Jumaat, 7 Ogos 2009

MUSNAHKAN BABI?

Kematian akibat selsema babi semakin meningkat dari sehari ke sehari. Tiadakah jalan penyelesaian untuk mengatasi permasalahan ini? Tiadapun seruan @ arahan dari pimpinan untuk memohon bantuan dari Allah SWT secara serius sedangkan kita tahu bahawa Allah yang turunkan penyakit dan hikmah penularan penyakit tersebut.

Apa yang pastinya ialah semasa penularan virus selsema burung habis segala binatang yang berkeluarga burung dimusnahkan. Di mana sahaja adanya spesies burung ini akan dicari untuk dimusnahkan agar tidak merebak. Usaha pemantauan kebersihan penjagaan makhluk tersebut juga dikuatkuasakan.

Mengapa kini kematian semakin hari semakin bertambah, tapi pihak berkuasa masih tidak berani melaksanakan kaedah yang serupa untuk menyelesaikan permasalahan yang menjadi ketakutan masyarakat kini. Permasalahan ini bukan lagi masalah ingin menjaga sensitiviti suatu kaum tetapi ia telah menjadi masalah hidup dan mati semua rakyat tidak kira bangsa, umur maupun jantina.

Semua masyarakat tidak kira bangsa/kaum seharusnya menyedari bahawa segala yang Allah tetapkan ada hikmahnya. Babi itu tidak boleh dimakan atas pelbagai sebab dan inilah salah satu sebabnya penyakit yang menimpa kita. Wahai saudara-saudaraku sekelian, fahamilah hakikat sebenarnya mengapa Islam amat menitikberatkan soal pemeliharaan dan pemakanan babi ini yang sebelum ini menjadi isu yang amat sensitif di antara kita.

Mudah-mudahan dengan peristiwa ini, saudara-saudara kita semua memahami mengapa kita mengambilberat tentang urusan pemeliharaan babi dan penyediaan makanan yang berunsurkan babi ini...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...
Saya harap saudari dpt membuat penyelidikan dulu tentang swine flu sebelum menulis artikel ini...
Pemusnahan babi bukanlah caranjya utk menyelesaikan masalah peyebaran wabak ini yg mengandungi 4 jenis virus iaitu 1 dari manusia, 1 dari burung dan 2 dari babi..Penyebaran virus ini disebarkan oleh manusia sendiri melalui udara dan sentuhan(sebab tu di galakkan kita memakai tutup mulut dan sentiasa membersihkan tangan apabila menyentuh sesuatu diluar)
Ianya berbeza dari bird flu yg memang disebar oleh haiwan dalam golongan tersebut maka perlu dihapuskan haiwan tersebut utk mengawalnya...samalah seperti virus JE (kalau saudari masih ingat kes tersebut) yg memang disebarkan oleh babi maka ketika itu tindakan menghapuskan babi perlu dan telah diambil...Dalam kes swine flu ini apakah saudari mahu supaya manusia dihapuskan utk mengelak penyebaran wabak tersebut...kerana manusia yg menjadi peyebar virus tersebut sebenarnya..
Tolonglah jgn semua perkara hendak dipolitikkan...bosan kalau semua hendak disalahkan pada kerajaan..
Berfikir dan bertindaklah dalam kerangka kita sebagai manusia yg berilmu....

singamaraja berkata...

Ahlan Wa Sahlan

La awat pulak nak musnahkan babi yang Allah ciptakan, yang patut musnahkan ialah orang yang berperangai babi kan gitu ka

Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP