan bahawa pakaian wanita yang dipakai ketika keluar hendaklah labuh dan menutup seluruh tubuh badannya.

Manakala Hadith yang diriwayatkan oleh 'Aisyah Radiayallahhu anha yang bermaksud;
"Bahawa Asma' Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Sallallahhu 'Alaihi Wassalam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu
Rasulullah Sallallahhu 'Alaihi Wassalam berpaling daripadanya. Baginda bersabda; 'wahai Asma', sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haid (baligh) tidak boleh dilihat padanya kecuali ini...dan ini...(sambil) Rasulullah Sallallahhu 'Alaihi Wassalam menunjukkan muka dan kedua tapak tangan Baginda.'"
(Hadith Riwayat Abu Daud).

Berdasarkan 2 dalil di atas panduan menutup aurat wanita mengikut syara' ialah:

1. Pakaian yang longgar - bukan pakaian yang sempit menampakkan susuk tubuh badan.

2. Pakaian yang labuh menutup seluruh aurat - bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung.
3.
Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat - bukan nipi atau jarang yang
menampakkan warna kulit dan bayang tubuh dari luar.


Hakikatnya, menutup aurat ini banyak hikmahnya khususnya bagi wanita, antaranya;

1. Wanita itu dikenal sebagai perempuan yang baik-baik.
2.
Dengan berpakaian yang demikian mereka tidak diganggu.
3.
Secara tidak langsung pakaian menutup aurat dan sopan menghindari fitnah, pandangan jahat,
perkara buruk seperti kes rogol.

Oleh itu menutup aurat adalah merupakan suatu nikmat yang wajib disyukuri
iaitu dengan cara melaksanakan kewajipan ini dengan betul mengikut syara' dan bukan kerana fesyen.

Ahad, 23 November 2008

TAHNIAH MB PERAK


Tahniah kepada Kerajaan Perak kerana baru 8 bulan memerintah telah dapat mengadakan Program Cambah Fikiran Kerajaan Perak bersama Rakyat dan Blogger pada hari Sabtu 22 Nov 2008. Ini menunjukkan bagaimana prihatinnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah dengan penuh keadilan dan keinsafan. Begitu juga rakyat turut merasai dan dengan rela hati untuk membantu kerajaan memajukan negeri supaya setiap pahit manis, susah senang dapat dirasai oleh semua rakyat. Semoga usaha ini dapat kerjasama yang baik, istiqamah dan bertambah mantap agar dapat dicontohi oleh negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, InsyaAllah.

Sabtu, 22 November 2008

Penjelasan Ustaz Hassan Razak dalam Malaysiakini

Azizan sumbang gaji RM10,000 sebulan

Jimadie Shah Othman | Nov 21, 08 11:29am
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar, kata seorang pemimpin PAS negeri.

azizan abdul razakPotongan itu daripada jumlah gajinya RM14,100 dimulakan sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS di negeri itu, Mac lalu, namun ia tidak diumumkan secara meluas, kata timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, Hassan Abdul Razak.

Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hassan mendedahkan amalan Azizan itu bagi menyangkal dakwaan pesuruhjaya PAS itu bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah.

Hassan menambah, potongan itu diumumkan pertama kali dalam program taklimat dasar-dasar kerajaan kerajaan negeri di ibu negeri apabila dibangkitkan PAS kawasan Alor Star, 14 November lalu.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak didedahkan sebelum ini kerana "(hendak) membuat kebaikan tidak perlu dihebah-hebahkan".

Ahli-ahli akar umbi PAS negeri baru-baru ini dilaporkan tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan PAS Kedah.

Malaysiakini difahamkan, dalam pertemuan minggu lepas, menteri besar dan kerajaan Kedah mendapat kritikan pedas wakil-wakil PAS kawasan sehingga beliau diminta menyerahkan portfolio agama yang dipegangnya kepada exco lain.

Azizan juga turut dituduh gagal memperkasakan pelaksanaan Islam yang diperjuangkan PAS seperti membiarkan pusat hiburan beroperasi sehingga lewat pagi dan arak dijual bebas di Langkawi.

Pegawai kerajaan pula didakwa mendapat layanan istimewa daripada menteri besar berbanding pegawai lantikan politik.

Selain itu, Azizan dan barisan exco dikatakan selalu memberikan alasan sibuk sehingga susah ditemui rakyat tetapi didakwa rajin bermain golf.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan berkata, selain soal kepemimpinan Azizan, kebajikan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) antara perkara utama yang dibangkitkan.

Selain itu, tambahnya, PAS Kedah didakwa "bongkak dengan PKR".

Bagaimanapun, kata Hassan, perkara itu dijelaskan oleh menteri besar di hujung program di Kompleks Alor Star.

azizan abdul razak pas and kedahWakil-wakil PAS daripada 15 kawasan di seluruh Kedah turut dikatakan berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

Sehubungan itu, Hassan berkata, kritikan kepada kerajaan negeri merupakan salah faham dan dibuat berdasarkan "cakap-cakap di kaki lima".

Menurutnya, dalam pentadbiran kerajaan, ada perkara yang telah dibuat tetapi belum diumumkan dan ada yang belum dibuat tetapi telah dirancang dan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Komen-komen itu, termasuk yang pedas dan negatif, diusulkan secara bertulis oleh wakil-wakil PAS kawasan tanpa menyatakan nama pengemuka soalan-soalan tersebut.

Komen-komen di pertemuan tertutup ini bagaimanapun terbocor kepada umum, termasuk Umno dan pihak media.

Hassan kesal kerana dokumen yang dianggap sulit itu telah “dicuri pihak tertentu”.

Majlis sumbang saran kali ketiga itu dihadiri wakil-wakil PAS kawasan, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli-ahli parlimen PAS Kedah.

Majlis itu merupakan susulan selepas pertemuan Ogos lalu, sementara perjumpaan pertamanya diadakan sejurus selepas kemenangan parti itu dalam pilihanraya umum, Mac lalu.

PAS negeri merancang menjalankan sesi taklimat dasar-dasar kerajaan negeri kepada jentera parti empat kali setahun.

Selasa, 18 November 2008

Sepetang Nisa' Bersama Anak-anak Yatim


Alhamdulilllah dengan sokongan Nisa' Negeri dan Kawasan, Program Sepetang Nisa' Bersama Anak-anak Yatim dapat dijalankan seperti yang dirancang. Lebih 100 anak-anak yatim diraikan oleh Nisa' Kedah yang diketuai oleh Yg Bhg Hjh Norlia Abdul bersama Exco Wanita dan Kebajikan, YB Ustazah Aishah Hj Ghazali. Disamping makanan, anak-anak juga diberi saguhati sebagai kenangan dan sedikit wang saku hasil dari kutipan sumbangan orang ramai. Jazakumullah hukhairan kathira kepada semua penderma.

Sabtu, 1 November 2008

PROGRAM KEMASYARAKATAN




Pusat Khidmat Komuniti Kubang Pasu giat merancang dan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan. Dengan kerjasama pelbagai pihak team sukarelawan dibentuk untuk menjalankan aktiviti antaranya ialah team khidmat pengurusan jenazah, khidmat kaunseling, pemeriksaan kesihatan, khatam quran dan sebagainya. Mana-mana pihak yang ingin mengadakan kursus/latihan menjadi ushawan muslim juga boleh diatur bersama.
Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP