Masing-masing memberi pendapat agar Nizar bertanding supaya dapat menentukan siapa anak jantan. Tetapi pada hemat kami, bukan itu sahaja cara untuk menunjukkan siapa anak jantan. Sekarang pun kehebatan beliau telah terserlah kerana Allah menguji mengikut tahap seseorang itu. Bayangkanlah beliau terpaksa berhadapan dengan perompak, penyamun, pengkhianat besar negara dalam masa yang singkat pemerintahan beliau. Beliau masih lagi MB yang sah dan perlu menjalankan tugasnya yang masih belum selesai.
Sebenarnya PAS bukanlah ketandusan kepimpinan, siapa pun boleh bertanding dengan penyangak-penyangak tersebut. Tidak perlu kita letakkan calon dari pemimpin yang besar, sekadar cukup kita berlawan dengan menghantar prebet sahaja. Calon dari mana-mana ketua cawangan atau mana-mana ajk kawasan pun sudah memadai untuk berlawan dengan orang-orang yang tak reti bahasa tu. Lekehkah ketua-ketua kampung kita tu? Bukan bermakna jika kita meletakkan penduduk tempatan itu bermakna kita ketandusan pimpinan tetapi sebenarnya mereka jauh lebih bermaruah, lebih bijak, lebih faham perundangan, lebih pandai menjaga rakyat berbanding dengan penyamun-penyamun yang tak kenal rumah orang dan rumah sendiri.
Penduduk parlimen Bukit Gantang juga adalah pengundi yang bijak, ada prinsip dan bermaruah. Rakyat kini bukan rakyat seperti lembu dicucuk hidung, semua bijak menilai, mengguna dan bersyukur dengan tubuh serta pancaindera yang dipinjamkan Allah Subhanahu Wata'ala. Seperti biasa penyangak ini akan terus menyalak dan menabur gula beracun kepada rakyat, siapa yang tidak berhati-hati akan termakan gula racun tersebut. Inilah tugas yang Allah berikan kepada kita untuk memberi penerangan, mengejut mereka yang masih lena yang menerima gula racun tersebut agar mereka sedar dari lamunan mimpi mereka.
Walaubagaimanapun kita serahlah kepada pimpinan untuk menentukan siapakah calon Bukit Gantang kerana kita yakin penentuan itu dibuat setelah dilakukan istisyarah dan istiharah. Oleh itu besarlah harapan kami agar semua pihak dapat menerima siapakah calon yang bakal masuk gelanggang bertanding. Apa yang penting ialah semangat dan istiqamah kita semua untuk menentukan kemenangan PR supaya kita dapat meneruskan matlamat perjuangan kita, InsyaAllah yakinlah Allah bersama kita. TAKBIR! ALLAHHU AKBAR.
SELAMAT BERJUANG.
Tun M: Daim boleh lebih kaya tapi pilih politik bangunkan Melayu
19 jam yang lalu
1 ulasan:
Kalau nak bertanding dengan penyangak mesti lawan dengan lanun..baru setanding...siapakah yang layak? Amacam..letak abang Mat Sabu kita bertanding...biar abang Mat tikam dan tumbuk (dengan lidah le) Najib dan BN dalam Parlimen nanti..Baru `line clear'..kalau ketua kampung susahlah sikit. Tapi kita akur pada apa yang akan diputuskan oleh pimpinan kita yang bijaksana dan sini.
Catat Ulasan