Khamis, 30 April 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

DMP Negeri Kedah berkesempatan membuat satu program Lawatan Sambil Belajar ke Minangkabau iaitu ke Padang terus ke Bukit Tinggi. Di antara tempat yang sempat dilawati ialah Cagar Alam Lembah Anai Air Mancur, tempat kelahiran/dokumentari dan pengajian/pasentran Prof. HAMKA, Tasik Malinjau, pusat tenunan dan sulaman, 'Panti Asuhan' anak-anak yatim, 'Rumah Gadang' Minangkabau, Pasar Rendah dan Tinggi, pusat pengeluaran kopi, pisang dan malberry, Istana Pagar Ruyung yang sedang dalam pembinaan kerana terbakar pada 2007 dan modelnya, Pantai/Kg China, Istana Bung Hatta, Jam Gadang dan banyak lagi.
Alhamdulillah, semua aturcara dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Pelbagai ilmu, pengalaman, pengajaran yang diperolehi sepanjang perjalanan bermusafir yang akan menjadi panduan kepada gerak kerja muslimat di Negeri Kedah. Di sanalah lahirnya banyak ilmuan dan cerdik pandai yang dikenali dengan "Negeri Serambi Mekah".

Sabtu, 18 April 2009

Hanipa : Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

Dari harakahdaily.net yang perlu diketahui oleh rakyat sekelian
Sabtu 18 April 2009 | 22 Rabiul Akhir 1430 Hijrah

Mohamed Hanipa Maidin
Fri | Apr 17, 09 | 10:14:14 pm MYT

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_


Khamis, 16 April 2009

KITA JUMPA LAGI

Kita jumpa di Penanti dalam tempoh 60 hari dari hari ini.

Klik pada imej untuk keterangan.


Jangan terlalu berbangga dengan kemajuan dan teknologi


Masyarakat tidak seharusnya berbangga dengan kemajuan teknologi dan pembangunan pesat, sekiranya tidak menggunakan akal dan akhlak dengan sewajarnya, ujar Dr Jamnul Azhar Mulkan yang turut mengikuti misi kemanusiaan ke Palestin bersama 80 doktor pakar sukarelawan(NGO), baru-baru ini.

Beliau turut berkongsi pengalaman yang disifatkannya begitu kejam dan memilukan. “Saya berpeluang bertugas di sana bersama Datuk Sheikh Muzaffar Shukor sebagai doktor untuk merawat rakyat Palestin yang cedera. Begitu luluh hati saya melihat mayat yang tidak sempurna bergelimpangan di sana sini. Dalam tempoh empat hari di sana, lebih 80 rakyat Palestin terpaksa dipotong kaki akibat dibedil tentera Yahudi. Malah seorang budak berusia tujuh tahun tidak dapat diselamatkan ketika pembedahan, gara-gara kekejaman itu. Itulah pertama kali sejak bertugas 10 tahun lalu, saya menitiskan air mata kesal,” katanya.

Menurutnya lagi, golongan belia di Palestin berlumba-lumba untuk mati syahid, namun di negara kita, anak-anak muda kita mati kerana dadah. Malah pengertian mati syahid itu sendiri tidak difahami dan tidak diendahkan oleh belia masa kini.

“Kita lihat contoh di bumi Palestin, golongan Yahudi sudah tidak berperikemanusiaan sebab tiada akhlak. Mereka angkuh dan bertindak ganas, inilah natijah kesan daripada akhlak yang tercemar,” katanya. Oleh itu menyemai akhlak mulia harus ditanam dalam jiwa anak-anak muda agar berada di landasan hidup yang diredai.

Rombongan Dr Jamnul adalah rombongan yang bertuah kerana dapat memasuki Palestin yang penuh dengan halangan dari Israel sendiri.

Rabu, 15 April 2009

HEBAHAN! HEBAHAN! HEBAHAN!!!

Satu lagi!!! RAKYAT KENA TAHU dan KENA AMBIL TAHU!!!

Wednesday, April 15, 2009

RM 45786 wang rakyat untuk puja Rosmah

Pada 7 April yang lepas ketika ramai sedang memberikan tumpuan ke Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang, Isteri Perdana Menteri Malaysia (baca : de factor PM) telah turun ke Rembau untuk melawata Pusat Anak Permata Negara di Chembong, Rembau.

Sempena itu iklan satu muka Utusan Malaysia telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk 'memuja' Rosmah yang sudi turun 'mencemar duli' ke Rembau.

Menurut sumber dari Utusan Malaysia harga iklan untuk memuja Rosmah itu sahaja sudah berharga RM 45786.00

che'GuBard mengecam Kerajaan Negeri Sembilan kerana membazirkan sebegitu besar jumlah wang rakyat hanya untuk memuja dan mengambil hati isteri seorang PM. Itu baru iklan di Utusan sahaja bagaimana dengan iklan di akhbar lain ?

Itu tidak termasuk berapa perbelanjaan banner sambutan, bendera (termasuk kos pemasangan) dan lain persiapan yang dibazirkan.

Kerajaan Negeri Sembilan di bawah menteri besar yang sama pernah dilaporkan dalam laporan audit negara bahawa pernah melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang untuk rakyat miskin dan peruntukan lain untuk mengubah suai dapur rumahnya dan membuat banner ucapan dan sambutan.

KERETA LAMA vs KERETA BARU

Dah lama kita semua nyatakan kenapa perlunya Islam yang had untuk hari tertentu tu. Buat apa perlu dikaji lagi sebab ulamak dah kupas tentang perbezaan Islam Hadhari dengan Hadarah Islamiyyah dengan jelas. Puak Melayu ni yang tak mau dengar dan tak mau faham-faham lagi, mula-mula je bising Islam Hadhari ni, taklimat sana taklimat sini, habis berjuta RM untuk hebahan, last-last senyap tak tau kemana.

Tukar drebar baru, tak tau nak boh nama Islam apa pula ni... Sebab tu kita dah kata bawa Islam tu jangan pandai-pandai ikut kepala sendiri. Seronok bunyi lagu ni bagi nama lagu ni, seronok bunyi lagu tu bagi nama lagu tu...last-last Melayu sendiri yang keliru, tak tau macamana ajaran Islam yang sebenarnya. La ni, semua drebar untuk kereta lama ni kembalilah ke pangkal jalan, guna kelasi yang betul jangan guna kelasi yang "kepala akai" yang tak ketahuan tu... ikut sedap rasa.
Ingat, kita guna Islam sebagai panduan hidup bukan Islam kita guna bila perlu sebab Islam bukan macam ubat tahan sakit... "makan bila perlu". Islam kita guna setiap saat, dari nak pejam mata sampai celik dan pejam semula. DAP yang ketegar pun dah mula faham, takkan yang dari lahir lagi telah diazan dan diiqomahkan tak mau faham-faham lagi. Kalau tak tau sapa yang boleh bagi faham, cari tok guru yang boleh bagi ngajar & perjelas sampai faham, jangan berguru dengan guru yang tidak ikhlas dalam pengajarannya. Bukan apa, bimbang dia sesat kita lagi sesat jika mengaji dengan guru yang tidak ikhlas dalam pengajarannya sebab mengajar tak habis... kerja mengaji dan mengajar kena ikhlas...

Yang nak kaji tu pun tak ketahuan lagi, bimbang semakin parah ekor keretapi tu, bukan ape jenoh tok-tok guru nak perbetulkan semula. Sepatutnya tok-tok guru ni berdakwah pada orang yang ramai yang masih belum kenal Allah ni tapi buang masa kena perbetulkan fahaman pelik bin ajaib drebar baru kereta lama ni... Cukup-cukup la kerja nak mengelirukan orang je ni... tak de kerja lain ke... bila lagi nak berhenti... Oleh kerana itu, marilah semua kawan-kawan kita naik kereta baru, biarla kereta lama dengan kereta lamanya...

Sabtu, 11 April 2009

S MANIKUMAR BAKAL MENJADI EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH

S Manikumar, bakal menjadi Exco Kerajaan Negeri Kedah secara rasminya mulai 13 April dan menjadi ADUN Bukit Selambau mulai 19 April ini.

Beliau diperkenan Sultan untuk mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah pada 13 April 2009 di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit.

Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exconya beberapa hari lepas.

Katanya, majlis angkat sumpah sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri itu diadakan serentak dengan Istiadat Pengurniaan Bintang-bintang Pingat-Pingat Kebesaran sempena sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan yang ke-81.

Manakala majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri akan diadakan pada 19 April serentak dengan Mesyuarat Kali Ke Lima Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-12.

Sehubungan itu lagi ujarnya, KDYMM Tuanku Sultan sudah dimaklumkan dan berkenan dengan pelantikan S Manikumar sebagai Ahli Exco yang baru.

“Saya sudah menghadap KDYMM Tuanku Sultan dan memaklumkan kemenangan S Manikumar dalam pilihanraya kecil kecil Bukit Selambau dan Tuanku Sultan berkenan untuk melantik S Manikumar sebagai Ahli Exco yang baru,” katanya.

S. Manikumar(35 tahun) akan menggantikan tempat V Arumugam yang telah meletak jawatan pada 8 Februari lalu berikutan ugutan dan ancaman oleh pihak-pihak tertentu supaya beliau meninggalkan Pakaran Rakyat demi keselamatan keluarganya.

Sebelum ini portfolio yang dipegang oleh V Arumugam telah dipangku oleh YB Mohamad Radzhi Salleh iaitu ADUN Lunas yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri.

Dalam rombakan portfolio baru-baru ini, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak sengaja mengosongkan portfolio itu menanti untuk diisi oleh calon dari Parti Keadilan Rakyat juga.

Jumaat, 10 April 2009

Penjelasan ISU QURAN dari TOK GURU

“Sepatutnya sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh orang Cina”.(Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam). Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Ko Ming.

Baca seterusnya dalam http://www.blogtokguru.com/pages/posting/10/umno-tolak-islam-tak-salah

Baca pula Surat TOK GURU kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis, Perak dalam http://www.blogtokguru.com/pages/posting/11/surat-kepada-yb-nga-kor-ming-adun-pantai-remis-perak


Khamis, 9 April 2009

Selamat Pulang "Wira Bukit Selambau"


Cukup terharu bila menyambut kepulangan "Wira Bukit Selambau". Demi menjaga maruah diri, keluarga dan parti, beliau bertapa mengundur diri memberi laluan kepada anak muda untuk meneruskan cita-citanya melalui PRK N25 pada 7 April 2009.

Bekas ADUN Bukit Selambau, V Arumugam, muncul di lapangan terbang Sultan Abdul Halim di Alor Star sehari selepas PKR berjaya mengekalkan kerusi tersebut.

Ketibaan "Wira Bukit Selambau" disambut oleh Speaker DUN Kedah(YB Dato' Dr Hj Abd Isa Ismail), Pengerusi PKR Kedah (Sdr. Ahmad Kassim), ADUN Bukit Selambau(YB S Manikumar), isteri, anak, peguam serta anggota keluarganya.

Bercakap kepada pemberita, Arumugam berkata beliau telah pergi di Chennai, India, seorang diri untuk menenangkan fikiran demi menjaga keselamatan isteri serta anggota keluarga
dan pulang kerana pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sudah selesai.

Mengulas mengenai ugutan yang diterima sebelum berlepas ke Chennai, Arumugam berkata:
"Sudah banyak kali buat laporan polis, tindakan tak diambil, sampai bila saya nak tunggu.
"Pada hal, ada orang nak culik saya. Saya dah bagi tahu pihak polis, dan kawat cam sudah dibuat"
"Ada orang nak mai pecah cermin kereta saya, sampai sekarang, tak ada apa apa hasil, tak kan suspek tak ada kot?"
"Sampai orang ikat surat dengan batu-bata, tak ada apa-apa (tindakan) pun."
"Berapa lama saya nak tunggu. Tunggu orang nak bunuh saya baru nak ambil tindakan?" soalnya.

Ditanya apakah tindakannya jika masih menerima ugutan, Arumugam berkata: "Saya baru sampai, setakat ini tak tahu lah. Kalau ada kita buat laporan polislah..."

Rasa sayu apabila beliau menyatakan "Saya balik kawan-kawan boleh tolong. Saya nampak keselamatan lebih (terjamin)"

Ini perasaan rakyat Malaysia kini... Dimanakah peranan keselamatan negara untuk menyelamatkan rakyat? Adakah rakyat sudah tidak selamat lagi berada di bumi Malaysia ini?

Oleh itu, Arumugam juga menyifatkan kemenangan Manikumar ini adalah petanda satu perubahan besar mungkin akan berlaku dalam pilihanraya umum akan datang.

Selasa, 7 April 2009

KEGEMBIRAAN TERGAMBAR SETELAH KEPENATAN

ALLAH HUAKBAR! Laungan takbir bergema diiringi percikan bunga api yang entah siapa sponsor menerangi langit di hadapan Markaz Besar PAS N25 apabila diumumkan kemenangan Pakatan Rakyat oleh Kapten Zamri. Sekarang ceramah kemenangan sedang dijalankan di antara pendokong dan penyokong. Rasa keletihan para petugas hilang apabila mengecapi kemenangan. Semua rakyat boleh menilai sendiri atas semua peristiwa semasa perjalanan 3 PRK kali ini.... Tahniah dan terima kasih kepada semua kontinjen dan petugas yang membantu ketiga-tiga pilihanraya ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa kalian. Selamat pulang ke destinasi masing-masing, jumpa lagi dalam PRK yang berikutnya, InsyaAllah.

TAHNIAH

Tahniah kepada semua pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau kerana menjadi pengundi yang bijak. Tahniah juga diucapkan kepada calon PAS dan PKR serta para petugas di kedua-dua PRK dengan kerjasama dan kesungguhan dalam menjalankan tugas masing-masing. Majoriti N25 ialah 2403 dan P059 ialah 2789. TAKBIR!

KEPUTUSAN TERKINI BUKIT SELAMBAU & BUKIT GANTANG

Keputusan terkini tidak rasmi dari Markaz Besar PAS, Lagenda Height, Sg Petani.

9.57 PM

Bukit Selambau /Bukit Gantang



12,632 / PAS - 21860




10,257 / 19071



BEBAS -1,097 / 62

MAJORITI - 2,375/ 2789

JUMLAH PENGUNDI -35,140 /55,562

SELAMAT MENGUNDI

Selamat mengundi kepada semua pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Jadilah pengundi yang bijak!


Ahad, 5 April 2009

TSUNAMI melanda Bukit Selambau

Bak tsunami melanda Bukit Selambau apabila setiap tempat yang dikunjungi oleh YB DSAI akan ada penyerahan borang ahli PKR. Bukan sekadar itu sahaja, pejuang GMP PPSMI juga akan turut berkempen agar menolak kepimpinan UMNO/BN yang semakin jauh tersasar. Malam ini sasterawan tersohor negara iaitu A.Samad Said bersama TG Dato' Seri Hj Hadi Awang akan turut serta berkempen di Tmn Ria Jaya, Bukit Selambau.

Program pemantauan muslimat ke UPU, rata-rata rasa berpuas hati terhadap respon para pengundi. Apa yang membimbangkan petugas muslimat adalah kehadiran pengundi yang tidak diundang. Beberapa penempatan yang dicurigai telah ditemui oleh petugas muslimat di UPU masing-masing. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak yang akan meneruskan penyelidikan. Kesemua petugas berkata, "Kita hanya boleh berusha dan segala keputusan kita serah pada Allah SWT kerana UMNO/BN yang telah lama samseng akan buat apa saja demi kepentingan peribadi mereka"

PROGRAM HALWA mendapat SAMBUTAN LUAR JANGKA

Setiap waktu bukan hanya di waktu pilihanraya sahaja , HalWa Kedah bergerak aktif membantu rakyat. Khidmat kesihatan percuma diberikan jika diadakan sebarang program bersama rakyat. Selain itu, ziarah kesihatan dari rumah ke rumah juga dijalankan berterusan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan. Penglibatan aktif isteri-isteri YB juga membantu pihak Kerajaan Negeri Kedah menyelami permasalahan rakyat.

Kelihatan Dr Rahimah dan Dr Ismail sedang memeriksa kesihatan dalam satu program

Ziarah kesihatan dan sumbangan oleh Dr Rahimah

Ziarah dan sumbangan isteri MB, To' Puan Faekah Hamzah

Sabtu, 4 April 2009

TAHAJJUD penyelamat Markaz Besar PAS N25 Bukit Selambau


Inilah hikmah yang telah Allah nyatakan. Jam 5.20 am, petugas muslimat sedang bertahajjud dikejutkan dengan bau terbakar dan kepulan asap. Apabila menjenguk keluar melalui tingkap di tingkat 3, kelihatan punca asap bermula dari satu kios burger yang diletakkan di sebelah markaz selepas berniaga lebih kurang jam 2.30 am.


Menyedari asap semakin tebal, muslimat segera mengejutkan petugas Unit Amal yang baru sahaja menunaikan tangunggjawab menjaga keselamatan agar bertindak menyelamatkan keadaan. Semua petugas diminta turun menyelamatkan diri dan beberapa Unit Amal cuba memadamkan api dengan menyiram menggunakan baldi sementara menunggu kedatangan bomba. Jam 5.50 am, Unit Keselamatan Bomba tiba untuk memadamkan api dan cuba menyiasat punca kejadian. Lebih kurang jam 6.10 am, keadaan panik reda kembali dan pasukan bomba pulang. Kenapa dan bagaimana peristiwa ini boleh terjadi??? Punca kejadian masih tidak dapat dikesan????

Rabu, 1 April 2009

AWAL LAGI UMNO DAH MENGAKU KALAH


Belum lagi hari mengundi, Umno dah mengaku kalah. Siapa kata? Mereka sendiri yang kata.


Bernama melaporkan bahawa Tan Sri Muhyidin berkata, "ini bukan pungutan suara kepada kepimpinan Najib melainkan hanya pilihanraya kecil. "


Kenapa beliau berkata sedemikian? Kerana mereka dah tak yakin untuk menang untuk tiga pilihanraya ini. Apa tidaknya masa penamaan calon pun mereka dah gerun dengan puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat turun dengan pelbagai bangsa tanpa diupah. Sedangkan pihak BN terpaksa mengeluarkan kos untuk mencari penyokong sehingga kumpulan mana pun tak tau yang kena paksa turun menyokong mereka.


Telah menjadi asam garam pilihanraya yang dikatakan demokrasi tetapi sebenarnya apa yang berlaku adalah berlawan secara ikat tangan, kaki, mulut. Wahai pengundi sekelian, adil kah berlawan sedemikian rupa, kenapa tidak berlawan secara gentleman, jadilah anak jantan...


BENAR BAGAI DI KATA; CALON BEBAS RUPANYA AHLI UMNO


MALAYSIAKINI.

Ini satu berita panas yang pasti memalukan, ia berkaitan dengan calon bebas yang ditaja oleh UMNO dan BN seperti yang telah kami dedahkan dalam artikel sebelum ini. Sememangnya, bagai yang sudah dijangka memang kini akhirnya terbongkar orang pertama yang dipercayai ditaja oleh mereka.

Beliau ialah calon yang menggunakan lambang Telefon iaitu Mejar (B) Hj.Anuar Abd Hamid (foto). Beliau layak bertanding bersama 12 calon bebas yang lain semalam.Siasatan mendapati beliau merupaka ahli UMNO dan memegang jawatan sebagai AJK UMNO Bahagian Merbok (1995-2008) dan Ketua Cawangan UMNO Jalan Badlishah (1995-2008).

Jika benar laporan ini maka ternyatalah kini apa yang kami laporkan bahawa majoriti calon bebas ditaja oleh UMNO dan BN untuk memecahkan undi semakin terserlah kini. Rahsia akhirnya terbongkar dan tidak dapat ditutup lagi.Ini bermakna kenyataan Pak Lah semalam adalah dusta semata-mata. Semasa ditanya oleh media Perdana Menteri itu dengan bangganya mengatakan bahawa calom bebas adalah orang pembangkang kerana dalam UMNO tidak boleh ada dua calon bertanding. Cara itu kononnya adalah bagi menunjukkan displin dan ia adalah yang terbaik dalam UMNO berbanding parti lain.

Maka dengan terbongkarnya rahsia ini, membuktikan kepada kita segala apa yang diucapkan oleh Pak Lah itu hanyalah omongan kosong belaka, hakikatnya UMNO dan BN sendiri yang telah menaja calon bebas bagi tujuan memecahkan undi untuk memastikan BN menang.
Blog Widget by LinkWithin

Barangan BOIKOT

Barangan BOIKOT

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK n25

PPSMI

PPSMI
Pasukan Polis Sanggup Menderhakai Istana

BLOG KHAS

BLOG KHAS
PRK 059

Selamat berkunjung

A Samad Said

A Samad Said
Kata Sasterawan Negara

tetamu

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP