Cukup terharu bila menyambut kepulangan "Wira Bukit Selambau". Demi menjaga maruah diri, keluarga dan parti, beliau bertapa mengundur diri memberi laluan kepada anak muda untuk meneruskan cita-citanya melalui PRK N25 pada 7 April 2009.
Bekas ADUN Bukit Selambau, V Arumugam, muncul di lapangan terbang Sultan Abdul Halim di Alor Star sehari selepas PKR berjaya mengekalkan kerusi tersebut.
Ketibaan "Wira Bukit Selambau" disambut oleh Speaker DUN Kedah(YB Dato' Dr Hj Abd Isa Ismail), Pengerusi PKR Kedah (Sdr. Ahmad Kassim), ADUN Bukit Selambau(YB S Manikumar), isteri, anak, peguam serta anggota keluarganya.
Bercakap kepada pemberita, Arumugam berkata beliau telah pergi di Chennai, India, seorang diri untuk menenangkan fikiran demi menjaga keselamatan isteri serta anggota keluarga
dan pulang kerana pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sudah selesai.
Mengulas mengenai ugutan yang diterima sebelum berlepas ke Chennai, Arumugam berkata:
"Sudah banyak kali buat laporan polis, tindakan tak diambil, sampai bila saya nak tunggu.
"Pada hal, ada orang nak culik saya. Saya dah bagi tahu pihak polis, dan kawat cam sudah dibuat"
"Ada orang nak mai pecah cermin kereta saya, sampai sekarang, tak ada apa apa hasil, tak kan suspek tak ada kot?"
"Sampai orang ikat surat dengan batu-bata, tak ada apa-apa (tindakan) pun."
"Berapa lama saya nak tunggu. Tunggu orang nak bunuh saya baru nak ambil tindakan?" soalnya.
Ditanya apakah tindakannya jika masih menerima ugutan, Arumugam berkata: "Saya baru sampai, setakat ini tak tahu lah. Kalau ada kita buat laporan polislah..."
Rasa sayu apabila beliau menyatakan "Saya balik kawan-kawan boleh tolong. Saya nampak keselamatan lebih (terjamin)"
Ini perasaan rakyat Malaysia kini... Dimanakah peranan keselamatan negara untuk menyelamatkan rakyat? Adakah rakyat sudah tidak selamat lagi berada di bumi Malaysia ini?
Oleh itu, Arumugam juga menyifatkan kemenangan Manikumar ini adalah petanda satu perubahan besar mungkin akan berlaku dalam pilihanraya umum akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan