Isnin, 8 Jun 2009

Kesimpulan Ucapan Dasar Presiden "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"

Sebagai intipati tindakan bagi para pendokong dan pimpinan PAS, maka izinkan untuk saya simpulkannya dan membuat seruan seperti berikut:

i) Saya menyeru kepada semua peringkat ahli parti untuk memperkukuhkan ukhuwwah, mahabbah dan persaudaraan dalam saf jamaah khususnya di peringkat kepimpinan serta aktivis parti sehingga ke seluruh akar-umbi supaya benar-benar menjadi seperti yang dituntut Allah SWT dalam Surah As-Sofff ayat 4, terutamanya Majlis Syura Ulama, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan-dewan, Badan Perhubungan PAS Negeri-negeri, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan. Arahan ini juga termasuk memperkukuhkan Kelab Penyokong PAS sehingga kebersamaan mereka dalam perjuangan PAS dapat terus diperkasakan.


ii) Marilah kita mengurus kemenangan dan kelemahan kita dengan Islam, supaya Islam yang kita perjuangkan itu mampu dilihat sebagai pemandu dalam segala bentuk amalan kita. Kita ingin memimpin perubahan dalam negara kita dengan Islam. Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh.


iii) Marilah kita melaksanakan mesej dakwah secara muwajahah silmiyyah, dengan kita sedia berdialog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja demi merealisasikan tema Islam Memimpin Perubahan.


iv) Marilah kita terus menerus memperkasakan parti dan mempersiapkan kepimpinan PAS, bagi menangani cabaran persaingan yang semakin sengit dari segi tuntutan intelektual dan mendepani permasalahan negara dalam konteks global. Para pimpinan ulama PAS juga perlu berani berijtihad bagi menangani polemik-polemik baru dalam urusan perundangan dan kancah politik yang serba mencabar ini.


v) Marilah kita menampilkan satu imej dan citra PAS sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang dengan menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat ‘Usuliy’ dari segi prinsip-prinsip perjuangan, ‘Mu?asirah’ dari segi kepimpinan dan organisasi-jentera, ‘Istiqbaliy’ dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan.


vi) Marilah kita mengeratkan persefahaman dan keserasian setiakawan dan kelancaran bekerja di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat, sehingga benar-benar dapat menyerlahkan kredibiliti dan perpaduan Pakatan Rakyat khususnya di semua negeri-negeri yang kita tadbir bagi bersiap sedia untuk menempah kejayaan yang lebih besar dalam PRU ke-13.


PENUTUP


Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Marilah kita menghayati akan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”

[24:55]

Ucapan teks penuh rujuk http://tzkrh.blogspot.com/


1 ulasan:

MzSp berkata...

Kesimpulan-kesimpulan tu semua baguih-baguih. Cuma kalau kesimpulan tu dok atas kertas dengan dok dalam blog saja bolehkah mencapai matlamatnya. Jangan jadi macam isu UG sudaaah!. Pemimpin bercakap tanpa melalui procedure.Akhirnya dibimbangi 'yang diligan tak dapat yang dikendong berselerak'. Baguih la ni pakat dok kutip balik yang dok berselerak tu. Sekali-kali "Kena Pandang Belakang juga". Ba..bai UMNO.PR banyak gherja lagi ooii.

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP