Pada 12-14 Jun 2008 Muslimat Kubang Pasu telah
membuat lawatan ke Terengganu dan Kelantan. Rombongan mula bertolak dari Markaz Tok Kesop Jitra jam 10 malam dan tiba di
Masjid Pulau Melaka jam 5.30 subuh. Sepanjang lawatan selama 3 hari dipenuhi dengan aturcara yang berfaedah dan semua ahli rombongan rasa amat bertuah dan berpuas hati dengan semua pengisian sepanjang 3 hari tersebut. Bermula dari sebelum bertolak lagi ahli rombongan telah diberi taklimat tujuan rombongan dengan iringan doa dari Ustaz Ku Hamid. Kuliah subuh oleh TGNAANM, Kuliah Speaker DUN Kelantan, Kuliah Jumaat oleh TGNAANM, sambutan Ulangtahun ke-45 Maahad Darul Anwar, jalinan mesra bersama muslimat Kuala Terengganu, ke Masjid Terapung, meninjau dengan lebih dekat persekitaran masjid kristal, mengiringi Ketua DMPNK, YB ustzh Aishah ke Perasmian Muktamar DMP Kelantan. Di antara ruang yang ada dengan izin Allah jua dapat juga kami membeli-belah di Pasar Payang Terengganu, Pasar Siti Khadijah dan Bukit Bunga di Kelantan. Jauh perjalanan luas pandangan banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi, tidak sia-sia wang ringgit, masa dan tenaga yang diinfa'kan. Masing-masing rasa bersemangat untuk terus memajukan muslimat dan perjuangan...InsyaAllah, alhamdulillah... Sempat juga berposing sana sini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan