Selasa, 31 Mac 2009

Isnin, 30 Mac 2009

Penamaan Calon N.25 Bukit Selambau

29 Mac, Sungai Lalang – Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau menyaksikan pertandingan 15 penjuru. Calon Paktan Rakyat dari Parti KeAdilan Rakyat (PKR) ditentang oleh calon dari parti pembangkang Kedah, Barisan Nasional (BN) serta 13 calon bebas lain :
1. S Manikumar – PKR
2. Datuk S Ganesan - MIC/ BN
3. L Sarala – Bebas
4. T Chandrarajan – Bebas
5. R Loganathan – Bebas
6. A Jayagopal – Bebas
7. S Moganakumar – Bebas
8. Vaneson Michael – Bebas
9. Tan Hock Huat – Bebas
10. Mohd Fazil Abdul Wahab – Bebas
11. Anuar Abdul Hamid – Bebas
12. Husaini Yaacob – Bebas
13. Abdul Rahim Abu – Bebas
14. Radzi Mat Lazim – Bebas
15. Khamis Awang – Bebas

Antara pemimpin PR yang hadir memberi sokongan ialah Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, Naib Pengerusi KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden DAP, Tan Sin Giaw, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub.

Penamaan calon yang berlangsung turut dimeriahkan lagi dengan gendang Cina dan tarian naga. Kaum India juga turut tidak ketinggalan membuat persembahan gendang India. Makin gamat apabila kedua-dua gendang Cina dan India bergabung sambil dengan sorakan dari penyokong-penyokong PR. Gerai-gerai jualan di sepanjang jalan perarakan juga turut menggamatkan suasana persekitaran.

Perhimpunan mula bersurai sekitar jam 12.30 tengahari. Namun ianya tidak berhenti begitu sahaja selepas mendengar pengumuman daripada S. Manikumar, selepas tamatnya sesi bantahan dan pengisytiharan calon yang layak bertanding kerana berlakunya sorakan daripada penyokong Pakatan Rakyat di bahu-bahu jalan apabila rombongan BN-UMNO (Pemuda & Puteri UMNO) mula bersurai dari kawasan penamaan dengan menaiki bas persiaran atau bas sekolah masing-masing. Penyokong-penyokong PR melambai-lambaikan tangan sambil memegang beberapa helai kepingan wang kertas atau menunjukkan tanda 'tidak bagus' ke arah penyokong-penyokong BN-UMNO dengan sorakan yang berterusan.

Kedatangan 'abang-abang' polis dan FRU telah mengganggu suasana kemeriahan itu dengan mengeluarkan arahan supaya segera bersurai setelah Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mula berucap untuk memberi maklumat mengenai pencalonan yang layak bertanding seramai 15 orang- Boleh pecah rekod dunia. Anggota-anggota FRU telah mula membarisi jalan dan bersedia untuk menerima arahan. Muslimat yang ada berdekatan dengan trak FRU telah disarankan supaya segera menyelamatkan diri oleh penyokong muslimin yang lain kerana loceng yang menentukan semburan hadiah daripada FRU telah menampakkan dirinya.

Disangkakan, semburan akan dibuat, menambahkan lagi semangat muslimat untuk berdiri tegar di situ sambil memandang ke arah loceng yang akan dibunyikan. Namun hampa, sekian lama menunggu, tiba-tiba anggota FRU yang telah bersedia berbaris memasuki trak semula. Nampak gayanya tiada hadiah semburan pada hari ini.

Setelah trak-trak FRU bersurai, penyokong-penyokong PR turut mula bersurai dengan perasaan yang hampa. Sebenarnya apabila trak-trak FRU bersurai, keadaan lalu lintas yang kelihatan sesak dan terganggu sebelumnya telah beransur kesesakannya langsung memberi kemudahan kepada penyokong PR untuk meninggalkan kawasan penamaan menaiki kenderaan masing-masing yang diparkir di kawasan berdekatan seperti di Stesen Minyak Esso dan bangunan rumah kedai berdekatan.

.

ADEGAN ZAMBRY YANG MELUCUKAN @ AJAIB

30-Mar-2009

SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Ahad, 29 Mac 2009

Mesyuarat Agung Dewan Muslimat Kubang Pasu

Pada 27 Mac 2009, Mesyuarat Agung Dewan Muslimat Kubang Pasu kali ke-31 telah diadakan bertempat di Markaz Tarbiyyah PAS Kg Pdg Tok Kesop, Jitra. Majlis dimulakan dengan pendaftaran semua perwakilan dan AJK kawasan seawal jam 8.00 pagi. Majlis ini telah sempurna dirasmikan oleh YB Dato' Dr Haji Isa Ismail, Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Yang Dipertua PAS Kubang Pasu. Terdahulu ucapan alu-aluan turut disampaikan oleh Ketua Muslimat Kawasan, Hjh Dr Rohani Abd Muttalib dan Timbalan Ketua DMP Kedah, Hjh Zakiah Baharom.

Mesyuarat Agung dimulakan pada pukul 11.45 pagi dengan perbahasan yang hangat mengenai pengurusan pentadbiran, kewangan, perkaderan dan aktiviti kemasyarakatan di antara perwakilan kawasan terhadap pimpinan Dewan Muslimat Kawasan. Pembuangan undi juga turut dilakukan bagi memilih AJK yang baru untuk sesi 2009/2011. Tiga jawatan utama menang tanpa bertanding iaitu:

Ketua: Hjh Dr Rohani Abd Muttalib
Timbalan Ketua: Pn Siti Aishah Abu Bakar
Naib Ketua: Ustazah Saadiah Long
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap serta 2 Pemeriksa Kira-kira juga menang tanpa bertanding iaitu;
Pengerusi Tetap: Ma Harun
Timbalan Pengerusi Tetap: Hjh Khatijah Pah
Pemeriksa Kira-kira 1: Pn Fatimah Rejab
Pemeriksa Kira-kira 2: Pn Zarisa Mat Isa

Pelbagai jenis jualan turut diadakan oleh Lajnah Ekonomi DMP Kubang Pasu sepanjang mesyuarat berlangsung. Antara jualan yang terdapat di situ adalah seperti menjual cadar, tudung, baju kurung, jubah, t-shirt labuh, kerepek dan kuih-muih, jagung mentah, minyak wangi, bahan bacaan dan lain-lain lagi.

TERKINI DARI PUSAT PENAMAAN CALON N25

2.00 pm; Setelah diumumkan, inilah calon-calon yang mencipta sejarah;
1) S MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM (PKR)
2) ANUAR B HAMID (BEBAS)
3) RADZI B LAZIM (BEBAS)
4) KHAMIS B AWANG (BEBAS)
5) JAYAGOPAL A/L ADAIL KALAM (BEBAS)
6) GANESAN (BN)
7) G SARALA A/P LOGANATHAN (BEBAS)
8) VENASON A/L MICHELE (BEBAS)
9) TAN HOK HUAT (BEBAS)
10) LOGANATHAN A/L RAMACHANDRAN(BEBAS)
11) FADZIL B ABD WAHAB (BEBAS)
12) T CHANDARAJAH A/L TANASEGARAN(BEBAS)
13) ABD RAHIM B ABU (BEBAS)
14) HUSAIN B ABU (BEBAS)
15) MOGANAKUMA A/L SUBRAMANIAM(BEBAS)

12.00 tgh; Disebabkan pencalonan yang begitu ramai, pengumuman lambat dibuat oleh SPR, kami terpaksa keluar awal kerana kepanasan. Kenderaan yang lalu membunyikan hon menunjukkan sokongan kepada PR.

9.50 am; Penyokong PR yang melebihi 10 ribu jauh berbeza dengan penyokong BN disekat di jalan tepi sekolah, dihalang masuk ke padang. Penyokong India sedang bermain gendang mereka.

9.15 am; Kehadiran MB Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak

9.00 am; Calon PR telah masuk untuk penyerahan borang pencalonan

8.50 am; Sekarang persembahan tarian singa, bising

8.20 am; Kelihatan helikopter berligar-ligar di ruang udara

8.15 am: Sejak awal pagi lagi penyokong calon mula berkumpul. Sekarang perarakan calon Pakatan Rakyat telah mula berjalan. Anggaran jumlah penyokong tak dapat dikenalpasti kerana kumpulan kami tidak dapat langsung melihat dimana mula dan akhirnya, yang kami nampak orang berpusu-pusu dari segenap sudut.

BUKIT SELAMBAU BAKAL MENCIPTA SEJARAH

Di tempat perhimpunan penyokong pakatan rakyat di hadapan stesen minyak ESSO berhadapan SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI PETANI kelihatan penyokong PR semakin ramai. Mereka dibekalkan dengan bendera PARTI KEADILAN dan t shirt.
Sedikit masa lagi kita akan menyaksikan suatu sejarah lagi keputusan penerimaan penamaan calon yang paling ramai dan sekiranya semuanya diterima maka pengundi akan menerima kertas pengundian yang besar pada 7 April ini.
Berita terkini dari pusat penamaan calon akan menyusul kemudian. Walau bagaimanapun satu persoalan "Mengapa perlunya trak fru dan water canon yang banyak?" Mungkin mereka telah menjangkakan akan ada rusuhan kot, tu yang mai ramai-ramai...

Jumaat, 27 Mac 2009

PELANCARAN BLOG TOK GURU

Alhamdulillah, kami dikuatkan lagi dengan kehadiran tok guru di alam maya. SELAMAT DATANG KEPADA TOK GURU KERANA DAPAT BERSAMA KAMI SEMUA. InsyaAllah kami akan sentiasa terus bersama para ulamak dalam perjuangan ini. ALLAHHUAKBAR!

UCAPAN YAB TUAN GURU DATO’ MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA PELANCARAN WIFI APTUS NET DAN BLOG TOK GURU PADA 29 RABIUL AWAL 1430/26 MAC 2009 BERMULA JAM 3.00 PETANG BERTEMPAT DI KB MALL, KOTA BHARU, KELANTAN.


"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"

(Surah An-Nahl Ayat 125)

Baca seterusnya dalam blog tok guru di sebelah

Rabu, 25 Mac 2009

Pilihan kuku ERA "iron nails"

Mana satu pilihan kuku ERA "iron nails"?

Selasa, 24 Mac 2009

HEBAHAN!!!

Tanggungjawab pembaca internet edarkan maklumat

oleh Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Demi menyelamatkan negara daripada diperintah oleh pemimpin tidak amanah, rasuah dan tidak berakhlak maka menjadi tanggungjawab besar kepada pembaca dan pelayar internet yang prihatin kepada perjuangan Pakatan Rakyat selama ini untuk mengedarkan maklumat dan laporan di internet kepada umum.

Ini berikutan tindakan terburu-buru Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah menggantung permit akhbar Harakah dan Suara KeADILan selama tiga bulan yang secara tidak langsung membataskan maklumat tentang penyelewengan dan pendedahan kepincangan Umno-BN kepada rakyat.Demikian seruan Ketua Penerangan PAS Dato' Mahfuz Omar kepada pembaca setia Harakah, Harakahdaily dan pelayar-pelayar laman-laman web alternatif dan blogger berikutan 'serangan mengejut' KDN terhadap kebebasan media.

"Demi untuk memastikan negara berada dalam keadaan aman dan diperintah oleh pemimpin yang berwibawa maka menjadi satu tanggungjawab kepada pembaca dan pelayar Harakahdaily khususnya dan laman web serta blogger untuk sama-sama membantu berkempen dan meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat.

"Mereka musnahkan 'senjata kita' (Harakah) tetapi kita mempunyai bala tentera yang setia (pembaca-pembaca) menunaikan tanggungjawab menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Katanya, gelombang reformasi 1999 yang menyaksikan kebanjiran edaran maklumat internet perlu dicetuskan semula untuk memastikan berita dan laporan benar sampai ke tangan rakyat sekaligus untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di pilihan raya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Saya menyeru kepada semua yang prihatin kepada perjuangan rakyat supaya secara sukarela mengedarkan maklumat benar dan tepat yang ada di internet khususnya Harakahdaily.

"Walaupun PAS akan tetap menyampaikan maklumat melalui risalah, ceramah, buletin-buletin namun pembaca juga mesti menjadi 'pengedar' Harakahdaily kepada rakyat. Keberkesanan maklumat internet sudah menunjukkan hasil cemerlang pada pilihan raya 2008 dan 1999. Dan kita yakin akan mengulanginya lagi!," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. - azm

AIR ASID MENAMBAH KEMARAHAN RAKYAT

Lebih kejam dari rejim zionis, udahla tv semuanya menipu rakyat, harakah dan suara keadilan pula ditarik permit. Malam ni berduyun rakyat nak dengar sendiri berita sebenar, pun dihalang dengan gas, dari awal lagi fru tak izinkan orang ramai memasuki kawasan Padang Taman Ria Jaya. Bukan itu sahaja, habis dimasukkan kawan-kawan kita ke dalam trak, tong derma pun dah tak tau di mana, ada yang kata nampak macam naik trak juga bersama dengan rakan-rakan tadi.

Kenapala jadi macam ni... mana demokrasi yang dilaungkan mereka. Kenapa nak berlawan tapi kita diikat, digari, ditutup mata mulut, kemudian di simbah dengan asid pula. Apala yang ada pada rakyat diperlakukan sebegini rupa, senjata tak da walau sebilah pisau lipat. Keadaan seperti ini serupa macam zaman Jepun ataupun seumpama serangan Zionis terhadap Palestine. Rakyat nilailah sendiri perlakuan mereka, eloklah dikuburkan mereka lebih awal mereka ini, jangan tunggu lama-lama, 7 April ni buatlah keranda dan tanamlah mereka agar gejala ini tidak merebak hingga ke anak cucu kita.

Sabtu, 21 Mac 2009

TAKZIAH

Dewan Muslimat PAS Kedah mengucapkan takziah kepada isteri, anak-anak dan semua keluarga Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin atas pemergiannya.
Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh Almarhum dan ditempatkan bersama para Anbiya', syuhada dan para solehin di dalam syurga Al Firdaus Al A'la.

" Jangan biarkan sejarah hidup anda dikenang di kemudian hari dengan keburukan dan kehinaan".
-Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin-

Kehangatan PRK N25 Bukit Selambau semakin dirasai

KARNIVAL KELUARGA SEJAHTERA

Khamis, 19 Mac 2009, HalWa UPU Tmn Bandar Baru dengan kerjasama Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DMP Pusat, DMP Kedah, HalWa Kedah dan HalWa DUN Bukit Selambau telah mengadakan Karnival Keluarga Sejahtera berbentuk kebajikan untuk merealisasikan "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua". Pelbagai acara telah dijalankan, antaranya ialah pertandingan sukaneka untuk kanak-kanak dan remaja, pertandingan warga emas sihat, perkhidmatan kesihatan percuma, ceramah kesihatan, sumbangan ibu-ibu tunggal, cabutan bertuah dan jualan kebajikan. Sambutan yang amat menggalakkan dari semua penduduk pelbagai bangsa bukan hanya dari UPU Tmn Bandar Baru sahaja bahkan dari seluruh DUN Bukit Selambau.
Persiapan awal

Program diakhiri dengan majlis penutup dengan sedikit ucapan dari Ketua DMP Pusat, Yg Berbahagia Ustazah Nuridah Salleh dan ucapan terima kasih dari Pengarah DUN Bukit Selambau. Kehangatan program diserikan lagi dengan kehadiran dan penyampaian hadiah oleh Isteri YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, Ustazah Shamsiah Shafie. Rata-rata hadirin rasa berpuas hati, seronok dan bertuah kerana bukan sekadar dapat menyertai semua acara bahkan dapat hadiah dan bermesra bersama pimpinan muslimat negeri dan pusat.
Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan acara lainnya

Sebelah petang pula diadakan "Santapan rohani" yang disampaikan oleh Ketua dan AJK DMP Pusat di UPU Titi Panjang oleh Pn Salmiah(Ketua Laj Kebajikan & Kemsyrktn DMP Pusat), Tmn Ria Jaya (Ustazah Nuridah-Ketua DMP Pusat), Tmn Peruda (Dr Najihah-AJK DMP Pusat) dan Tasek Apong (Dr Rahimah-AJK DMP Kedah) serta ziarah kesihatan oleh Dr Rohani, AJK DMP Kedah. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu samada dari segi sumbangan kewangan, tenaga, idea dan sebagainya. Moga Allah SWT yang dapat membalasnya.
Sumbangan, cabutan bertuah dan hadiah yang disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (Ustazah Nuridah Salleh) dan Isteri YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Razak (Ustazah Shamsiah Shafie)

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP