Lihatlah tidak berapa hari lagi Kuala Terengganu akan menjadi medan kempen UMNO untuk Persidangan UMNO pada bulan Mac depan. Biasala tu masing-masing akan menunjukkan kehebatan diri masing-masing terutama jawatan tertinggi selain Presiden. Ini bukan DMPNK sahaja yang kata tapi rata-rata semua tempat, semua orang telah berkata-kata dan bersedia untuk melihat gelagat mereka. Lihatlah bagaimana wang akan bertaburan di sana sini mencari mangsanya. Tak betul orang tak kata, tak benar takkan jadi berita, tak berlaku takkan ada teguran dari tok ketua.
Itulah pandangan umum pada parti dan pendokong parti yang bergerak atas landasan hawa nafsu, tidak berpandukan pada kitab ALLAH SWT. Calon hanya sekadar jadi batu loncatan diri masing-masing untuk mendapat kedudukan diri masing-masing. Pada Pakatan Rakyat janganlah mudah terpengaruh dengan usikan mereka kerana kita telah matang dalam dunia politik BN yang penuh dengan penipuan. Mereka sengaja menjadikan isu Hudud untuk menghangatkan golongan bukan Melayu. Hakikatnya golongan bukan Melayu telah lama memahami isu Hudud berbanding UMNO yang masih tidak mahu menerima pengertian Hudud. Sepertimana isu liwat yang dimainkan di PRK Permatang Pauh beberapa bulan yang lalu, rakyat jelata lebih memahaminya berbanding dengan pemimpin BN khususnya UMNO yang mula kembali ke zaman jahiliyyah. Walau apapun rakyat Kuala Terengganu lebih bijak dan telahpun bersedia untuk menentukan masa depan Kuala Terengganu...
Hak dan Kuasa Polis Malaysia: Pemeriksaan Telefon Bimbit Orang Awam
13 jam yang lalu
1 ulasan:
Selamat mengundi kepada semua pengundi Kuala Terengganu PRK 036. Semoga pengundi bijak memilih bakal pengganti yang telah pergi...
Catat Ulasan