Selasa, 30 Jun 2009

SEMINAR WANITA & UNDANG-UNDANG

Alhamdulillah, Jkuasa Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Kedah telah dapat menjalankan Seminar Wanita & Undang-undang pada 25 Jun 2009, Khamis di Dewan Sri Mentaloon, Alor Setar. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Mohamed Taulan Mat Rasul. Terdahulu ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengerusi JK PWK NK, YB Ustazah Aishah Hj Ghazali.

Sesi pertama dua kertas kerja telah dibentangkan oleh 2 ahli panel iaitu Prof. Madya Dr Raihanah Abdullah (Jab. Syariah & Undang-undang, UM) dan Tn Syeikh Abd. Rahman Hj Abdullah (Ketua Pendaftar Jab. Kehakiman Syariah Kedah).Sesi kedua pula Diskusi Hawa dengan 2 ahli panel telah dijemput iaitu Prof. Madya Dato' Muhamad Badarudin Hj Ahmad (Dekan Kuliyyah Usuluddin, KUIN) dan Prof. Madya Dr Che Noraini Hashim (INSTED, UIAM) dengan moderatornya iaitu Ustaz Mohamad Azki Hafizi Hj Abdullah (Pengarah Perhubungan Awam, KUIN).

Para peserta rasa amat bertuah dan berpuas hati terhadap setiap pengisian yang dijalankan pada hari tersebut. Semua slot mendapat respon yang amat baik dari peserta yang hadir. Peserta adalah terdiri dari golongan wanita dan masing-masing mengucapkan tahniah kepada JK PWK NK kerana dapat menganjurkan program yang amat bertepatan dengan kehendak dan keperluan yang dicari oleh golongan wanita kini.

TAKZIAH

DMP Kedah mengucapkan takziah kepada YB Senator Mumtaz Md Nawi dan keluarga di atas pemergian bonda pada tengahari semalam (Isnin), 29 Jun 2009. Didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin, InsyaAllah.

Ahad, 28 Jun 2009

JAWATANKUASA BADAN PERHUBUNGAN PAS KEDAH SESI 2009-2011

Tiada banyak perubahan di dalam kabinet baru BPP Kedah sesi 2009-2011. Berikut adalah Jawatankuasa BPP Kedah sesi 2009-2011 yang diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Razak

TIMBALAN PESURUHJAYA I :
YB Dato' Ir. Hj. Phahrolrazi bin Hj Zawawi
TIMBALAN PESURUHJAYA II :
YB Dato' Hj Mahfuz bin Omar
TIMBALAN PESURUHJAYA III :
YB Ust Hj Taib Azamudden bin Md Taib

SETIAUSAHA:
YB Senator Hj Muhamad Yusuf bin Husain
BENDAHARI :
YB Dato' Hj Taulan bin Mat Rasul
KETUA PENERANGAN :
YB Dato' Hj Amiruddin bin Hamzah

AHLI JAWATANKUASA TAMBAHAN YANG DILANTIK:

1. Ust. Hj Abu Kassim bin Abdullah
2. Sheikh Ismail bin Kamis
3. Ust. Mohamad @ Fauzi bin Husin
4. Hajjah Zakiah binti Baharom
5. Tuan Hj Sobri bin Osman
6. Tuan Haji Che Had bin Dhali
7. Tuan Haji Mohamed Hisham bin Mohd Nordin

KETUA DAN SETIAUSAHA DEWAN

1. Dewan Ulamak
Ketua : Sheikh Mohamad bin Abdullah
Setiausaha : Ust. Mohd Zainal Asri bin Ramli

2. Dewan Muslimat
Ketua : YB Ustazah Hajjah Aishah bin Ghazali
Setiausaha : Ustazah Fatimah binti Wan Teh

3. Dewan Pemuda
Ketua : Ust Ahmad bin Yahya
Setiausaha : Ust. Mohd Rosli bin Azmi

YDP DAN SETIAUSAHA PAS KAWASAN

1. LANGKAWI
YDP : Sdr. Zuber bin Ahmad
SETIAUSAHA : Tuan Haji Nasharuddin

2. JERLUN
YDP : YB Ust Abd. Ghani bin Abdullah
SETIAUSAHA :Sdrzhar bin Ibrahim

3. KUBANG PASU
YDP : YB Dato' Abd Isa bin Ismail
SETIAUSAHA : Tuan Hj Zuki bin Yusuf

4. PADANG TERAP
YDP : Ust Hj Zawawi bin Ahmad
SETIAUSAHA :Ust. Mohd Azam bin Abd Azaz

5. POKOKS SENA
YDP : YB Dato' Hj Mahfuz bin Omar
SETIAUSAHA :Sdr. Zuhairi bin Zubit

6. ALOR SETAR
YDP : YB Dr. Ismail bin Salleh
SETIAUSAHA :Sdr Zulkifli bin Yahya

7. KUALA KEDAH
YDP : YB Dato' Ir. Hj Phahrolrazi bin Hj Zawawi
SETIAUSAHA : Tuan Haji Aris bin Awang

8. PENDANG
YDP : Tuan Guru Hj Abd Rahim bin Abdullah
SETIAUSAHA : Tuan Hj Sobri bin Awang

9. JERAI
YDP : YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan bin Abd Razak
SETIAUSAHA : Sdr. Muzaini bin Azizan

10. SIK
YDP : YB Yahya bin Abdullah
SETIAUSAHA : Sdr Anuardi bin Abu Bakar

11. MERBOK
YDP : Tuan Hj Mat Akhir bin Talib
SETIAUSAHA : Ust Azizan bin Hamzah

12. SUNGAI PETANI
YDP : YB Hj AbdullAh bin Jusoh
SETIAUSAHA : Sdr. Rosli bin Darus

13. BALING
YDP : Tuan Guru Hj Abdahab bin Hassan
SETIAUSAHA : Tuan Yusuf bin Ahmad

14. PADANG SERAI
YDP : Tuan Haji Fauzi bin Mat Tahir
SETIAUSAHA : Tuan Hj Nabil bin Putih

15. KULIM BANDAR/ BAHARU
YDP : Ust Hj Hassan bin Abd. Razak
SETIAUSAHA :Sdr Hussain bin Saad

Isnin, 22 Jun 2009

ALHAMDULILLAH, LEGA...

Sejak dicanang Kerajaan Perpaduan oleh Presiden, bagai nak lelah muslimat menjawab soalan-soalan yang bertalu-talu dari semua pihak. Alhamdulillah masih tiada lagi yang 'innalillah hiwainnailaihiroji'un'... Tidak kira siapa, ke mana sahaja semua pakat nak tau jawapan segera dan biasala rakyat marhaen ni, nak bertanya pimpinan jauh sekali. Yang menjadi bahan lontaran 'orang tengah'la jawabnya tapi alhamdulillah semua soalan dapat dijawab oleh muslimat dengan berhikmah.

Sehari rasa seminggu, seminggu rasa sebulan menunggu bila la taufan ini akan berhenti dan bila la pimpinan akan membuat kenyataan agar semua pihak merasa lega dan aman semula. Selagi pimpinan tidak mengeluarkan kenyataan selagi itulah tafsiran dan andaian tertentu dibuat oleh setiap individu samada bersetuju ataupun tidak dengan hanya mengikut perkiraan masing-masing.

Masing-masing cuba menasihati agar pimpinan jangan pandai sesuka hati untuk membuat sebarang kenyataan tanpa persetujuan parti, ribut taufan akan jadinya nanti, fikirlah rakyat yang ramai ini... Taufan yang melanda merosakkan suasana sukar untuk dipulihkan. Suatu kerja lagi terpaksa 'orang tengah' laksanakan yakni untuk memperbaiki suasana yang telah berkecai, senget dan sebagainya. Susah payah tugas dan tanggungjawab pimpinan, begitu juga rumitnya kerja 'orang tengah' ini...yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai golongan dan juga latar belakang mereka...

Walaubagaimanapun... seronok rupanya riuh pikuk ini... semua sayangkan perjuangan ISLAM...

Isnin, 8 Jun 2009

Kesimpulan Ucapan Dasar Presiden "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"

Sebagai intipati tindakan bagi para pendokong dan pimpinan PAS, maka izinkan untuk saya simpulkannya dan membuat seruan seperti berikut:

i) Saya menyeru kepada semua peringkat ahli parti untuk memperkukuhkan ukhuwwah, mahabbah dan persaudaraan dalam saf jamaah khususnya di peringkat kepimpinan serta aktivis parti sehingga ke seluruh akar-umbi supaya benar-benar menjadi seperti yang dituntut Allah SWT dalam Surah As-Sofff ayat 4, terutamanya Majlis Syura Ulama, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan-dewan, Badan Perhubungan PAS Negeri-negeri, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan. Arahan ini juga termasuk memperkukuhkan Kelab Penyokong PAS sehingga kebersamaan mereka dalam perjuangan PAS dapat terus diperkasakan.


ii) Marilah kita mengurus kemenangan dan kelemahan kita dengan Islam, supaya Islam yang kita perjuangkan itu mampu dilihat sebagai pemandu dalam segala bentuk amalan kita. Kita ingin memimpin perubahan dalam negara kita dengan Islam. Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh.


iii) Marilah kita melaksanakan mesej dakwah secara muwajahah silmiyyah, dengan kita sedia berdialog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja demi merealisasikan tema Islam Memimpin Perubahan.


iv) Marilah kita terus menerus memperkasakan parti dan mempersiapkan kepimpinan PAS, bagi menangani cabaran persaingan yang semakin sengit dari segi tuntutan intelektual dan mendepani permasalahan negara dalam konteks global. Para pimpinan ulama PAS juga perlu berani berijtihad bagi menangani polemik-polemik baru dalam urusan perundangan dan kancah politik yang serba mencabar ini.


v) Marilah kita menampilkan satu imej dan citra PAS sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang dengan menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat ‘Usuliy’ dari segi prinsip-prinsip perjuangan, ‘Mu?asirah’ dari segi kepimpinan dan organisasi-jentera, ‘Istiqbaliy’ dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan.


vi) Marilah kita mengeratkan persefahaman dan keserasian setiakawan dan kelancaran bekerja di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat, sehingga benar-benar dapat menyerlahkan kredibiliti dan perpaduan Pakatan Rakyat khususnya di semua negeri-negeri yang kita tadbir bagi bersiap sedia untuk menempah kejayaan yang lebih besar dalam PRU ke-13.


PENUTUP


Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Marilah kita menghayati akan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”

[24:55]

Ucapan teks penuh rujuk http://tzkrh.blogspot.com/


ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Barisan Kepimpinan yang akan menerajui ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN yang bakal mencorakkan PRU13

Presiden:
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden:
Ustaz Nasharudin Mat Isa

Naib Presiden:
1)Tuan Ibrahim Tuan Man
2)Salahuddin Ayub
3)Mahfuz Omar

Ahli Jawatankuasa Kerja:
1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
2) Ustaz Idris Haji Ahmad
3) Dato' Kamarudin Jaffar
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik
9) Mohamed Hanipa Maidin
10) Ir Amiruddin Hamzah
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman
13) Dr Dzulkefly Ahmad
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
15) Ustaz Hashim Jasin
16) Mazlan Aliman
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib
18) Dr Mujahid Yusof Rawa

UCAPTAMA KETUA DMPP - Muktamar Tahunan DMPP 49

Segala puja-puji bagi Allah Tuhan yang Maha Mengatur dan Menguruskan seluruh alam. Sesungguhnya dengan izin dan inayahNya jua kita dapat bertemu dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 49 ini.

Kepada semua, saya mengalu-alukan kehadiran dan keterlibatan dalam menjayakan muktamar ini. Marilah kita bersama-sama menjadikan muktamar kali ini sebagai wadah kepada muslimat untuk menaiki mata tangga perjuangan yang lebih tinggi. Moga segala penilaian, teguran, pandangan dan idea-idea baru yang dijana akan membakar lebih marak api kemaraan muslimat di dalam perjuangan ini.

MENYEMARAKKAN KEMENANGAN

Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.-
at-Taubah: ayat 41

Sidang muktamar yang dihormati sekalian,
Alhamdulillah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Ya Malikul Mulk, Tuhan Yang Memiliki seluruh kerajaan di mukabumi ini. Allah yang telah memberikan kekuasaan dan kerajaan kepada gabungan Pakatan Rakyat melalui pilihanraya baru-baru ini di negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta seketika di Perak sebelum dirampas dengan rakus oleh Barisan Nasional dengan mengenepikan suara rakyat.

Sejarah telah melakarkan satu lagi keajaiban Allah s.w.t. yang mana gabungan Pakatan Rakyat merupakan parti-parti politik yang serba kekurangan telah dapat memenangi hati rakyat bagi membela nasib mereka dan menentukan halatuju serta masa depan negara. Jauh berbeza dengan gabungan Barisan Nasional yang tanpa segan silu menggunakan seluruh jentera kerajaan negeri dan pusat untuk kepentingan mereka bagi mempertahan kuasa.

Sesungguhnya fenomena ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa arus kehidupan rakyat yang semakin berubah dan matang, mahu memilih jalan hidup yang berteraskan kepada kebenaran dan keadilan sejagat yang sememangnya menjadi tuntutan Islam. Walaupun dicurahkan dengan segala bentuk kebendaan, ianya sudah tidak mampu memikat hati rakyat yang semakin sedar dan bimbang bahawa negara kita sedang menuju ke arah kehancuran.

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,
Secara sedar ataupun tidak, kita berhadapan dengan satu peradaban jahiliyyah yang berteraskan kapitalisma berdasarkan amalan riba? dan segala rupa bentuk materialisma yang mengakibatkan berlakunya penindasan dan kezaliman. Satu peradaban yang dilihat sekarang telah menghasilkan kepincangan sistem kekeluargaan, pendidikan, ekonomi, sosial, dan perundangan. Ataupun boleh dikatakan seluruh sistem kehidupan sudah menampakkan tanda-tanda ke arah kehancuran.

Dalam keadaan kegusaran dan kebuntuan ini, kita lihat manusia mula tercari-cari jalan keluar dan mula mendekati Islam sebagai jalan penyelesaian kepada seluruh kepincangan dan kehancuran ini. Sememangnya Islam sebagai satu cara hidup telah pun menjanjikan kesejahteraan kepada kehidupan manusia sejagat.

Firman Allah SWT yang bermaksud;
?Sesungguhnya Allah menyeru (manusia) ke tempat kediaman yang sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada manusia yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) ke jalan yang betul dan lurus (yang selamat itu).? –
Yunus: ayat 25
Oleh itu bermula dari kemelut ini, marilah kita bertekad untuk mengambil kesempatan yang datang ini untuk terus menyemarakkan kemenangan agar usaha-usaha dakwah dan pengislahan atau reformasi masyarakat dapat kita lakukan dengan lebih berkesan.

MENGUKUHKAN KESATUAN FIKRAH & AMAL
Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,
Kita insafi bahawa kemenangan yang dianugerahkan Allah s.w.t. ini menuntut kita mengisinya dengan kebenaran dan keadilan Islam. Tuntutan perjuangan memerlukan kepada pengorbanan yang hebat. Juga keutuhannya memerlukan kesatuan fikrah dan amal yang jelas serta berterusan seperti ditunjukkan oleh para Nabi, Rasul dan seluruh pejuang Islam dahulu sehingga kini.

Usaha-usaha bagi mengukuhkan kesatuan fikrah dan amal adalah satu kemestian bagi jamaah Islam. Ianya dapat memastikan kesinambungan perjuangan dan tidak lari dari landasan sebenar. Muslimat PAS sendiri terdiri daripada pelbagai golongan termasuk ulama', profesional, aktivis dan suri rumah yang menjadi 'grassroot' kepada perjuangan ini. Kepelbagaian latarbelakang muslimat ini merupakan pelengkap kepada kekurangan setiap pejuang yang akhirnya akan melahirkan satu saf muslimat yang dinamik umpama sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Kejelasan aqidah dan prinsip perjuangan merupakan teras dan dasar kepada kepelbagaian ini. Justeru akhirnya akan membawa kepada kemantapan dan kecemerlangan. Perbezaan pendapat dan pendekatan merupakan sifat kreativiti Allah Ya Musowwir dan Ya Khaliq. Allah SWT telah memberikan sifat tersebut kepada manusia agar manusia menjadi kreatif dalam usaha-usaha kembali kepada Allah s.w.t. dengan mengadun-jalin pelbagai idea dan pendekatan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk agama-Nya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.? –
As-Saf: ayat 4
Oleh itu perbezaan-perbezaan yang wujud harus diterima sebagai kepelbagaian teknik dakwah yang harus merangkumi pelbagai jenis mad?u atau sasaran dakwah.
Dewan Muslimat PAS sentiasa menerima dengan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menggabungkan diri dalam perjuangan ini dan bersedia menerima teguran, pandangan dan pendapat demi kecemerlangan perjuangan.

MUSLIMAT BERINTERGRITI & BERPERANAN SEBAGAI DA’I KEPADA MASYARAKAT
Bagi memastikan kesatuan yang kukuh di kalangan jentera muslimat, usaha-usaha ke arah melahirkan muslimat yang bercirikan kepada muhajidah, berilmu, beriman, beramal, bertaqwa, beristiqamah serta berperanan sebagai da?i pada masyarakat mestilah dipertingkatkan.
Untuk itu, Dewan Muslimat Pas akan terus memberikan komitmen kepada usaha-usaha pembentukan kepimpinan dan amilin yang profesional melalui penubuhan akademi naqibah. Harapan kita ianya akan dapat mendidik dan melahirkan saf kepimpinan yang mampu memimpin wanita di semua peringkat, serta menjadi amilin yang mampu menyerahkan seluruh jiwa dan raga untuk perjuangan suci ini.

Mudah-mudahan dengan itu kita para pendokong Muslimat akan termasuk di dalam golongan mereka yang berjual beli dengan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksudnya;
“Wahai orang-orang beriman, mahukah Aku tunjukkan perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenar)" –
as-Saf: ayat 10 - 11
i. PERANAN MEMANTAPKAN AKHLAK MASYARAKAT
Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,
Dewan Muslimat PAS di semua peringkat hendaklah sentiasa memberikan komitmen yang berterusan bagi membawa masyarakat kepada berkeperibadian dan akhlak yang tinggi dan terpuji. Muslimat adalah agen perubahan bagi kemantapan kehidupan masyarakat dalam semua aspek kehidupan. Sewajarnyalah berbekalkan dengan pentarbiyahan tenaga para dai? dari kalangan muslimat ini serta kesatuan fikrah berupaya menarik minat masyarakat ke arah matlamat yang diidamkan.

Muslimat menekankan akhlak terpuji di dalam semua aspek kehidupan termasuk aspek ekonomi, pendidikan, kekeluargaan, perundangan, kesenian, sukan dan sebagainya. Akhlak terpuji yang dibawa oleh Islam ini adalah seperti nilai-nilai jujur, amanah, bertanggungjawab, hormat menghormati, bantu-membantu, prihatin dan seumpamanya.
Sifat-sifat ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah merupakan keperluan manusia sejagat.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.? –
al-Anbia: ayat 107

Begitu juga seluruh manusia menolak keperibadian buruk yang akan merosakkan kehidupan seperti rasuah, penyelewengan, amalan riba?, mementingkan diri sendiri, kezaliman, penindasan dan seumpamanya.

ii. PERANAN MENGEMBALIKAN MASYARAKAT ISLAM SEBAGAI PENDOKONG KEPADA AJARAN ISLAM YANG SYUMUL
Di dalam usaha-usaha kita membina masyarakat berakhlak, Dewan Muslimat PAS ingin menegaskan bahawa ummat Islamlah sewajarnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat keseluruhannya. Tanggungjawab ini terpikul berat ke atas bahu Muslimat PAS.
Muslimat PAS harus berbeza dengan wanita yang tidak menjalani proses tarbiyah yang lain. Jika tidak akan jadilah keadaan sebagaimana perumpamaan yang menggambarkan keadaan 'ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul'.

Islam telah diturunkan sebagai satu cara hidup yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Ummat Islam mesti kembali kepada cara hidup Islam dan meninggalkan cara hidup jahiliyyah yang dibawa oleh penjajah. Cara hidup yang kuat dipengaruhi oleh penjajah ini telah menyempitkan Islam sebagai hanya satu agama ritual dan telah diwarisi serta membelenggu ummat Islam hingga kini.

Umat Islam harus mengembalikan sistem perundangan Islam, pendidikan Islam, perubatan Islam, kekeluargaan Islam, ekonomi Islam, kesenian Islam dan sistem kerjaya yang berlandaskan Islam. Kembali kepada satu sitem hidup Islam sebagai ad-Deen – “Islam as a way of life' satu kehidupan yang diredai oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan jangan kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata"–
al-Baqarah: ayat 208.
Dewan Muslimat melalui program penerangan, kebajikan, perundangan akan terus memberikan komitmen yang sangat tinggi bagi membawa masyarakat Islam khususnya di Malaysia ini kembali kepada cara hidup Islam dalam semua aspek kehidupan. Tidak lupa juga kita mendokong usaha-usaha Nisa' memperkenalkan dan memikat para remaja kita ke arah cara hidup Islam yang syumul.
iii. PERANAN MEMBAWA MASYARAKAT KELUAR DARIPADA KEMELUT KEHANCURAN INSTITUSI KELUARGA

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,
Dewan Muslimat PAS sangat prihatin terhadap masalah yang menimpa institusi keluarga khususnya umat Islam. Kadar perceraian yang tinggi dan sangat mencemaskan menunjukkan penyakit yang kronik sedang menimpa institusi keluarga.

Dewan Muslimat ingin menegaskan bahawa institusi keluarga mestilah kembali kepada peranannya yang asal iaitu melahirkan dan membina ummat yang memperjuangkan kehidupan yang diredai oleh Allah SWT.

Hari ini kita dapati matlamat perkahwinan bukan lagi untuk membina keluarga yang menjadi batu-bata masyarakat yang kukuh. Malang sekali ianya seolah-olah telah menjadi tempat dimana dunia dan wang ringgit menjadi matlamat sehingga melupakan tanggung jawab isteri, suami untuk memberi kasih sayang dan mendidik anak-anak.

Kekusutan hubungan suami isteri yang sangat mencemaskan ini, akhirnya membawa kesan negatif kepada anak-anak. Akibatnya anak-anak terabai dan membawa mereka kepada gejala sosial yang melalai dan merosakkan mereka.

Menyedari akan hakikat ini, Dewan Muslimat perlulah mengembelingkan tenaga bagi membuat program-program kesedaran dan pengisian rohani bagi membawa mereka kembali kepada fitrahnya yang asal dan akhirnya akan membawa kepada keharmonian rumahtangga.

MENGUBAH MINDA WANITA MALAYSIA KE ARAH KECEMERLANGAN UMMAH
Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,
Wanita Malaysia perlulah dibawa ke arah mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Sebahagian mereka perlu mengubah minda sedia ada yang selama ini dibelenggu dengan pelbagai kepercayaan dan prinsip yang negatif, akibatnya mereka mundur dari segala aspek.

Kekurangan ilmu tentang kehidupan termasuk perundangan, hak-hak wanita, pendidikan dan ekonomi menjadikan masih ramai wanita Malaysia hari ini hanya mampu mengikut arus dan tidak mampu berfikiran kritis, proaktif dan inovatif. Usaha-usaha perlu kita lakukan bagi membawa wanita kepada kecemerlangan serta mampu memilih yang benar dan yang salah.

Tegas Allah SWT pada firman-Nya yang bermaksud:
“Katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" –
Az-Zumar: ayat 9
Pemikiran negatif yang berpada dalam 'zon selesa', takut untuk mencuba perkara baru, takut gagal, takut mengambil risiko dan tidak mampu menempuh ujian dan dugaan dengan penuh ketabahan menjadikan ramai kaum wanita Malaysia khususnya wanita Melayu hanya menjadi pengguna, tetapi tidak mampu mencipta produk baru dan pendekatan baru.

Masalah ini ditambah lagi dengan sikap malas, suka mencari jalan pintas, suka bergantung kepada orang lain dan tidak mahu berusaha. Akhirnya masih ramai wanita-wanita ini tertipu dengan pelbagai tipudaya skim cepat kaya dan seumpamanya.

Oleh itu, Dewan Muslimat perlulah memberikan komitmen yang tinggi melalui pelbagai program penerangan. Sasarannya adalah termasuk wanita bandar, luar bandar, warga emas khususnya wanita Melayu. Usaha-usaha ini bagi mengubah minda mereka daripada berfikiran negatif dan statik kepada pemikiran positif dan dinamik yang akan menggerakkan perubahan di dalam masyarakat.

MENGUASAI POLITIK NEGARA DENGAN KESYUMULAN ISLAM

Politik negara kita hari ini telah dicemari dengan pelbagai amalan rasuah, penyelewengan dan ketidakadilan. Ramai ahli-ahli politik di negara ini telah dilabelkan oleh sebahagian besar rakyat sebagai perompak harta negara, yang mana mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mendapatkan keuntungan dan wang ringgit bagi kepentingan diri.

Kesibukan mencari ruang-ruang kepentingan diri menyebabkan kurangnya masa untuk memikirkan pembangunan negara dan kepentingan rakyat. Sekiranya ada yang mengkritik dan membangkang, maka pelbagai tindakan politik akan dikenakan sehingga ramai yang terpaksa berdiam diri walaupun nampak penyelewengan yang jelas di depan mata mereka.

Namun begitu, PAS dan parti-parti rakan dalam gabungan Pakatan Rakyat tidak pernah gentar dengan ugutan dan tindakan mereka. Kebenaran dan keadilan terus dilaungkan dan ditegakkan. Dewan Muslimat ingin menegaskan kepada semua aktivitis PAS dan Pakatan Rakyat bahawa kami sentiasa memberikan sokongan padu dan akan terus bersama walau apa dugaan sekalipun yang akan mendatang.

Dewan Muslimat akan bersama menyumbangkan usaha-usaha yang telah dirancang oleh PAS Pusat dalam agenda membawa ciri-ciri Islamiyah dalam berpolitik dan bernegara. Sesungguhnya kesyumulan Islam hanya dapat dinikmati melalui amal yang berterusan bukan sekadar retorik sahaja.

Jika tidak terjadilah suasana seperti UMNO yang mengagungkan Islam sebagai satu tamadun lampau yang dapat dilihat kesyumulannya hanya pada lipatan sejarah dan juga pada lembaran kertas kitab-kitab yang tersusun baik di perpustakaan.

i. PERANAN MUSLIMAT DALAM PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG & HALA TUJU NEGARA

Dewan Muslimat PAS tidak ketinggalan memainkan peranan dalam penggubalan undang-undang negara. Muslimat yang diwakili oleh beberapa orang tokoh Muslimat yang menjadi Ahli Dewan Negara (Senator), Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terus menerus memperjuangkan kebenaran dan keadilan, membela mereka yang tertindas serta mereka yang menjadi mangsa politik Barisan Nasional.

Peranan muslimat dalam menentukan hala tuju negara akan semakin terserlah dengan lahirnya tokoh-tokoh muslimat di kalangan pengamal undang-undang, pengamal perubatan, ahli-ahli akademik, ahli-ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat.

Dewan Muslimat mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua cendikiawan muslimat yang sanggup mengorbankan status dan jawatan mereka demi perjuangan.

ii. MENYOKONG KONSEP KERJASAMA POLITIK YANG DIPUTUSKAN OLEH KEPIMPINAN PAS

Dewan Muslimat juga menyokong sepenuhnya setiap keputusan Majlis Syura Ulama' dalam menangani cabaran politik tanah air seperti konsep Tahaluf Siyasi dan sebagainya.
Dewan Muslimat sangat menghargai semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan daripada parti-parti PKR dan DAP yang menghormati Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Harapan kita persefahaman dan semangat setia kawan ini dalam gabungan Pakatan Rakyat dapat diperkukuhkan lagi.

Dewan Muslimat juga sangat menghargai sumbangan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS yang telah banyak membantu PAS terutama di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil. Sokongan padu mereka ini membuktikan PAS telah mampu menunjukkan keperibadian yang dapat diterima oleh semua pihak termasuk dari kalangan bukan Islam.

MEMBINA GENERASI PELAPIS NEGARA

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,
Sedarilah bahawa terlalu ramai para remaja telah rosak aqidahnya, yang memerlukan sumbangan kita untuk membawa mereka kembali kepada fitrah asal sebagai seorang hamba Allah s.w.t. Banyak pihak hari ini lalai dan leMAka tidak menyedari akan perancangan musuh Islam yang menyerang secara gerak saraf dengan menghantar hiburan, pelbagai jenis dadah yang merbahaya dan merosakkan kesihatan, arak, budaya rempit, lepak dan sebagainya sebagai senjata bagi menghancur masa depan generasi muda kita.

Malah mereka yang dihantar untuk pemulihan ke pusat-pusat seranti semakin bertambah dari hari ke hari. Agenda pemulihan ini amatlah sukar dan kurang berkesan serta memakan belanja yang sangat besar. Sesungguhnya cara Islam yang mengutamakan pencegahan adalah lebih berkesan dan terjamin kejayaannya.

Proses kehancuran ini dipercepatkan lagi dengan internet yang telah disalahgunakan untuk menyebarkan bahan-bahan lucah dan perkara-perkara mungkar. Pihak yang bertuhankan wang ringgit ini telah menggadaikan masa depan generasi muda demi kepentingan mereka sendiri.
Dewan Muslimat bersama Nisa' sentiasa memberikan komitmen yang tinggi bagi mendekati para remaja bagi memujuk mereka kembali kepada cara hidup Islam. Nisa' telah mula memantapkan jenteranya melalui pelbagai unit yang sesuai dengan jiwa remaja termasuk unit dakwah, kaunseling, kebudayaan dan sukan bagi menyediakan diri sebagai rujukan kepada para remaja yang bermasalah dan kehilangan panduan hidup.

Dewan Muslimat PAS juga menyedari akan fungsi cendikiawan muda terutama dari kalangan mahasiswa yang seharusnya memainkan peranan penting di dalam membawa para remaja kembali kepada Islam. Keupayaan minda dan intelek yang dikurniakan Allah SWT harus digunakan untuk memikirkan pelbagai pendekatan dan teknik bagi menarik kembali mereka yang telah terpesong ke jalan yang lurus.

Dewan Muslimat PAS juga mendesak pemansuhan akta AUKU yang telah mematikan sifat kritis dan kreativiti mahasiswa yang akhirnya melahirkan ramai mahasiswa yang jumud, beku dan tidak prihatin terhadap segala permaslahan masyarakatnya.

Dewan Muslimat PAS sentiasa memberi komitmen untuk membawa mahasiswa kepada hala tuju yang sebenar iaitu sebagai pemimpin masa depan yang akan menggunakan seluruh kekuatan intelek yang dikurnia Allah s..w.t bagi merancang masa depan negara. Seterusnya memainkan peranan membawa negara ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

SOKONGAN GENERASI MUDA
Dewan Muslimat PAS merasa sangat terharu dengan perubahan yang ditunjukkan oleh generasi muda di dalam beberapa pilihanraya-pilihanraya kecil baru-baru ini. Walaupun dalam keadaan keperibadian yang tidak sepenuhnya Islam, mereka masih yakin untuk menerima PAS sebagai satu wadah untuk mengubah nasib mereka.

Ini menunjukkan generasi muda sudah sedar akan kerosakan dan kehancuran yang sedang mereka alami dan ingin kembali ke pangkal jalan bersama-sama dengan PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Dewan Muslimat PAS ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang padu yang diberikan oleh generasi muda hari ini. Marilah sama-sama kita berganding bahu melakukan sesuatu untuk memberi kesedaran kepada semua generasi muda di Malaysia ini dan membawa mereka kembali ke jalan fitrah asal mereka.

MUSLIMAT & AGENDA KEBAJIKAN

Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,
Di dalam kemajuan negara yang dibanggakan oleh kerajaan BN, sebenarnya masih ramai lagi rakyat yang dhaif, tertindas, teraniaya dan yang tidak cukup keperluan hidup dan masih memerlukan bantuan. Perbezaan antara golongan kaya dan miskin sudah mulai menampakkan jurang yang sangat besar.

Ini adalah kerana sistem zakat kerajaan BN hari ini tidak mampu melaksanakan fungsinya secara berkesan. Ditambah lagi dengan situasi ekonomi berasaskan kapitalisma dan materialisma yang semakin lumpuh, bilangan rakyat miskin akan meningkat hari demi hari.
Dewan Muslimat PAS juga menyedari bahawa rakyat negara ini bukan sahaja miskin harta, tetapi juga miskin agama. Jentera kerajaan BN yang ditugaskan memberi ilmu agama kepada rakyat tidak mampu melaksanakan tugasnya dengan baik. Islam hadhari yang diperjuangkan kerajaan BN tidak menampakkan sebarang kesan dalam membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai satu cara hidup.

MEWUJUDKAN PUSAT KHIDMAT BERSEPADU (ONE STOP CENTER)

Menyedari akan situasi rakyat yang semakin kronik, Dewan Muslimat PAS telah memberi komitmen yang tinggi selama ini terutama bersama negeri-negeri Pakatan Rakyat dan NGO yang memperjuangkan kebajikan rakyat dalam membantu golongan miskin, tertindas, teraniaya dan kurang upaya mengikut keupayaan yang diberikan oleh Allah SWT.

Dewan Muslimat juga sedang berusaha untuk menubuhkan Pusat Khidmat Bersepadu (One stop center) di semua peringkat bagi membolehkan masyarakat berbilang kaum datang untuk mendapatkan pelbagai khidmat mengikut kemampuan PAS.

Ketrampilan muslimat sebagai rujukan masyarakat.

Bagi memberikan pelbagai perkhidmatan alternatif kepada masyarakat, sudah tentulah Muslimat harus menyediakan jentera kebajikan yang ramai dan berkebolehan serta mempunyai ketrampilan bagi membolehkan muslimat menjuarai kerja-kerja kebajikan dan pembelaan.
Oleh itu Dewan Muslimat PAS menyeru kepada semua ahli muslimat agar menyediakan diri dengan pelbagai kebolehan dan kemahiran agar kita boleh memberi sumbangan melalui pusat khidmat ini. Dalam masa yang sama, Dewan Muslimat juga menyeru seluruh muslimat yang bekerjaya yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang untuk turun padang bersama seluruh jentera muslimat bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

‘PAS FOR ALL’ mempertegaskan PAS sebagai wadah pilihan ummah
Sidang muktamar yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah, agenda ?PAS FOR ALL? telah banyak menarik minat pelbagai golongan untuk mendekati PAS. Walaupun selama ini PAS sememangnya sentiasa bersikap terbuka, namun dengan penekanan ini, PAS telah mampu dilihat sebagai wadah pilihan untuk pelbagai golongan dan kaum bagi memperjuangkan hak masing-masing.

Sifat keterbukaan, kerendahan hati dan keikhlasan pemimpin dan ahli-ahli PAS telah mampu meningkatkan kepercayaan pelbagai golongan untuk menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan pilihan mereka.

Dewan Muslimat PAS bersama dengan seluruh jentera PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat berusaha untuk memberikan komitmen yang tinggi dalam menunaikan hasrat ahli-ahli Kelab Penyokong PAS khususnya dan seluruh rakyat yang memerlukan bantuan.

MANSUHKAN AKTA RIMBA ISA

Dewan Muslimat mengulangi ketegasan bahawa akta rimba ISA ini mesti dimansuhkan segera. Kami amat bersimpati di atas penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh isteri-isteri dan keluarga mangsa ISA. Mereka yang tidak berdosa ini tersepit dan dizalimi oleh tindakan zalim kerajaan yang memenjarakan suami-suami mereka tanpa bicara dan tanpa peluang membela diri di mahkamah terbuka.

Sesungguhnya tiada penjara tanpa bicara dalam Islam. Keadilan Islam memberikan hak kepada yang dituduh untuk membela diri. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu-bapa dan kaum kerabatmu, jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu akan kemaslahatannya, maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran, dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan"–
an-Nisa': ayat 135

MEMPERTAHANKAN KEMENANGAN DI MANEK URAI

Kita melihat senario yang amat ganjil sekarang dimana BN yang diterajui oleh UMNO begitu ?phobia? dalam menghadapi pilihanraya kecil di Malaysia. Terutamanya di kawasan dimana kedudukan Pakatan Rakyat adalah kuat dan dapat menyaingi BN.

Berbagai helah akan dicari dengan memperalatkan SPR dan menggunakan mahkamah untuk mengelak berlakunya pilihanraya kecil. Sehingga kini dengan izin Allah s.w.t. BN telah kalah berturut-turut di Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang dengan majoriti yang besar. Sesungguhnya mereka merancang dan Allah s.w.t juga merancang. Akhirnya BN menarik diri dari bertanding di Penanti.

Setelah dengan rakus merampas kerajaan Perak, kini BN terdesak dan mencari helah supaya tidak berlaku pilihanraya kecil di seluruh negeri Perak. Kita tetap mengulangi desakan rakyat agar mereka diberikan hak memilih kerajaan Perak yang mereka inginkan. Tiada pilihan lain bagi penyelesaian kemelut di Perak hanyalah sebaik-baiknya mengada pilhanraya bagi rakyat memilih kerajaan yang mereka yakin dan sokong sepenuhnya.

Kini kita diuji pula dengan kekosongan di DUN Manek Urai, Kelantan. Walaupun dikatakan bahawa Manek Urai adalah kubu kuat PAS, tetapi kita mestilah bersiap siaga bagi mempertahankannya.

Muslimat akan mempertingkat usaha-usaha ke arah mencapai kejayaan yang cemerlang di Manek Urai. Tidak lupa juga doa dan munajat yang berterusan dipohonkan terhadap Allah s.w.t agar kemenangan berpihak kepada kita.

PENUTUP

Marilah kita meneguhkan parti kita dengan ciri-ciri Islamiyah ke arah penghayatan Islam yang syumul dalam mentadbir dan mempertahankan negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Usaha-usaha mengekal keyakinan serta melipat gandakan sokongan rakyat bukan Islam yang kita dapat selama ini, mestilah dipergiatkan. Seharusnya Kelab Penyokong PAS diberikan peranan yang lebih besar bagi meraih dan mengekalkan sokongan mereka terhadap parti kita.
Marilah kita memohon kepada Allah s.w.t agar melempahkan rahmat dan keampunanNya kepada kita dan saudara-saudara kita yang telah mendahului kita menemuiNya.

Akhir sekali, marilah kita dengan segala rendah hati memohon agar Allah s.w.t memberkati Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 49 ini, supaya berjaya menjana rumusan dan tindakan susulan yang matang.

Saya mengajak Muslimat sekalian bersama-sama melaksanakan aspirasi MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-49 ini dengan tema:

“MENYEMARAK KEMENANGAN, MENYATU RAKYAT"

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wasalamu'alaykum wa rahmatullahi wa barakaatuh.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!


Oleh Ustazah Nuridah Salleh
Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat 2007-2011

MENYEMARAK KEMENANGAN, MENYATU RAKYAT

Peneraju Muslimat dan Masyarakat Malaysia 2009/2011

KETUA:
Ustazah Nuridah Mohd Salleh

TIMBALAN KETUA:
YB Siti Zailah Mohd Yusoff

NAIB KETUA:
YB Mumtaz Md Nawi

AHLI JAWATANKUASA KERJA:
1. YB Wan Ubaidah Omar
2. YB. Dr. Halimah Ali
3. Mastura Hj Mohamad
4. Aiman Athirah Al Jundi
5. Dr. Najihatussalehah Ahmad
6. YB. Dr. Siti Mariah Mahmud
7. Dr. Rosni Adam
8. Ustazah Azizah Khatib Mat
9. Salbiah Abd Wahab
10. Nurul Huda Yusof Rawa
11. Wardatul Jannah As Sofea
12. To' Puan Fatimah @ Zainab Ibrahim
TAHNIAH kepada semua.
Kepada kalian,
Kami sandarkan harapan.
Kerna rakyat Malaysia harapkan perubahan.
Kecemerlangan kerja perlukan kesatuan.
Moga dapat menjalankan amanah dengan penuh berkesan.
TAKBIR! ALLAH HUAKBAR!

Selasa, 2 Jun 2009

MUKTAMAR DMPP 2009

Muslimat Kedah mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada semua perwakilan yang mewakili DMP Negeri masing-masing. Bermuhasabahlah dengan berhikmah dan pulang membawa buah yang manis untuk dijamah oleh muslimat kawasan dan cawangan, InsyaAllah. Siru 'ala baarokatillah...

Isnin, 1 Jun 2009

1Malaysia aman tanpa UMNO

Seronoknya.... bila 1Malaysia tanpa UBN.. Ini jelas terbukti dengan pengakuan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob yang menyifatkan perjalanan pilihan raya itu paling aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Semua pengundi dan petugas melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam keadaan aman kelmarin dengan ketiadaan UBN bertanding. Semua pihak yang bertanding semua dalam keadaan yang sihat tetapi jika puak UBN bertanding dalam mana-mana pilihanraya akan huru-haralah jadinya.

Kelompok mereka ini teramat suka merekacipta cerita, membuat provokasi, laporan polis dan sebagainya untuk menunjukkan bahawa merekalah yang terbaik dan semua parti politik yang lain adalah yang terburuk. Dengan keseronokan merekacipta cerita, kadangkala akan menunjukkan kebodohan mereka kerana setengah cerita yang dicipta tidak dapat diterima oleh akal yang waras kecuali pada mereka yang..... Bila la nak bubar DUN Perak??? aman jika tiada UBN...
Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP