Kebimbangan rakyat kini semakin tidak dapat bertahan lagi, masing-masing menanti apakah perancangan pihak kerajaan untuk menangani permasalahan laporan yang diterima dari MEIR. "Kadar pengangguran tahun depan mungkin meningkat kepada 4.5 peratus berbanding kira-kira 3.5 peratus tahun ini akibat kelembapan ekonomi dunia sekarang, demikian analisis Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER). Pengarah eksekutifnya Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, dalam suku ketiga tahun ini, rakyat Malaysia yang menganggur berjumlah 12,000 orang. "Bilangan penganggur semakin meningkat. Kita perlu mengawasinya dengan teliti," katanya dalam ucaptamanya pada majlis dialog dengan Profesor Robert Engle, yang memenangi Hadiah Nobel bagi ekonomi pada 2003. Menurut Bernama, Mohamed Ariff berkata kadar 4.5 peratus dianggap tinggi bagi Malaysia. "Tinggi sebab kita biasa dengan kadar 2.2 dan 2.5 peratus tetapi jika dibandingkan dengan Eropah, Jepun dan Amerika Utara, 4.5 peratus amat rendah," katanya. Mohamed Ariff berkata industri pembuatan dijangka paling teruk terjejas oleh kelembapan ekonomi ini. "Kita rasa sektor elektrik dan elektronik khususnya, amat mudah terjejas. "Barangkali sokongan utama bagi ekonomi adalah daripada sektor perkhidmatan. Ia bakal menjadi jentera pertumbuhan, dan membantu kita mengelakkan kemelesetan sebenar tahun depan," beliau dipetik berkata. Menurut Mohamed Ariff lagi, Malaysia berdepan kemungkinan 40 peratus terjerumus dalam kancah kemelesetan teknikal tahun depan dan 30 peratus kemungkinan dilanda kemelesetan sebenar. "Tetapi ini di bawah 50 peratus. Ia sekarang bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kerajaan," katanya, sambil menambah bahawa lebih banyak langkah harus diambil untuk mengharungi krisis kewangan sekarang. Pada majlis dialog itu, Engle berkata Malaysia mungkin menghadapi tempoh yang sukar seperti juga ekonomi-ekonomi lain di Asia, lapor agensi berita itu lagi. "Kita harap China akan dapat bertahan. Jika China juga bergelut (dengan krisis ekonomi semasa), ekonomi-ekonomi lain di Asia turut akan berdepan dengan tempoh yang sukar," tegasnya." |
Hak dan Kuasa Polis Malaysia: Pemeriksaan Telefon Bimbit Orang Awam
13 jam yang lalu
2 ulasan:
Assalamu'alaikum Wr,Wb
Allah s.w.t memberikan sumber kekayaan kepada kebanyakan negara umat islam akan tetapi apabola para pemimpim tidak mahu kembali kepada peraturan Tuhan maka Allah kurniakan bala, bagi saya biarkan manusia rasakan besit daripada Allah ini,biar rakyat mencari-cari puncanya
Yang menentukan sesuatu itu adalah daripada Allah "kullum min 'indillah" (setiap sesuatu datang daripada Allah) mungkin Allah murka kepada penduduk bumi
Di satu hal yang lain kita umat islam terlalu bergntung kepada pandangan barat, mereka tidak mahu mengambil pandangan dari Allah mengapa? Zaman Nabi Yusuf apabila menghadapi masalah ekonomi mengapa ia dapat selesaikan masalah!
Apabila negara umat islam akan di landa masalah ekonomi maka pandangan barat di minta untuk buat analisa, mengapa tinggalkan Quran? sebab itu saya kata rasakan! orang islam sendiri bersekongkol dengan Yahudi dan Nasrani, rakyatpun tak mahu paham-paham, nak sangat sekular tu
Ma'af ya muslimat Kedah sebab saya cukup geram dengan puak-puak ni, ok nanti kunjung lagi no
Wa'alaikumusssalam Wbt, Wmf
Benar Pak, Orang Kedah never ye, always no.
Dunia sudah tua, hampir musnah dek perbuatan penghuninya, hampi penghujungnya. Tugas ulamak dan pimpinan Islam masih banyak, perlu berganding bahu bersama membantu...
Catat Ulasan