Selasa, 9 Disember 2008

KORBAN

Selama 4 hari umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha dengan menyediakan binatang korban sebagai ganti korban. Ibadah korban ini adalah sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang diperintah mengorban anaknya Nabi Ismail a.s. dengan menukar anaknya dengan korban kibas. Selama itulah juga aktiviti di kawasan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa masih kelihatan berjalan dengan rancak.

Sehingga Hari Raya pertama seramai 4 orang mangsa terkorban. Operasi mencari dan menyelamat yang disambung semula dari pukul 9.30 malam raya masih berlarutan walaupun hujan turun sepanjang hari, dengan tumpuan diberikan kepada usaha mengesan seorang mangsa warga Sri Lanka yang dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan banglo yang tertimbus dalam kejadian itu.


Di saat ini betapa ramainya anggota pasukan keselamatan dari pasukan polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di kawasan kejadian berkorban masa, jiwa raga tidak bersama keluarga tetapi sama-sama membantu usaha-usaha mencari, menyelamat serta membersihkan runtuhan. Mudah-mudahan dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia ini juga perlu dihayati oleh umat Islam tentang pengorbanan untuk meninggikan syariat Islam, InsyaAllah.


Peristiwa kejadian korban demi korban yang terjadi sejak kebelakangan ini sebenarnya besar hikmahnya. Walaupun kita tidak menafikan tentang kesan bencana alam tetapi hakikatnya setiap peristiwa mesti ada kaitan dan peringatan dari Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud " Segala kerosakan di atas muka bumi ini adalah dari usaha tangan-tangan manusia sendiri….. “ Ini menunjukkan segala kerosakan di muka bumi Allah ini adalah kesan kerja buat manusia yang masih kurangnya pengorbanan, lupa panduan Allah kerana sesungguhnya bukit bukau, gunung ganang adalah menjadi pasak bumi ini, jika diganggu maka akan musnahlah alam ini. Oleh itu marilah sama-sama kita mentadbir bumi Allah ini mengikut panduanNya bukan ikut suka hati sahaja. Berkorban agar tidak ikut rasa sedap hati itu pun korban juga namanya...

1 ulasan:

mazlisik berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP