DMPNK amat bersetuju atas tindakan saman oleh pihak Kerajaan Kedah terhadap TV3 yang melampau. Bukan sekadar menyiarkan berita tidak benar bahkan menghasut rakyat mempercayai pembohongan mereka. Telah lama pihak Kerajaan Kedah bersabar dengan tindakan mereka sebelum ini dengan pelbagai isu yang dicipta.
Sejak kejatuhan Kerajaan BN Kedah lagi, mereka cuba mencipta dan memperbesarkan isu seperti isu penutupan Tabika Kemas, perlantikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Taman Teknologi Tinggi Kulim, penggunaan payung kuning di raja dan jet eksekutif, pembalakan di sekitar kawasan tadahan air dan penternakan babi di Bukit Selambau. Kini, mereka cuba pula mengheret Sultan ke kancah politik mereka yang busuk itu dengan menyiarkan Exco derhaka mengangkat sumpah.
Semua pembohongan ini telah ditegur oleh YAB Dato' Seri MB dan telah diberi penjelasan tetapi masih lagi berterusan. Oleh itu amat wajarlah niat jahat mereka ini diambil tindakan undang-undang oleh pihak Kerajaan Kedah. Sekiranya tindakan ini pun tidak di endahkan oleh pihak yang berwajib maka jelaslah mereka telah menggunakan semua pihak untuk merampas kerajaan yang sah dengan cara yang haram.
Skandal Projek RM4 Juta: SPRM Sedia Siasat Salah Laku di DBKL
7 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan