Sejak dicanang Kerajaan Perpaduan oleh Presiden, bagai nak lelah muslimat menjawab soalan-soalan yang bertalu-talu dari semua pihak. Alhamdulillah masih tiada lagi yang 'innalillah hiwainnailaihiroji'un'... Tidak kira siapa, ke mana sahaja semua pakat nak tau jawapan segera dan biasala rakyat marhaen ni, nak bertanya pimpinan jauh sekali. Yang menjadi bahan lontaran 'orang tengah'la jawabnya tapi alhamdulillah semua soalan dapat dijawab oleh muslimat dengan berhikmah.
Sehari rasa seminggu, seminggu rasa sebulan menunggu bila la taufan ini akan berhenti dan bila la pimpinan akan membuat kenyataan agar semua pihak merasa lega dan aman semula. Selagi pimpinan tidak mengeluarkan kenyataan selagi itulah tafsiran dan andaian tertentu dibuat oleh setiap individu samada bersetuju ataupun tidak dengan hanya mengikut perkiraan masing-masing.
Masing-masing cuba menasihati agar pimpinan jangan pandai sesuka hati untuk membuat sebarang kenyataan tanpa persetujuan parti, ribut taufan akan jadinya nanti, fikirlah rakyat yang ramai ini... Taufan yang melanda merosakkan suasana sukar untuk dipulihkan. Suatu kerja lagi terpaksa 'orang tengah' laksanakan yakni untuk memperbaiki suasana yang telah berkecai, senget dan sebagainya. Susah payah tugas dan tanggungjawab pimpinan, begitu juga rumitnya kerja 'orang tengah' ini...yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai golongan dan juga latar belakang mereka...
Walaubagaimanapun... seronok rupanya riuh pikuk ini... semua sayangkan perjuangan ISLAM...
SELEPAS LALAT ULAR BERBISA PULAKKK !
15 jam yang lalu
2 ulasan:
Nak ulang lagi..ISU UG(Kerajaan Perpaduan) DAH TAMAT....
Nampaknya marah betoi Ketua Perhubungan UMNO Kedah..tok Shafie!
Bila kes ni selesai baru terang lagi bersuluh dengan tuduhan bahawa PAS TUNDUK TEKANAN DAP DAN PKR.
Jadi memang betoi isu ini dimanipulasi UMNO/BN untuk pecahkan Pakatan Rakyat.Tahniah TGNA kerana mempercepatkan penyelesaian kemelut ini..BRAVO.
Salam,
Awat Kedah nih ! PKR nak rampas kuasa kaaa ! atau depa nak buat kecoh kaaa !
Catat Ulasan