Ahad, 17 Januari 2010

Ahad, 13 Disember 2009

Bantuan Orang Miskin








Pada 10 Disember , Syarikat Era Edar Marketing Sd. Bhd. dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Pendang berkesempatan memberi bantuan kepada 30 orang warga miskin di Kg Baloh , Bukit Jenun . Turut hadir pada majlis tersebut adalah MKK Kg Baloh Saudara Mat Isa Arifin ." Saya amat bersyukur kerana dengan adanya syarikat begini dapatlah meringankan sedikit beban penduduk di sini dan terbukti bahawa kerajaan yang ada hari ini tidak pernah meminggirkan rakyat.'' Katanya ketika ditemui pada majlis tersebut. Turut berucap pada majlis tersebut adalah jurucakap dari Syarikat Era Edar Marketing Sdn. Bhd. Puan Dr Asiah memberi sedikit penerangan mengenai halal haram makanan umat Islam pada hari ini sebelum menyampaikan sumbangan.

Isnin, 7 Disember 2009

UMNO makin lemas...

UMNO semakin membusuk hingga melarat ke parti kanan dan kiri. MCA bermasalah, MIC juga goyah, Parti-parti lain juga Parti Makkal Sakti Malaysia yang ditiru oleh Perdana Menteri seperti Kelab Penyokong PAS pun berpecah. Mereka cuba menjangkiti Pakatan Rakyat tetapi tidak berhasil kerana PR cukup 'vaksin'nya. Mereka cuba masuk ke Perak, berjaya dalam kegelapan, tetapi rakyat tetap menolaknya, mereka masuk ke Selangor dengan pelbagai sudut tetapi nasib mereka seperti meludah ke langit timpa hidung sendiri. Mereka cuba masuk ke Kedah juga tidak berjaya, dikilas oleh DS MB Kedah dengan tangan kiri sahaja. Mereka cuba ke P Pinang pula, rakyat tidak mudah ditipu lagi.



Usaha ke Kelantan menambah bala ke diri mereka, bukan Kelantan yang mereka perolehi, bahkan 1Malaysia mungkin akan tergadai. Semakin hari semakin ramai yang menyokong perjuangan kepimpinan ulama', ini terbukti dari pelbagai laporan antaranya laporan mStar Online



Ahad Disember 6, 2009


Kelab Penyokong Pas India Ditubuhkan
KUALA LUMPUR: Kelab Penyokong PAS Malaysia kaum India bagi kawasan Batu di sini dilancarkan malam ini. Presiden kelab itu, N.Balasubramaniam berkata pembukaan kelab itu menandakan sokongan kaum India terhadap kepimpinan Mursyidiul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Setakat ini kita menerima seramai 22,096 keahlian seluruh negara dan kita jangka penambahan ahli seramai 15,000 lagi menjelang awal Januari depan," katanya selepas berucap pada majlis sambutan Jubli Perak 25 tahun PAS kawasan Batu di sini.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, turut hadir memberi ceramah pada majlis tersebut. BERNAMA




Pelbagai lagi usha cuba menarik PR lemas bersama mereka tetapi tidak berjaya. Banyak usaha yang mereka cuba lakukan seperti perlakuan pelajar lepasan SPM sahaja lagaknya... tindak tanduk, keputusan, ulasan demi ulasan serta dasar-dasar pimpinan-pimpinan mereka diperhati dan ditertawakan oleh rakyat 1Malaysia.



Penipuan mereka semakin menjadi-jadi, ekonomi Malaysia yang semakin bermasalah dinafikan, sedangkan masalah ini tidak boleh mereka lindungi kerana manusia hidup perlukan wang menyara keluarga, masakan rakyat tidak mengetahui dan merasainya. Harga barang semakin naik sedangkan ramai anak-anak yang tiada pekerjaan dan macam-macam lagi yang boleh diulas oleh semua rakyat jelata. Kini bukan sekadar cerdik pandai sahaja mengetahuinya bahkan ibu-ibu yang buta huruf pun boleh membuat ulasan yang panjang lebar.

Khamis, 3 Disember 2009

Ulat UMNO merebak: Makkal Sakthi Najib berpecah

Parti Makkal Sakti Malaysia, yang dilancarkan dua bulan lalu oleh Perdana Menteri, menuju perpecahan dengan kumpulan bertelagah mendesak Presidennya R S Thanenthiran melepaskan jawatannya dengan segera.

Kumpulan yang dipimpin oleh Timbalan Presiden A Vathemurthy yang mendakwa menerima sokongan lebih 15 daripada 27 anggota Jawankuasa Pusat (CC) tidak mahu Thanenthiran memimpin parti ini lagi.“Kami mahu Thanenthiran melepaskan jawatan presiden dan tidak lagi memimpin parti.

Usul untuk menyingkirkan sepatutnya dibincangkan hari ini tetapi mesyuarat CC dibatalkan minit terakhir, kami tidak tahu siapa di belakangnya,” kata Vathemurthy pada sidang di sini sebentar tadi.Mesyuarat CC yang dijadual membincangkan usul menggugurkan Thanenthiran sepatutnya bersidang malam ini.Tetapi Setiausaha Agung R Kannan telah membatalkan notis mesyuarat tengah malam tadi.

Parti Makkal Sakti yang didaftarkan Mei tahun ini telah dilancarkan oleh Najib pada 10 Oktober lalu dan pernah dilihat sebagai sebuah parti politik alternatif untuk masyarakat India negara ini.Bagaimanapun MIC telah memperlihatkan bantahan dengan mengatakan bahawa penubuhannya akan memecahbelahkan lagi masyarakat India yang pernah menyaksikan perpecahan teruk ketika pilihan raya umum Mac 2008.

Mengulas lanjut, Vathemurthy berkata majoriti anggota CC dan ahli akar umbi jelas sudah tiada keyakinan ke atas kepimpinan Thanenthiran.“... dan merasakan bahawa kepimpinannya yang berterusan sebagai presiden adalah satu ancaman teruk kepada kestabilan, kemajuan dan masa depan bagi Parti Makkal Sakti Malaysia yang baru ditubuhkan dan bagi masyarakat India Malaysia secara keseluruhan,” kata beliau pada sidang media di sini.

Seramai 12 daripada anggota CC yang beliau dakwa menyokongnya hadir pada sidang media hari ini. Beliau menambah pihaknya amat kecewa kerana tanpa sebarang notis awal dan kelulusan, setiausaha agung secara unilateral telah membatalkan mesyuarat yang dijadual untuk diadakan mulai pukul 7.30 petang ini.Mesyuarat itu dipanggil oleh kumpulan beliau dan awalnya telah mendapat kelulusan setiausaha agung.

Katanya, berdasarkan perlembagaan parti mesyuarat khas boleh diadakan jika empat anggota CC membuat permohonan dan perlu diadakan dalam tempoh tujuh hari.“Kami telah mendapatkan nasihat perundangan dan percaya bahawa tindakan setiausaha agung (membatalkan mesyuarat CC pada minit-minit terakhir) adalah tidak sah dan tidak adil buat kami,” katanya lagi.

Beliau mendakwa amalan tidak prihatin Thanenthiran dan gagal memperlihatkan kepimpinan yang efektif telah menyebabkan parti ini berpecah kepada dua.“Beliau menguruskan parti ini macam hanya milik seorang individu dengan sokongan anggota keluarga dan saudara mara beliau sebagai anggota CC,” katanya.

Salah seorang adik Thanenthiran juga merupakan Naib Presiden parti.Vathemurthy juga mendakwa Thanenthiran tidak telus dan tidak bertanggungjawab dalam soal kewangan.“Sebagai contoh, apabila kami tanya beliau tentang jumlah wang yang telah dikumpulkan sejak parti ditubuhkan dan sumbernya, beliau tidak melayan pertanyaan kami dan mengatakan bahawa kami tidak wajar menanya perkara-perkara ini.“Jadi di mana prinsip demokrasi dalam parti yang kita perjuangkan ini?” katanya.

Sehubungan itu beliau meminta agar Perdana Menteri dan semua pihak yang terbabit agar memutuskan segala urusan dengan Thanenthiran mulai sekarang.“Oleh kerana isu ini memerlukan perhatian serius, kami akan menggunakan apa jua saluran untuk menyelamatkan parti ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai tindakan susulannya, Vathemurthy berkata beliau akan memohon agar diadakan satu lagi mesyuarat khas CC dalam waktu terdekat.“Kami akan memberikan mereka satu lagi peluang untuk membincangkan agenda ini (melucutkan kedudukan Thanenthiran).“Kemudian kami akan bergerak dari sana,” kata beliau sambil menambah akan memilih presiden baru daripada kalangan anggota CC semasa ataupun seorang dari luar parti.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut tetapi menegaskan, calon itu bukan bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S Subramaniam. -MI

-GB-

Selasa, 1 Disember 2009

PAKATAN RAKYAT: Teruskan usaha, jangan leka

Dr Mahathir Mohamad: UMNO
30 Nov 2009

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. M
asa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP