Perdana Menteri 1 Malaysia telah menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi Penanti, salah satunya ialah mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara. Kenyataan ini bukanlah menjadi satu kejutan untuk rakyat Malaysia kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'.
Bila masa pula BN sekarang ni tau pembaziran wang rakyat? Menurut laporan , setahu kita semua puak mereka ni tukang perabih harta rakyat, samun sana samun sini, antaranya seperti yang telah dimaklumi iaitu;
1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara RM160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah RM115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM3 bilion
Jumlah keseluruhannya RM712 bilion
sepanjang 22 tahun mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan.
sepanjang 22 tahun mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan.
empat tahun Abdullah Ahmad Badawi berbelanja lebih RM700 bilion.
Tambah lagi;
1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS - RM1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) - RM8,390,000.00
3. Kos memperbaiki MRR 2 - RM70,000,000.00
4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade - RM120,000,000.00
5. Pembelian jet Abdullah - RM200,000,000.00
6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok - RM257,000,000.00
7. Pembelian 3 buah submarine - RM4,100,000,000.00
8.Skandal PKFZ - RM4,600,000,000.00
9. Skandal OPV (NDSB) bot laju Kementerian Pertahanan - RM6,750,000,000.00.
10.Perkampungan "Islam Hadhari"???
Entah macam-macam lagi, kalau nak senarai segala pembaziran yang mereka telah buat yang menguntungkan puak mereka ni tak cukup blog, 1 Malaysia habis kena sapu. Masakan daun bergoyang jika tiada angin yang meniupnya...
UBN sekarang ini hidup umpama "ludah ke langit kena batang hidung sendiri"...Siapa yang 'melepas' buanglah najisnya sendiri....semakin banyak menipu semakin ramai yang membenci.
1 ulasan:
Ooh selama ni dalam setiap pilihanraya BN guna duit rakyatlah untuk kepentingan BN!Tu dia.. baru pecah dari mulut BN sendiri. Bagi penyokong PR kami dah tau lama dah. Duit Rakyat tu makna duit penyokong PR sama tau bukan duit orang BN saja..malulah sikit UMNO/BN. Contohi PR guna duit sendiri.. BN bila dok kalah mula susun alasan macam-macam...boleh be..h.!
Catat Ulasan