Selasa, 24 Februari 2009

Pilihanraya Kecil lagi????


Salam takziah kepada keluarga YB Dublin Unting Ingkot, ADUN Batang Ai, Sarawak(Timbalan Menteri Sukan dan Petanian Sarawak) yang telah meninggal dunia jam 1.26 pagi tadi.

Unting adalah Naib Presiden kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS). Beliau koma apabila diserang stroke tahun lalu selepas ditemuramah oleh stesen radio tempatan.

Oleh itu, dijangkakan SPR akan mengadakan pilihanraya kecil di Batang Ai pula selepas 60 hari.....

Hikmahnya kebobrokan UMNO vs. kesedaran rakyat

'Wamakaru wamakarallah, wallahhukhairun makirin'. Bersabarlah wahai semua pengundi sekelian kerana banyak hikmahnya rampasan kuasa UMNO terhadap kerajaan PR. Rata-rata rakyat telah sedar kebobrokan BN terutama UMNO kini. Dalam kekalutan mereka merebut kerajaan PR dengan yang tidak bermoral secara rampasan kuasa, rupa-rupanya semakin kalut juga ahli mereka keluar ahli dan menyeberangi PAS dan PKR. Ramai di antara mereka sudah tidak yakin dengan perjuangan UMNO terutama terhadap pemimpin mereka yang sudah tidak waras dan harus di'rehat'kan dengan cara menyokong usaha-usaha PR. Banyak cawangan UMNO telah beralih menjadi cawangan PR dan PAS.

Gambar di bawah adalah salah satu program perasmian cawangan baru PAS yang asalnya adalah cawangan UMNO telah disempurnakan oleh YB Datuk Speaker DUN Kedah (YB Datuk Dr. Isa Ismail) di Kampung Padang Asun, Jitra, Kedah. Menurut Ketua Penaja, seramai 45 orang ahli cawangan baru ini telah sedar perjuangan mana yang lebih mulia dan mengharapkan usaha mereka ini menjadi ikutan dengan cawangan-cawangan UMNO lain, InsyaAllah.

YB Datuk Dr Isa Ismail merasmikan cawangan

antara muslimat yang sanggup menunggu hingga larut malam

Pengerusi Tetap baru lantik cawangan

Ahad, 22 Februari 2009

BACA dengan MATA HATI

KISAH BENAR NIZAR DAN PADUKA SERI SULTAN PERAK

Sumber; http://bloggersnetworkmalaysia.com
Feb 22nd, 2009

(ini adalah catatan peribadi dato seri ir haji mohamad nizar jamaludin sendiri)

Oleh: Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.


Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d”etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.


Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.


Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.


Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato’ Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.


Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.


Dilaporkan oleh isteri YB Dato’ Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato’ Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, “Insya Allah, tidak”.


Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.


Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.


Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, “Innallaha maa Sobirin” (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.


Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).


Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-


1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.


Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya, saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.


ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.


iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.


iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.


v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT


vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.


vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.


viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.


ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.


x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal”.


Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.


xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.


xii. Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.


Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, “Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan”.


Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.


DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).


Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.


Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.


Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan………..

NIZAR


IKRAR MUSLIMAT KEDAH





Dengan izin Allah jua muslimat akan berjuang habis-habisan menentang kezaliman dengan bertekad akan memenangkan PRK N25, DUN Bukit Selambau walau siapa pun yang akan menjadi calonnya. Muslimat akur dengan keputusan pihak pimpinan untuk menentukan siapakah calon yang akan bertanding pada 7 April ini. Muslimat yakin dengan usaha gigih yang telah lama dilakukan oleh semua ahli, DUN N25 InsyaAllah akan dapat dipertahankan kerana kapal BN kini telah hampir tenggelam dengan isi-isinya. Oleh itu barangsiapa yang masih di dalam kapal tersebut dan ingin selamat segeralah berusaha untuk keluar dari kapal yang hampir karam itu.

Kelmarin, Ketua DMP Pusat rasa seronok, bangga dengan usaha yang berterusan yang telah dilakukan oleh muslimat kedah. Beliau turut memberi semangat kepada petugas muslimat PRK N25 di Pekan Bukit Selambau bahawa tugas muslimat itu besar bukan sekadar untuk menang dalam pilihanraya sahaja bahkan lebih jauh dari itu perjuangan PAS adalah untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar yang tidak ada dalam pemerintahan BN.

"Maha Suci Allah yang di tanganNyalah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya dia menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Perkasa Lagi Maha Pengampun"
(Al-Mulk:1-2)

Sabtu, 21 Februari 2009

BALING BATU SEMBUNYI TANGAN

Siapakah sebenarnya pengkhianat rakyat?
Najib, UMNO dan kuncu-kuncunya...
Siapakah sebenarnya yang menyebabkan tindakan Speaker Perak terhadap Kerajaan Perampas?
Najib, UMNO dan kuncu-kuncunya...
Siapakah sebenarnya penghasut rakyat?
Najib, UMNO dan kuncu-kuncunya...
Siapakah sebenarnya punca kekalutan politik Malaysia?
Najib, UMNO dan kuncu-kuncunya...
Siapakah sebenarnya yang mengheret istana ke kancah politik?
Najib, UMNO dan kuncu-kuncunya...
Siapakah sebenarnya yang membuat tindakan dengan motif yang tidak baik?
Najib, UMNO dan kuncu-kuncunya...
Siapakah sebenarnya yang suka menipu rakyat?
Najib, UMNO dan kuncu-kuncunya...
Siapakah sebenarnya yang membaling batu sembunyi tangan?
Najib, UMNO dan kuncu-kuncunya...
Siapakah....
Najib, UMNO dan kuncu-kuncunya...
Siapakah....
Najib, UMNO dan kuncu-kuncunya...
Siapakah....
Najib, UMNO dan kuncu-kuncunya...


Ahad, 15 Februari 2009

INSAFLAH, JANGAN MENYOROK DI BELAKANG SULTAN

Wahai pemimpin, penyokong, pendokong UMNO, sedarlah telah lama anda semua salah faham dan sengaja tidak mahu faham akan perjuangan PAS. Bukalah hati, bukalah minda, jangan tutup mata dan hati untuk mendengar dan meneliti segala yang tersurat dan tersirat perjuangan PAS. Sekarang ni anda semua cuba untuk berselindung di sebalik Institusi Raja-raja untuk menyelamatkan diri. Kami tahu kalian semua bersalah atas segala yang berlaku kini tapi keluarlah dari belakang pintu istana, jangan jadi pengecut, kalian tidak akan diapa-apakan, dengarlah risalah apa yang nak dibawa oleh PR terutama PAS.

Suatu yang tidak logik apabila kalian meminta kami menyokong UMNO untuk perjuangkan Melayu kerana "PAS untuk semua" bukan untuk satu bangsa kerana Islam adalah penyatu semua ummat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum. PAS menerima semua bangsa kerana kita semua bermula dari dua makhluk yang sama iaitu Nabi Adam dan Hawa yang berkembang sehingga ke hari ini yang terdiri pelbagai bangsa, warna kulit, saiz dan bahasa. Semua kita pelajari tamadun manusia, zaman berzaman dunia berkembang, ada golongan yang beriman dengan Allah dan ada golongan yang engkar, yang dijanjikan Allah syurga untuk yang taat dan neraka untuk yang engkar. Sedarlah, bahawa nabi-nabi kita semua bukan dari bangsa Melayu, mereka adalah utusan Allah yang menjadi penyatu kepada semua ummat. Ini semua benar, bukan hanya ada cerita dalam Al-Quran bahkan diakui, diulas serta diungkapkan dengan pelbagai kata-kata hikmah dan sebagainya oleh pengkaji-pengkaji Al-Quran yang bukan beragama Islam.

Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah, yakinlah bahawa PAS bukan membawa ilmu yang baru dicipta tetapi PAS meneruskan perjuangan para Rasul kerana PAS hanya merujuk kepada Quran, Sunnah dan para ulamak. PAS tidak mahu mengkhianati sesiapa tetapi PAS mengajak kepada amar maaruf nahi mungkar sehingga difahami oleh mereka yang belum beragama Islam. Sedarlah, sebab itulah PAS diterima oleh semua bangsa dan kaum. Janganlah kita menjadi golongan yang suka melekehkan ajaran Allah yang dibawa oleh para Rasul seperti mengatakan PAS ditunggangi oleh sesiapa kerana bimbang kita termasuk dalam golongan yang engkar dengan ajaran Allah. Biarlah nenek moyang kita yang telah lama itu sahaja membohongi kita. Moga Allah mengampunkan mereka kerana mungkin mereka tidak mengetahuinya dan kini bila kita telah mengetahui dan sedar, jangan kita menjadi golongan yang engkar pula dan lebih parah dari itu ialah mengajar anak cucu kita mengengkariNya.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mempelajari dan mendalami lagi ilmu Allah yang maha luas itu dengan guru yang mengajar ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala semata-mata kerana dunia sekarang ramai yang mengaku cerdik. Sebenarnya cerdik adalah "cerdik yang dibimbing oleh Allah" sahaja yang harus kita cari bukan cerdik yang dihasut oleh syaitan yang tidak henti-henti menggoda manusia hingga ke akhir zaman. Ingatlah, bahawa mati itu BENAR, janji Allah itu BENAR, syurga neraka itu BENAR. Dunia ini bukan kita punya, kita hanya menumpang hidup, kita bukan hidup selama-lamanya, tiada apa di dalam dunia yang boleh kita bawa untuk berhadapan Allah samada rumah, pangkat ataupun harta yang kita sayangi semasa di dunia ini. Bekalan dan rahmat Allah jua yang menentukan samada kita berjaya memasuki syurga Allah ataupun tidak. Sama-samalah kita berdoa agar Allah memberi pertolongan, hidayah dan petunjuk kepada kita agar kita sentiasa berada di jalan yang lurus. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Amin ya Robbal'alamin....

Khamis, 12 Februari 2009

SIAPA CALON PR BUKIT GANTANG

Masing-masing memberi pendapat agar Nizar bertanding supaya dapat menentukan siapa anak jantan. Tetapi pada hemat kami, bukan itu sahaja cara untuk menunjukkan siapa anak jantan. Sekarang pun kehebatan beliau telah terserlah kerana Allah menguji mengikut tahap seseorang itu. Bayangkanlah beliau terpaksa berhadapan dengan perompak, penyamun, pengkhianat besar negara dalam masa yang singkat pemerintahan beliau. Beliau masih lagi MB yang sah dan perlu menjalankan tugasnya yang masih belum selesai.

Sebenarnya PAS bukanlah ketandusan kepimpinan, siapa pun boleh bertanding dengan penyangak-penyangak tersebut. Tidak perlu kita letakkan calon dari pemimpin yang besar, sekadar cukup kita berlawan dengan menghantar prebet sahaja. Calon dari mana-mana ketua cawangan atau mana-mana ajk kawasan pun sudah memadai untuk berlawan dengan orang-orang yang tak reti bahasa tu. Lekehkah ketua-ketua kampung kita tu? Bukan bermakna jika kita meletakkan penduduk tempatan itu bermakna kita ketandusan pimpinan tetapi sebenarnya mereka jauh lebih bermaruah, lebih bijak, lebih faham perundangan, lebih pandai menjaga rakyat berbanding dengan penyamun-penyamun yang tak kenal rumah orang dan rumah sendiri.

Penduduk parlimen Bukit Gantang juga adalah pengundi yang bijak, ada prinsip dan bermaruah. Rakyat kini bukan rakyat seperti lembu dicucuk hidung, semua bijak menilai, mengguna dan bersyukur dengan tubuh serta pancaindera yang dipinjamkan Allah Subhanahu Wata'ala. Seperti biasa penyangak ini akan terus menyalak dan menabur gula beracun kepada rakyat, siapa yang tidak berhati-hati akan termakan gula racun tersebut. Inilah tugas yang Allah berikan kepada kita untuk memberi penerangan, mengejut mereka yang masih lena yang menerima gula racun tersebut agar mereka sedar dari lamunan mimpi mereka.

Walaubagaimanapun kita serahlah kepada pimpinan untuk menentukan siapakah calon Bukit Gantang kerana kita yakin penentuan itu dibuat setelah dilakukan istisyarah dan istiharah. Oleh itu besarlah harapan kami agar semua pihak dapat menerima siapakah calon yang bakal masuk gelanggang bertanding. Apa yang penting ialah semangat dan istiqamah kita semua untuk menentukan kemenangan PR supaya kita dapat meneruskan matlamat perjuangan kita, InsyaAllah yakinlah Allah bersama kita. TAKBIR! ALLAHHU AKBAR.
SELAMAT BERJUANG.

Rabu, 11 Februari 2009

Allahyarham Roslan Shaharum dalam kenangan, perjuanganmu akan diteruskan, InsyaAllah

Mungkin ramai rakyat Kedah Jelapang Padi tidak mengenali Allahyarham Ahli Parlimen Bukit Gantang, iaitu YB Roslan Shaharum. Berita kematiannya begitu pantas tersebar ke segenap tempat, ramai yang tidak mempercayainya. Berderai air mata apabila melihat saat akhir di hari pengkebumiannya, begitu ramai rakyat turut serta menyembahyang, berdoa dan mengiringi beliau ke tanah perkuburan. Tambahan pula pemergiannya betul-betul di saat Perak sedang 'top' menjadi tumpuan perhatian dunia dan Malaysia khasnya. Ketika ini macam-macam perkiraan di kepala rakyat, yang sebelum ini tak pernah sembang tentang politik pun dah berani membuka mulut memberi pendapat... dan macam-macam lagi spekulasi yang dikeluarkan. 'Gula-gula BN' ditaburkan di mana-mana menggunakan jentera mereka. Terpulanglah kepada rakyat samada mahu terima atau tidak gula-gula yang membawa penyakit itu.

Melihat keadaan ini teringat kami di saat Allahyarham Presiden kita kembali ke rahmatullah 7 tahun yang telah lalu. Beliau pergi meninggallkan kita di saat beliau berada di kemuncaknya, inilah yang membakar semangat juang jemaah untuk meneruskan perjuangannya yang suci ini. setiap kali teringatkannya berderai air mata ini apabila mengenang kembali jasa dan saat-saat manis pahit berjuang bersama beliau. Mudah-mudahan roh mereka dicucuri rahmat dan berada bersama orang-orang soleh, amin... perjuangan mereka tidak kenal erti rehat dan kini berehatlah wahai pejuang...


Berbalik kepada Allahyarham YB Roslan tadi, beliau adalah seorang yang aktif berkhidmat untuk masyarakat. Menurut sumber orang Perak juga, Allahyarham seorang yang penyayang dan cukup disegani oleh rakyat terutama sekitar parlimen Bukit Gantang. Beliau bukan sekadar MP yang hanya ke persidangan parlimen semata-mata bahkan mempunyai pelbagai ilmu dan kemahiran yang beliau boleh laksanakan di kawasannya. Sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen, semua rakyat cukup rasa hormat dengan kesungguhannya bergerak cergas bersama rakyat. Kesungguhan beliau seharusnya menjadi kewajipan kepada kita untuk meneruskannya dengan mempastikan kemenangan kita dalam PRK yang bakal tiba ini. Sama-samalah kita berusaha sesungguh hati untuk dapat meneruskan perjuangannya, InsyaAllah. Lihatlah bukti di antara program yang beliau turut serta bersama rakyat yang diambil dari sumber aktiviti Perak di bawah;

bermesyuarat bersama JKKK


turun padang menyebar risalah penerangan


mengubati pesakit



menyampaikan sumbangan kepada pelajar



Selasa, 10 Februari 2009

BELIAU SEORANG WAKIL RAKYAT YANG BAIK-AZIZAN


DMPNK menyifatkan Arumugam seorang pemimpin yang bermaruah dan berprinsip bukan seperti 3 ADUN Perak yang sanggup menggadai prinsip dek kerana ugutan dan kepentingan peribadi. Walaupun beliau menghadapi pelbagai tekanan dari pelbagai pihak, beliau tetap dengan pendiriannya dan bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku.

Apabila ditanya sebab perletakan jawatan Aru, Azizan berkata antara kandungan surat beliau mendakwa tidak lagi tahan dengan ugutan oleh pelbagai pihak, termasuklah kononnya terdapat individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

"Saya hormati pendiriannya dan menolak habuan RM5 juta itu dan menurut surat itu, beliau (Arumugam) telah menerima pelbagai ugutan sejak Mac 2008 lagi dan disebabkan tidak lagi tahan dengan ugutan dan demi keselamatan keluarganya, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan," kata beliau.

Azizan berkata beliau sedih dengan apa yang berlaku kerana menyifatkan Arumugam sebagai seorang wakil rakyat yang baik. Hakikatnya sejak dari awal lagi semasa mula bertanding, beliau mempunyai pendirian tersendiri dengan berani bertanding atas tiket bebas melihatkan kemelut MIC yang tidak boleh dipercayai lagi. Beliau menjadi penyelamat Pakatan Rakyat Kedah dengan muncul sebagai calon bebas di saat-saat akhir hari penamaan calon setelah borang pencalonan wakil PKR Saiful Izham Ramli ditolak oleh SPR atas masalah teknikal.

Setelah melihatkan perjuangan PR yang suci ini maka beliau telah memberikan sokongan padu kepada PR dengan sukarela menyertai PKR dan telah dilantik sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri dengan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India dan menjalankan tugasnya dengan baik.

Akhirnya beliau lebih rela meletakkan jawatannya daripada dikutuk oleh para pengundinya dengan melompat parti dan menerima habuan. Pengorbanan inilah yang seharusnya ada pada setiap pemimpin yang berjiwa rakyat dan memahami erti perjuangan. Kami mengharapkan pendiriannya tetap teguh, berkekalan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Isnin, 9 Februari 2009

SAH, YB BUKIT SELAMBAU LETAK JAWATAN

9.15 pm
Sah, ADUN Bukit Selambau, YB V Arumugam meletak jawatan sebagai exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebenar tadi di Kediaman Rasmi MB Mentaloon, Kedah.

Ini bermakna dalam tempoh 60 hari kita akan menghadapi 2 PRK iaitu Parlimen Bukit Gantang, Perak di atas kematian YB Roslan Shaharum (PAS) dan DUN Bukit Selambau, Kedah dengan perletakan jawatan YB V Arumugam (PKR).

Antara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang (P59), Perak ialah DUN Changkat Jering(N14) yang diwakili Mohd Osman Mohd Jailu yang keluar PKR dan menyokong Barisan Nasional (BN) Perak yang mendapat majoriti sebanyak 1,102 undi. Dua lagi ADUN ialah N13 Kuala Sepetang iaitu Tai Sing Ng (PKR) yang memperolehi majoriti 564 dan N15 Trong iaitu Datuk Rosli Husin (BN) majoriti 916 undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, Roslan mengalahkan bendahari Umno, Datuk Azim Mohd Zabidi dengan majoriti 1,566 undi. Roslan mendapat 20,015 undi manakala Abdul Azim menerima 18,449 undi. Manakala calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi. Bukit Gantang merupakan kerusi Parlimen majoriti(64%) Melayu, dengan 27% pengundi Cina dan 9% pengundi India dan lain-lain.

Manakala DUN Bukit Selambau(N25), Parlimen Merbok, Kedah pada PR12, Arumugam yang bertanding sebagai calon bebas, telah mengalahkan S Krishnan (BN) dengan majoriti 2,362 undi. Arumugam mendapat 13,225 undi dan Krishnan mendapat 10,863 undi. N25 Bukit Selambau terdiri daripada 50.20% pengundi Melayu, 19.25% pengundi Cina, 29.53% pengundi India dan 1.02% lain-lain. Arumugam kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai ahli exco kerajaan negeri.



AL-FATIHAH...


DMPNK mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Y.B Tn. Hj. Roslan Shaharum yang telah kembali ke rahmatullah tengahari tadi (Isnin), 9 Februari 2009. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin, InsyaAllah. Amin...

HANGAT PERAK melanda BUKIT SELAMBAU?



Berita perletakan jawatan ADUN masih belum dapat pengesahan dari Datuk Speaker lagi..harap semua bersabar...

Jumaat, 6 Februari 2009

Kerajaan halal vs kerajaan haram

Hari ini 2 tokoh memberi pendapat1. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh membentuk kerajaan di negeri Perak biarpun hanya minoriti.

"Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan," tegas Mahathir.

Bekas ahli Umno itu dalam blognya berkata sandiwara di Perak masih menggelikan hati.

"Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?" soal beliau.

Mahathir seterusnya berkata, jika tidak dapat paksa kerajaan minoriti mengadakan persidangan, mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak.

Situasi ini kata beliau memungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal.

2. Manakala Mursyidul Am PAS pula menyifatkan kerajaan baru Perak yang bakal diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir (BN - Pangkor) sebagai sebuah kerajaan haram.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dimaksudkan haram kerana Umno 'menculik' wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.

"Kemudian apabila keluar dari persembunyian tiba-tiba mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tentunya mereka diberi sesuatu sehingga sanggup meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Kemungkinan ada unsur rasuah bagi menarik Adun terbabit tidak dapat ditolak. Apabila kerajaan baru cuba dibentuk dengan cara seperti itu tidakkah ia wajar dinamakan sebagai sebuah kerajaan yang haram," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Terkini ; KAMI BERSAMA KALIAN di Kuala Kangsar

4.20ptg
Mb 'tak malu' sedang menawarkan gula-gula dalam TV1 untuk dipilih oleh rakyat.
Ingatlah wahai semua pejuang, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.
Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.”
(Surah Al An’aam: Ayat 45).

Yakinlah perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.....

4.00ptg

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti.

3.55ptg
Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir sedang berlangsung dan disiarkan secara langsung melalui TV1.




3.48 ptg
Oppsss ada lagi .. !!!
Terdapat satu kumpulan kira kira 700 orang berkumpul di dataran Kuala Kangsar. Di Roundabout menuju ke Istana.
jeritan "Hidup hidup ... hidup rakyat !!!" bergema.

3.41 ptg
Cuaca masih mendung dan berangin. Keadaan sudah sedikit reda. Masih kelihatan anggota FRU yang berkeliaran. Mungkin sedang mencari barang barang yang tercicir. MB 'tau malu' mungkin sedang mahu di tabalkan. Tahniah Rakyat Perak kerana dapat MB 'tak tau malu'

Terima kaseh laporan dari http://notoumno.blogspot.com/

3.34 ptg

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid. - laporan mkini

3.34 ptg

Orang ramai sudah tidak dapat bertahan. Mereka beransur bersurai. Ramai murid murid sekolah yang berada di persekitaran pengsan kerana gas pemedih mata. Rombongan para mangkok hayun akan di lepaskan ke arah istana Sultan.


3.29 ptg
Upacara doa berakhir, Laungan TakBIR !!! Bergema .. Allahuakbar !!!!
Kelihatan ada yang cuba menjenguk ke luar kawasan dan ada juga yang masih di dalam masjid sambil berehat. Ramai yang sudah pulih selepas pekena garam.

3.26 ptg
Upacara doa menjadi semakin kuat dengan pertambahan orang ramai yang masuk ke dalam masjid. Anilnetto melaporkan pengalaman ini sungguh berlainan sekali. Dia sedang berada di dalam masjid dan ramai lagi yang bukan Islam turut berteduh di kawasan masjid untuk selamatkan diri.

3.25 ptg
Imam masjid Ubudiyah sedang berdoa. Orang ramai yang berada di dalam masjid sedang mengaminkan beramai ramai. Keadaan di luar masih kedengaran siren polis dan bunyi tembakan gas pemedih mata.

3.23 ptg

Banyak tangkapan telah di buat. Tidak dapat di pastikan berapa ramai kah yang telah di tangkap. Keadaan sekarang berangin dan gas pemedih mata terus di lepaskan. Gas tersebut terbang di persekitaran masjid.

3.22 ptg

Kelihatan sejumlah orang baring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.
Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi. - laporan Mkini

3.18 ptg
Orang ramai seperti di sekat di dalam masjid. Mereka di kepung. Mereka yang masuk ke dalam masjid mengucapkan syukur alhamdulillah. MB gelap sudah tiba di depan masjid dan sedang cuba untuk lepas dari sekatan.

3.15 ptg
Raja Nazrin baru dapat melepasi sekatan rakyat yang berada di depan masjid. Kelihatan masih ramai yang berkumpul dan menghalang lalu lintas. Kelihatan kenderaan dif dif kehormat masih lagi di sekat. Keadaan di sana, mendung dan berangin. Gas Pemedih mata sudah merebak di bawa angin sekitar 1 kilometer jauhnya.

Anil netto beransur pulih. seorang wanita sudah memberikan segengam garam untuk di makan bagi menghilangkan kesan gas.

3.10 ptg
Pintu belakang masjid telah di buka. Kelihatan mereka yang cedera akibat gas pemedih mata di bawa masuk. Kelihatan juga Anilnetto turut berada bersama. Anil berada di bahagian tempat wanita sembahyang. Di rehatkan. Kelihatan kira kira 40 wanita sedang bersembahyang di sana.

3.07 ptg
FRU sekarang sedang mengejar orang ramai sehingga masuk ke kawasan masjid. Berpuluh puluh gas pemedih mata telah pun di lepaskan. Anilnetto .. blogger yang membuat lapuran di laporkan turut terkena.

Kelihatan orang ramai sudah mula membaling objek seperti kayu ke arah polis FRU.

3.04 ptg
Di laporakan Raja Nazrin baru sampai di hadapan laluan ke masjid dan laluan masih lagi sesak dengan rakyat yang cuba menghalang mereka terus ke istana. Siren polis kedengaran di sana sini. Laungan rakyat "Allahuakbar !!!" masih lagi kedengaran.

3.01 ptg
Di beritahu Raja Di Hilir telah tiba di tempat kejadian.
Gas pemedih mata terus di lepaskan. Orang ramai kelihatan cedera. Gas di lepaskan di luar dan di dalam masjid.
5 buah truck FRU telah berjaya melepasi bentang orang ramai dan menuju ke istana. Beberapa buah kenderaan yang sepatutnya pergi ke istana telah di sekat.
Di hadapan Masjid terdapat sebuah sekolah dan kanak kanak sekolah turut terkena gas tersebut.

2.56 ptg
Sebelum ini Najib dan Hisammuddin menjangkan beberapa buah negeri lagi akan jatuh ke tangan BN dengan cara yang sama. Melompat parti.
Lapuran di perolehi beberapa orang yang di maksudkan adalah
7 dari kedah, 12 dari penang dan 6 dari Selangor. Waspada !!!

2.53 ptg
Tembakan gas pemedih mata di lepaskan. Orang ramai berlari ke arah dalam masjid. Ketika ini kira kira 8 tembakan gas telah di lepaskan. Sementara itu, sebahagian lagi orang ramai terus berarak ke Istana Sultan.

2.50 ptg
Dilapurkan Lori FRU lebih dari 10 buah. mereka terus menghalang FRU dari melalui jalan tersebut yang menghala ke istana. Mereka terus duduk. Polis memberi amaran melalui pembesar suara tapi penyokong PR menjerit ke arah mereka semula.

2.46 ptg
Kira kira 2000 orang penyokong Pakatan Rakyat duduk di tengah jalan berhadapan dengan FRU. dan mereka menghalang jalan menuju ke istana.

2.15 ptg
6,000 orang berkumpul di luar Masjid Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat bersedia untuk berarak ke Istana Sultan. FRU sudah bersedia sejak awal lagi. Selepas waktu Solat, mereka berkumpul diluar dan laungan Allahuakbar !! mula bergema.

Tidak lama kemudian, mereka mula keluar dan berhadapan dengan FRU. Laungan Hancur hancur hancur UMNO !! Hidup, hidup, hidup Rakyat turut berkumandang.

500 orang bergerak berasingan di hadapan bergerak untuk bertemu Sultan.

Gas pemedih mata di lepaskan. Perarakan masih berterusan dan rombongan merempuh benteng FRU. pada jam 2.39 ptg.

Sebahagian dari penyokong menyekat FRU di jalan berhadapan masjid dan sebahagian lagi mengepung jalan.

Kelihatan wanita yang pengsan terkena gas pemedih mata.

MALU dan IMAN

Sabda Rasulullah saw bermaksud:

“Malu dan iman itu adalah teman seiring jalan, jika yang satu diangkat nescaya terangkatlah pula satu lagi.” (Riwayat Muslim)


Malu ialah satu sifat atau perasaan yang menimbulkan keengganan melakukan sesuatu perkara yang tercemar atau kurang sopan. Oleh itu, orang yang mempunyai sifat malu sentiasa memelihara maruah dan harga dirinya. Dia dapat menahan dirinya dari melakukan perkara-perkara yang boleh membuatkan maruah dan harga dirinya tercemar.


Sedarlah wahai pemimpin Umno dan kuncu-kuncunya, mana letaknya MALU kalian? MB masih ada di depan mata, anda semua sibuk nak mengangkat sumpah menjadi MB. Tidak MALU kah kalian pada rakyat jelata yang tidak merestui anda menjadi ketua. Tidak MALU kah kalian dengan TUAN kalian yang menciptakan kalian untuk menjadi seorang yang PEMALU, menjalankan segala suruhanNya, mengajak manusia menjadi MALU. Carilah dunia lain yang anda boleh menjadi TUAN, ketua, pekerja, nak buat ikut suka... kami tidak rela kalian menjadi ketua kerana kalian tidak membawa kami menjadi seorang PEMALU kepada Tuannya.


Tidak MALU kah kalian membuat arahan kepada MB dan exco-exconya supaya mengosongkan pejabat sedangkan mereka masih sah pemegang amanah rakyat... Belajarlah kalian menjadi seorang yang peMALU...

Khamis, 5 Februari 2009

Pemimpin yang tidak bermaruah, mencabul hak rakyat

Berhati-hati...jika anda terjumpa mereka ini, jauhi mereka agar anda tidak dicabuli... atau di'kecaikan'.

Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.

Firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

BAHANG PANAS IPOH MEMBAKAR ISU BOM SHAH ALAM

“Innallah ha ma'as sobirin.”

Penghujung drama Sirul@Altantuya ditenggelami dek rakusnya penyamun di Perak. Walau apa pun terjadi, dunia melihat bagaimana tidak cerdiknya pimpinan parti yang tidak lagi dipercayai rakyat. Apa dihairankan, merompak, menyamun, membunuh menjadi agenda harian mereka. Penyokong dan ahli PR janganlah bimbang kerana sekiranya perancangan mereka berjaya, biarlah mereka dengan pimpinan buangan, hampas tiada kualiti. Kita pun tak nak pemimpin yang tidak bermaruah, lidah bercabang itu, ambillah mereka yang akan menambahkan lagi kekalutan di dalam 'rumahtangga' mereka.

Banyak hikmah peristiwa seminggu ini, diantaranya ialah kita boleh menilai siapa yang benar-benar suci perjuangannya kerana kita berjuang untuk rakyat demi Allah walau apa pun dugaan dan ugutan yang datang. Inilah proses bagaimana Allah menapis hambaNya yang akan berjuang dalam hidupnya semata-mata kerana Allah bukan untuk mendapat habuan di dunia semata-mata.

Ahad, 1 Februari 2009

BERMUNAJAT PADA ALLAH

Semua Dijemput Hadir - malaysiakini

Program Munajat dan Perhimpunan Rakyat Menyokong kepimpinan MB Perak, Dato Seri Ir Nizar pada esok hari.. 5 februari Jam 7 malam Bertempat dikediaman Rasmi MB Perak,Ipoh.

Turut hadir Dato Seri Anwar Ibrahim dan Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat...

Semua RAKYAT dijemput hadir...

Semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat diminta teruskan munajat kepada Allah agar menyelamatkan kerajaan PR dari niat jahat lagi busuk oleh musuh-musuh yang sentiasa mengatur langkah yang tidak baik itu. Sehingga ke saat ini musuh-musuh PR tidak akan duduk diam, senang hati dengan perkembangan muktakhir ini.

Mereka menyedari bahawa rakyat telah nampak akan badan mereka yang penuh dengan najis-najis yang tidak dapat mereka cuci lagi dengan air biasa melainkan mereka cuci dengan cecair latex getah sahaja. Mereka umpama cacing kepanasan, tidak mahu menjadi mangsa, mereka akan cuba sedaya upaya mencari tempat teduh, sejuk lagi enak. Oleh itu mereka akan menggunakan dengan apa cara jua sekalipun agar mereka selamat terutamanya dalam tempoh 2 bulan ini, siapa kuat dia selamat, siapa lambat dia penat.
Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP