Selesai solat Jumaat, perhimpunan dimulakan dengan Bacaan Do'a Wehdah oleh Ketua Pemuda PAS Kubang Pasu, Ust. Yusuff Ahmad.
Kebanyakan jemaah tidak pulang ke rumah dan berkumpul kerana merasa penuh semangat setelah mendengar khutbah tentang kezaliman zionis Israel daripada mimbar masjid oleh Ust. Ridzuan yang telah benar-benar membakar semangat untuk mengutuk dan menyelar tindakan zionis laknatullah itu.
Kelihatan turut hadir beberapa pimpinan NGO dan PAS Kubang Pasu di dalam majlis tersebut. Ucaptama dan do'a qunut nazilah disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB Ir Hj Amiruddin Hamzah. Amat menyentuh hati dan perasaan lagi apabila ucapan penuh rasa syukur dan berterima kasih dari keluarga syuhada palestin sendiri kerana rakyat Malaysia turut merasai bersama-sama mereka.
Seterusnya dijalankan upacara membakar bendera Israel sebagai tanda simbolik bantahan terhadap kekejaman rejim Israel. Setiap ucapan tidak henti-henti diiringi dengan laungan takbir oleh para jemaah.
Seterusnya dijalankan upacara membakar bendera Israel sebagai tanda simbolik bantahan terhadap kekejaman rejim Israel. Setiap ucapan tidak henti-henti diiringi dengan laungan takbir oleh para jemaah.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh rakyat palestin sendiri serta pungutan derma untuk membantu rakyat Palestin. Oleh itu bersempena dengan hijrah ini juga marilah sama-sama kita berpuasa dan menginfa'kan seberapa banyak yang kita boleh untuk membantu mereka disamping teruskan solat hajat, membaca qunut nazilah, memboikot sebarang usaha membangunkan rejim Israel dan mengajak semua rakyat memahami perjuangan penduduk Palestin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan