Jumaat, 28 Ogos 2009

'Majlis Tilawah dan Hafazan'

Posted by DMP Kubang Pasu

Sabtu, 24 Syaaban 1430 H (15 Ogos 2009)

Alhamdulillah, DMP KP berkesempatan mengadakan Majlis Tilawah dan Hafazan di Markaz Tarbiyyah PAS Kubang Pasu Jitra Kedah. Program ini adalah julong kalinya diadakan di kalangan muslimat di Kubang Pasu bersempena dengan Pelancaran Sambutan bulan Ramadhan yang bakal tiba. Program diadakan bertujuan untuk menanamkan semangat cintakan Al-Quran serta ajaran-ajarannya. Hadiah pemenang disampaikan oleh isteri Dato' Speaker DUN Kedah, Datin Hjh Rakibah.
Di antara pengisian sepanjang bulan Ramadhan yang telah diatur oleh pihak DMPKP adalah tadarus di setiap zon, khatam perdana, iftar jama'ie, singgah iftar, sumbangan fakir miskin & muallaf, jualan 'amal serta tazkirah Ramadhan.

TAHNIAH


Masih tidak terlewat pihak DMPNK mengucapkan tahniah kepada semua petugas Pakatan Rakyat PRK N11 Permatang Pasir terutama petugas muslimat yang sejak dari sebelum penamaan calon telah mula bertugas di sana, meninggalkan suami dan anak-anak di rumah demi memperjuangkan amanah Allah SWT.


Tahniah juga diucapkan kepada calon PR, Ustaz Salleh Man yang telah memenangi PRK kali ini yang menggantikan YB Dato' Hj Hamdan Abdul Rahman. Selamat menjalankan tugas kepada YB Ustaz Salleh Man.

Isnin, 17 Ogos 2009

PAS BERSEDIA MEMBANTU...



Penularan wabak H1N1

Abdul Hadi Awang Fri Aug 14, 09 5:58:39 pm MYT

Harakahdaily; Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang sangat membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus ini tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda atau kaya miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah ujian Allah SWT kepada kita.

Dalam hal ini, pertamanya PAS ingin merakamkan ucapan takziah kepada rakyat yang telah kehilangan anggota keluarga mereka dalam siri serangan virus ini. Semoga mereka akan terus memperkuatkan semangat dalam berhadapan dengan suasana yang menekan ini.


Kedua, agensi kerajaan yang mendepani dalam menghadapi wabak ini iaitu Kementerian Kesihatan juga seharusnya diberi pelbagai ruang dan sumber yang secukupnya supaya kakitangan kementerian ini dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh professional dan selamat. Segala nasihat yang disampaikan dan tindakan yang diambil oleh mereka ini perlu dipandang dengan serius oleh semua pihak. Dalam pada itu juga, segala prosedur dan proses bagi mendapatkan bahan ubatan untuk menghadapi wabak ini yang dijangka berada di pasaran dalam tempuh beberapa bulan lagi juga seharusnya dipermudahkan.


Ketiga, PAS menyeru supaya pihak-pihak institusi pendidikan di semua peringkat yang menempatkan golongan pelajar dalam kelompok yang ramai ini juga untuk mempermudahkan segala proses membuat keputusan untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap penularan ini.


Keempat, sekiranya diperlukan untuk membantu mana-mana pihak atau sesiapa sahaja dalam suasana sebegini, maka PAS telah bersedia untuk menggerakkan seluruh tenaga sukarelawan menerusi Unit Amal, Lajnah Kebajikan, tenaga doktor dan kaunseling serta alim ulama untuk membantu rakyat dalam menghadapi wabak ini. Ini adalah sumbangan PAS kepada seluruh rakyat supaya kita sama-sama dapat menghadapi suasana ini secara bersama tanpa mengira fahaman politik.

Jumaat, 14 Ogos 2009

TAKZIAH


DMPNK mengucapkan takziah kepada keluarga serta sanak saudara Ustaz Asri, vokalis utama Rabbani yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh Almarhum dan ditempatkan bersama para Anbiya', syuhada dan para solehin di dalam syurga Al Firdaus Al A'la. Al-Fatihah...

Jumaat, 7 Ogos 2009

MUSNAHKAN BABI?

Kematian akibat selsema babi semakin meningkat dari sehari ke sehari. Tiadakah jalan penyelesaian untuk mengatasi permasalahan ini? Tiadapun seruan @ arahan dari pimpinan untuk memohon bantuan dari Allah SWT secara serius sedangkan kita tahu bahawa Allah yang turunkan penyakit dan hikmah penularan penyakit tersebut.

Apa yang pastinya ialah semasa penularan virus selsema burung habis segala binatang yang berkeluarga burung dimusnahkan. Di mana sahaja adanya spesies burung ini akan dicari untuk dimusnahkan agar tidak merebak. Usaha pemantauan kebersihan penjagaan makhluk tersebut juga dikuatkuasakan.

Mengapa kini kematian semakin hari semakin bertambah, tapi pihak berkuasa masih tidak berani melaksanakan kaedah yang serupa untuk menyelesaikan permasalahan yang menjadi ketakutan masyarakat kini. Permasalahan ini bukan lagi masalah ingin menjaga sensitiviti suatu kaum tetapi ia telah menjadi masalah hidup dan mati semua rakyat tidak kira bangsa, umur maupun jantina.

Semua masyarakat tidak kira bangsa/kaum seharusnya menyedari bahawa segala yang Allah tetapkan ada hikmahnya. Babi itu tidak boleh dimakan atas pelbagai sebab dan inilah salah satu sebabnya penyakit yang menimpa kita. Wahai saudara-saudaraku sekelian, fahamilah hakikat sebenarnya mengapa Islam amat menitikberatkan soal pemeliharaan dan pemakanan babi ini yang sebelum ini menjadi isu yang amat sensitif di antara kita.

Mudah-mudahan dengan peristiwa ini, saudara-saudara kita semua memahami mengapa kita mengambilberat tentang urusan pemeliharaan babi dan penyediaan makanan yang berunsurkan babi ini...

Rabu, 5 Ogos 2009

Program 'aurat dijaga maruah terpelihara'

Posted by DMP Pendang


Saturday, July 25, 2009

Pagi tadi bertempat di Dewan Serbaguna Pendang telah berlangsung satu acara anjuran NGO yang bernama PEWANGI atau Pertubuhan Wanita Prihatin Daerah Pendang ; Program diberi nama Program Ketrampilan Diri Muslimah . Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid oleh Pelajar-pelajar Sek Menengah Islah , Pendang dan Sek Men Agama An-Nadhah Bukit Besar..


Program julong kali diadakan adalah atas inisiatif PEWANGI yang ingin membantu Kerajaan Negeri Kedah di bawah PR didalam kempen menutup aurat dikalangan wanita Muslim di Negeri Kedah bersesuain dengan bulan Rejab yang baru saja berlalu dimana amaran keras telah diberikan terhadap mereka yang mengabaikan aurat .

Tujuan program tak lain tak bukan adalah untuk mengajak kaum wanita untuk menutup aurat mengikut kod etika atau ISO yang telah ditetapkan oleh Islam. Yg berbahagia Tok Puan Faekah Sh Hamzah isteri MB Kedah telah berkenan merasmikan program tersebut. Sambutan luar biasa dari kaum wanita Pendang dimana hampir 800 orang telah hadir memenuhi dewan.

Antara acara yang mendapat sambutan hangat adalah forum yang bertajuk AURAT TERJAGA MARUAH TERPELIHARA. Ahli panel terdiri daripada Ustaz Ahmad Yahya , Ustazah Zaharah Abu Bakar dan Ustazah Che Nazrah. Rata rata penonton berpuas hati dengan kupasan jitu tentang aurat wanita yang Berjaya dikupas oleh ahli panel. Mudah mudahan hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan Kedah Sejahtera akan tercapai hendaknya. Selain dari forum satu pertunjukun fesyen yang diberi nama Islamic Fashion Show turut diadakan.Model model terdiri daripada ahli ahli Unit Amal Nisa kawasan Pendang seramai 30 orang semuanya. Islam tak menghalang wanita berfesyen tetapi kena ada batasnya . Pandai sungguh adik adik ni menggayakan fesyen. Kita megharapkan banyak lagi NGO tampil membantu kerajaan negeri dalam melaksanakan kerja kerja Islam seperti ini . Kita tak mau tengok ramai orang perempuan keluar rumah pinjam baju adik. Pakai tudung dengan baju pendek lengan sekerat, seluar ketat lagi sendat, nampak pusat.

Ahad, 2 Ogos 2009

Muslimat PAS Baling, Kedah antara yang ditahan

Posted by Aiman Athirah Al Jundi at Saturday, August 01, 2009

Syabas Buat Kakak Ku Umi Kalthom Wahab Dan Maizon Ahmad

Saya baru dihubungi oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Baling yang memaklumkan bahawa dua orang Srikandi Muslimat PAS Baling iaitu Kak Umi Kalthom dan Kak Maizon telah pun ditahan bersama lebih kurang 50 orang pejuang-pejuang kebangkitan rakyat dari seluruh negara. Mereka ditahan di Masjid Negara. Kebanyakan yang berada di situ juga telah "dihalau" agar meninggalkan masjid ! AlhamduliLlah...inilah mahar yang perlu dibayar oleh pejuang-pejuang rakyat yang prihatin terhadap saudara-saudaranya yang didzalimi Pemerintah di bawah kuku besi Najib Satu Malaya!

Sebentar ini saya dapat bercakap dengan Kak Umi Kalthom dan sempat memberikan pandangan dan nasihat khususnya ketikamana berada dalam kongkongan kedzaliman UBN. Azam dan semangat mereka tinggi. Bagi pihak sahabat-sahabat kepimpinan Dewan Muslimat PAS di semua peringkat kita merakamkan ucapan syabas dan tahniah. La tahzan!
Allahu Akbar! Hidup ruh jihad para syahidah dalam diri para Muslimah!


Perjalanan muslimat Kedah

ISA...BICARAKAN BAPA MEREKA

Di palang ini - akan ku humban ke neraka kamu !
Laungan itu tidak lagi sedap didengar,ia menjadi racun bisa yg mampu membunuh,dan di palang ini, akan ku humban kamu ke neraka..BEBASKAN TAHANAN I.S.A !!

Saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.

Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari.

Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama.

Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa.

Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan. Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.
[..] Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi.blogspot.com/ @ merah hitam. (*)kredit kepada merdekareview

Sabtu, 1 Ogos 2009

HANTAR SECEPAT MUNGKIN


Harakahdaily : GMI akan hantar Memo 10 Deklarasi ISA kepada Agong secepat mungkin

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat.

Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Demikian lapor wartawan Harakah, NYZA AYOB dari Pejabat Agung PAS.

Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.

Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.

Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.
Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras.
Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP