Isnin, 30 Mac 2009

Penamaan Calon N.25 Bukit Selambau

29 Mac, Sungai Lalang – Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau menyaksikan pertandingan 15 penjuru. Calon Paktan Rakyat dari Parti KeAdilan Rakyat (PKR) ditentang oleh calon dari parti pembangkang Kedah, Barisan Nasional (BN) serta 13 calon bebas lain :
1. S Manikumar – PKR
2. Datuk S Ganesan - MIC/ BN
3. L Sarala – Bebas
4. T Chandrarajan – Bebas
5. R Loganathan – Bebas
6. A Jayagopal – Bebas
7. S Moganakumar – Bebas
8. Vaneson Michael – Bebas
9. Tan Hock Huat – Bebas
10. Mohd Fazil Abdul Wahab – Bebas
11. Anuar Abdul Hamid – Bebas
12. Husaini Yaacob – Bebas
13. Abdul Rahim Abu – Bebas
14. Radzi Mat Lazim – Bebas
15. Khamis Awang – Bebas

Antara pemimpin PR yang hadir memberi sokongan ialah Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, Naib Pengerusi KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden DAP, Tan Sin Giaw, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub.

Penamaan calon yang berlangsung turut dimeriahkan lagi dengan gendang Cina dan tarian naga. Kaum India juga turut tidak ketinggalan membuat persembahan gendang India. Makin gamat apabila kedua-dua gendang Cina dan India bergabung sambil dengan sorakan dari penyokong-penyokong PR. Gerai-gerai jualan di sepanjang jalan perarakan juga turut menggamatkan suasana persekitaran.

Perhimpunan mula bersurai sekitar jam 12.30 tengahari. Namun ianya tidak berhenti begitu sahaja selepas mendengar pengumuman daripada S. Manikumar, selepas tamatnya sesi bantahan dan pengisytiharan calon yang layak bertanding kerana berlakunya sorakan daripada penyokong Pakatan Rakyat di bahu-bahu jalan apabila rombongan BN-UMNO (Pemuda & Puteri UMNO) mula bersurai dari kawasan penamaan dengan menaiki bas persiaran atau bas sekolah masing-masing. Penyokong-penyokong PR melambai-lambaikan tangan sambil memegang beberapa helai kepingan wang kertas atau menunjukkan tanda 'tidak bagus' ke arah penyokong-penyokong BN-UMNO dengan sorakan yang berterusan.

Kedatangan 'abang-abang' polis dan FRU telah mengganggu suasana kemeriahan itu dengan mengeluarkan arahan supaya segera bersurai setelah Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mula berucap untuk memberi maklumat mengenai pencalonan yang layak bertanding seramai 15 orang- Boleh pecah rekod dunia. Anggota-anggota FRU telah mula membarisi jalan dan bersedia untuk menerima arahan. Muslimat yang ada berdekatan dengan trak FRU telah disarankan supaya segera menyelamatkan diri oleh penyokong muslimin yang lain kerana loceng yang menentukan semburan hadiah daripada FRU telah menampakkan dirinya.

Disangkakan, semburan akan dibuat, menambahkan lagi semangat muslimat untuk berdiri tegar di situ sambil memandang ke arah loceng yang akan dibunyikan. Namun hampa, sekian lama menunggu, tiba-tiba anggota FRU yang telah bersedia berbaris memasuki trak semula. Nampak gayanya tiada hadiah semburan pada hari ini.

Setelah trak-trak FRU bersurai, penyokong-penyokong PR turut mula bersurai dengan perasaan yang hampa. Sebenarnya apabila trak-trak FRU bersurai, keadaan lalu lintas yang kelihatan sesak dan terganggu sebelumnya telah beransur kesesakannya langsung memberi kemudahan kepada penyokong PR untuk meninggalkan kawasan penamaan menaiki kenderaan masing-masing yang diparkir di kawasan berdekatan seperti di Stesen Minyak Esso dan bangunan rumah kedai berdekatan.

.

Tiada ulasan:

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP